PENAJA

Tuesday 25 September 2012

Makanan Paling Berbahaya Untuk Di Makan.


Makanan Paling Berbahaya Untuk Di Makan.


1. Fugu @ Ikan Buntal

Masyarakat Jepun sudah lama memakan fugu iaitu sejenis ikan buntal sejak turun temurun. Ianya sangat merbahaya untuk dimakan kerana mengandungi racun tetrodoxine yang mana ianya boleh menyebabkan lumpuh dan masalah pernafasan. Jika ianya tidak disediakan mengikut prosedeur yang betul, ianya boleh membunuh. Tukang masak di Jepun harus mempunyai sijil atau lesen dan menerima latihan selama tiga tahun untuk mengendalikan fugu. Dan fakta paling menarik, tiada penawar bagi racun ikan ini.

7 Most Dangerous Foods From Around the World



2. Sannakji @ Sotong Kurita Hidup

Setiap tahun, dianggarkan 6 orang mati akibat memakan Sannakji. Ini adalah kerana memakan Sannakji hidup-hidup boleh menyebabkan sotong itu melekapkan diri pada tekak dan para pemakannya boleh tercekik.





3. Casu Marzu

Casu Marzu sebenarnya adalah sejenis cheese yang terdapat di Sardinia, Itali. Ianya diperam secara terbuka bagi mempercepatkan proses penapaian. Apabila ianya terdedah, serangga seperti lalat dengan senang hati bertelur di dalam cheese ini. Ada yang mengatakan, telur dan larva lalat itu boleh menambahkan perisa kepada cheese ini. Dan cheese ini dimakan bersama-sama larva lalat. Yang bahayanya, jika anda tidak mengunyah dengan betul, larva lalat yang masih hidup boleh memakan usus anda dan menyebabkan anda muntah dan kejang otot.



4. Acckee Plant

Buah ini memang terkenal di Jamaica. Malah merupakan salah satu makanan yang menjadi simbol kebudayaan disana. Akan tetapi, anda perlu berhati-hati semasa memakannya. Ini adalah kerana ia hanya boleh memakan bahagian warna kuning di dalam buah itu. Bahagian merah dan hitam itu boleh menyebabkan penurunan gula dalam darah dan menyebabkan kekejuran.




http://hambapunyeblog.blogspot.com/2012/07/makanan-paling-berbahaya-untuk-di-makan.html

No comments:

Post a Comment