1. Maksud /
Konsep/
Latar Belakang /
Pengenalan
IMPERIALISME
|
Imperialisme bermaksud dasar sesebuah
negara meluaskan pengaruh dan wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk
kepentingan tertentu. Imperialisme telah berlaku sejak Empayar Yunani dan
Empayar Rom lagi. Imperialisme moden pula bermula sejak abad ke-15 apabila
kuasa-kuasa Barat menguasai wilayah-wilayah di Amerika Latin, Afrika dan
Asia.
Imperialisme Barat di Asia Tenggara
bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai
ekonomi dan mengubah sistem politik tanah jajahannya. Portugal mendahului
kuasa Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Tujuan
awal imperialisme Barat adalah untuk menguasai perdagangan rempah. Selain
itu, revolusi Perindustrian di Eropah turut menjadikan persaingan antara
kuasa Eropah bertambah sengit.
|
2. Maksud /
Konsep/
Latar Belakang /
Pengenalan
NASIONALISME
|
Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang
membawa kepada gerakan membebaskan tanah air daripada cengkaman politik,
ekonomi dan kebudayaan asing.
Gerakan nasionalisme pula merupakan usaha masyarakat tempatan
menentang apa-apa sahaja bentuk penjajahan oleh kuasa luar. Penentangan
ini didorong oleh hasrat membebaskan negara
daripada kuasa penjajah. Di Malaysia penentangan terhadap British dilakukan
oleh pemimpin dan rakyat tempatan sejak abad ke-19.
Gerakan ini bertujuan untuk menjaga kepentingan mereka daripada oleh
penjajah. Contohnya sejak abad ke-19, penentangan telah dilakukan oleh
beberapa pemimpin tempatan seperti Dol Said, Dato’ Maharajalela, Rentap dan
Mat Salleh. Gerakan nasionalisme secara menyeluruh telah bermula pada awal
abad ke-20.
|
3.
Faktor-faktor /
Sebab/Punca
imperialisme
ATAU
Keistimewaan
Asia Tenggara
yang mendorong
berlakunya
penjajahan.
|
Terdapat beberapa faktor yang mendorong kuasa Barat melakukan
imperialisme di Asia Tenggara. Faktor yang pertama ialah kedudukan Asia
Tenggara yang strategik. Asia Tenggara
terletak di antara jalan perdagangan utama iaitu antara China dan
India.Kedudukannya yang terlindung daripada tiupan angin monsun telah menjadi
tarikan kuasa barat untuk menguasai wilayah ini.
Selain itu, Asia Tenggara mempunyai tanah yang subur untuk kegiatan
pertanian. Faktor ini dibantu dengan sumber air yang mencukupi dan iklim
panas dan hujan sepanjang tahun yang sesuai untuk menjadi kawasan pertanian
yang maju.
Revolusi Perindustrian di Eropah telah menyebabkan keperluan kepada
bahan mentah yang banyak dan konsisten. Asia Tenggara kaya dengan bahan
mentah. Terdapat bijih timah di Tanah Melayu, Indonesia dan di Thailand
sementara kayu jati terdapat di Burma dan Thailand.
Penduduk yang ramai di Asia Tenggara mampu menjamin pasaran yang luas
untuk barangan keluaran kilang Eropah. Oleh itu, selain dapat menguasai bahan
mentah, kuasa eropah juga dapat memasarkan hasil kilangnya di Asia Tenggara.
Perluasan Imperialisme juga disebabkan oleh berlakunya persaingan
antara kuasa –kuasa Barat seperti Britain, Belanda, Sepanyol, Perancis dan
sebagainya. Persaingan ini menyebabkan Asia Tenggara menjadi mangsa
imperialisme baru.
Sementara itu, masyarakat Barat beranggapan bahawa semakin luas tanah
jajahan mereka semakin tinggi status atau sanjungan yang diperoleh. Keluasan
tanah jajahan melambangkan kekuatan dan kekuasaan serta kekayaan dan
kehebatan negara tersebut. Hal ini mendorong kuasa-kuasa Barat bersaing untuk
memperoleh tanah jajahan.
Faktor seterusnya ialah British dan Belanda menganggap tamadun mereka
lebih maju. Mereka menggunakan slogan
“Beban Orang Putih” dan mendakwa bertanggungjawab memimpin orang Timur ke
arah kehidupan yang lebih sejahtera. Perancis pula berpegang kepada slogan
“Tugas Menyebarkan Tamadun” iaitu
mereka bertanggungjawab untuk mentamadunkan orang Timur iaitu orang
Asia Tenggara.
Selain faktor di atas, Para mubaligh Kristian pula berpendapat bahawa
mereka bertanggungjawab menyebarkan agama Kristian kepada penduduk di tanah
jajahan dan di seberang laut.
Perluasan kuasa imperialisme Barat juga disebabkan oleh perkembangan
sistem pengangkutan dan perhubungan.Penggunaan kapal berkuasa wap membolehkan
muatan yang banyak dibawa dan juga mempercepat perjalanan antara Barat dan Timur.Pembukaan Terusan
Suez dan kapal berkuasa wap juga menjadikan perjalanan lebih selamat dan
menjimatkan kos.
Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan telegraf membolehkan
kuasa penjajah memberi arahan kepada pegawai mereka dengan lebih cepat dan
berkesan. Ahli-ahli perniagaan Barat dapat berhubung dengan wakil mereka di
Timur dengan mudah dan ini membolehkkan perdagangan antarabangsa menjadi
lebih pesat.
