PENAJA

Sunday 5 August 2012

DATUK LEE HONG WEI


Ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Lee (李).
Datuk Lee Chong Wei
Badminton-lee chong wei.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuh李宗伟
Tarikh lahir21 Oktober 1982 (umur 29)
Tempat lahirPerakMalaysia
Tinggi1.74 m (5 ka 812 in)
Berat60 kg (130 lb/9.4 st)
Perseorangan lelaki
NegaraBendera Malaysia Malaysia
Tangan
kegemaran
Kanan
JurulatihMisbun Sidek
Ranking tertinggi1 (29 Jun 2006 –20 Julai 2006,
24 Ogos 200621 September 2006,
21 Ogos 2008 –20 Jun 2012)
Ranking terkini2 (21 Jun 2012[1])
BWF ID: 50152
Rekod pingat Olimpik
Peserta untuk Bendera Malaysia Malaysia
Badminton lelaki
Sukan Olimpik
Perak2008 BeijingPerseorangan lelaki
Kejohanan Dunia
Perak2011 LondonPerseorangan lelaki
Gangsa2005 AnaheimPerseorangan lelaki
Sukan Asia
Perak2010 GuangzhouPerseorangan lelaki
Gangsa2006 DohaPerseorangan lelaki
Gangsa2006 DohaPasukan
Piala Sudirman
Gangsa2009 GuangzhouPasukan
Piala Thomas
Gangsa2010 Kuala LumpurPasukan
Gangsa2008 JakartaPasukan
Gangsa2006 Sendai/TokyoPasukan
Sukan Komanwel
Emas2010 DelhiPerseorangan lelaki
Emas2010 DelhiPasukan campuran
Emas2006 MelbournePerseorangan lelaki
Emas2006 MelbournePasukan campuran
Badminton - lelaki
Datuk Lee Chong Wei (Cina Ringkas李宗伟Cina Tradisional李宗偉pinyin: Lǐ zōng wěi, lahir pada 21 Oktober 1982 di Bagan SeraiPerak[2]) ialah seorang pemainbadminton professional dari Malaysia yang kini menetap di Bukit Mertajam.[3] Lee merangkul pingat perak di temasya Sukan Olimpik 2008, maka menjadi rakyat Malaysia pertama yang layak ke pusingan akhir acara perseorangan lelaki, sekaligus menamatkan kemarau pingat Olimpik Malaysia sejak tahun 1996. Pencapaian ini mengurniakan gelaran Datuk kepadanya, serta sanjungan oleh Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai wira kebangsaan.[4]
Lee menduduki tangga teratas dalam ranking pemain badminton lelaki perseorangan selama 199 minggu berturut-turut, iaitu pada 21 Ogos 2008 hingga 14 Jun 2012.[5] Beliau ialah pemain badminton Malaysia ketika yang mencapai tangga teratas selepas Rashid Sidek dan Roslin Hashim (semenjak ranking rasmi dimulakan pada 1980-an), dan juga satu-satunya jaguh badminton Malaysian yang mempertahankan kedudukan teratasnya selama lebih dua minggu.

[sunting]
Kehidupan awal
Biografi

[sunting]

Pada zaman kanak-kanaknya, ketika bersekolah di SRJK (C) Jit Sin (B), Berapit, Lee gemar bola keranjang, namun ibunya melarangnya dari menceburi sukan itu gara-gara bahang yang melayur di gelanggang bola keranjang luaran. Lee mula mempelajari badminton seusia 11 tahun, apabila bapanya yang gemar bermain sukan ini membawanya ke dalam gelanggang badminton. Setelah menarik perhatian seorang jurulatih tempatan, jurulatih itu meminta izin bapa Lee agar Lee menjadi anak didiknya. Setelah mendapat restu bapanya, maka jurulatih itu mula melatih Lee selepas waktu sekolah.[6] Setelah ditemui oleh Misbun Sidek, barulah beliau menyertai pasukan kebangsaan pada usia 17 tahun.[7]

[sunting]Kerjaya

[sunting]2002–2007

Lee menghampiri gelaran juara pertamanya dalam sesebuah kejohanan utama pada tahun 2003, apabila beliau layak ke pusingan akhir sulungnya di Terbuka Malaysia 2003, sebelum tumpas di tangan Chen Hong dari China.[8]
Pada tahun 2004, Lee berjaya memburu dua kejuaraan terawalnya di Terbuka Malaysia dan Terbuka China Taipei. Lee menyertai pasukan kebangsaan ke Sukan Olimpik 2004 diAthens. Dalam sukan Olimpik pertamanya, Lee mengetepikan Ng Wei dari Hong Kong di pusingan pertama sebelum ditumpaskan lagi oleh Chen Hong di pusingan kedua.[9]Apapun, Lee masih terdaya merangkul dua lagi kejuaraan pada tahun 2005, iaitu di Terbuka Malaysia dan Terbuka Denmark, di samping menggondol pingat gangsa dalam aksi Kejohanan Dunia pertamanya setelah kalah di pusingan separuh akhir kepada Taufik Hidayat yang kemudian menjuarai kejohanan tersebut.[10]
Lee kemudian merangkul tiga kejuaraan dari enam pusingan akhirnya pada tahun 2006. Beliau menjuarai Terbuk Switzerland,[11] Kejohanan Badminton Asia dan (untuk kali ketiga) Terbuka Malaysia[12], di samping juga mencapai peringkat akhir Terbuka Cina Taipei, Terbuka Macau dan Terbuka Hong Kong. Lee membantu skuad Malaysiamenggondol dua butir pingat emas di acara badminton perseorangan lelaki dan pasukan campuran di temasya Sukan Komanwel 2006 di Melbourne pada bulan Mac.[13] Lee mencapai kedudukan teratas sebanyak dua kali di ranking dunia Persekutuan Badminton Dunia pada tahun 2006,[14] lalu menyertaiKejohanan Dunia sebagai pemain pilihan pertama[15], tetapi dikejutkan oleh Bao Chunlai dari China di pusingan suku akhir dalam perlawanan yang dicemari oleh dua line call berkontroversi yang tidak menyebelahi Lee.[16]
Pada 3 November 2006, Lee terlibat dalam kemalangan jalan raya dalam perjalanan ke Bukit Jalil selepas bermakan malam, apabila kereta beliau dilanggar di belakang oleh sebuah kenderaan yang hilanga kawalan akibat tayar bocor. Beliau dihantar ke Sunway Medical Centre untuk dirawat dengan enam jahitan pada kecederaan kepalanya.[17]
Musim 2007 menyaksikan Lee gagal memasuki pusingan akhir buat kali pertama dalam Terbuka Malaysia sejak lima tahun, bahkan juga tersingkir awal dalam lima pertandingan selepas itu sebelum melambung kembali untuk merampas kejohanan Terbuka Indonesia, iaitu gelaran pertamanya sejak Terbuka Malaysia 2006 setelah berpisah dari Li Mao untuk bersatu semula dengan jurulatih Misbun Sidek.[18] Prestasinya di separuh kedua tahun itu cemerlang sekali, apabila merangkul tiga gelaran di Terbuka Filipina, Terbuka Jepun dan Terbuka Perancis. Beliau juga mencapai pusingan akhir Terbuka China dan Terbuka Hong Kong walaupun terjejas oleh kecederaan lututnya.[19] Lee memenangi semua perlawanan yang melibatkannya dalam Piala Sudirman pada bulan Jun, walaupun pasukanMalaysia hanya mencapai tempat ke-5 keseluruhan dalam pertandingan.[20] Detik paling pahit yang dialami oleh Lee adalah diKejohanan Dunia, sungguhpun diadakan di Malaysia dan prestasi yang membanggakan sepanjang separuh kedua tahun itu, beliau kalah mengejut kepada Sony Dwi Kuncoro dari Indonesia[21], sehingga beliau menyela ketua jurulatih Yap Kim Hock sebalik sahaja menerima kekalahan dengan alasan bahawa Yap terlalu memberi tekanan dalam persediaannya untuk menghadapi kejohanan.[22]

