PENAJA

Monday 27 August 2012

skema peperiksaan pertengahan tahun sejarah stpm setara Pasig Gudang 2012 (bahagian A) part 1



1. Huraikan organisasi sosial yang wujud dalam tamadun Mesir dan tamadun Mesopotamia.

Pendahuluan (3 markah)
1.     Organisasi sosial merupakan satu daripada ciri tamadun dan bermula bertapak sejak Zaman Neolitik.
2.     Kemunculan kemewahan di bandar- bandar besar menyebabkan muncul askar-askar profesional untuk mempertahankan bandar dari orang gasar.
3.     Golongan petani wujud di lapisan paling bawah dan mereka mengusahakan sektor pertanian.

Organisasi sosial masyarakat Mesopotamia (10 markah)
1.     Raja :
·         Berkuasa dan mempunyai kedudukan yang tinggi.
·         Dianggap sebagai wakil tuhan dan perlu mentadbir dan saksama.
·         Dari segi sejarah, institusi pemerintahan beraja berasal dari jawatan gabenor (ensi), raja (lugal), pada zaman dinasti awal.
·         Ensi dan lugal mendakwa mereka menerima mandat dan restu dari Tuhan.
·         Mengisytiharkan diri sebagai Tuhan.

1.     Peranan raja :
  • Dari segi pemerintahan dan pentadbiran.
  • Melantik pembesar dan memberikan nasihat.
  • Menyelesaikan masalah dalam kalangan rakyat jelata.
  • Menjadi ketua paderi dan wakil Tuhan.
  • Melantik pendeta.

2.     Bangsawan :
  • Dikenali sebagai marbanuti.
  • Berkuasa dalam pemilihan calon waris takhta kerajaan.
  • Pegawai kerajaan seperti panglima tentera, ketua pendeta dan gabenor provinsi dilantik oleh raja dari kalangan golongan bangsawan.
  • Mereka tinggal di tanah milik sendiri atau estet besar milik raja.
  • Mempunyai pekerja yang ramai.
  • Memperoleh sumber kekayaan melalui harta rampasan perang dan cukai yang dikenakan ke atas rakyat.

3.     Golongan profesional :
  • Dikenali sebagai ummane yang terdiri daripada pengusaha bank, doktor, pedagang, jurutulis dan artisan.
  • Mempunyai persatuan untuk kebajikan diri sendiri.
  • Berperanan penting dalam mengukuhkan ekonomi kerajaan.
  • Pekerjaan mereka di warisi oleh anak- anak mereka.

4.     Rakyat biasa dan hamba :
  • Dikenali sebagai hupshi dan kedudukan mereka paling rendah dalam masyarakat.
  • Terdiri daripada petani, askar dan golongan hamba.
  • Golongan hamba terdiri daripada tawanan perang dan orang berhutang yang boleh dijual beli.
  • Golongan hamba ini diberi layanan yang baik, boleh memiliki harta dan mempelajari kemahiran.
  • Di Babylon, terdapat golongan akyat biasa dan miskin yang menikmati pelbagai keistimewaan yang dikenali sebagai mushkennum.

Organisasi sosial masyarakat Mesir (10 markah)
1.     Raja dan keluarga raja :
·         Berkedudukan yang paling tinggi dan dianggap sebagai Tuhan.
·         Menjadi ketua pendeta, ketua pentadbir dan ketua hakim.
·         Raja dianggap lambang keadilan yang mempunyai kuasa dan kesaktian untuk melawan kuasa jahat.
·         Raja dianggap jelmaan Tuhan Horus semasa dinasti kedua dan keempat.
·         Dianggap sebagai Tuhan Matahari semasa dinasti kelima.
·         Putera raja menerima pendidikan daripada guru yang dilantik untuk mengajar matematik, seni bina, astronomi, kesenian dan sains.
·         Putera raja yang dewasa  akan menerima latihan ketenteraan.
·         Raja yang berkahwin dengan adik kandungnya untuk mengekalkan kesucian keturunan.

