PENAJA

Monday, 30 October 2017

PART 5 SET 2 : NASIONALISME DI ASIA TENGGARA - SPM KERTAS 3 TAHUN 2017

22.Langkah / Cara/
     Usaha Imperialis
    Barat
    Mengukuhkan  
    Kedudukan

     Bagi mencapai matlamat imperialisme untuk menguasai ekonomi negara jajahan, imperialis Barat telah berusaha untuk mengukuhkan kedudukan mereka.
Langkah pertama yang dilakukan adalah dengan mengubah sistem pentadbiran tempatan kepada system politik barat / birokrasi barat. Jawatan-jawatan  tertinggi dipegang oleh barat. Gabenor Jeneral menguasasi eseluruhan pemerintahan negara yang dijajah. Hal ini menunjukkan kuasa Raja sebagai pemimpin asal telah berkurangan.
    
     Selain itu, pelantkan pegawai barat untuk mengetuai biro atau jabatan yang dibentuk telah mengenepikan peranan pembesar tempatan. Contohnya jawatan residen di Tanah Melayu yang berperanan sebagai penasihat Sultan dalam semua perkara kecuali aspek agama Islam dan kebudayaan Melayu telah menyingkirkan peranan Raja sebagai ketua negeri.

     Barat juga memperkenalkan undang-undang barat dengan memaksa pemimpin tempatan menerima undang-undang mereka. Contohnya British memperkenalkan Akta Perkampungan Burma dan Akta Ulu Burma.Kesannya pentadbiran tradisional telah lenyap.

     Dalam bidang ekonomi, Imperialisme Barat  turut mengeksplotasi ekonomi.Contohnya menguasai bijih timah di Tanah Melayu dan Indonesia.Selain itu, imperialisme juga telah memperkenalkan Sistem Tanaman Paksa dan Sistem Polo yang bertujuan untuk mengaut keuntungan dan secara tidak langsung telahh menindas penduduk peribumi.

    Seterusnya, imperialis Barat telah memperkenalkan sistem pendidikan barat dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar. Contohnya di Indonesia, golongan priyayi diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap pilih kasih yang diamalkan oleh penjajah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Inggeris sahaja yang diberikan peluang pekerjaan berbanding lepasan  sekolah Vernakular.

23.Adakah ekonomi
     negara kita
     masih lagi  
     dijajah?
    Beri Pendapat  
    anda
Bersetuju
            Saya bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana lambakan barangan luar negara di pasaran tempatan. Ini telah membuktikan mereka menguasai ekonomi negara.  Mereka mendirikan pasaraya besar dan menguasai peniagaan borong dan runcit. Antara contoh ialah pasaran TESCO, AEON, IKEA dan sebagainya telah tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Barangan Barat seperti Pepsi, Milo, maggi dan sebagainya telah berada di seluruh stesyen minyak dan kedai runcit tempatan. Situasi ini jelas telah menyebabkan barangan tempatan tidak mampu bersaing. Malah memberi kesan negatif kepada peniaga                                                                                                                    tempatan.                                                                                                                                               
Syarikat pemasaran asing turut menguasai pasaran negara. Perkembangan ekonomi global telah menyebabkan mereka bebas menggunakan teknologi maklumat untuk menguasai pasaran negara. Antara contohnya ialah penggunaan media social facebook, Instagram, you tube dan sebagainya digunakan untuk menembusi pasaran Malaysia. Hal ini telah menyekat perkembangan industri kecil dan sederhana (IKS). Kesannya akan  merugikan peniaga tempatan.                                                                                                        
            Penguasaan teknologi maklumat turut membantu negara luar memudahkan penguasaan ekonomi negara. Antaranya mereka menghasilkan aplikasi-aplikasi canggih untuk mendapatkan keuntungan ekonomi daripada negara kita. Sebagai contoh UBER, GRAB,  dan sebagainya. Tindakan tersebut dengan  mudah mendapat tempat di hati pelancong asing dan rakyat Malaysia.  Kesannya ramai pemandu teksi di negara kita tidak dapat bersaing dengan mereka. Malah telah menyekat sumber pendapatan rakyat Malaysia. Hal ini telah membuktikan bahawa mereka telah menjajah secara tidak langsung di negara kita.                                                                     

