1. Latar
belakang gerakan nasionalisme di Tanah Melayu (5m)
·
Gerakan nasionalisme
merupakan usaha masyarakat tempatan menentang apa sahaja bentuk tekanan atau
penjajahan terhadap mereka oleh kuasa luar (1m)
·
Penentangan bertujuan
untuk membebaskan negara mereka daripada kuasa penjajah (1m)
·
Di Malaysia penentangan
terhadap British dilakukan oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke 19
(1m)
·
Gerakan nasionalisme
secara menyeluruh bermula pada awal abad
ke-20 (1m)
·
Antara pemimpin
penentangan ialah Penghulu Dol Said / Dato Maharaja Lela/ Rentap/ Mat Salleh
(1m)
(5
Markah)
2. Sebab-
sebab Penentangan masyarakat tempatan (15 markah)
·
Dasar Penaklukan
British (1m)
·
Disebabkan oleh dasar
penaklukan British di daerah mereka (1m)
·
Seperti di Naning,
Pahang, Kelantan , Sabah , Sarawak (1m)
·
Dasar penaklukan
British terhadap negeri-negeri Melayu bertujuan untuk mengukuhkan kedudukan politiknya (1m)
·
Melalui dasar imi penguatkuasaan politik semakin luas
(1m)
·
Kawasan tersebut akan
terikat dengan perintah dan peraturan (1m)
·
Eksploitasi Terhadap
Ekonomi Tempatan (1m)
·
Penentangan
terhadap British berlaku kerana British
ingin menguasai ekonomi tempatan dan
kepentingannya(1m)
·
Penguasaan ekonomi
dilakukan melalui perjanjian yang dimeterai oleh British dengan pemimpin tempatan
·
Ini meminbulkan
kemarahan penduduk termpatan terhadap British
·
Pelaksanaan Pentadbiran
British Terhadap Masyarakat Tempatan
·
British telah memaksa
sistem pentadbiran Barat kepada penduduk tempatan
·
British memperkenalkan
sistem cukai, undang-undang dan peraturan-peraturan tanah untuk mendapatkan
hasil yang maksimum
·
Di Terengganu ,
penentang berlaku kerana British menentapkan bahawa setiap tanah yang hendak
dibuka oleh penduduk mesti mendapat kebenaran British
·
Tanah dikenakan cukai
·
Peraturan British
bertentangan dengan amalan tradisi
masyarakatan tempatan
·
Tanah dibuka mengikut
keperluan mereka dan tidak perlu membayar cukai
·
Campurtangan British
dalam Adat Resam Tempatan
·
Campurtangan British
dalam adat resam tempatan turut membawa kepada penentangan tempatan
·
Di Perak J. W.W. Birch telah campurtangan dalam adat
resam masyarakat Melayu
·
Iaitu amalan
menggunakan orang suruahan
·
Tindakan British
ditentang oleh pemimpin dan masyarakat tempatan
·
Pembesar Tempatan
kehilangan kuasa dan pengaruh pentadbiran ke atas kawasan dan anak buah mereka
setelah British menjajah kawasan mereka
·
Sebelum penjajahan
kebanyakan pemimpin tempatan telah dilantik oleh Sultan
·
Untuk mentadbir kawasan
tersebut
·
Perlantikan ini
memberikan pemimpin tempatan kuasa untuk menjaga hal ehwal daerahnya
·
Penjajahan British
terhadap daerah mereka menyebabkan pemimpin tempatan kehilangan kuasa
·
Keadaan ini menyebabkan
rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan
·
Kesulitan penduduk
tempatan
·
Penduduk tempatan
tertekan dengan pelaksanaan undang-undang tersebut
·
Menyulitkan kehidupan
penduduk tempatan
·
Penduduk tempatan
memberikan sokongan terhadap pemimpin tempatan
·
Kesetiaan kepada
pembesar tempatan sebagai ketua telah mendorong mereka bekerjasama untuk
menentang British
(15m)
SOALAN 3
Peristiwaperjuangan/
kebangkitantokohtempatan/ pemimpin
PenghuluDolSaid (Naning)
·
Dipelopori oleh
Penghulu Dol Said
·
Menentang Naning
dijadikan wilayah taklukan British
·
Enggan menghantar satu
per sepuluh hasil sebagai ufti
·
British menghantar tenteranya
menaklukNaning pada tahun 1831
·
Dol Said dibantu oleh
Yam Tuan Ali dari Rembau
·
Syed Syaban, Penghulu
Remai dan Rechat, Dato’Kelana Sungai Ujong serta Penghulu Gemenceh
·