2.     Golongan bangsawan dan paderi :
·         Pegawai tinggi kerajaan dilantik daripada golongan ini.
·         Jawatan yang penting seperti pengurus, pegawai penguasa, pendeta dan pekerja.
·         Jawatan ini wjud pada zaman perantaraan pertama di peringkat wilayah.
·         Raja dibantu oleh wazir dalam mengendali kes-kes, mengawasi kerja- kerja membina dan membaiki terusan, menjalankan banci ternakan, merekodkan banjir, mengawasi ekspedisi diraja, memeriksa angkatan tentera, menyambut duta serta menerima ufti dari luar negara.
·         Golongan pendeta mempunyai hierarki sendiri terutama dalam soal keagamaan.
·         Mempunyai pengaruh dalam pelantikan raja.

3.     Anggota tentera :
·         Pekebun kecil artisan dan golongan profesional memasuki tentera untuk membaiki status sosial mereka.
·         Tentera yang berjaya dalam peperangan dibenarkan memiliki pembantu rumah, harta perang, ganjaran, pangkat dan tanah dari estet raja.

4.     Buruh raja :
·         Tugas utama adalah membina candi diraja.
·         Bekerja hampir sepanjang tahun.
·         Upah mereka dalam bentuk gandum dan barli.
·         Golongan ini terdiri daripada pekerja lombong, tembaga turquoise, pekerja kuari, pekerja binaan, pengangkut air dan tukang tembikar.
·         Mempunyai rumah berhala dan tribunal untuk menyelesaikan masalah yang dianggotai penulis, mekanik dan isteri.

5.     Petani :
·         Mereka terikat dengan tuannya.
·         Petani yang berkhidmat atas tanah raja diberi sediki kebebasan.
·         Pada zaman pemerintahan kerajaan baru, petani diberikan kebebasan dan tanah oleh raja, boleh diwarisi tanpa pindah milik.

5.     Hamba :
·         Terdiri daripada tawanan perang.
·         Pada zaman perintahan baru, hamba berperanan penting dalam ekonomi dan sosial.
·         Mereka bekerja di ladang yang dimiliki raja dan rumah berhala.
·         Pada zaman Ramses II, hamba merupakan tawanan dari Syria dan bekerja dalam sektor pembinaan.

Kesimpulan (2 markah)
1.     Setiap peringkat dalam tamadun Mesopotamia dan Mesir mempunyai tugas dan peranan masing- masing terutamanya dalam berkhidmat untuk negara mereka.
2.     Susunan masyarakat yang sedemikian bagi kedua- dua tamadun manggambarkan bahawa susun lapis masyarakat adalah berdasarkan kuasa, kekayaan dan pekerjaan yang mereka lakukan atau warisi.


2. Sejauhmana faktor politik mempengaruhi kebangkitan Srivijaya sebagai kuasa empayar dari abad ke-7M hingga ke-13M.

Pengenalan (3 markah)
1.     Kerajaan Srivijaya diasaskan pada tahun 434 M.
2.     Srivijaya dalam bahasa Sanskrit bermaksud kejayaan yang gilang-gemilang.
3.     Empayar Srivijaya muncul antara tahun607 M hingga 1025 M berpusat di Palembang, Sumatera.
4.     Kekuasaan Srivijaya meliputi selatan Sumatera, Pantai Barat Semenanjung Tanah Melayu hingga ke Ligor.

Isi penting (7 isi X 3 markah)

a)) Faktor Politik (12m)
1.   Kekuatan tentera
*       Berjaya menakutkan musuh yang ingin menggugat pentadbirannya. Pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga iaitu diraja, ketenteraan dan daerah. Pentadbiran tentera diketuai oleh seorang panglima atau Pratikava.
*       Angkatan tentera telah dijadikan satu cabang utama dalam pentadbirannya.
*       Catatan Telaga Batu, pentadbiran Srivijaya terbahagi kepada tiga iaitu pentadbiran Diraja, Ketenteraan dan Daerah
2.    Perkahwinan politik
*       Melalui perkahwinan politik antara anak raja yang boleh dianggap mampu menggugat kekuasaan kerajaan.
*       Samara Tungga mengahwinkan puterinya, Pramodha Wardhani dengan raja keturunan Dinasti Sanjaya, Rakai Pikatan bagi mengukuhkan empayarnya.
 