Tidak bersetuju
            Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata secara keseluruhannya, prestasi ekonomi negara bagi suku pertama 2017 kekal stabil dan kukuh, . Sebagai contoh ekonomi Malaysia berkembang 5.6 peratus. Malah  pelaburan langsung asing (FDI) meningkat kepada RM17 bilion. Ini jelas membuktikan Malaysia mampu membangunkan ekonomi negara dengan berkesan.                                                                                  

            Malaysia mendapat banyak pengiktirafan antarabangsa. Ini membuktikan dasar yang kerajaan laksanakan untuk terus mengukuhkan ekonomi negara adalah langkah yang tepat. Sebagai contoh antaranya agensi antarabangsa Price water House Coopers yang meletakkan Malaysia di kedudukan ke-25 kuasa besar ekonomi dunia.                                                                               

            Selepas kemerdekaan, Malaysia juga telah berjaya memajukan ekonomi. Buktinya berlaku penurunanan kadar kemiskinan negara.  Contohnya  penurunan kadar kemiskinan mutlak di Malaysia daripada kadar 42.4% pada tahun 1976 kepada 5.1% pada tahun 2010.  Hal ini jelas menunjukkan negara telah berjaya memajukan ekonomi yang memberi manafaat kepada Malaysia.

24.Sebab/ Faktor/
    Punca/ Semangat
    Nasionalisme 
    Semakin Luntur 

     Daripada pemerhatian kita pada hari ini, semangat nasionalisme dalam kalangan penduduk di negara kita semakin luntur.Hal ini disebabkan beberapa perkara. Antaranya disebabkan sebahagian besar rakyat tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah. Mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain- lain lagi. Justeru itu, mereka kurang menghargai kebebasan yang telah dikecapi ini.

     Selain itu, mereka dilahirkan semasa negara dalam keadaan aman damai. Keadaan ini menyebabkan mereka leka dan lalai dalam menghayati semangat cinta kepada negara.

     Penyalahgunaan teknologi moden dan canggih yang dinikmati seperti kemudahan internet dan media sosial menyebabkan semangat nasionalisme semakin berkurangan. Mereka mudah memperoleh maklumat yang kurang tepat tentang negara dan pemimpin. Dengan maklumat yang kurang tepat mereka mudah melenting dan menyalahkan pemimpin. Hal ini kadang kala membawa kepada rosaknya perpaduan dalam kalangan penduduk yang berbilang bangsa.

     Negara kita telah mengalami pertumbuhan ekonomi dan pembangunan yang amat pesat. Negara kita pada masa ini boleh dikatakan duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara-negara lain di rantau ini. Oleh itu kemewahan dan kesenangan hidup yang dialami inilah yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan luntur semangat nasionalisme dalam diri mereka.

     Selanjutnya ialah kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip-prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Bacaan ikrar yang dilafazkan hanya sekadar dibibir tanpa menjiwainya. Keadaan ini menyumbang kepada sebab semangat nasionalisme semakin luntur.

     Seterusnya ialah kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme iaitu mengutamakan keseronokan yang bertentangan dengan norma kehidupan contohnya arak, seks bebas sehingga menolak agama. Keasyikan dengan keseronokan ini menyumbang kepada kurangnya semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia.

     Selain itu kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan diri sendiri berbanding dengan kepentingan kepada negara. Keadaan ini boleh dikaitkan dengan pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistik. Rakyat sibuk memikirkan hal masing-masing tanpa menghiraukan masyarakat dan negara.

     Sementara itu, fahaman politik yang berbeza juga turut menjadi penyumbang kepada kelunturan semangat patriotism. Fanatiknya terhadap pegangan ideologi parti masing-masing mendorong mereka lebih mengutamakan kepentingan agenda peribadi daripada mengutamakan kepentingan negara.

     Pengaruh media sosial dan internet dalam kalangan rakyat terutama golongan muda yang menyebarkan sesuatu isu dan cepat mempercayai, contohnya isu berkaitan kepemimpinan negara, yang belum terbukti kebenarannya. Ini menimbulkan kebencian terhadap pemimpin khasnya dan negara amnya sehingga terhakis semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat.

