PENAJA

Friday, 3 August 2012

Sumbangan Cerdik Pandai Yahudi Kepada Dunia


Sumbangan Cerdik Pandai Yahudi Kepada Dunia.

Di dunia ini terdapat hanya 14 juta orang Yahudi; 7 juta di Amerika, 5 juta di Asia, 2 juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Nisbah orang Yahudi kepada orang Islam adalah 1 kepada 100. Walau bagaimanapun, mereka 100 kali lebih berkuasa daripada umat Islam keseluruhannya (1.4 billion). Pernah kita tanya kenapa?

Jesus Christ adalah Yahudi. Albert Einstein, saintis paling berpengaruh dan Majalah TIME “Person of the Century” adalah Yahudi. Sigmund Freud (id, ego, superego), bapa psikoanalisis adalah Yahudi. Begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.

Disenaraikan di sini Yahudi yang menyumbang keintelektualan mereka dalam memajukan dunia.

1.            Benjamin Rubin memperkenalkan suntikan vaksin.
2.            Jonas Salk mencipta vaksin folio yang pertama.
3.            Albert Sabin menambahbaik vaksin polio.
4.            Gertrude Elion memberi kita dadah untuk melawan leukemia.
5.            Baruch Blumberg mengembangkan vaksin untuk Hepatitis B.
6.            Paul Ehrlich menemui rawatan siplis (penyakit kelamin).
7.            Elie Metchnikoff memenangi Hadiah Nobel (penyakit berjangkit).
8.            Bernard Katzwon memenangi Hadiah Nobel (pemindahan neuromuscular).
9.            Andrew Schally memenangi Hadiah Nobel (endokrinologi-kecelaruan sistem endokrin, kencing manis, hyperthydoidism)
10.          Aaron Beck menemui terapi kognitif (psikoterapi untuk merawat kecelaruan mental, kemurungan dan fobia).
11.          Gregory Pincus mengembangkan pil contraceptive mulut.
12.          George Wald memenangi Hadiah Nobel kerana mampu menambah pengetahuan manusia tentang mata.
13.          Stanley Cohen memenangi Hadiah Nobel dalam kajian embrio (kajian tentang janin dan perkembangannya).
14.          Willem Kolff memperkenalkan mesin dialysis buah pinggang.

Selepas 105 tahun, Yahudi telah menggondol 15-dozen Hadiah Nobel dan hanya 3 dimenangi oleh umat Islam.

Mengapa mengapa sangat hebat?

Stanley Mezor mencipta cip micro-prosesan pertama. Leo Szilard mengembangkan reactor nuclear pertaman, Peter Schultz, talian gentian optik; Charles Adler, lampu isyarat; Benno Strauss, keluli tahan karat; Isador Kisee, filem bersuara; Emile Berliner, telefon mikrofon; Charles Ginsburg, pita perakam video.

Pemilik perniagaan bertaraf dunia dimiliki orang berfahaman Yahudi termasuk Ralph Lauren (Polo), Levis Strauss (Levi's Jeans), Howard Schultz (Starbuck's) , Sergey Brin (Google), Michael Dell (Dell Computers), Larry Ellison (Oracle), Donna Karan (DKNY), Irv Robbins (Baskins & Robbins) and Bill Rosenberg (Dunkin Donuts).

Richard Levin, Presiden Yale University, adalah Yahudi. Juga Henry Kissinger (setiausaha negeri, American), Alan Greenspan (Fed chairman di bawah Reagan, Bush, Clinton and Bush), Joseph Lieberman, Madeleine Albright (setiausaha negeri, American), Casper Weinberger (setiausaha pertahanan American), Maxim Litvinov (Menteri Luar USSR), David Marshal (Ketua Menteri pertama Singapore), Issac Isaacs (governor-general Australia ), Benjamin Disraeli (British statesman and author), Yevgeny Primakov (PM Rusia), Barry Goldwater, Jorge Sampaio (President Portugal), John Deutsch (Pengarah CIA), Herb Gray (TPM Canada), Pierre Mendes (PM Perancis), Michael Howard (British home secretary), Bruno Kreisky (canselor Austria) and Robert Rubin (Setiausaha Kewangan American).

Di media, antara Yahudi yang terkenal adalah Wolf Blitzer (CNN), Barbara Walters (ABC News), Eugene Meyer (Washington Post), Henry Grunwald (editor-in-chief Time), Katherine Graham (penerbit The Washington Post), Joseph Lelyyeld (Editor Ekesekutif The New York Times), dan Max Frankel (New York Times).

Boleh anda namakan dermawan yang ada dalam sejarah dunia? Dia adalah George Soros, Yahudi, yang menyumbang sejumlah $4 billion yang sebahagian besarnya diagihkan kepada saintis and universiti di seluruh dunia. Selepas George Soros adalah Walter Annenberg, seorang lagi Yahudi, yang membina ratusan perpustakaan dengan nilai $2 billion.

Olympik, Mark Spitz mencipta rekod dengan memenangi tujuh pingat emas. Lenny Krayzelburg tiga kali meraih pingat emas di Olympik. Mereka adalah Yahudi.

Tahukah anda Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Crystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Goldie Hawn, Cary Grant, William Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk adalah Yahudi?

Kenyataannya Hollywood diasaskan oleh Yahudi. Dikalangan pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1/2/3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One flew over the Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The thief of Baghdad ) dan Ivan Reitman (Ghostbusters) adalah Yahudi.

William James Sidis, IQ of 250-300, adalah manusia terbijak. Cuba teka fahamannya, sudah tentu Yahudi. Mengapa Yahudi sangat hebat? Jawapannya adalah pendidikan!

Mengapa Muslim Tidak Hebat?

Dianggarkan ada 1,476,233,470 umat Islam; 1 billion di Asia, 400 juta di Afrika, 44 juta di Eropah dan 6 juta di America. Setiap daripada 5 orang, seorang adalah muslim;  seorang hindu nisbahnya 2 Muslim, seorang Buddha nisbahnya 2 Muslim dan seorang Yahudi nisbahnya 100 Muslim. Pernahkah anda terfikir mengapa muslim tidak hebat?

Ini adalah sebabnya: terdapat 57 negara yang mengangotai Organisation of Islamic Conference (OIC), dan jika dikumpulkan di bawah mereka terdapat 500 universiti; 1 universiti untuk setiap 3 juta Muslim. United States mempunyai 5,758 universiti dan India mempunyai 8,407. Pada tahun 2004, Universiti Shanghai Jiao Tong menyenaraikan 'Academic Ranking of World Universities', dan malangnya, tidak satu pun universiti dari majoritinya muslim berada dalam kelompok 500 terbaik.

Mwngikut data yang diperolehi daripada UNDP, kadar celik huruf negara kristian hampir 90% and 15% negara kristian celik huruf 100%. Berbeza dengan negara Islam yang purata celik huruf hanya 40% tiada yang 100% celik huruf. 98% rakyat negara kristian tamat sekolah rendah (40% ke university) sementara kurang daripada 50% rakyat negara Islam tamat sekolah rendah (2% ke university).

Negara Islam mempunyai 230 saintis daripada 1 juta Muslim. US mempunyai 4,000 saintis per sejuta and Jepun mempunyai 5,000 per sejuta. Di rantau Arab, jumlah penyelidik sepenuh masa adalah 35,000 and hanya 50 juruteknik per sejuta orang Arab (di negara kristian mereka ada sehingga 1,000 juruteknik persejuta). Tambahan lagi, negara Islam memperuntukkan 0.2% daripada GDP untuk penyelidikan dan pembangunan, sementara negara kristian memperuntukkan 5% daripada GDP mereka.

Kesimpulan: Umat Islam kurang berkemampuan untuk menghasilkan pengetahuan.

Penunjuk sesebuah negara mengamalkan budaya ilmu ada dua; akhbar harian per 1,000 orang dan jumlah judul buku per sejuta orang. Di Pakistan, terdapat 23 akhbar harian per 1,000 orang sementara di Singapora 360 per 1,000 orang. Jumlah judul buku untuk setiap sejuta orang; di UK 2,000 sementara di Mesir hanya 20.

Kesimpulan: Umat Islam gagal menyebarkan membudayakan.
Penunjuk lain untuk aplikasi ilmu adalah peratus ekspot produk teknologi tinggi daripada jumlah keseluruhan ekspot. Pakistan 1%; Arab Saudi 0.3%; Kuwait, Morocco dan Algeria 0.3%; sementara Singapura 58%.

Kesimpulan: Umat Islam gagal untuk aplikasi ilmu yang ada.

Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menghasilkan pengetahuan.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal menyebarkan ilmu.
Mengapa Umat Islam Tidak Hebat? Kerana tidak/gagal aplikasi ilmu yang ada.

Masa depan milik masyarakat yang mementingkan ilmu.

Menariknya, jumlah keseluruhan GDP 57 negara OIC kurang $2 trillion; Amerika $12 trillion; China $8 trillion; Japan $3.8 trillion dan Jerman $2.4 trillion.

Negara yang kaya dengan minyak seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait Qatar secara terkumpul menghasilkan barangan dan perkhidmatan bernilai $500 billion, Sepanyol $1 trillion, Poland $489 billion dan Thailand $545 billion.

Jadi, mengapa umat Islam tidak hebat? Jawapannya kurang pengetahuan.

Wallahualam.

ARTIKAL INI SEPENUHNYA DIAMABIL DARI WEB DIBAWA:

No comments:

Post a Comment