3.   Mempunyai struktur pentadbiran yang baik dan teratur
*       Kerajaan diketuai oleh pemerintah yang bijak.
*       Mengamalkan hierarki dalam pentadbiran yang melibatkan pentadbiran Diraja, pentadbiran tentera, dan pentadbiran daerah.

4.   Hubungan luar
*       Mempunyai hubungan diplomatik dengan China mula terjalin antara tahun 992 M hingga 1028 M.
*       Hubungan diadakan dengan menghantar ufti dan duta ke negara China.Hubungan dengan China telah menaikkan imej dan pengiktirafan serta perlindungan China.
*       Hubungan yang baik telah memberi keyakinan kepada para pedagang untuk berdagang di Srivijaya.

5. Dasar perluasan kuasa ke atas kerajaan-kerajaan sekitar
*       Penguasaan ke atas kerajaan-kerajaan sekitar seperti Kerajaan Melayu-Jambi, Kedah, Bangku, Tulang Bawang, Minang, Tarimanag dan Langkasuka, bermakna Srivijaya berjaya menguasai Selat Sunda dan Selat Melaka.
*       Pengawalan Selat Sunda dan Selat Melaka serta kerajaan-kerajaan sekitar, membolehkan Srivijaya berkembang dari segi perdagangan dan muncul sebagai kuasa laut yang kuat.


Faktor-faktor lain
6.    Peranan orang laut
*       Orang laut dilantik sebagai tentera oleh raja srivijaya. Mereka mampu menyelesaikan masalah lanun dan menggalakkan kapal dagang singgah di pelabuhan Srivijaya, terutama pedagang dari China.
*       Kejayaan kerajaan Srivijaya mengatasi ancaman lanun menarik minat China untuk mengadakan hubungan dengan Srivijaya.
*       Kerajaan Srivijaya telah dijadikan kuasa tambahan kepada China untuk menjaga keamanan diperairan bagi pihak Maharaja China.

7.    Menguasai laluan perdagangan di Selat Sunda dan Selat Melaka
*       Srivijaya sebagai pusat thallasocracy dengan pelabuhannya berfungsi sebagai tempat persinggahan, pengumpulan dan pengedaran barang.
*       Dapat menguasai perairan di laut Nusantara Barat, mengawal lalu lintas Selat Melaka, Selat Sunda dan Laut China Selatan.
*       Dapat memungut cukai daripada kapal dagang yang melalui Selat Melaka dan Sunda.
*       Menguasai hasil keluaran dari kawasan perdalaman di sumatera dan Tanah Melayu seperti rempah ratus, cendana, gaharu dan ubat-ubatan.
*       Kegemilangan Srivijaya bergantung kepada kekuatan perdagangannya.

8.    Sebagai  Pusat Pengajian Agama Buddha
*       Muncul sebagai pusat penyebaran agama Buddha bertaraf antarabangsa di Asia Tenggara.
*       Ibu kotanya Palembang memainkan peranan sebagai pusat kebudayaan dan keagamaan.
*       Pembinaan candi sebagai lambing agama Buddha, di Dataran Kedu, di Kalasan dan di Prambangan pada zaman kerajaan Sailendra.
*       Candi terkenal ialah Candi Borobudor.

9.   Peranan dinasti Sailendra
*       Sailendra bermaksud raja di gunung.
*       Raja pertama dan kedua dinasti merupakan raja-raja yang gagah dan besar kekuasaannya.
*       Raja Sailendra yang kedua, digelar Sang Rama Dhanamjaya yang bermaksud pembunuh wira musuh kerana kejayaannya mengalahkan musuh.
*       Cerita mitos tentang kekuatan raja juga membantu menggerunkan musuh dan berjaya menundukkan kerajaan-kerajaan kecil.

10.  Peranan I-Tsing
*       I-Tsing bertanggungjawab melaporkan keistimewaan Srivijaya sebagai pusat agama Buddha.
*       I-Tsing berjaya menarik sami Buddha untuk belajar di Srivijaya seperti Hui Ning dan Atisa.