     Selain itu, Institusi kekeluargaan kurang memainkan peranan mereka dalam proses menyemai semangat patiotisme kepada anak-anak. Ibu bapa kurang mendedahkan isu berkaitan sejarah negara kepada anak-anak.

     Media masa juga kurang memberi publisiti tentang kepentingan semangat nasionalisme. Hanya beberapa rangkaian televisyen yang menyiarkan lagu-lagu patriotik atau cerita-cerita patriotik.

     Generasi muda juga terlalu leka dengan lambakan hiburan yang menyeronokkan. Di samping itu,generasi muda turut terpengaruh dengan budaya asing yang kini semakin berleluasa di negara kita. Seterusnya, kurang didikan agama dan kesedaran sivik juga menyebabkan semangat nasionalisme semakin luntur dalam jiwa generasi muda. 

     Oleh itu jelaslah bahawa semangat nasionalisme semakin luntur dalam kalangan generasi muda hari ini adalah disebabkan generasi muda kini tidak mempunyai semangat cinta akan tanah air . Mereka tidak memahami maksud sebenar patriotism dan mudah  terpengaruh dengan anasir-anasir yang negatif dari media massa ataupun internet. 

     Oleh itu, semua pihak perlu bertanggungjawab bagi memastikan generasi Malaysia  mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.

25.Semangat  
     Nasionalisme
     Semakin Utuh/
   teguh / Kukuh.

   (Buktikan/
   Ulaskan/
   Bincangkan.
   Beri Pendapat
     Anda)
       Kemerdekaan negara kita telah mencapai usia 60 tahun. Seiring dengan usia matang tersebut, semangat nasionalisme semakin utuh dalam kalangan masyarakat Malaysia hari ini.Hal ini dapat dibuktikan dengan beberapa pencapaian Malaysia di peringkat negara dan antarabangsa.

     Antara buktinya ialah pasukan Malaysia sentiasa berusaha memenangi acara-acara sukan yang disertainya sama ada sukan di peringakat negara mahupun  peringkat antarabangsa. Contohnya dalam  acara Sukan Sea baru-baru ini.


     Selain itu, rakyat Malaysia juga sentiasa menjaga imej negara di luar negara termasuk Jemaah haji Malaysia yang sentiasa mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi. Selain itu juga semua warga Malaysia memastikan negara aman dan hidup bersatu padu dan benci kepada keganasan dan kekejaman seperti mana tindakan Israel ke atas Palestin.
    
     Bukti seterusnya ialah  rakyat Malaysia sentiasa mengibar bendera negara semasa sambutan Hari Kemerdekaan dan sentiasa menghormati dan menghayati Lagu Kebangsaan.
Di samping itu, rakyat Malaysia terus menyokong dasar-dasar yang diperkenalkan oleh kerajaan. Contohnya Gagasan 1 Malaysia yang dilancarkan oleh pemimpin negara.

     Keutuhan semangat nasionalisme rakyat Malaysia juga dapat dilihat dalam program sukan apabila semua kaum memberi sokongan yang padu kepada pemain-pemain tanpa mengira latar belakang politik, agama dan kaum. Komitmen yang tinggi dalam kalangan masyarakat Malaysia dalam memberi sumbangan kepada pembangunan negara juga membuktikan semangat nasionalisme utuh dalam jiwa rakyat Malaysia.

     Keuntuhan juga dapat dilihat melalui pemberian bantuan derma kepada mangsa-mangsa kebakaran, banjir dan bencana alam tanpa mengira kaum dan agama. Hal ini menunjukkan rakyat Malaysia sentiasa mengamalkan semangat bersatu-padu dan saling bekerjasama dalam apa-apa jua keadaan.

     Di samping itu rakyat Malaysia tetap menghayati dan mengamalkan prinsip Rukun Negara. Mereka juga membeli dan menyokong barangan buatan Malaysia di samping melancong di negara sendiri.

     Keuntuhan semangat nasionalisme juga ketara dalam kalangan rakyat Malaysia melalui sokongan terhadap slogan semangat Malaysia Boleh.

     Akhir sekali semangat nasionalisme rakyat Malaysia dapat dibuktikan menerusi sambutan hari perayaan, sambutan tahun baru serta ambang kemerdekaan yang melibatkan semua kaum.Keadaan ini dapat meningkatkan imej negara di mata dunia.



No comments:

Post a Comment