Berjaya mengalahkan 150
orang tentera British pimpinan Kapten Wyllie
·
1,200 orang tentera
British menyerang Dol Said kali kedua, Dol Said tidak mendapat bantuan daripada
mana-mana pihak
·
Pasukan British Berjaya
mengalahkan tentera Dol Said
·
Dol Said terpaksa
menyerah diri dan dibawa ke Melaka
Dato’ Maharaja Lela (Perak)
·
Dato’ Maharajalela dan
pembesar Melayu Perak dan yang lain membuat
Bantahan secara terbuka
terhadap campur tangan British
·
Dato’ Maharajalela
membuat kubu di Pasir Salak
·
Dato’ Maharajalela
dengan pembesar-pembesar Melayu bermesyuarat di Durian Sebatang menentang undang-undang
British
·
Dato’ Maharajalela
bersetuju mengambil tanggungjawab membunuh J.W.W Birch
·
Selepas bermesyuarat
dengan Sultan Abdullah dan para pembesar lain di Belanja
·
Namun Sultan Abdullah
terpaksa menyerahkan Perak kepada British
·
Dato’ Maharajalela mengerahkan
Seputum, Pandak Lam dan lain-lain membunuh J.W.W Birch di Sungai Perak, Pasir
Salak
·
Dato’ Maharajalela
danDato’ Sagor melarikan diri ke Kota Lama apabila tentera British seramai 500
orang melancarkan serangan terhadap Pasir Salak dan kawasan-kawasan yang
terlibat
·
Dato’ Maharajalela
bersama-sama Dato’ Sagor, Pandak Lam, Seputum dan Pandak Induk dijatuhi hukuman
gantung setelah dibicarakan di Matang, Perak yang dihakimi oleh Raja Idris dan
penasihatnya ialah Frank Swettenham.
Yam
Tuan Antah (Negeri Sembilan)
·
Yam Tuan Antah Sri Menanti danDato’ Syahbandar Sungai Ujong
iaitu Abdullah Tunggal menentang penguasaan British di Negeri Sembilan
·
Kedua-dua mereka
menentang kemasukan British di Sungai Ujong
·
British menyokong
Dato’Kelana menduduki Terachi dan Paroi
·
British menawan Bukit
Putus, Jempol dan Terachi
·
Pada tahun 1888 YamTuan
Antah menandatangani perjanjian damai
Dato’
Bahaman (Pahang)
·
Menentang pembinaan
balai polis Lubuk Terua, kawasan pengaruhnya
·
Menyerang British keran
amenangkap anak buahnya
·
Menyerang dan menawan
semula Lubuk Terua
·
Menyerang dan menguasai
Kuala Tembeling dan Jeram Ampai
·
Dato’ Bahaman menentang
pelantikan J.P Rodgers sebagai Residen British pertama di Pahang
·
Beliau menentang
pelaksanaan undang-undang British yang bertentangan dengan adat resam dan
sistem politik tempatan.
·
Dasar-dasar itu
termasuklah system kehakiman, pemungutan hasil tanah, system cukai dan
penubuhan pasukan polis luar
·
Dato’ Bahaman berundur
ke Kelantan akibat tekanan daripada British
·
Dato’ Bahaman berpindah
ke Bangkok dan diberi perlindungan politik oleh raja Chulalongkorn
·
Beliau menetap di
Chiengmai
·
Diberi wang sara hidup
1000 baht dan meninggal dunia di Chiengmai
·
Dato’ Bahaman, Tok
Gajah dan Imam Rasul telah menentang British selama 5 tahun
Tok
Janggut( Kelantan)
·
Penentangan terhadap
penjajahan British berlaku di Pasir Putih pada tahun 1910
·
British memperkenalkan
Sistem Penasihat British
·
British memaksa
penduduk tempatan menerima pakai system cukai yang diperkenalkan
·
Tok Janggut membantah
perlaksanaan system cukai ini
·
Beliau enggan membayar
cukai
·
Bantahan Tok Janggut
tidak dilayan
·
Pegawai Daerah Pasir
Puteh mengarahkan pihak polis menangkap Tok Janggut tapi gagal
·
Pada tahun 1915 Engku
Besar Jeram, Tuan Ahmad, Penghulu Adam, Haji Said, Che Ishak dan rakyat tempatan
menyerang Pasir Puteh dan Berjaya menawannya
·
Sebuah kerajaan baru telah
dibentuk
·
Engku Besar Jeram sebagai
raja, Tok Janggut sebagai Perdana Menteri dan Che Ishak sebagai pegawai daerah
·
Dengan menggunakan nama
sultan Kelantan, British telah membawa masuk pasukan tentera dari Negeri-
negeri Selat
·
Mereka memulakan serangan
pada Mei 1915 di Saring.