Kesimpulan (1 markah)
1.       Kemunculan empayar Srivijaya bergantung kepada beberapa factor yang saling berkaitan.
2.       Namun begitu akhirnya empayar Srivijaya juga mengalami kemerosotan sehingga kuasanya diambil alih oleh Majapahit.


3.     Bincangkan idea-idea Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Pengenalan (3M)
1.     Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada masa dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.
2.     Karya Arthasastra ( Science of Gain of Power ) yang dihasilkan pada abad ke-3M merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan,pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi.
3.     Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Isi- Isi (7 isi x 3M = 21M)
1.     Menggariskan peranan pemerintah dan hubungan diplomatik. Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.
a.     Mementingkan keamanan iaitu saman iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.
b.    Persediaan untuk berperang.
c.     Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.
d.    Bersekutu dengan musuh.
e.     Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh lain.
f.     Melancarkan serangan pertama.

2.   Menggariskan peranan pemerintan untuk mencapai kemenangan.
  1. Memujuk musuh dengan rasuah atau dana dan perbincangan.
  2. Mencetuskan persengketaan.
  3. Menanamkan benih-benih permusuhan.
  4. Melancarkan peperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.

3.   Mempengaruhi tindakan raja hindu dan pahlawan Marathas.
a.     Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsur spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.

4.   Peranan / dasar pemerintah terhadap musuh
  1. Karyanya menyarankan seseorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen ketenteraan.
  2. Pemerintah dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih.

5.   Peranan pemerintah menjamin kesejahteraan rakyat
  1. Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat.
  2. Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai, merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.

6.   Pemerintahm menjalankan dasar kekejaman dan bijak
  1. Untuk menghadapi musuh, bheda digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif.
  2. Raja menunjukkan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep danda iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh.

7.   Kautilya memperkenalkan teori mandala.
  1. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.

8. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.

9. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.

10.Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun.

Kesimpulan (1 Markah)
- Apa sahaja yang berkaitan

Bandingkan sistem ekonomi pada zaman pertengahan awal di Barat dengan sistem ekonomi                     Tanah Arab sebelum  Islam.

Pendahuluan (3 markah)
1.     Latar belakang  Zaman  Pertengahan  Awal di Eropah :
·   Zaman  selepas runtuhnya Empayar  Rom (abad ke-5M)
·   Terbahagi kepada dua : zaman pertengahan awal yang wujud antara  abad 5M hingga 10M (Zaman Gelap Eropah / Dark Ages) dan zaman pertengahan akhir yang wujud antara abad ke11M hingga 15M (Zaman Moden Awal).
·   Zaman Gelap berlaku perpecahan politik, kemerosotan ekonomi dan kongkongan gereja.
2.     Latar belakang Zaman Jahiliyah di Tanah Arab :
·   bermula selepas kerutuhan empangan Maarib di Yaman dan berkembang di antara tahun 300M hingga 610M.
3.     Kedua-dua tamadun ini mempuyai kegiatan ekonomi tersendiri mengikut  keadaan dan kesesuaian setempat.

Isi-Isi Utama
Sistem Ekonomi di Tanah Arab (10 markah)
1.     Aktiviti utama di Tanah Arab sebelum kedatangan Islam ialah perdagangan yang melibatkan golongan  Arab Hadhari. Aktiviti pertanian menjadi kurang  penting selepas runtuhnya Empangan Ma’arib. Ketiadaan sistem pengairan yang baik  dan penjajahan kawasan pertanian  oleh kuasa lain telah menyebabkan penduduk Tanah Arab menumpukan aktiviti perdagangan untuk menampung kehidupan. Kota-kota seperti Makkah, Hirah dan Ghassan telah menjadi pusat perdagangan penting di Tanah Arab. Perdagangan  antarabangsa  juga telah wujud antara Tanah Arab dengan Eropah, China, India, Parsi dan Afrika.

2.     Contoh bahan-bahan perdagangan  Tanah Arab adalah rempah, arak, madu, dan anggur. Rempah merupakan  bahan perdagangan penting.