Imperialisme juga berlaku disebabkan oleh masyarakat Eropah ingin
memecahkan monopoli perdagangan rempah ratus dan sutera yang selama ini
dikuasai oleh orang Islam. Galakan daripada pemerintah juga mendorong imperialisme
berlaku terutamanya apabila golongan monarki baru di England, Perancis dan
Belanda telah mempercepatkan penjajahan.Oleh sebab itu penjajahan ini sering
dikaitan dengan kata-kata gold,glory
dan gospel.
|
4.
Kesan/
Akibat/
Impak
Imperialisme
|
Kesan ke atas
politik Asia Tenggara.
Imperialisme Barat di Asia Tenggara telah banyak meninggalkan kesan ke
atas masyarakat dan negara – negara di Asia Tenggara. Dalam bidang politik,
sistem birokrasi barat teleh diperkenalkan bagi menggantikan sistem
pemerintahan tradisional. Imperialis Barat telah menubuhkan Kerajaan Pusat
hasil penyatuan wilayah-wilayah kecil di tanah jajahan. Kerajaan pusat ini
diketuai oleh Gabenor Jeneral. Secara tidak langsung, peranan Raja sebagai
ketua negara telah diambil oleh gabenor Jeneral.
Selain itu, imperialis barat turut
menubuhkan beberapa biro atau jabatan bagi melancarkan pentadbirannya.
Pegawai- pegawai barat dilantik untuk mengetuai biro.Contohnya Jabatan
Pelajaran, Jabatan Pertanian dan Jabatan Kesihatan. Dengan pelantikan pegawai
barat ini, kuasa dan tugas para pembesar tempatan telah terhapus.
Barat turut memperkenalkan
Undang-undang Barat seperti Akta Kampung Ulu Burma 1887 dan Akta
Perkampungan Burma 1889.Barat turut memperkenalkan Majlis Perundangan dan
sistem kehakiman barat seperti Undang-undang sistem pengutipan cukai. Dengan
demikian, undang-undang tempatan turut musnah.
Di Tanah Melayu, British telah memperkenalkan Sistem Penasihat iaitu
Residen British dan Penasihat British yang berperanan menasihati sultan dalam
semua perkara kecuali hal ehwal agama Islam dan adat istiadat Melayu. Hal ini
membangkitkan perasaan tidak puas hati rakyat tempatan apabila secara tidak
langsung raja-raja mereka kehilangan kuasa.
Sementara itu, terdapat pemerintah tempatan yang membuat perjanjian
dengan kuasa Eropah. Hal ini menunjukkan kekuatan mereka telah diakui dan
diiktiraf oleh pemimpin tempatan.
Kesan ke Atas Ekonomi
Imperialisme barat di
Asia Tenggara turut memberi kesan terhadap ekonomi negara-negara Asia Tenggara.
Asia Tenggara seolah-olah berperanan sebagai pembekal bahan mentah kepada
keperluan masyarakat Eropah. Contohnya bijih timah dari Tanah Melayu
disalurkan terus untuk memenuhi permintaan revolusi perindustrian di Eropah.
Selain itu, ekonomi peribumi distruktur untuk manfaat penjajah,
Contohnya di Tanah Melayu kegiatan penanaman getah dan perlombongan bijih
timah dikomersialkan bagi memastikan bahan tersebut memenuhi keperluan mereka
di Eropah. Pusat perdagangan di Melaka dan jalan perdagangan diambil alih
oleh orang Eropah daripada pedagang Islam manakala buruh tempatan
dieksploitasi untuk bekerja di ladang getah, contohnya sistem tanaman paksa
di Jawa.
Barat juga turut memperkenalkan sistem cukai baru seperti cukai tanah
dan cukai kepala. Hal ini telah
menimbulkan ketidakpuasan hati penduduk tempatan sehingga membawa kepada
penentangan masyarakat tempatan, misalnya kebangkitan Tok Janggut di Kelantan
dan hji Abd. Rahman Limbong di Terengganu.
Kesan
ke Atas Sosial
Kesan imperialisme barat dalam bidang
sosial ialah kemerosotan pengaruh golongan agama dalam kalangan penduduk
tempatan. Hal ini disebabkan imperialis barat yang menyebarkan agama Kristian
. Keadaan ini seterusnya telah menghapuskan tamadun tempatan serta mewujudkan
masyarakat baru. Selain itu, masyarakat tempatan turut terpengaruh dengan
gaya hidup orang Eropah seperti cara berpakaian.
Imperialisme barat turut mempengaruhi
sistem pendidikan tempatan. Contohnya British memperkenalkan system Pendidikan
vernakular seperti Vernakular Melayu, Cina dan Tamil . Hal ini menyebabkan tidak wujudnya perpaduan kaum
dalam kalangan pendudu Tanah Melayu. Sementara itu, pendidikan Inggeris
dikhaskan kepada golongan bangsawan di bandar dan ini menyebabkan penduduk
luar bandar terus ketinggalan dan buta huruf.
British turut menyebabkan kemasukan
buruh luar ke Tanah Melayu. Hal ini telah melahirkan masyarakat majmuk,
seperti Melayu, Cina dan India.
Penjajah turut mengamalkan diskriminasi
ekonomi di tanah jajahan. Hal ini menyebabkan penduduk tempatan kekal dalam ekonomi sara diri dan hidup dalam
kemiskinan.
|
PENAJA
Monday, 30 October 2017
PART 1 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment