kami ke singapura pada sebelah petang hari ahad. so petang itu amat la sibuk di CIQ sultan iskandar johor. kami ke singapura dengan menaiki bas dari CIQ sultan iskandar. bayaran rm.180. disebabkan hari tersebut agak sibuk maka ramailah orang dan urusan kastam dll amat la lambat.
kami hanya sampai ke singapura (keranji) dengan mengambil masa 2 jam dari jb. amat memenatkan. sampai di singapura kami terus menaiki MRT keranji dan turun ke MRT Chinatown. perjalanan mengambil masa hampir sejam. sebab banyak station perlu berhenti. bayaran mrt $2.50. semasa kami pergi tukawan wang adalah $1 = Rm2.51.saya peruntukan wang sebanyak rm200.
selepas sampai ke chinatown kami terus mencari hotel. dalam mrt kami telah mencari2 hotel yang sesuai namun tidak sempat booking. so kami walk in sahaja. kami bermalam di sebuah hotel bajet bernama 5 Foot way inn 2. bayaran semalam $120 hampir rm350 untuk bilik 4 orang. murah?. jom tengok gambar dahulu hehe...
ini hanya gambar internet yang sama ambil. bilik sebenar lebih teruk dari ini. bayangkan jika katil itu dirapatkan. dan ruang bilik hanya sebesar itu. sesak dan kurang selesa.
ini juga gambar dari google pemandangan hadapan hotel kami.
ini merupakan kali pertama kami tidur di singapura. kami tidak pasti adakah semua hotel bajet di sana sedemikian.. kami bermalam di chinatown sebab kami mahu merasaan suasana market di sana. namun disebabkan kami sampai agak lewat hampir jam 12 malam makan market telah ditutup.
malam itu kami makan di sebuah kedai berhampiran hotel. jujurnya sush mendapat kedai halal di kawasan ini. kedai yang kami pergi pun adalah kedai makan china dan di dalamnya terdapat kios makanan melayu mcm style mamak.
lepas makan kami pun tidur. tidak tahu apa perasaan tidur di sana. sukar digambarkan. tetapi ok juga dapat merasa tidur di negara orang.
esoknya kami keluar sarapan di hotel. diluar jangkaan kami apabila hotel bajet menyediakan sarapan. tidak seperti hitel bajet di malaysia. walaupun makanan hanya roti dan buah saya rasa ianya sudah memadai.
lepas sarapan kami chek out terus ke next destinasi. pagi itu market chinatown dan ada yang buka, so saya sempat membeli cenderahati kegemaran saya iaitu pelekat megnet. 3 untuk $5 dan juga baju T singapore 2 untuk $5. agak murah dan boleh layan.
kami naik mrt ke marina bay. sebab nak tengok kapal atas bangunan dan big tress...
so sepanjang hari kami ke sana berjalan dan ambil gambar.
nila lapar kami makan di Lucy mall. di sana ada makanan halal. makanan indonesia. gambar seperti dibawah. sepingan $7 = rm20 huhu. dan xsedap.
so selepas makan kami pun naik mrt untuk pulang. bayaran $2.50. sampai dikeranji kami naik bas 170 ke CIQ JB. bayaran $2.10...
bila sampai ke jb kami rasa bersyukur kerana menjadi rakyat malaysia
TIPS
tukar duit anda di malaysia lebih jimat
jangan buang sampah merata-rata denda 1k
buang air kecil dan besar di negara sendiri (tanda awam singapura amat-amat busuk)
naik bus no. 170 dan sediakan wang secukupnya (bas tabung)
kad MRT boleh dikitar semula
inilah hotel kami bermalam...ok x?
ni makan malam tersebut. $4 (lauk hayam je pn)
ini katil sebenar kami. rm350 huhu
tandas ala2 asrama
kantin untuk sarapan-not bad
poyonya...
kawasan lawatan kami....
No comments:
Post a Comment