3.     Kepentingan aktiviti perdagangan dapat dilihat dengan kewujudan banyak pasar di Tanah Arab. Contohnya pasar Ukaz di pekan Majad, pasar Zul Majad berhampiran dengan Ukaz dan pasar  Nazat di Khaibar. Pasar-pasar ini dibuka pada tarikh dan bulan-bulan tertentu. Misalnya pasar Zumatul Jalalal dibuka pada bulan Muharam, pasar Suhan dibuka pada bulan Rejab. Manakala pasar Daba pula dibuka pada bulan Rejab dan Syaaban.

4.     Namun, aktiviti perdagangan telah terjejas akibat peperangan dan perbalahan yang sering berlaku antara kabilah-kabilah di Tanah Arab. Manakala golongan Arab Badwi yang hidup berpindah-randah mengamalkan sistem ekonomi yang primitif seperti menternak unta, kambing, dan biri-biri. Cara hidup nomad mereka menyukarkan mereka untuk mengamalkan sistem ekonomi  lebih moden .

Sistem Ekonomi Zaman Pertengahan Awal di Barat (10 markah)
1.     Sementara itu, keadaan huru-hara atau anarki yang berlaku di zaman pertengahan awal selepas kejatuhan Empayar Rom telah menghalang perkembangan aktiviti perdagangan. Maka pada masa ini aktiviti pertanian menjadi aktiviti ekonomi utama oleh yang demikian, tanah menjadi sumber ekonomi yang penting. Masyarakat pada zaman ini adalah masyarakat feudal di mana semua golongan mempunyai peranan yang tertentu.

2.     Di bawah raja, wujud golongan bangsawan yang mempunyai gelaran tertentu seperti Count, Lord  dan sebagainya. Dalam usaha mengekalkan kedudukan mereka, golongan raja menyerahkan tanah kepada golongan bangsawan. Sebagai balasan, golongan raja ini menerima hasil pertanian dan bantuan ketenteraan daripada golongan bangsawan. Golongan bangsawan yang mendapat pajakan tanah daripada raja adalah bebas dalam menguruskan tanah mereka. Terdapat juga situasi di mana pemegang tanah atau  vassal  yang akan menyerahkan sebahagian tanah mereka kepada golongan bangsawan lain. Hubungan antara kedua pihak adalah seperti hubungan antara penyewa tanah (bangsawan) dengan tuan tanah (raja).

3.     Tanah-tanah golongan bangsawan  ini diusahakan oleh golongan serf. Pada masa ini ekonomi  wang belum diamalkan, oleh itu serf diberi sebidang tanah kecil untuk menampung keluarga dan sebagai balasan, mereka dikehendaki mengerjakan tanah golongan bangsawan. Dalam sistem feudal, golongan serf  terperangkap dalam peranan sebagai golongan petani manakala peluang mobiliti sosial tidak wujud sama sekali.

4.     Dalam ladang-ladang yang dikenali sebagai Manor terdapat pengasingan yang jelas antara golongan bangsawan dan serf. Rumah-rumah golongan bangsawan biasanya terletak di atas bukit dan rumah golongan serf  pula terletak di kawasan lembah. Setiap manor didirikan gereja. Golongan bangsawan dengan pengaruh gereja telah mengongkong golongan serf menjadi sumber tenaga buruh yang penting.

5.     Tanaman utama yang diusahakan adalah gandum yang diusahakan dengan kaedah pertanian secara tanah lapang. Segala keperluan golongan serf dihasilkan oleh mereka sendiri. Pada zaman pertengahan awal, aktiviti perdagangan tidak wujud sama sekali.

Kesimpulan (2 markah)
1.     Keadaan geografi dan pentadbiran serta politik telah memberi kesan ke atas corak akhir ekonomi di Tanah Arab dan Eropah.
2.     Keadaan geografi yang tidak sesuai untuk pertanian dan sistem pengairan yang terjejas dengan keruntuhan empangan Ma’arib menyebabkan masyarakat Tanah Arab menumpukan perhatian dalam aktiviti perdagangan. Manakala di Eropah memperlihatkan penglibatan masyarakat dalam bidang pertanian.
3.     Apa-apa yang berkaitan


No comments:

Post a Comment