PENAJA

Monday, 30 October 2017

PART 7 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

32.Langkah untuk
     mengekalkan
     keamanan 
     serantau
   Menghalang    
   kuasa asing /
   besar daripada
   mengancam  
   keamanan
   serantau di asia
   tenggara pada
   hari ini
          Langkah yang perlu dilakukan untuk mengekalkan keamanan serantau ialah dengan penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Penubuhan ASEAN dapat mewujudkan kerjasama yang baik antara negara anggota dari segi politik, ekonomi dan sosial.

            Demi keamanan dan kestabilan politik di Asia tenggara, negara-negara Asia Tenggara melalui pertubuhan ASEAN telah mengeluarkan deklarasi bersama, iaitu melalui Deklarasi Kuala Lumpur yang bersepakat mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN). Melalui pertubuhan ini, negara-negara di Asia Tenggara tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat dan blok Timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa-kuasa besar dunia.

Selain itu, dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN 1984 telah memutuskan bahawa ASEAN merupakan Zon Bebas Senjata Nuklear. Melalui mesyuarat tersebut, ASEAN telah membuat ketetapan tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairannya dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan dan senjata nuklear.

            Dalam mengekalkan keamanan serantau juga, ASEAN mengiktiraf dan menghormati undang-undang negara anggota dengan tidak mencampuri urusan politik negara mereka. Sebagai negara anggota ASEAN, ahli-ahli perlu mengelakkan isu-isu sensitif yang boleh mewujudkan ketegangan di antara negara-negara anggota. Contohnya isu bendera Indonesia yang dicetak terbalik.

            Keamanan serantau juga dapat dikekalkan dengan cara perundingan antara negara-negara serantau tanpa menggunakan kekerasan dan ketenteraan. ASEAN juga menghormati prinsip menghormati hak asasi bersama bagi mengelakkan ketegangan antara negara-negara anggota contohnya isu Rohingya.

33.Ciri-Ciri / Sifat
     Warga Malaysia
     Yang Mempunyai
     Semangat 
     Nasionalisme
     Yang Tinggi.
       Antara ciri warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi adalah mempunyai semangat cinta akan negara yang kental. Perasaan sayang akan negara diterjemahkan dengan mematuhi undang-undang negara. Malahan perasaan bangga menjadi warga Negara Malaysia melangkaui semangat perkauman dan kenegerian.

     Selain itu , menghormati tokoh-tokoh negarawan yang banyak berjasa sebelum dan selepas kemederkaan perlu dipupuk sebagai tanda penghargaan kepada mereka. Jasa dan pengorbanan mereka perlu diingati dan dihargai serta dijadikan sumber inspirasi terutama kepada generasi muda.

    Seterusnya, setiap warga Malaysia mesti berpegang teguh dengan prinsip Rukun Negara yang menjadi panduan kepada semua warga. Nilai agama dan budaya perlu diamalkan demi memperkukuhkan jati diri sebagai rakyat Malaysia yang baik. Warga Malaysia seharusnya berani,bijak dan yakin dalam sebarang tindakan demi menjaga nama baik negara sama ada di dalam dan di luar negara. 

     Di samping itu, mempunyai semangat juang untuk mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman penceroboh atau anasir asing. Ini penting untuk mengekalkan keharmonian dan kemakmuran negara.

     Warga Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi akan mengutamakan perpaduan dan sanggup bekerjasama dengan pelbagai kaum untuk memastikan kesejahteraan dan keamanan negara.Warga Malaysia juga sewajarnya mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai melambangkan penyatuan bangsa.

      Seterusnya, warga Malaysia juga mesti menguasai pelbagai cabang ilmu pengetahuan seperti teknologi dan kemahiran ICT untuk menjadi sebuah negara maju menjelang tahun 2020.Akhir sekali warga Malaysia seharusnya mengutamakan pembelian barangan buatan Malaysia sebagai sumbangan dalam pembangunan ekonomi negara.

34.Cabaran dan
     langkah yang
     dihadapi oleh
     negara dalam
     usaha memupuk
     /memperkasakan 
     semangat 
     nasionalisme
     dalam kalangan
     rakyat.
     Cabaran yang dihadapi dalam usaha memupuk semangat nasionalisme adalah kesukaran mengukuhkan perpaduan di Malaysia kerana kepelbagaian kaum yang terdapat dalam negara. 

     Selain itu pengaruh luar juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kerana mereka lebih tertarik dengan budaya luar berbanding budaya sendiri. 

     Perkembangan teknologi yang melalaikan juga menyebabkan kurangnya semangat nasionalisme terutama dalam kalangan remaja. Mereka lebih suka berhibur daripada membaca dan mencari maklumat berkaitan sejarah negara. 

     Di samping itu kurang kerjasama pelbagai pihak berwajib dalam mengadakan program-program yang berunsur patriotisme menyebabkan semangat nasionalisme kurang dihayati. 

Akhir sekali wujudnya jurang perbezaan pendidikan seperti memilih sekolah mengikut kelompok kaum masing-masing. Ini menyebabkan sukar untuk menwujudkan semangat nasionalisme dalam diri pelajar.

35.Langkah-langkah    
     untuk mengatasi
     cabaran di atas

     Langkah-langkah untuk mengatasi cabaran dalam memupuk semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat adalah semua rakyat haruslah mengukuhkan perpaduan dengan menjayakan konsep 1 Malaysia yang dapat menyatupadukan semua kaum dan menwujudkan perpaduan. 


     Selain itu pihak yang berkenaan contohnya pihak media haruslah menapis pengaruh luar sebelum disiarkan. Rakyat juga haruslah bijak memilih maklumat yang disampaikan. 

     Seterusnya ibu bapa haruslah memantau penggunaan teknologi supaya anak-anak hanya mengakses maklumat yang positif dan bermanfaat. Ini penting supaya anak-anak mempunyai ilmu pengetahuan tanpa mengenepikan nilai-nilai murni seperti berakhlak mulia dan bertanggungjawab. 

      Kerajaan wajib meningkatkan kerjasama daripada pelbagai pihak untuk menganjurkan program-program berunsurkan nasionalisme. Contohnya, Syarahan kemerdekaan dan kuiz kenegaraan. 

     Akhir sekali menubuhkan sekolah wawasan boleh menaikkan semangat nasionalisme rakyat kerana pelajar boleh bergaul dan bekerjasama dalam satu sekolah walaupun berlainan kaum.

36.Kesan yang akan
     Berlaku sekiranya
     sikap ini tidak
     dibendung
     Kesan yang akan berlaku sekiranya sikap ini tidak dibendung ialah generasi muda akan berpecah belah. Selain itu, keamanan dan keharmonian negara juga akan terancam. Seterusnya, lahirnya individu yang mementingkan diri sendiri. 

Di samping itu, generasi muda juga akan hilang jati diri. Seterusnya, minda generasi muda akan mudah dijajah dan terpengaruh dengan anasir-anasir luar. Gejala sosial dalam kalangan generasi muda turut  meningkat dan sukar dibendung. 

Selain itu,perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia tidak akan  wujud. Generasi muda juga tidak akan menghormati Rukun Negara. Seterusnya, pertahanan negara juga akan menjadi lemah.Wawasan 2020 turut tidak akan tercapai.  

37.Kesan Sekiranya
     Rakyat Malaysia 
     Tidak
     Mengamalkan
     Semangat
     Nasionalisme

          Sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat Nasionalisme, akan memberikan kesan kepada sistem politik, ekonomi dan sosial negara kita.
        Kesan dari segi politik sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, akan menyebabkan sistem pentadbiran negara merosot. Sistem politik menjadi tidak stabil  akan memudahkan negara kita dijajah semula. Selain itu pemimpin tidak  mempunyai sifat intergriti dan akan mengakibatkan negara berasa dalam keadaan kucar-kacir dan porak peranda.
        Kesan dari segi ekonomi sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, ekonomi negara akan merosot kerana hasil ekonomi negara akan dimonopoli oleh kuasa asing. Malah pelabur asing juga kurang berminat untuk melabur di negara kita.
      Kesan dari sudut sosial sekiranya rakyat Malaysia tidak mengamalkan semangat nasionalisme, rakyat akan hidup tidak bersatu padu kerana tiada semangat kerjasama antara kaum. Jesturu itu kemakmuran negara akan tergugat disebabkan tiada semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia. Tanpa semangat cinta akan negara keharmonian hidup akan pudar kerana rakyat mula mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan rakyat yang hidup dalam kemiskinan. Hal ini juga akan membawa kepada munculnya sikap perkauman.
      Tanpa semangat nasionalisme, masyarakat akan hilang jati diri. Buktinya pada hari ini didapati rakyat mudah terpengaruh dengan budaya barat yang negatif dan membiarkan minda mereka terus terjajah tanpa mereka sedari. Inilah kesan sekiranya rakyat tidak mempunyai semangat nasionalisme.

