PENAJA

Tuesday 28 August 2012

soalan sejarah stpm sebenar 2009


Sejarah 1: Soalan Peperiksaan Sebenar STPM 2009

Bahagian A

1. Huraikan ciri-ciri agama dan kepercayaan yang diamalkan oleh masyarakat pada zaman tamadun awal manusia. [25]

2. Bincangkan usaha yang dilakukan oleh pemerintahan Majapahit untuk mengukuhkan empayarnya. [25]

3. Bincangkan organisasi ketenteraan dalam tamadun China pada zaman klasik. [25]
4. Huraikan faktor yang mempengaruhi perkembangan perdagangan di Alam Melayu sebelum abad ke-15 Masihi. [25]

5. Huraikan perkembangan pemikiran humanism di Eropah. [25]

6. Sejauh manakah peluasan kuasa merupakan pendorong utama kegiatan penjelajahan dan penerokaan orang Islam di Asia Barat? [25]

7. Bandingkan sumbangan Legalisme dengan sumbangan Confusianisme dalam pembentukan sistem politik tamadun China. [25]

8. Bandingkan sistem pemerintahan dan pentadbiran antara Negara kota Athens di yunani dengan Negara kota Madinah di Taman Arab. [25]

Bahagian B

9. Huraikan perkembangan masyarakat Islam di China hingga abad ke-15 Masihi.[25]

10. Sejauh manakah unsure Islam mempengaruhi Hukum Kanun Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka? [25]

11. Huraikan perkembangan organisasi tentera Islam dari zaman Nabi Muhammad SAW hingga zaman Bani Umayyah. [25]

12. Jelaskan langkah yang diambil oleh Khalifah umar al-Khattab untuk membangunkan ekonomi Islam. [25]

13. Huraikan jenis Ilmu dalam tamadun Islam. [25]

14. Nilai pencapaian seni bina Islam pada zaman Abbasiyah. [25]

15. Bandingkan sistem politik dan kemasyarakatan antara zaman jahiliah di Mekah dengan zaman Nabi Muhammad SAW di Madinah. [25]

16. Bincangkan pengaruh tamadun Islam terhadap masyarakat Eropah selepas Perang Salib. [25]

No comments:

Post a Comment