·
Serangan British yang
tersusun dan penggunaan senjata yang lebih moden telah melumpuhkan perjuangan Tok
Janggut dan pengikutnya
·
Tok Janggut telah terkorban
dalam serangan itu dan mayatnya diarak keseluruh pekan Kota Bharu sebelum digantung
di pasar dalam keadaan kepala ke bawah dan kaki ke atas
·
Sebagai amaran kepada masyarakat
tempatan yang berani menentang British
Haji
Abdul Rahman Limbong (Terengganu)
·
Beliau tidak berpuas hati
dengan system cukai dan undang-undang tanah British yang diperkenalkan kepada
orang tempatan
·
Pada Julai dan Ogos
1922, Haji Abdul Rahman Limbong mengetuai penduduk kampong membersihkan tanah
di Kuala Telemong tanpa kebenaran British
·
Pada Mei 1925,
kira-kira 300 orang penduduk kampong telah berkumpul dan membuka tanah milik Tengku
Nik Maimunah Ibn Sultan Zainal Abidin III
·
Tanah itu meliputi kawasan
dari Lubuk Batu hingga Kampung Pelam
·
Dengan bantuan Tengku Nik
Maimunah mereka dapat disuraikan
·
Penduduk tempatan melancarkan
penentangan bersenjata pada Mei 1928
·
Kumpulan yang menyerang
bangunan kerajaan di Kuala Berang telah Berjaya mendudukinya
·
Kumpulan di Kuala Telemong
telah bersiap sedia menunggu arahan untuk menentang British
·
Dengan menggunakan kuasa
dan nama Sultan Terengganu, British telah menghantar tiga orang pembesar untuk menawan
semula Kuala Berang
·
British menangkap dan memburu
sesiapa sahaja yang menghalang
·
Cara ini memudahkan Briitsh
kerana rakyat Melayu tidak akan menderhaka kepada sultan
·
Sepasukan polis seramai
25 orang telah menyerang Kuala Telemong
·
Pasukan polis Berjaya menumpaskan
kebangkitan penduduk tempatan dengan mengorbankan 11 orang
·
Haji Abdul Rahman Limbong
pula telah diserang oleh 50 orang polis yang dibawa dariSingapura
·
Beliau Berjaya ditahan dan
dibuang negeri ke Makkah
Rentap
(Sarawak)
·
Pada tahun 1853, Rentap
pemimpin kaum Iban menyerang pasukan James Brooke di kubu Nanga Skrang kerana tindakan
Brookes yang cuba menghapuskan orang Iban di Sungai Skrang
·
Dianggap sebagai lanun
·
Berjaya mengusir
Brookes
·
Brookes membalas dengan
membakar kampong mereka
·
Rentap dan pengikutnya berundur
ke Bukit Sadok dan membina kubu
·
Rentap terus diserang oleh
pasukan Brookes
·
Pada tahun 1861,
tentera Brookes Berjaya mengalahkan Rentap
·
Rentap terpaksa berundur
ke Ulu Sungai Entabai
·
Serangannya semakin lemah
Linggir
(Sarawak)
·
Pemimpin kaum Iban di
Saribas
·
Menentang penaklukan
James Brooke pada tahun 1849
·
Menyerang kapal Nemesis
dekat Batang Lupar
·
Merupakan tindak balas terhadap
langkah James Brooke/ Kapten Farquhar menghalang pelayaran mereka di Sungai
Saribas
·
Linggir dan pengikutnya
tewas dalam pertempuran tersebut
Syariff
Masahor dan Datu Patinggi Abdul Ghapur
(Sarawak)
·
Syariff Masahor bersama
Datu Patinggi Abdul Ghapur
·
Penentangan oleh Orang Melayu
·
Menolak penguasaan
James Brooke di wilayah mereka/ Sungai Rajang
·
Mereka kehilangan kuasa
memungut cukai dan pengaruh terhadap penduduk tempatan
·
1858, James Brooke
membina kubu di Kanowit
·
Shariff Masahor telah menyerang
kubu tersebut
·
Beliau dan Datu Patinggi
