PENAJA

Monday, 27 August 2012

skema peperiksaan pertengahan tahun sejarah stpm setara Pasig Gudang 2012 (bahagian A) part 2


5.Jelaskan matlamat pendidikan dalam tamadun China.

Pengenalan [ 3 markah]
1. Latar belakang sistem pendidikan China
 Pendidikan amat penting dalam Tamadun China. Masyarakat China sangat
menghormati golongan intelektual.
 Kerajaan bertanggungjawab menyediakan keperluan dan kemudahan
pendidikan seperti menyediakan rumah guru, rumah penaung yang kaya,
rumah berhala dan pondok.
 Terdapat ruang pemujaan Confucius di bilik darjah.
 Kanak-kanak mula bersekolah semasa berumur 7 tahun.
 Pelajar membawa kerusi, buku, kertas, pensel dan dakwat sendiri ke sekolah.
 Terdapat sekolah menengah dan sekolah tinggi yang menyediakan pelajar untuk
menghadapi peperiksaan kerajaan.
 Sekolah-sekolah ini ditaja oleh kerajaan, persendirian, golongan kaya dan
pegawai kerajaan.
 Pada zaman Maharaja Wu Ti dalam Dinasti Han (140-87 S.M), sekolah tinggi
ditubuhkan di ibu kota dan menggalakkan penubuhan sekolah-sekolah di
provinsi dan daerah.
 Pada zaman Maharaja Yan Kuang dalam Dinasti Sui, sekolah dan perpustakaan
imperial telah ditubuhkan.
 Pada zaman Dinasti Ming, kolej golongan belia dan universiti kebangsaan telah
ditubuhkan pada peringkat pusat.
 Pada zaman Hsuan Tsung, Akademik Han Lian telah ditubuhkan.
 Selain itu, sekolah-sekolah telah ditubuhkan secara besar-besaran.
 Seterusnya sistem percetakan telah diperkenalkan.

ISI: Matlamat sistem pendidikan tamadun China [5 isi X 4 = 20 Markah ]

1Untuk memenuhi keperluan kerajaan dan negara
 Demi memberikan suatu asas yang kukuh untuk mengekalkan kuasa politik,
birokrasi dan kedaulatan maharaja serta mengekalkan keharmonian masyarakat
dan taat setia rakyat terhadap raja dan negara.
 Pendidikan sebenarnya tidak menggalakkan pemikiran bebas rakyat bawahan
atau golongan atasan.
 Sebaliknya bertujuan membendung pemikirannya supaya dapat memupuk
hubungan erat rakyat dengan kerajaan, menjamin kestabilan politik dan
keharmonian masyarakat.
 Fahaman Confucianisme telah menjadi asas ideologi politik dan kurikulum
pendidikan China sejak Dinasti Han untuk mewujudkan sekelompok elit (scholargentry).
 Kelompok ini telah menyerap nilai-nilai moral dan etika Confuciusnisme yang
akan menyokong dan memperkukuhkan status politik Maharaja China dan
kerajaannya.

2. Peperiksaan awam
 Pendidikan di China mempunyai kaitan yang rapat dengan sistem peperiksaan
yang diamalkan.
 Tiada had umur yang ditetapkan untuk mengambil peperiksaan.
 Seseorang yang lulus dalam peperiksaan awam akan menjadi pegawai dan
pentadbiran dalam sistem pemerintahan di China.
 Peperiksaan dikendalikan dengan ketat.
 Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati.
 Untuk memastikan tidak berlakunya penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum
tiba hari peperiksaan.
 Mereka yang mengambil peperiksaan akan ditempatkan di dalam bilik dengan
disediakan makanan.
 Mereka dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan.
 Setelah lulus, mereka akan menjadi ahli seumur hidup di Emperial Academy
(organisasi intelek)

