PENAJA

Friday 10 August 2012

bekas jaguh boling remaja kebangsaan bebas hukuman rogol gadis 13 tahun :wajar?



MELAKA: Bekas jaguh boling Kejohanan Remaja Kebangsaan ke-30 dan atlet Sukan Malaysia negeri terlepas daripada hukuman penjara apabila dilepaskan dengan bon jaminan berkelakuan baik selama lima tahun bernilai RM25,000 tanpa cagaran oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas kesalahan merogol seorang gadis bawah umur tahun lalu.

Hukuman itu diputuskan Hakim Abu Bakar Katar selepas tertuduh, Nor Afizal Azizan, 20, menukar pengakuannya kepada bersalah petang semalam.


Semalam ditetapkan untuk perbicaraan hari pertama kes itu, namun selepas saksi pendakwaan pertama iaitu bapa mangsa memberi keterangan, tertuduh melalui peguam bela Azrul Zulkifli Stork memberitahu mahkamah dia mahu menukar pengakuannya.


Abu Bakar dalam penghakimannya turut meneliti semua fakta kes yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya, Ifa Sirrhu Samsudin serta rayuan peguam.


Mengikut pertuduhan, Nor Afizal didakwa merogol gadis berkenaan yang ketika kejadian berusia 13 tahun empat bulan antara jam 12.30 pagi hingga 5 pagi, di bilik bernombor 225, tingkat dua, Hotel Kings, Ayer Keroh pada 5 Julai 2010.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan jika disabitkan boleh dipenjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.



Sementara itu, Azrul merayu mahkamah menggunakan budi bicara peruntukan Seksyen 294 Kanun Acara Jenayah kerana tertuduh adalah pesalah muda yang perlu diberi peluang selain dia masih atlet dan itu adalah kesalahan pertamanya.


Beliau juga menyatakan tertuduh adalah atlet yang mengharumkan nama negara dan negeri serta menanggung keluarga kerana ibu bapanya tidak bekerja.


Katanya, kepentingan awam juga membawa maksud tertuduh diberi peluang kerana mempunyai masa depannya cerah selain pertuduhan itu adalah rogol bawah umur dan tiada unsur paksaan.


Ifa bagaimanapun meminta mahkamah menjatuhkan hukuman berat ke atas tertuduh sebagai pengajaran atas perbezaaan usianya 19 tahun manakala mangsa pula 13, ketika kejadian.


Katanya, sebagai atlet, kesalahan dilakukan tertuduh turut mencemarkan imej negara dan negeri.


Sementara itu pendakwaan akan memfailkan rayuan terhadap keputusan hukuman itu di Mahkamah Tinggi.




Sepanjang kerjayanya, Nor Afizal pernah memenangi pingat emas Kejohanan Bowling Remaja Milo Kebangsaan 2006 selain muncul juara Kejohanan Bowling Remaja Kebangsaan ke-30 dan mewakili Negeri Sembilan dalam temasya Sukan Malaysia ke-11 di Seremban pada 2008.
Bersama-sama lah kita majukan sukan untuk negara~!

No comments:

Post a Comment