Abdul Ghapur menyerang James Brooke di Kuching tetapi gagal
·
Shariff Masahor melarikan
diri ke Brunei
·
Tetapi beliau telah diserahkan
oleh Sultan Brunei kepada British di Singapura
Mat
Salleh (Sabah)
·
Mat Salleh memerintah daerah
Tambunan dan Sungai Sugut
·
SBUB tidak menghiraukan
kedudukan Mat Salleh
·
SBUB menduduki kawasan pengaruh
Mat Salleh
·
Mereka melaksanakan
system cukai kepala dan surat perahu
·
Pegawai-pegawai syarikat
bersikap kasar kepada penduduk tempatan
·
Mat Salleh telah ke
Sandakan untuk berbincang dengan SBUB tetapi Mat Salleh tidak dilayan
·
Gabenor Beufort telah menyerang
dan membakar kampungnya
·
Mat Salleh terpaksa melarikan
diri
·
Mat Salleh dan para pengikutnya
telah melakukan serangan mengejut terhadap kubu SBUB di Pulau Gaya
·
SBUB telah menawarkan pelan
damai kepada Mat Saleeh dengan menyerahkan Tambunan kepadanya
·
SBUB mungkir janji
·
Mat Salleh sekali lagi menyerang
kubu SBUB
·
Serangan ini dibalas oleh
pasukan tentera SBUB dengan menyerang kubu Mat Salleh
·
Beliau akhirnya tewas dan
meninggal dunia pada 31 Januari 19
SOALAN 4 :
MENGANALISIS
Cara untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan
rakyat Malaysia.
·
Kempen kesedaran agar bersemangat setia negara yang
tinggi
·
Asuhan dari ibu bapa agar anak sentiasa berkorban
·
Melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan
·
Mengukuhkan jati diri bangsa Malaysia
·
Jangan mudah terpengaruh dengan agenda anasir luar
·
Mengelakkan diri daripada nilai-nilai negatif
·
Patuh pada ajaran agama
·
Amalan nilai-nilai murni dalam
kehidupan-Hormat-menghormati
·
Peranan guru menerapkan semangat tersebut dalam jiwa
pelajar
·
Sistem pendidikan negara menjurus ke arah tersebut
·
Kerjasama semua pihak dalam memainkan peranan
·
Mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan
·
Menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan
·
Memberi sumbangan dalam pembangunan negara
·
Membeli barangan buatan Malaysia
·
Menyokong Skuad Badminton/ Harimau Malaya/ Pasukan negara
·
Bersama meraikan sambutan perayaan seperti Rumah Terbuka
·
Mendokong semangat Malaysia Boleh
·
Menyokong perjuangan pemimpin tempatan
·
Menghayatidanmenghargaikemerdekaannegara
(Mana-manajawapan yang munasabah)
I
Bagaimanakah
semangat nasionalisme yang tinggi mampu memajukan negara kita?
·
Pemimpin negara akan mentadbir negara
dengan jujur ikhlas. Program-program
pembangunan negara dapat dirancang dan dilaksanakan dengan sempurna untuk rakyat
·
Kepimpinan yang bertanggungjawab akan
melahirkan hubungan erat dengan rakyat. Ini membolehkan dasar-dasar kerajaan
dapat dilaksanakan
·
Amalan rasuah dalam negara dapat
dihindari. Ketelusan pentadbiran dapat dilaksanakan. Ketirisan dalam ekonomi
dapat dielakkan
·
Semangat sayangkan negara menggalakkan
pekerja bekerja bersungguh-sungguh. Ini akan meningkatkan produktiviti dan menambah
pendapatan negara
·
Ahli-ahli sukan akan berusaha dalam
sesuatu pertandingan untuk mengharumkan nama negara
·
Rakyat akan berusaha mempertahankan
negara daripada sebarang ancaman musuh-musuh luar. Kedaulatan negara akan dapat
dipertahankan.
·
Semangat toleransi dan berkerjasama
dapat memupuk perpaduan kaum. Keharmonian dan keamanan dapat diwujudkan.
·
Pertelingkahan antara kaum dapat
dielakkan
·
Sistem politik negara akan lebih stabil
·
Ekonomi berkembang pesat
·
Banyak peluang-peluang pekerjaan dapat
diwujudkan
·
Kesedaran yang dimiliki mendorong rakyat
berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan
·
Rakyat yang berilmu pengetahuan dapat
menyumbang idea dan kepakaran membangunkan negara
·
Sikap bertanggungjawab dan keprihatinan
masyarakat dapat mengurangkan kadar jenayah. Pengurangan kadar jenayah
membolehkan kerajaan menumpukan usaha pembangunan negara dalam bidang-bidang
yang lain
·
Rakyat menjaga kebersihan persekitaran.
Keindahan persekitaran terpelihara sehingga menarik pelancong. Kehadiran
pelancong menambah pendapatan negara. Imej negara juga akan meningkat
(Mana-mana
jawapan yang munasabah)
Kejayaan yang dicapai oleh Malaysia hasil
daripada semangat semangat nasionalisme.
·
Pasukan Malaysia memenangi acara sukan di peringkat
·
Antarabangsa-hoki
·
Kejayaan pelayar negara Dato’ AzharMansor
·
Dato’ Abdul Malik Mydin berjaya menyeberangi Selat
Inggeris
·
Kejayaan Mohandas dan Magendran mendaki Gunung Everest
·
Dato’ NicolDavid meraih kejayaan dalam sukan skuasy
·
Dato’ LeeChongWei muncul sebagai pemain nombor satu dunia
·
dalam sukan badminton
·
Dato’ MaznahZulkifli berjaya ke kutub Utara
·
Dato’ Sheikh Muzaffar angkasawan pertama negara
·
Tenaga pakar dalam Pembinaan LRT di Makkah
·
Tenaga pakar Petronas dalam carigali petrolium di luar
negara
·
Penyertaan rakyat Malaysia dalam pertubuhan di peringkat
antara bangsa
·
Dato Seri Zetty Akhtar Aziz,Gabenor Bank Negara yang
diiktiraf di peringkat antara bangsa
(Mana-mana
jawapan yang munasabah)
SOALAN
5 : APLIKASI
Cara
andamenunjukkan/menzahirkansemangatnasionalismeterhadapnegara ATAU
Ciri-ciriwarganegara
Malaysia yang mempunyaisemangatnasionalisme yang tinggi.
·
Menghormati raja dan pemimpin negara
yang menjadi lambang perpaduan rakyat
·
Menyanyi lagu Negaraku dengan berdiri
tegak dan penuh bersemangat
·
Menghormati lambang-lambang negara seperti
Jata Negara, lagu Negaraku dan bendera kebangsaan
·
Membeli barang buatan Malaysia agar
ekonomi berkembang maju
·
Mematuhi undang-undang negara supaya
negara aman
·
Bangga berbahasa Melayu demi mengukuhkan
peranannya sebagai bahasa kebangsaan
·
Bangga sebagai rakyat Malaysia dan akan
menyokong dasar-dasar negara
·
Bangga dengan kejayaan pasukan sukan
negara yang bertanding di peringkat antarabangsa
·
Hidup bersatu-padu secara harmoni agar
negara aman dan makmur
·
Mengamalkan tradisi dan budaya bangsa
supaya dapat mengukuhkan jati diri
·
Menyambut hari kemerdekaan dengan penuh
penghayatan serta mengibarkan jalur gemilang
·
Bekerjasama dan tolong menolong dalam
menjayakan sesuatu program
·
Menghormati budaya dan agama kaum lain
supaya dapat mengelakkan perbalahan antara kaum
·
Berusaha menjaga maruah bangsa dan
negara agar negara dihormati
·
Menjunjung perlembagaan negara agar
keamanan negara terjamin
·
Bersyukur sebagai warganegara Malaysia
yang aman dan damai
·
Meningkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran agar mampu bersaing dengan negara lain
·
Taat dan setia kepada raja dan pemimpin
negara
·
Berani dan sanggup mempertahankan negara
agar tidak dijajah semula
·
Melibatkan diri dalam pembangunan negara
untuk kemajuan negara
·
Bersikap toleransi agar dapat menjauhi
pergaduhan antara kaum
Bukti/ kesan
masyarakat Malaysia mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi/ kejayaan yang
dicapai oleh negara Malaysia
·
Berjaya mengekalkan perpaduan antara
kaum
·
Mengibarkan bendera kebangsaan semasa
sambutan hari kebangsaan
·
Berjaya mempertahankan kedaulatan dan
kemerdekaan negara
·
Berjaya membangunkan mercu tanda negara
sepertu Putrajaya, Cyberjaya dan KLIA
·
Bersama meraikan hari perayaan dengan
mengunjungi rumah terbuka tanpa mengira kaum
·
Kejayaan atlet negara dalam bidang sukan
antarabangsa seperti Dato’ LeeChongWei dalam sukan badminton
·
Mempunyai sistem persekolahan kebangsaan
yang diterima pakai oleh semua kaum
·
Rakyat Malaysia membudayakan dasar
kebudayaan kebangsaan yang dianjurkan oleh kerajaan
·
Malaysia mampu menjaga maruahnya
daripada sebarang bentuk pertumpahan darah
·
Kemasukan pelabur asing dalam menjalin
kerjasama dalam bidang ekonomi
·
Mampu mewujudkan keharmonian dalam
kalangan masyarakat yang berbilang kaum
·
Memainkan peranan dalam pertubuhan
serantau dan antarabangsa seperti ASEAN dan PBB
·
Berjaya mengekalkan kestabilan politik,
ekonomi dan sosial yang diwarisi sejak merdeka
·
Rakyat Malaysia peka dan prihatin
terhadap maruah dan kedaulatan negara dengan menganggotai Rejimen Askar
Wataniah dan Ikatan Relawan Rakyat
·
Keunikan dan keistimewaan masyarakat
Malaysia menjadi tumpuan pelancong seluruh dunia
·
Malaysia berjaya menjadi hub pendidikan
dunia disebabkan keamanan dan keharmonian masyarakat. Kedatangan pelajar asing
kerana pendidikan bertaraf antarabangsa.
·
Berjaya menganjurkan pertandingan
peringkat antarabangsa seperti pertandingan lumba kereta dan motor Formula 1
·
Kejayaan program transformasi kerajaan
yang melibatkan transformasi ekonomi dan luar bandar
·
Hak kebebasan asasi, memilih pemimpin
melalui pilihan raya dan memiliki harta dan hak bersuara
·
Kejayaan program penghantaran angkasawan
negara yang pertama iaitu Dr. SheikhMuszapharShukorSheikhMustapha
CADANGAN SOALAN
6 (MENILAI) 10 M
6. Peranan anda untuk memperkasa semangat
nasionalisme di kalangan rakyat
Malaysia.
·
Memberi penekanan tentang konsep
patriotisme sejak dibangku sekolah
|
·
Kempen
secara besar-besaran
|
·
Menjalankan aktivit bersesuaian
|
·
Memperkasa
Program Khidmat Negara
|
·
Peranan media massa
|
·
Mengadakan lawatan sambil belajar
tempat bersejarah
|
·
Peranan ibu bapa cth menceritakan
tentang sejarah kemerdekaan Negara
|
·
Meningkatkan kemahiran sains teknolgi
|
·
Mengeratkan perpaduan bangsa
|
·
Mempertahankan identiti bangsa
|
·
Mencegah budaya liar dan budaya kuning
|
·
Peranan agama/tokoh agama/ahli akademik/guru
|
·
Penyertaan program sukarelawan seperti
IM4U
|
·
Mengadakan pameran berkaitan dengan
sejarah Negara
|
·
Iklan patriotik dalam media massa dan
elektronik
|
|
|
|||||||||||||||
6.