3. Untuk menegakkan hubungan dan kepentingan nilai kekeluargaan
 Sifat ketaatan terhadap ibu bapa, orang tua dan penghormatan terhadap pegawaipegawai
kerajaan.
 Untuk memupuk nilai-nilai moral dan etika yang diperlukan oleh pihak pemerintah,
maka kurikulum pendidikan adalah berdasarkan Sembilan Buku Suci iaitu: Five
Classics dan The Four Books.
 Five Classics ialah Shu Ching (Book of History), Shih Ching (Book of Poetry), Yi
Ching (Book of changes), Li Chi (Book of Rites) dan Chun-Chiu (Spring and
Autumn Annals).
 The Four Books terdiri daripada Annalests, Great Learning, Doctrine of the Mean
dan Works of Mencius.
4. Untuk membezakan golongan elit (pemerintah) dan golongan massa
(diperintah)
 Pendidikan China dianggap sebagai kayu ukur untuk membezakan dua golongan
ini.
 Menurut pemikir Confuciusnisme, elit yang berpendidikan tinggi ialah Chun Tze
atau manusia unggul ( the super or man).
 Oleh itu rakyat harus menghormati Chun Tze.
 Pendidikan dianggap sebagai penentu peranan dan hierarki masyarakat China
tradisional.
5. Untuk memilih pegawai kerajaan (birokrasi)
 Sejak zaman Dinasti Han, sistem peperiksaan awam telah diwujudkan untuk
memilih pegawai kerajaan.
 Calon-calon yang cemerlang dalam peperiksaan akan dilantik memegang
jawatan-jawatan kerajaan di ibu kota dan wilayah.
 Sistem ini dikekalkan sehingga kejatuhan Dinasti Ching pada tahun 1911.
6. Untuk menyebarkan pemikiran dan falsafah pemikir-pemikir China
 Antara pemikir China ialah Kung Fu Tze, Lao Tze dan Mo Tze.

KESIMPULAN: ( 2 Markah )
1. Matlamat pendidikan di China adalah untuk melahirkan rakyat China yang
berpendidikan bagi membolehkan mereka menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan.
2. Bahkan sistem pendidikan dapat mengubah kedudukan mereka dalam masyarakat
(mobiliti sosial)

Huraikan  faktor-faktor  penjelajahan dan penerokaan orang Portugis pada abad ke 15M dan  16M.

Pengenalan (3 markah)
1.     Konsep penjelajahan merujuk kepada mengelilingi atau berjalan ke merata-rata tempat atau daerah.
2.     Penerokaan pula bermaksud menyelidiki, menjelajah, menjalani, menempuh dan mengharungi.
3.     Latar belakang kemunculan kuasa Portugis.

Isi-Isi Penting  

Faktor-faktor penjejahan dan penerokaan orang Portugis (7 isi X 3 markah)
1.     Geografi
·         Negara Portugal terdedah pada pengaruh kelautan
·         Kedudukan yang terdedah di Lautan Atlantik mendorong bangsa tersebut untuk melakukan pelayaran dan penerokaan
·         Ini menyebabkan mereka telah menemui jalan ke Timur

2.     Keperluan untuk Pasaran dan Bekalan Bahan Mentah
·         Ini berlaku akibat perkembangan kapitalisme dan institusi perbankan.
·         Hal ini telah menggalakkan pengumpulan modal, hak milik persendirian dan persaingan dalam perniagaan.
·         Perkembangan kapitalisme telah menyebabkan mereka mengamlkan dasar ekonomi merkantilisme.
·         Dasar merkantilisme menekankan dasar pengumpulan kekayaan, menambah kuasa dan mendapat keuntungan melalui pelaburan di kawasan baru
3.     Keadaan politik yang stabil & kepimpinan raja-raja Portugal
·         Kepimpinan raja-raja Portugal dari Dinasti Avis menggalakkan perdagangan dan perkapalan.
·         Contoh, Raja Manuel I dari Portugal telah menggalakkan Vasco da Gama mencari jalan laut untuk perdagangan antara Eropah dan Asia

