PENAJA

Monday 30 October 2017

PART 4 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

15. Pengenalan  
     birokrasi Barat 
     di Asia Tenggara
     merupakan tipu
     muslihat kuasa
     barat
     Birokrasi Barat di Asia Tenggara merupakan tipu muslihat kuasa Barat di mana sistem birokrasi Barat. Dengan ini, kuasa pemimpin-pemimpin tempatan semakin terhakis lantaran pelantikan Gabenor Jeneral sebagai ketua pentadbir di tanah jajahan dibantu oleh penasihat British dan Residen Jeneral. Sebagai contoh, semasa penjajahan Belanda institusi raja terus terhapus, di Tanah Melayu kuasa raja terhad dalam hal ehwal agama dan adat. Residen Jeneral bertanggungjawab terhadap Gabenor di Negeri-Negeri Selat.

     Selain itu, penubuhan kerajaan pusat hasil penyatuan wilayah-wilayah di tanah jajahan. Sebagai contoh, di Filipina daerah-daerah kecil yang dikenali sebagai barangay telah di satukan di bawah sistem pentadbiran berpusat. Tambahan lagi, pelaksanaan pentadbiran melalui biro (jabatan) telah diperkenalkan antaranya jabatan pelajaran dan jabatan pertanian di Indonesia. Jabatan-jabatan ini akan ditadbir oleh ketua biro mengakibatkan orang tempatan tidak berpeluang menjawat jawatan dalam jabatan kerajaan.

     Untuk melicinkan pentadbiran mereka di tanah jajahan, penjajah telah memperkenalkan undang-undang Barat bagi menggantikan undang-undang tradisional, dengan ini akan menyulitkan penduduk tempatan.

16.Keberkesanan  
     Birokrasi Barat
     terus diamalkan
     setelah Negara
     mencapai
     kemerdekaan

     Setelah Negara kita mencapai kemerdekaan, birokrasi Barat terus di amalkan kerana keberkesanan sistem ini. Melalui sistem birokrasi, pentadbiran Negara kita lebih sistematik dan licin. Hal ini kerana bidang kuasa dalam pentadbiran Negara dipisahkan mengikut fungsi dan tugas tertentu. Ini seterusnya membantu kelancaran pentadbiran dan tidak wujud pertindihan tugas. Contohnya kuasa pemerintahan di Negara kita dibahagikan kepada tiga cabang iaitu badan perundangan, badan pelaksana dan badan kehakiman. Badan ini harus dipegang oleh pihak yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.

     Selain itu, birokrasi Barat turut memberi peluang kepada rakyat dalam memili pemimpin. Ha ini dapat dilihat melalui proses demokrasi yang di amalkan di Negara kita dimana pilihanraya akan menentukan kerajaan yang bakal memerintah Negara. Melalui proses pilihanraya, rakyat akan terlibat secara tidak langsung dalam pentadbiran Negara. Justeru itu, badan yang bertanggungjawab dalam melaksanakan pilihanraya di Malaysia ialah Suruhanjaya Pilihanraya. Oleh yang demikian, birokrasi Barat telah memberi kuasa kepada rakyat menentukan hala tuju Negara.

      Birokrasi Barat memberi manfaat kepada ekonomi Negara menjadi lebih maju dan berdaya saing. Hal ini kerana, melalui kewujudan badan-badan yang mengurus ekonomi Negara, dasar serta hala tuju dalam menuju Negara berpendapatan tinggi akan dapat dicapai. Sebagai contoh badan berkanun yang ditubuhkan oleh kerajaan seperti FELDA dalam membantu meningkatkan ekonomi masyarakat di luar Bandar. Oleh itu, kewujudan sistem birokrasi mewujudkan pembentukan badan berkanun yang akhirnya dapat memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi Negara.

     Seterusnya birokrasi Barat menyebabkan penubuhan kerajaan pusat. Kerajaan pusat penting bagi mrngawal dan mengagihkan kuasa pentadbiran di Malaysia. Hal ini dapat dilihat apabila wujudnya senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama bagi melicinkan pentadbiran Negara. Kerajaan pusat terdiri daripada Yang Dipertuan Agong di mana Jemaah Menteri adalah badan yang menjalankan kuasa Eksekutif, contohnya pusat pentadbiran kerajaan Persekutuan Negara Malaysia terletak di Putrajaya yang menjadi nadi utama kelancaran pentadbiran Negara.

     Birokrasi Barat turut memberi keberkesanan terhadap pengenalan sistem Raja Berperlembagaan di Negara kita. Hal ini penting bagi mengekalkan sistem beraja di Negara kita dan meletakkan perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi di egara kita. Sistem Raja Berlembagaan ini penting bagi memelihara kesucian agama Islam dan menjaga hak istimewa orang Melayu.
17. Kesan
      pengenalan
      sistem birokrasi
      Barat di Asia
      Tenggara
      terhadap  corak
      pentadbiran
      negara Malaysia
      hari ini
Semasa penjajahan Barat pentadbiran Kerajaan Pusat telah ditubuhkan. Malahan pentadbiran Malaysia masih meneruskan pentadbiran Kerajaan Pusat. Kerajaan Persekutuan negara hari ini adalah dengan menggabungkan pentadbiran 14 buah negeri di Malaysia. Contohnya, pusat pentadbiran kerajaan pusat ini terletak di Putrajaya.  Manakala pentadbiran di peringkat negeri adalah gabungan pentadbiran daerah-daerah dalam negeri tersebut. Kesimpulannya pembahagian pentadbiran tersebut mengelakkan pertindihan tugas antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri.                      