[sunting]2008: Olimpik

Lee Chong Wei di separuh akhir badminton Sukan Olimpik 2008 di Beijing
Lee memulakan tahun 2008 dengan jayanya, dengan merangkul kejuaraan keempat dari Terbuka Malaysia dalam masa lima tahun.[23] diikuti Terbuka Singapura,[24] Terbuka Korea (perlawanan terakhir sebelum sukan Olimpik)[25] Terbuka All England,[26] Terbuka Switzerland,[27] Kejohanan Badminton Asia,[28] dan juga Piala Thomas di JakartaIndonesia, di mana Lee membawa pasukan Malaysia ke separuh akhir apabila beliau menumpaskan Lin Dan untuk memastikan Malaysia mendahului 1–0 ketika melawan juara bertahan dariChina. Namun demikian, Malaysia akhirnya kalah 2–3 kerana tumpasnya beregu pertamanya dalam perlawanan terakhir.[29]
Di Sukan Olimpik 2008, Lee dikecualikan dari pusingan pertama, kemudian senang mengetepikan cabaran Ronald Susilo di pusingan kedua, Kęstutis Navickas di pusingan ketiga,[30] dan Sony Dwi Kuncoro di pusingan suku akhir,[31] sebelum bertungkus-lumus mengatasi saingan hebat Lee Hyun-il dari Korea Selatan sebelum dapat mara ke pusingan akhir.[32] Bagaimanapun, Lee mudah dikalahkan oleh Lin Dan dengan mata 12–21, 8–21.[33]Lee menerima ganjaran RM 300,000 pada 21 Ogos 2008, kerana menggondol pingat perak di Sukan Olimpik, di samping juga RM 3,000 sebulan sebagai pencen seumur hidup mulai Ogos 2008.[34] Untuk pencapaian yang sama, beliau dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN), yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada 30 Ogos 2008.[35]
Lee mengakhiri kejohanan Super Series terakhirnya pada tahun 2008 di Terbuka Hong Kong dengan menarik diri akibat kecederaan lutut, sekaligus membuka peluang kepada Marc Zwiebler dari Jerman.[36] Penarikan diri ini menyebabkan pihak media China mengejeknya sebagai "pemain nombor satu dunia yang terlemah",[37] di samping juga berspekulasi bahawa terdapat tiga faktor yang menjejaskan prestasi Lee sejak Sukan Olimpik, iaitu tekanan pusingan akhir Olimpik, kegerunan akan Lin Dan kerana tewas mudah di tangan Lin, dan tekanan yang dihadapi sebagai nombor satu dunia (seperti yang digemakan oleh Misbun Sidek).[38]
Sungguhpun keperitan bermain di peringkat antarabangsa, beliau menempah kemenangan ketujuhnya di pusingan akhir Grand Prix Bandminton Kebangsaan di Kedah pada 12 Disember 2008, sekaligus memecah sasaran enam kejuaraan berturut-turut yang ditetapkan oleh Misbun Sidek.[39] Lee akhirnya merangkul gelaran juara di Super Series Masters Finals, itupun tanpa cabaran dari Lin Dan dan pemain handalan China yang lain gara-gara dibelenggui kecederaan dan keletihan.[40]

[sunting]2009

Lee melancarkan musim 2009 season dengan kejuaraan Terbuka Malaysia yang kelima,[41] tetapi gagal merangkul kejuaraan di Terbuka Korea dan Terbuka All England walaupun mara ke pusingan akhir.[42][43] Namun begitu, beliau memenangi gelaran kedua tahun itu di Terbuka Swiss dengan menumpaskan Lin Dan dalam straight set, sekaligus menandakan kali pertama menumpaskan pemain handalan China itu di pusingan akhir di luar negara asalnya.[44] Kemudian, Lee dikejutkan oleh Chen Long dari China di Terbuka India.[45] Beliau mendakwa kekalahannya akibat keracunan makanan dan menggesa pihak berwajib agar memperbaiki keadaan menjelang Kejohanan Dunia.[46] Pada bulan Mei, Lee membantu Malaysia mencapai pusingan separuh akhir pertama mereka sepanjang sejarah Piala Sudirman, walaupun rekod tanpa kalah dalam kejohanan itu akhirnya dipecahkan oleh Lin Dan.[47] Apapun, beliau merangkul kejuaraan lagi di Terbuka Indonesia,[48] dan Terbuka Malaysia Grand Prix Gold,[49] biarpun gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Singapura kerana dikejutkan oleh Nguyen Tien Minh di pusingan kedua.[50]
Pada 6 Jun 2009, Lee dikurniakan gelaran Darjah Bakti (DB) dari YDPA Tuanku Mizan Zainal Abidin sempena hari keputeraan rasmi baginda atas pencapaiannya di Sukan Olimpik 2008.[51] Beliau pernah dilaporkan menjalin hubungan dengan rakan sepasukannyaWong Mew Choo[52] sehingga mereka berdua mengumumkan tamatnya hubungan mereka pada bulan September.[53]
Pada bulan Ogos, Lee Chong Wei menyertai Kejohanan Dunia di HyderabadIndia dengan cita-cita merangkul kejuaraannya tetapi dihampakan oleh Sony Dwi Kuncoro di suku akhir.[54] Setelah berehat selama sebulan, Lee bertanding di China Masters di mana beliau tewas kepada Lin Dan di suku akhir[55]; diikuti kekalahan awal di pusingan kedua Terbuka Jepun di tangan Simon Santoso[56]. Kecederaan yang dialami pada lututnya ketika itu menyebabkan Lee kurang beraksi sedikit sepanjang saki-baki tahun 2009. Setelah menjauhi Terbuka Denmark[57] dan Terbuka Perancis, Lee kembali ke arena dengan menjuarai Terbuka Hong Kong pada 15 November[58], tetapi selepas itu kecundang di pusingan pertama Terbuka China tiga hari kemudian[59]. Di World Super Series Masters Finals yang diadakan di Johor Bahru pada 3–6 Disember, Lee Chong Wei mengharumkan lagi nama Malaysia dengan mempertahankan kejuaraan perseorangan lelaki, diikuti kejayaan Wong Mew Choo menjuarai perseorangan wanita.[60] Walau bagaimanapun, Chong Wei terpaksa melepaskan peluang beraksi di Sukan SEA yang diadakan seminggu kemudian di Vientiane atas arahan jurulatih demi menyembuhkan kecederaan lutut yang dialaminya itu.[61][62]

[sunting]2010

Datuk Lee Chong Wei memulakan tahun 2010 dengan ampuh, dengan merangkul kejuaraan Terbuka Korea[63] dan Terbuka Malaysia[64] (yang keenam) berturut-turut. Ini juga kali pertama Lee memenangi dua kejohanan Super Series berturut-turut. Pada 14 Mac, pada percubaan ketujuh[65] menjuarai Kejohanan All-England sepanjang kerjayanya, Lee akhirnya berjaya merangkul gelaran juara perseorangan lelaki di perlawanan berprestij itu di Birmingham, dengan menangkis saingan Kenichi Tago dari Jepun di perlawanan akhir dengan markah 21–19, 21–19.[66]
Lee menyertai Piala Thomas di tanah air sendiri. Beliau berjaya menumpaskan Kenichi Tago untuk menggondol mata pertama, namun pasukan Malaysia kalah 2–3 kepada Jepun.[67] Di suku akhir, beliau menewaskan Peter Gade, sekaligus membantu pasukannya mendapat tempat dalam separuh akhir.[68] Di separuh akhir melawan China, Lee ditewaskan oleh Lin Dan, sekaligus mengakhiri rekod 18 perlawanan tanpa kalah sejak awal tahun ini.[69]
Pada bulan Jun, Lee mengambil bahagian dalam Terbuka Singapura tetapi tersungkur di suku akhir.[70] Namun demikian, Lee bangkit dengan menjuarai Terbuka Indonesia,[71] Terbuka Malaysia Grand Prix Emas pada bulan Julai,[72] dan Terbuka Macau pada bulan Ogos.[73] Pada akhir bulan Ogos, Lee mencuba nasib lagi dalam Kejohanan Dunia, tetapi tewas mengejut di tangan Taufik Hidayat di peringkat suku akhir.[74] Misbun Sidek mengaku bahawa kekalahannya adalah disebabkan kecederaan belakang yang dialaminya selepas pusingan ketiga.[75] Pada 26 September, Lee menewaskan musuh ketatnya, Lin Dan di Terbuka Jepun.[76]
Pada bulan Oktober, Lee membantu pasukan Malaysia menewaskan India untuk mempertahankan pingat emas dalam acara pasukan bercampur Sukan Komanwel 2010, kemudian berjaya mempertahankan pingat emasnya sekali lagi dalam acara perseorangan.[77]Sebulan kemudian, beliau menggondol pingat perak di Sukan Asia. Biarpun dapat menumpaskan Juara Dunia Chen Jin di separuh akhir, Lee sekali lagi merasai kekalahan di tangan musuh ketatnya, Lin Dan, di pusingan akhir.[78] Pada akhir tahun, Lee menggondol gelaran Terbuka Hong Kong yang kedua berturut-turut[79], dan gelaran Super Series Master Finals ketiga berturut-turut pada Januari 2011.[80]