4.     Peranan Putera Henry (Henry the Navigator)
·         Merupakan seorang sarjana, saintis dan bekas tentera salib.
·         Mendirikan sekolah pelayaran di Sagres untuk melatih pelayar-pelayar yang berminat utk sertai ekspedisi pelayaran.
·         Pelayar-pelayar yang mendapat latihan di sekolah ini berjaya menakluki kepulauan Madeira
·         Kapten-kapten yang dihantar oleh Putera Henry terlibat dalam perdagangan hamba yang menguntungkan.
·         Menjelang 1460 M, Portugis berjaya kuasai rangkaian pelabuhan-pelabuhan dari Madeira ke Cape Verda.

5.     Memerlukan Barangan dari Timur
·         Mereka memerlukan barangan seperti rempah ratus, ubat-ubatan dan kapal.
·         Pada abad ke-15M, pedagang Islam dan Italy kuasai perdagangan dengan Timur dan dapat keuntungan yang besar.
·         Penguasaan Turki ke atas Contantinople pada 1453M dan wilayah-wilayah di timur menyebabkan kota-kota Italy seperti Venice, Genoa dan Pisa kehilangan peranan sebagai pengkalan perdagangan utama.
·         Mereka juga tidak daapat menerima bekalan barang-barang dari Timur dengan tetap.
·         Ini mendorong kuasa Portugis mencari jalan laut ke Timur untuk mendapatkan barangan tersebut dengan kadar harga yang rendah dan memecahkan monopoli saudagar Islam

6.     Faktor Agama / Galakan Paus
·         Ekoran Perang Salib, Paus merestui usaha membanteras kekuasaan Islam dan penguasaan sepenuhnya Semenanjung Iberia.
·         Kuasa Portugis juga menjelajah untuk menyebarkan agama Kristian di luar Eropah

7.     Kemajuan dalam Teknologi Pelayaran
·         Ini menggiatkan lagi penerokaan ke seberang laut.
·         Penemuan-penemuan baru seperti :
·         carta pelayaran (peta) tentang benua Eropah dan Laut Mediterranean
·         kompas magnetik digunakan untuk menentukan arah pelayaran
·         astrolob utk tentukan longtitud.
·         reka bentuk kapal
·         Dengan bantuan alat-alat ini serta kemampuan membina kapal yang kukuh untuk belayar di lautan luas, mereka berjaya terokai kawasan baru.

8.     Cerita-Cerita Mengenai Dunia Luar
·         Oleh peneroka-peneroka dan pengembara seperti Marco Polo, Odoric Perdanone dan Lidicivo Verthema
·         Catatan drpd tokoh-tokoh pelayaran telah melahirkan sifat ingin tahu untuk meneroka kawasan baru.
·         Hal ini mendorong berlakunya pelayaran dan penerokaan Portugis

Kesimpulan  (1 markah)
1.       Penjelajahan orang Eropah telah mengubah kehidupan masyarakat di Timur.
2.       Penjelajahan dan penerokaan bangsa Eropah telah membawa pertembungan serta perubahan budaya, kepercayaan dan ekonomi masyarakat tempatan.
3.       Kaedah Gold, Gospel, dan Glory yang diamalkan oleh orang Portugis dan Sepanyol telah membawa kejayaan dan keuntungan kepada mereka.

Perkembangan pertanian merupakan ciri  utama menyebabkan berlakunya perubahan dalam kehidupan masyarakat pra – sejarah. Bincangkan.

