PENAJA

Saturday, 11 August 2012

jangkaan model sedan PRODUA: mana Bezza?


Toyota Etios 6 Perodua dan Daihatsu dalam perancangan keluarkan model sedan
Menurut laporan dari Bernama baru-baru ini, Perodua dan rakan niaganya dari Jepun, Daihatsu, bakal menjalankan kajian daya maju bagi membolehkan pengeluaran kereta sedan pertama Perodua di pasaran Malaysia. Sebenarnya berita tentang hasrat Perodua untuk mengeluarkan kereta sedan sudah lama ditimbulkan oleh pihak pengurusannya, namun sehingga kini masih belum menjadi kenyataan.
Perodua sudah berjaya dalam pasaran kereta kompak dengan tiga model utama iaitu Viva, Myvi dan Alza, namun masih belum mempunyai pengalaman mengeluarkan kereta sedan. Dengan hasrat tersebut, adakah ianya bakal terus memberikan kesan yang kurang baik terhadap Proton dari segi angka jualan seperti yang dilakukan Perodua sejak enam tahun yang lalu?
Toyota Etios 8 Perodua dan Daihatsu dalam perancangan keluarkan model sedan
Juga, jika Perodua benar-benar mengeluarkan kereta sedan nanti dengan kerjasama Daihatsu, adakah ianya model yang dibangunkan baharu sepenuhnya, seperti model konsep Bezza, atau sekadar mengulangi proses penjenamaan semula kereta Daihatsu kepada jenama Perodua. Menurut khabar angin, model Toyota Etios dikatakan bakal menjadi sedan pertama Perodua.
p/s : Saksikan gambar-gambar menarik Toyota Etios yang dijual di pasaran India. Adakah benar Perodua akan mengeluarkan model sedan pertama berasaskan model Etios? Menarik untuk kita tunggu perkembangan selanjutnya.

Shinichipedia: aku percaya klo model ni keluar produa akan lakukan yang lebih baik dr aspek rekabentuk...kerabentuk mcm ni xlaku di pasaran Malaysia. keyakinan Produa akan buat terbaik bila tgok Myvi baharu mendapat rekabentuk lebih menarik dr model ori dari daihatsu

No comments:

Post a Comment