[sunting]2011

Pada Januari, Lee memenangi kejuaraan Terbuka Malaysia ketujuh,[81] tetapi gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Korea, yang menjadi kejohanan sejuta dolar terulung dalam sukan badminton, setelah kecundang di tangan Lin Dan lagi.[82] Pada Mac, Lee mudah melangkah ke peringat akhir Terbuka All England buat kali ketiga berturut-turut lantas mempertahankan kejuarannya dengan kemenangan straight set ke atas Lin Dan, lalu mendapat sanjungan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.[83]Lee Chong Wei kemudiannya memenangi kejohanan super series India pertama buat dirinya. Dia juga telah menyertai skuad badminton kebangsaan Malaysia untuk beraksi di Sudirman cup, tetapi gagal ke separuh akhir apabila tewas tipis 2-3 kepada Korea.
Pada 1 Mei, Lee Chong Wei julung kali menjuarai Terbuka India,[84] diikuti oleh kejuaraan Grand Prix Emas Terbuka Malaysia seminggu kemudian.[85] Walaupun Lee memenangi semua perlawanannya dalam Piala Sudirman, namun perjuangan Malaysia berakhir di suku akhir setelah ditumpaskan oleh Korea Selatan 2–3.[86][87][88] Pada lewat bulan Jun, beliau menjuarai Terbuka Indonesia, sekaligus menjadi pemain bukan Indonesia pertama yang membuat hatrik dalam kejohanan itu.[89]

Harapan Lee untuk menjadi jaguh Malaysia pertama yang meraih pingat emas di Kejohanan Dunia ranap setelah ditewaskan oleh Lin Dan di pusingan akhir. Walaupun menguasai permainan, namun beliau terlepas dua mata penamat di set penentu.[90] Pada bulan September, Lee juga gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun setelah ditewaskan oleh bintang baru China, Chen Long.[91]Pada bulan Oktober, beliau tewas kepada Chen Long sekali lagi dalam cubaan memenangi kejuaraan Terbuka Denmark yang kedua.[92] Seminggu kemudian, beliau memenangi Terbuka Perancis.[93] Ini disusuli dengan tiga kali berturut-turut tersingkirnya di peringkat separuh akhir di Terbuka Hong Kong,[94]Terbuka China,[95] dan Kejohanan Akhir Masters.[96]

[sunting]2012

Lee memulakan tahun Olimpik dengan cemerlang di Terbuka Korea, apabila beliau menebus kekalahannya kepada Lin Dan dengan menumpaskan jaguh China itu dalam tiga set.[97] Seminggu kemudian, beliau meneruskan aksi cemerlang dengan menjulang kejuaraanTerbuka Malaysia yang kelapan dalam kerjayanya, setelah menumpaskan Kenichi Tago dari Jepun di pusingan akhir dalam 37 minit.[98]

Pada bulan Mac, Lee kecundang dalam Terbuka Seluruh England dengan terpaksa menarik diri dalam pusingan kedua setelah dirawat tiga kali, sekaligus meranapkan harapan Lee untuk menjadi pemain lelaki pertama dalam era terbuka untuk merangkul kejuaraan Terbuka Seluruh England tiga kali berturut-turut.[99] Pada bulan April, beliau dikejutkan pula oleh peman Korea Selatan, Shon Wan-ho di perlawanan akhir Terbuka India,[100] tetapi berjaya mempertahankan gelaran Grand Prix Emas Terbuka Malaysia buat kali keempat berturut-turut pada bulan Mei.[101] Lee terpaksa berehat selama tiga empat minggu setelah cedera di buku limanya dalam perlawanan Kumpulan C Piala Thomas melawan Denmark.[102] Pada bulan Jun, setelah mengungguli selama 199 minggu tanpa henti sejak 14 Ogos 2008,[5] Lee akhirnya jatuh dari tangga nombor satu dalam kedudukan pemain perseorangan lelaki terbaik BWF.[103]

[sunting]


http://ms.wikipedia.org/wiki/Lee_Chong_Wei

2 comments:

  1. AMIK DLM 2 LA.2 ADA LINK WIKIPEDIA BAWAH 2...KNE ADA NOTA KAKI.NT KITA PLAGIAT HEHE

    ReplyDelete