1. Pendahuluan .( 3 m )
  • Menurut Frank Hole dan Robert F. Heizer -  pra – sejarah merupakan sebahagian daripada kehidupan masa silam manusia yang tidak dicatat dalam bentuk tulisan. Pengertian lain pra – sejarah ialah sejarah silam manusia sebelum wujudnya rekod - rekod  bertulis, bukti sejarah ditemui melalui kajian artifak dan penemuan fosil – fosil manusia.
  • Zaman pra – sejarah terbahagi tiga iaitu zaman paleolitik , zaman mesolitik dan zaman neolitik. Kebudayaan neolitik dipercayai diasaskan oleh sekumpulam manusia yang berasal dari Asia Barat yang berhijrah ke Afrika dan selatan Eropah, kumpulan masyarakat ini menjalankan kegiatan pertanian, penternakan dan mula tinggal di kampung – kampung yang terletak berhampiran kawasan pertanian seperti Jarmo di Iraq, Catal Huyuk di Turki, Jerico di Palestin dan Tepe Yahya di Iran.
  • Kegiatan pertanian yang diusahakan oleh masyarakat neolitik ini telah memberikan kesan besar dalam kehidupan masyarakat seluruhnya.

2. Isi   /  Pengaruh kegiatan pertanian dalam kehidupan masyarakat pra – sejarah.  ( 20 m )
  • Penemuan kawasan subur untuk kegiatan pertanian
- kawasan lembah sungai dan tanah lanar telah membawa perubahan dalam pemilihan corak hidup masyarakat . Kehidupan masyarakat pra – sejarah dari nomad kepada petempatan kekal  kehidupan berasaskan pertanian dan penternakan.
  • Pelbagai jenis tanaman  dan ternakan
- masyarakat neolitik menjalankan pelbagai jenis tanaman seperti gandum, jagung, barli dan kekacang.
- mereka menjalankan pelbagai jenis binatang ternakan seperti biri - biri, kambing, lembu, kerbau dan babi.  Ini menunjukkan masyarakat telah  meninggalkan aktiviti ekonomi nomad seperti memburu dan memungut hasil hutan.
  • Wujud struktur sosial
masyarakat mula hidup dalam kampung dan kelompok besar maka wujudlah seorang ketua untuk memimpin seterusnya wujud susun lapis masyarakat yang sistematik berdasarkan fungsi.
- wujud organisasi sosial politik dan institusi kerajaan yang diketuai oleh pemimpin masyarakat untuk menyelia pembinaan terusan, kuil dan menyelesaikan pertelingkahan yang dihadapi oleh masyarakat.


  • Wujud proses urbanisasi
- akibat pertambahan penduduk, pertambahan daya keluaran pertanian maka muncul kampung, pekan dan bandar.
  • Berlaku pertambahan penduduk
- perkembangan dalam bidang pertanian menyebabkan berlakunya pertambahan penduduk, perkembangan petempatan dan kesan daripada migrasi penduduk ke kawasan pertanian.
  • Wujud kegiatan perdagangan bercorak sistem barter
- akibat perkembangan serta pertambahan hasil pertanian, maka wujud lebihan pengeluaran seterusnya wujud kegiatan ekonomi tukar barang atau sistem barte . Hasil pertanian yang lebih akan ditukar dengan komoditi lain seperti batu permata dan logam.
perkembangan kegiatan perdagangan ini akan menyebabkan interaksi antara masyarakat di samping menggalakkan pertukaran idea dan teknologi baru.
  • Berlaku pengkhususan kerja
-  akibat lebihan pertanian dan kegiatan pertanian akhirnya membawa kepada wujudnya pengkhususan dalam pekerjaan .
-  selain golongan petani, wujud golongan peniaga, artisan dan tukang kraf yang mahir. Golongan ini akan membuat kerja alatan pertanian seperti sabit , lesung dan tembikar yang digunakan untuk menyimpan wain, bijirin dan minyak.
  • Perkembangan teknologi
- pertambahan produktiviti pertanian juga membawa kepada perkembangan dalam teknologi pertanian untuk meningkatkan hasil keluaran seperti penggunaan bajak yang ditarik oleh binatang, pembinaan terusan dan tali air, ciptaan roda untuk mengangkut hasil pertanian, ciptaan sampan dan rakit untuk memudahkan pergerakan di sungai.
  • Perkembangan sistem tulisan .
- sistem tulisan dicipta untuk mencatat dan menyimpan rekod – rekod hasil pertanian, jumlah keluasan tanah yang semakin meningkat , aktiviti perdagangan serta mencatat kegiatan keagamaan
  • Kewujudan sistem kepercayan dan agama.
- revolusi pertanian dan aktiviti pertanian telah mengubah persepsi masyarakat kepada bentuk kepercayaan masyarakat neolitik.
- masyarakat ini mempercayaai kewujudan dewa – dewi , semangat dan roh yang menentukan kesuburan dan peningkatan hasil pertanian yang mereka usahakan .
- kesannya wujud pelbagai upacara serta amalan ritual seperti penyembahan dan pengorbanan untuk mententeramkan dewa – dewi berkaitan agar tidak mengganggu aktiviti masyarakat dalam pertanian seperti banjir, kemarau dan serangan penyakit serta haiwan.