Kesan sekiranya semangat nasionalisme
tidak ada dalam kalangan rakyat
|
|
|||||||||||||||
·
Mana-mana
yang munasabah
6. Semangat nasionalisme dalam kalangan
generasi muda semakin luntur :
a)
Mengapakah keadaan ini berlaku ?
b)
Berikan cadangan anda untuk memperkukuhkan semangat nasionalisme
kepada generasi
muda pada hari ini.
a)
Mengapakah keadaan ini berlaku ?
·
Pengaruh anasir yang negatif
·
Pengaruh budaya asing
·
Kurang didikan agama dan kesedaran
sivik
·
Sikap pentingkan diri sendiri
·
Senario politik semasa
·
Menghasut rakyat tempatan bertindak
wajar
·
mempertikaikan keputusan / tindakan
kerajaan
(mana-mana jawapan munasabah)
b)
Berikan cadangan anda untuk memperkukuhkan
semangat
nasionalisme kepada generasi muda pada
hari ini?
·
Memperkuatkan jati diri
·
Menghayati sejarah dan pembentukan
bangsa dan negara
·
Mengelakkan pertelingkahan antara kaum
·
Sanggup berkorban mempertahankan negara
·
Mengutamakan kepentingan negara daripada diri
sendiri
·
Menghindari salah faham/ prasangka negetif
·
Mengutamakan semangat perpaduan/ muhibah
(mana-mana jawapan munasabah)
6. Terdapat segelintir pihak yang mempertikai
sumbangan tokoh pejuang
a) Mengapakah
pertikaian tersebut berlaku
·
Kurang faham tentang fakta sejarah
·
Fakta sejarah diputar belitkan
·
Penyebaran maklumat yang tidak tepat
·
Peranan media massa yang tidak
bertanggung jawab
·
Membangkitkan isu yang membingungkan
rakyat
·
Senario politik semasa
·
Mainan politik golongan tertentu
·
mementingkan hal peribadi / kumpulan
tertentu
·
Sikap prejudis dalam golongan
masyarakat
·
Sentimen perkauman
·
tidak mempunyai semangat cintakan
negara
·
golongan muda tidak memahami
perjuangan tokoh dahulu
·
terdapat perbezaan pendapat antara sejarawan negara kita dan Sejarawan
barat
·
golongan pelajar tidak mengenali tokoh
perjuang dahulu dengan mendalam
·
pihak Barat menipulasi tokoh perjuang
kita dengan menpesong fakta sejarah
·
Mana-mana jawapan yang munasabah
b) Bagaimanakah
caranya untuk mengelakkan keadaan ini daripada berlaku
·
Menekan nilai kewarganegaraan dan
patriotisme
·
Sejarah dijadikan subjek penting/
teras
·
Memupuk semangat setia negara dan
bangga kepada negara
·
Peranan media massa menyalur maklumat
dengan betul dan berkesan
·
Guru sejarah perlu memberi memberi
penerangan dengan jelas
·
Mengawal media alternatif / blog/
laman sesawang
·
Menyekat penyebaran maklumat yang
negatif
·
mendedahkan pelajar mengenali tokoh
semenjak sekolah rendah lagi
·
mengadakan sudut tokoh perjuang di sekolah
·
menanamkan sifat patriotik terhadap sejarah awal negara kita
·
tidak terpengaruh dengan propanganda
barat tentang pejuang tanah air kita
·
( Mana-mana jawapan yang munasabah)
Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia
dalam mengekalkan kedaulatannya.
·
Perbezaan agama, bahasa dan budaya
·
Kesedaran rakyat masih ditahap rendah
·
Rasa perpaduan masih rendah
·
Bahasa kebangsaan tidak diamalkan
secara menyeluruh
·
Kurang jati diri
·
Jurang ekonomi yang luas
·
Petempatan dan sekolah terasing.
6. Nyatakan
langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas
·
Menjayakan konsep Gagasan 1 Malaysia
·
Memperkukuhkan perpaduan rakyat
·
Menguasai ilmu pengetahuan
·
Menguasai pelbagai kemahiran
·
Merealisasikan Wawasan 2020
·
Menyediakan pelbagai peluang ekonomi
kepada semua kaum.
·
Melahirkan pemimpin berpandangan jauh
·
Melahirkan rakyat minda kelas pertama
·
Masyarakat inovatif dan kreatif
·
Kebudayaan kebangsaan dan sekolah
wawasan
6. Kesan
terhadap negara sekiranya rakyat Malaysia tidak memiliki semangat
nasionalisme.