Seterusnya pentadbiran Barat melalui biro (jabatan). Pada peringkat Malaysia, pentadbiran melalui biro ialah penubuhan pelbagai kementerian. Contohnya Kementerian Kesihatan. Malahan kementerian ini mempunyai kuasa di peringkat Persekutuan Biro. Sementara pada peringkat negeri, pentadbiran adalah di bawah jabatan dan pejabat pentadbiran. Contohnya Jabatan Polis dikekalkan pada hari ini. Kesimpulanya, pentadbiran yang sistematik dapat diwujudkan.                                   

Melalui sistem birokrasi Barat, penjajah telah melaksanakan undang-undang Barat. Malahan undang-undang Barat telah digunakan sehingga ke hari ini. Namun disesuaikan dengan keadaan budaya tempatan. Contohnya selepas negara mencapai kemerdekaan, Perlembagaan Malaysia atau Perlembagaan Persekutuan telah diperkenalkan. Kesannya negara menjadi aman dan makmur.                                     

            Semasa penjajahan Barat, Gabenor telah dilantik sebagai ketua pentadbir di peringkat pusat. Dibantu oleh pegawai Barat. Fenomena ini diteruskan sehingga pentadbiran hari ini. Dimana pentadbiran negara hari ini diketuai oleh Perdana Menteri. Dibantu oleh menteri-menteri, menteri tidak berportfolio dan Ketua Setiausaha Negara.  Melalui pentadbiran yang tersusun ini telah melahirkan pentadbiran yang mantap. Malah semua dasar negara dapat dilaksanakan. Kesannya imej pentadbiran negara telah dikenali sehingga peringkat dunia.              
18. Semangat
      nasionalisme
      boleh menjamin
      kedaulatan
      negara
     Semangat nasionalisme boleh menjamin kedaulatan negara kerana semangat nasionalisme yang utuh akan melahirkan warganegara yang setia kepada bangsa dan negaranya. Dalam hal ini, mereka akan rela berkorban demi menjaga keamanan negara. Contohnya mereka sedia  mempertahankan negara jika diancam musuh.

     Seterusnya, semangat nasionalisme yang tinggi juga akan melahirkan rakyat yang berani menghadapi cabaran .Mereka akan berusaha menjaga kestabilan  politik dan memelihara keamanan negara dari campurtangan kuasa luar.Mereka juga akan mengelakkan berlakunya krisis politik dengan mengelakkan isu-isu sensitif yang membawa kepada perselisihan kaum berlaku.

    Warganegara yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada penjajahan.Mereka akan akur terhadap pemerintahan demokrasi kerana ianya dapat menjamin keselamatan negara. Contohnya semua kaum setia kepada negara dan mematuhi perlembagaan negara.

    Seterusnya,pemimpin yang mempunyai semangat nasionalisme akan berusaha memperkenalkan dasar ekonomi yang adil dan sistematik bagi kemajuan ekonomi  dan pembangunan negara.Beliau akan merangka program yang akan dapat membantu meningkatkan pendapatan rakyat seperti pembinaan kawasan perindustrian yang memberikan peluang pekerjaan kepada rakyat.Oleh itu ianya dapat meningkatkan taraf hidup rakyat.

     Semangat nasionalisme warganegara  Malaysia mampu mewujudkan semangat perpaduan yang dapat mengekalkan kedulatan negara. Ini ditambah pula dengan konsep “1 Malaysia” yang diuar-uarkan oleh pihak kerajaan yang Berjaya menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia. Contohnya dapat dilihat dalam program “Rumah Terbuka” yang dianjurkan sempena sesebuah perayaan yang dianjurkan.

    Selain itu, sekiranya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat terus kuat, negara kita tetap selamat walaupun negara mengalami krisis ekonomi.Seluruh rakyat tanpa mengira latar belakang  kaum pasti berganding bahu memulihkan ekonomi negara.
19. Semangat 
     Nasionalisme
     Dalam Kalangan 
     Rakyat Malaysia
     Hari Ini
     Tidak dapat dinafikan bahawa rakyat Malaysia mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi. Hal ini dapat dilihat daripada beberapa pencapaian yang diperoleh Malaysia.

     Dalam bidang sukan, atlet-atlet negara kita berjuang bersungguh-sungguh untuk memenangi pertandingan dan seterusnya dapat menaikkan nama negara di mata dunia. Contohnya dalam Sukan SEA yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini, negara kita telah menjuarai keseluruhan Sukan SEA.Semangat nasionalisme yang terdapat dalam jiwa kalangan atlet telah Berjaya menaikkan nama negara ke peringkat dunia.