38.Peranan anda
     untuk
     memperkasa
     semangat
     nasionalisme
            Saya perlu berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang. Melalui ilmu pengetahuan saya dapat memberi sumbangan untuk membangunkan Negara  Saya juga perlu mengamalkan sikap bertoleransi. Seterusnya mengukuhkan kerjasama antara kaum bagi mengukuhkan perpaduan. Menyentuh perkara sensitif yang melibatkan hal-hal seperti agama dan kepercayaan, adat, bahasa dan sebagainya perlu dielakkan. Malah segala permasalahan perkauman perlu dibincang dengan hati dan fikiran yang terbuka.                                                                                       
            Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya akan sentiasa mengamalkan dan menghayati kandungan Rukun Negara. Bagi aspek “Kepercayaan Kepada Tuhan” saya sentiasa mematuhi ajaran agama. Ini kerana mengamalkannya saya akan menjadi warganegara yang baik dan mudah diurus. Pengamalannya juga dapat menghindari diri saya daripada melakukan perkara yang tidak bermoral dan merugikan negara. Contohnya  vandalisme, gangsterisme, membuang masa dan sebagainya. Pengukuhan pegangan agama dan nilai-nilai moral akan mengukuhkan jati diri.  Kesannya saya dapat menangkis pengaruh-pengaruh luar yang negatif.                                                                                      
            Selain itu saya akan sentiasa mematuhi untdang-undang negara. Ini akan dapat memastikan keamanan dan keharmonian wujud dalam masyarakat. Keamanan membolehkan kehidupan yang berkait dengan ekonomi, social dan politik dapat berjalan dengan lancar.                                                                                                    
            Saya akan sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan. Selain bersopan santun dan bertatasusila, saya juga perlu mengamalkan nilai-nilai murni yang lain. Contohnya  bersikap amanah, bertanggungjawab, hormat-menghormati, yakin pada diri sendiri dan sebagainya. Amalan nilai murni seperti ini akan menjadikan saya seorang yang mempunyai sahsiah yang terpuji. Sikap ini menjadikan aset negara yang berguna.


39.Hubung kait
     Sistem Birokrasi
     Barat di Asia
     Tenggara dengan
     corak
     pentadbiran
     negara Malaysia
     hari ini.
      Hubung kait sistem birokrasi barat di Asia Tenggara dengan corak pentadbiran di Malaysia ialah dapat mewujudkan pentadbiran lebih licin dan sistematik.  Hal ini kerana sistem birokrasi barat telah memperkenalkan jabatan-jabatan kerajaan seperti Jabatan Pelajaran, Jabatan Pertanian dan sebagainya.  Di Malaysia kini wujudnya kementerian dan jabatan kerajaan di peringkat pusat, negeri dan daerah.

      Selain itu, sistem birokrasi barat telah menyatukan wilayah-wilayah dan mewujudkan penubuhan kerajaan pusat. Penubuhan kerajaan pusat ini menjadi asas pembentukan kerajaan persekutuan bermula dengan Persekutuan Tanah Melayu 1948, Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan kini Persekutuan Malaysia 1963

      Hubung kait seterusnya berkaitan undang-undang.  Sistem birokrasi barat telah memperkenalkan dan melaksanakan undang-undang Barat.  Perlembagaan Malaysia juga digubal berasaskan undang-undang Barat dan disesuaikan mengikut perkembangan budaya rakyat Malaysia.

      Tambahan lagi, hubung kait sistem birokrasi Barat dapat dilihat melalui corak pentadbiran di Malaysia masa kini iaitu konsep penyatuan wilayah.  Semasa penjajahan Barat, konsep ini telah meluaskan wilayah jajahan takluk British manakala semasa penubuhan Malaysia, konsep ini digunapakai untuk menggabungkan Sabah dan Sarawak yang merupakan wilayah yang baru pada ketika itu.

      Hubung kait juga dapat dilihat dari segi pengekalan institusi beraja di negara kita.  Dalam sistem birokrasi Barat raja-raja Melayu tidak dihapuskan tetapi hanya mengurangkan kuasa raja-raja Melayu.  Dalam pentadbiran Malaysia kini juga peranan Yang Dipertuan Agong adalah sebagai ketua negara namun kuasanya tertakluk kepada perlembagaan Malaysia.

      Hubung kait seterusnya, kedua-dua sistem ini memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin.  Sistem birokrasi Barat telah memperkenalkan amalan demokrasi melalui pilihanraya yang memberi peluang kepada rakyat untuk memilih pemimpin mereka.  Calon atau parti politik yang mendapat undi yang banyak daripada rakyat akan terpilih menjadi pemimpin.

      Hubung kait dari segi ekonomi pula ialah ekonomi Asia Tenggara dikuasai oleh kuasa-kuasa Barat.  Mereka memperkenalkan sektor pertanian yang lebih maju seperti tanaman baru iaitu getah dan kelapa sawit, teknologi dan bidang perlombongan dan sebagainya.  Pada masa kini, kepimpinan dan pentadbiran Malaysia masih menggalakkan pelabur-pelabur dari negara luar untuk melabur dalam ekonomi Malaysia.  Dengan ini, ekonomi negara Malaysia bertambah maju.

      Sistem birokrasi Barat yelah mewujudkan kemudahan atau prasarana yang memberi kepentingan kepada pentadbiran mereka.  Contohnya, mereka telag mendirikan hospital, jalan raya dan landasan kereta api di kawasan bandar.  Kemudahan ini kemudiannya dinaik taraf, dimajukan dan diperluaskan ke seluruh negara Malaysia oleh kepimpinan kerajaan Malaysia.

No comments:

Post a Comment