·
Rakyat berpecah belah.
·
Keamanan dan keharmonian negara
terancam.
·
Lahirnya individu yang pentingkan diri
sendiri.
·
Ekonomi tidak berkembang.
·
Kemakmuran negara tergugat.
·
Pertumbuhan ekonomi tergendala.
·
Pembangunan negara terbantut.
·
Kedaulatan negara akan terancam.
·
Imej negara akan terjejas.
·
Campur tangan kuasa asing.
·
Politik tidak stabil.
·
Pentadbiran akan kucar kacir.
·
Rakyat tidak menghormati pemimpin.
·
Demonstrasi jalanan berleluasa.
·
Masyarakat hilang jati diri.
·
Minda masyarakat dijajah.
·
Terpengaruh dengan budaya asing.
·
Budaya lepak dan rempit.
·
Jawapan yang munasabah diterima.
6.
Kesan kepada negara sekiranya rakyat tidak memiliki semangat patriotik.
·
Politik tidak stabil
·
Kedaulatan/kemerdekaan negara
tergugat/mudah dijajah
·
Negara tidak membangun
·
Hasil ekonomi di eksploitasi orang
luar/kuasa asing
·
Negara/rakyat mundur/miskin
·
Pemimpin/rakyat tiada intergriti
·
Rasuah berleluasa
·
Pemimpin dan rakyat tidak bersatu
·
Negara kucar kacir/huru hara
·
Negara dipandang rendah di peringkat
antara bangsa
·
Kemerosotan ekonomi
·
Melahirkan
pekerja yang malas dan tidak bertanggungjawab
·
(Mana-mana jawapan yang munasabah
6. Langkah
mengatasi cabaran (5m)
·
Kempen mencintai negara
·
Pengamalan Prinsip Rukun Negara
·
Diterap dalam matapelajaran Sejarah,
Sivik dan Kewarganegaraan
·
Penyertaan program sukarelawan
·
Mengadakan pameran berkaitan sejarah
negara
·
Lawatan ke Memorial seperti Memorial
Tunku Abdul Rahman
·
Menerbitkan buku tentang tokoh
kebanggaan negara
·
Memperkukuhkan jati diri / pegangan
agama/adat
·
Program Latihan Khidmat Negara(PLKN)
·
Memperkasakan perpaduan bangsa
·
Menjayakan konsep 1Malaysia
·
Menguasai segala bidang ilmu
pengetahuan dan kemahiran
·
( Mana-mana jawapan yang munasabah )
8.Ikhtibar
yang diperoleh berdasarkan tajuk yang dikaji (5m)
·
Kkan maruah dan
kenali tokoh-tokoh pejuang negara
·
Hargai jasa-jasa dan
pengorbanan pejuang negara
·
Bina keyakinan diri
·
Rakyat Malaysia mesti
ada semangat juang yang tinggi
·
Amalkan semangat
kerjasama
·
Pupuk semangat jati
diri sejak di bangku sekolah
·
Setiap rakyat mesti
sanggup berkorban untuk negara
(5m)
9. Membuat kesimpulan keseluruhan isi yang
telah dibincangkan (5m)
(a) Pengetahuan
·
Abad ke-19 dan abad
ke-20 telah mengetengahkan pemimpin
tempatan daripada pelbagai latarbelakang untuk menentang penjajah
·
Perubahan yang dibawa
oleh penjajah telah menimbulkan banyak kesulitan kepada masyarakat tempatan
(b)
Nilai/ unsur patriotism
berdasarkan tajuk
·
Berani mempertahankan
negara
·
Berusaha membangunkan
negara
·
Keberanian
tokoh-tokoh nasionalis tanah air memperjuang kedaulatan bangasa daripada
penjajahan
( c)
Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang
·
Memiliki semangat
cinta akan negara supaya bersama-sama
menjayakan program tranformasi kerajaan
·
Malaysia dapat
menjadi negara maju hasil perpaduan dan kerjasama erat antara kaum
·
Para pemimpin perlu
berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aman , maju dalam
pembangunan
·
|
|
|||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
|
|
|||||||||||||||
|
|
No comments:
Post a Comment