     Selain itu, semangat ini juga dibuktikan melalui sikap saling bekerjasama dalam membentuk perpaduan. Perpaduan kaum amat penting dalam memastikan negara berada dalam keadaan aman dan harmoni. Walaupun negara kita berbilang kaum, namun tidak wujud rasa perbezaan antara kaum lain. Contohnya semasa menyambut hari-har perayaan. Kaum-kaum yang berlainana di negara kita tetap meraikannya dan saling berkunjung ke rumah rakan-rakan yang berbilang kaum. Dengan wujudnya perpaduan, sisitem poliitik negara kita akan menjadi stabil dan ekonomi negara dapat berkembang dengan baik.

     Seterusnya, semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia dapat dibuktikan melalui peranan yang dimainkan oleh para pelajar. Mereka berusaha bersungguh-sungguh bagi memperoleh keputusan yang cemerlang. Dengan pencapaian cemerlang, mereka akan layak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi seperti di universiti atau instituasi kemahiran. Ilmu dan kemahiran yang diperoleh akan disumbangkan untuk memajukan negara.

     Rakay negara kita juga mempunyai semangat setia kepada Raja dan negara. Raja adalah simboll penyatuan rakyat dan pelindung hak istimewa peribumi. Penderhakaan kepada Raja juga bermaksud penderhakaan kepada negara. Rakyat seharusnya mentaati perintah daripada pemimpin negara. Contohnya, negara kita masih mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi Berparlimen dan raja Berperlembagaan sejak negara kita mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Hal ini dapat dibuktikan apabila tidak berlakunya pergaduhan atau perselisihan faham antara pemimpin dengan rakyat.
20.Persiapan Untuk  
     mempertahankan
     Negara Daripada
     Sebarang Bentuk
     Penjajahan

    Langkah/ Usaha/
    Cara Untuk
    mempertahankan  
    Negara Daripada
    Sebarang Bentuk
    Penjajahan

         Persiapan yang perlu dilakukan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang bentuk penjajahan ialah kita  perlu bersedia berkorban untuk negara. Sebagai warganegara,  kita perlu mempunyai persediaan dari segi fizikal dan mental bagi menghadapi sebarang bentuk penjajahan. Antara persediaan yang perlu dihadapi adalah memupuk perasaan cinta akan negara.

     Selain itu, persiapan yang perlu dihadapi ialah sentiasa mengekalkan jati diri bangsa. Apabila kita mempunyai jati diri yang utuh, kita tidak akan mudah terpengaruh dengan segala bentuk anasir luar yang negetif. Sebagai contoh, kita tidak akan terpengaruh dengan budaya luar seperti budaya k-pop yang boleh merosakkan identiti diri dan bangsa.

     Seterusnya, persediaan yang ketiga adalah memperkukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat. Masyarakat perlulah berkerjasama dan mengeratkan hubungan silaturrahim antara setiap lapisan masyarakat yang berlainan bangsa dan agama. Sebagai contoh, setiap kaum tidak boleh menimbulkan isu-isu perkauman yang menyentuh sensitiviti kaum-kaum lain.

     Di samping itu, kita perlulah menguasai pelbagai ilmu dan meningkatkan kemahiran bagi menghadapi persediaan untuk mempertahankan negara kita daripada sebarang ancaman kuasa-kuasa luar. Dalam hal ini, masyarakat yang berilmu dan mempunyai kemahiran yang tinggi akan bijak memikirkan strategi bagi menyelesaikan masalah yang timbul.

Persediaan yang seterusnya ialah mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan gejala-gejala yang negatif. Setiap lapisan masyarakat perlulah mengamalkan gaya hidup sihat yang berlandaskan agama masing-masing. Sebagai contoh, sentiasa berbuat baik dan saling menghormati antara satu sama lain.

Akhir sekali, kita perlulah memupuk sikap setia kepada negara serta taat kepada ibu bapa dan guru. Sebagai pelajar, sikap hormat akan ibu bapa dan guru haruslah dipupuk sejak kecil lagi. Selain itu, taat setia juga perlu disemai kepada raja dan pemimpin setempat.

21.Langkah untuk   
     mengekalkan
     keamanan
     serantau
   Menghalang  
   kuasa asing /
   besar daripada
    mengancam
    keamanan
    serantau di asia
    tenggara pada
    hari ini
          Langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan serantau ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi politik, ekonomi dan sosial.

            Demi keamanan dan kestabilan politik di Asia tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui Deklarasi Kuala Lumpur yang bersepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Melalui pertubuhan ini, negara-negara di Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat dan blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dunia.

            Selain itu, dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN 1984 telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN telah membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairannya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan dan senjata nuklear.

            Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak mencampuri urusan politik negara mereka. Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh mewujudkan ketegangan di antara negara-negara anggota. Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.

            Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara-negara serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan. ASEAN juga menghormati prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara negara-negara anggota contohnya isu Rohingya.

No comments:

Post a Comment