PENAJA

Monday, 24 September 2012

5 Stadium Paling Mahal Dalam Sejarah Dunia


5 Stadium Paling Mahal Dalam Sejarah Dunia

Sebut jer Stadium, mesti bolak sepak terbayang. Kali ni aku nak tulis Stadium paling mahal dalam sejarah peradaban dunia moden sekarang ni. Ilmu tu penting walau dalam apa jua bentuk kan? jom baca. Sumber di ambil dari Carigold.com, wikipedia, Xe.com (tukaran matawang semasa) dan lain2 sumber secara tak langsung. 

1. Wembley Stadium – London, England (Usd 1.3 billiion)
Wembley pada asalnya dibina pada 1923 tetapi diruntuhkan pada 2000 dan didirikan semula dan siap pada tahun 2007. Peminat bola sepak england pasti tidak akan melupakan Stadium Wembley.

2. Olympic Stadium – Montreal, Canada (Usd 1.5 billion)
Sebuah Stadium serbaguna dengan 3 fungsi utama sebagai tempat untuk baseball, football (ragbi amerika) dan konsert. Stadium ni penuh dengan masalah dari segi pembinaan dan kewangan sejak dari tahun 1973 lagi tetapi akhirnya di siapkan dengan jayanya.

3. Madison square garden – New York, USA (Usd 899 million)
Sebuah stadium yang berdiri megah di Manhattan, New York dengan 5 fungsi utama sebagai tempat bola keranjang, hoki ais, konsert, tinju dan gusti.

4. Roger Center – Toronto, Canada (Usd 1.454 billion)
"Sky Dome" gelaran lain bagi stadium ini. Stadium ini mampu mengedalikan acara bola sepak, rugbi amerika, bola lisut, bola keranjang, konsert dan gusti.

5. State de France – Paris, France (Usd 498 million)
Pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia 1998, sebuah stadium bersejarah dengan penuh warna-warni kejayaan sukan di sini. Tidak ketinggalan juga konsert dari artis antarabangsa yang terkenal seperti, rolling stone, U2, George Michael, AC/DC dan The Balck Eyed Peaces.

No comments:

Post a Comment