3. Kesimpulan. (  2 m  )
Perkembangan pertanian merupakan ciri utama yang mengubah kehidupan masyarakat neolitik dari kehidupan nomad kepada corak hidup yang lebih maju, buktinya pertambahan hasil pertanian telah mengubah imej petempatan yang dibina oleh petani yang terus berkembang pesat sehingga membawa kepada kemunculan pekan dan bandar.
Athens dan Sparta merupakan dua buah negara kota yang terkenal di Yunani.  Bincangkan sistem pemerintahan bagi  kedua-dua negara tersebut. 

Pengenalan ( 3 markah )
1.     Pemerintahan  Athens adalah bercorak monarki.  Rakyat mula memberontak dan menggulingkan Raja Athens pada tahun 700 S.M kerana pemerintahan bersifat kuku besi. Rakyat juga ingin menyuarakan hak mereka dalam pemerintahan dan pentadbiran negara.
2.     Athens terpaksa melalui beberapa perubahan dan reformasi sehingga terbentuknya sebuah kerajaan demokrasi. Pada tahun 500S.M wakil rakyat dipilih dan demokrasi telah mula diamalkan di Athens.
3.     Pemerintahan Sparta bersifat ketenteraan. Rakyat Sparta diterapkan dengan prinsip bahawa setiap warganegara harus mengorbankan diri untuk mempertahankan kedaulatan dan kebebasan negara mereka.

Isi-isi penting ( 4 X 5 = 20 )
Sistem pemerintahan Athens (10 markah – impression)

Negara kota Athens muncul antara tahun 800-500S.M. Athens mengamalkan pemerintahan demokrasi melalui Assembly,  Council,  Majistret dan Juri.

i.        Dewan Perhimpunan/Assembly dan Juri
·            Diwakili oleh semua warganegara lelaki dewasa Athens kecuali hamba
·            Setiap warganegara hanya berrpeluang memegang salah satu tugas pentadbiran bagi tempoh masa enam bulan hingga setahun.
·            Dewan ini bersidang sebanyak 40 kali setahun dan 3 kali sebulan.
·            Ahli-ahli dibenarkan untuk mengemukakan cadangan tentang dasar-dasar kerajaan.

ii.      Majlis
·            Melaksanakan keputusan Dewan Perhimpunan
·            Dianggotai 500 ahli yang tidak dilantik tetapi dipilih melalui undian dan 50 orang daripada 10 suku kaum
·            Menjalankan tugas harian kerajaan
·            Dalam majlis ini pegawai terdiri daripada 10 orang jeneral yang berkuasa besar

iii.     Majistret dan Juri
·            Dianggotai oleh pegawai kerajaan
·            Melaksanakan dasar kerajaan yang diputuskan oleh majlis
·            Ahli terdiri daripada pembanci, pengutip cukai dan pendidik
·            Terdapat 10 orang jeneral yang dipilih daripada warganegara untuk tujuan menjaga keselamatan Negara.
·            Pegawai yang terbabit dalam kesalahan akan dibuang negeri selama 10 tahun (ostracism)
·            Orang yang bersalah diberikan hak untuk mempertahankan dirinya,  keputusan juri adalah muktamad
·            Keahlian juri terdiri daripada 101 orang sehingga 1001 orang mengikut keserasian kes.

