PENAJA

Monday 24 September 2012

JPJ tidak saman secara membuta tuli


KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memberi jaminan tindakan menyaman pesalah lalu lintas menerusi kamera Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mula beroperasi semalam tidak akan dilakukan secara membuta tuli.
Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan (gambar kecil) berkata, pihaknya mempunyai kakitangan terlatih di Pusat Kawalan AES untuk meneliti imej serta membuat semakan dengan pangkalan data JPJ sebelum mengeluarkan saman.
"Jika imej kenderaan yang dirakam oleh kamera tidak sepadan dengan nombor pendaftaran kenderaan dalam pangkalan data kami, siasatan lanjut akan dijalankan sebab kami mahu mengelak tindakan kepada pihak yang tidak bersalah," jelasnya dalam satu kenyataan di sini semalam.kosmo
SHINICHIPEDIA: maksundnya jika korang bawa 120km/j kat hiway dari utara ke selatan dan sebaliknya ,korang mungkain akan dapat sekurang2nya 1 saman

No comments:

Post a Comment