Sistem Pemerintahan di Sparta (10 markah – impression)

1.       Negara  kota Sparta muncul sama dengan Athens antara 800-500S.M. Negara Sparta mengamalkan pemerintahan bersifat authoritarian (kuku besi).  Pemerintahan Sparta terdiri daripada institusi raja (2 orang),  Dewan Perhimpunan,  Majlis Orang Tua dan Ephors.

i.      Institusi Raja
·         Terdiri daripada dua orang raja yang dilantik untuk seumur hidup
·         Kedua-dua raja adalah daripada keluarga yang bersaing
·         Setiap seorang raja menyemak yang lain.

ii.    Dewan Perhimpunan /Appela
·         Mempunyai dewan Perhimpunan dalam sistem pemerintahan
·         Keanggotaan dan pelaksanaan tugas Dewan Perhimpunan Sparta adalah berbeza dengan Athens
·         Dewan ini terdiri daripada semua kaum seramai 10 ribu orang yang berusia 30 tahun ke atas.
·         Kaum wanita tidak boleh melibatkan diri termasuk golongan helots dan periokai.
·         Badan ini bertanggungjawab dalam pembentukan Council of Elders yang terdiri daripada 28 orang dewasa untuk membantu raja.
·         Badan ini juga bertanggungjawab dalam perlantikan lima orang Ephors.
·         Perubahan yang dibuat dalam undang-undang Sparta memerlukan persetujuan dewan ini.
·         Membincangkan perkara-perkara yang diutarakan oleh Ephors atau Council of Elders.
·         Badan ini juga melantik pegawai-pegawai awam kecuali raja.

iii.    Majlis Orang Tua / Gerousia
·         Jumlah ahli seramai 28 orang bangsawan yang berusia lebih 60 tahun termasuk dua orang.
·         Dilantik oleh Dewan Perhimpunan.
·         Badan ini berperanan menyelia kerja-kerja pentadbiran,  menyediakan cadangan-cadangan untuk diajukan kepada Majlis Perhimpunan.
·         Bertindak sebagai mahkamah tertinggi untuk mengadili kes-kes jenayah.

iv.    Ephors
·         Terdiri daripada 5 orang pegawai
·         Paling berkuasa dan merupakan kerajaan sebenar
·         Institusi ini dipilih untuk mentadbir selama setahun
·         Kuasanya mengatasi Dewan Perhimpunan dan Majlis
·         Berperanan mengawasi system pendidikan,  pengagihan kekayaan,  kehidupan rakyat dan mempunyai kuasa veto ke atas semua perundangan
·         Mempengerusikan Assembly
·         Mengadili kes-kes awam
·         Mengendalikan hal ehwal luar Negara
·         Berkuasa menentukan nasib bayi yang lahir
·         Menjalankan hukuman di hadapan Majlis dan menyingkirkan raja.

Kesimpulan ( 2 markah )
1.     Terdapat perbezaan yang sangat ketara antara sistem pemerintahan di Athens dan Sparta
2.     Institusi  Ephors merupakan badan pentadbir yang paling berkuasa di Sparta manakala di Athens,  kuasa utama terletak di tangan Dewan Perhimpunan.
3.     Kedua-dua negara kota ini dapat mengekalkan keamanan dan keselamatan dalam kalangan rakyatnya walaupun mengamalkan cara pentadbiran yang berbeza.

No comments:

Post a Comment