Soalan
Fakta
4.Peranan Malaysia dalam
pertubuhan peringkat antarabangsa
(a) Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)
Melalui PBB Membantu menyelesaikan
konflik antarabangsa. Contohnya sejak
tahun 1960, Malaysia telah dipilihmenyertai
pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo dan pada tahun
1990 an, Malaysia juga telah menghantar
pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar
pengaman ke Bosnia. Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam menentang dasar apartheid di Afrika
Selatan dan menyarankan Benua Antartika
menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik bersama. Seterusnya,
melalui PBB Malaysia telah mengadakan kerjasama
dalam bidang sains dan teknologi di
bawah Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu
atau UNESCO. Di samping itu,Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa agensi di bawahPBB.Contohnya
kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di bawah agensi Pertubuhan Makanan
dan Pertanian (FAO).
(b) Pertubuhan Persidangan
Negara Islam (OIC)
Seterusnya, Malaysia juga memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan kedaulatan duniamelalui
penganjuran persidangan menentang
pengganas dalam kalangan negara
Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian tegas
dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa
tentang Palestin di Kuala Lumpur. Tawaran
biasiswa juga diberikan kepada para pelajar dari negara OIC untuk belajar
di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM). Seterusnya peranan Malaysia membantu negara-negara lain misalnya,
memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar pasukan perubatan ke Lubnan,
Bosnia dan Afghanistan. kewangan
juga diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti Sudan,
Nigeria dan Chad. Sementara itu, peranan
Malaysia dalam OIC ialah Malaysia mengesyorkan penggunaan dinaremas di kalangan negara Islam
untuk urusan perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
(c) Komanwel
Dalam bidang pendidikan. Malaysia
telah bekerjasama dengan negara-negara Komanwel dengan menyediakan bantuan
teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan melalui Rancangan Colombo.
Kerjasama dalam bidang sukan telah dicapai melalui penganjuran sukan Komanwel yang bertujuan mengeratkan hubungan di
kalangan negara anggota misalnya Malaysia
telah menjadi tuan rumah untuk sukan pada tahun 1998.
Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) telah diadakan di KL
pada 1989. Melalui mesyuarat ini Deklarasi Langkawi telah diisytiharkan dalam
mengawal masalah pencemaran. Selain itu eksport Malaysia ke Britain dikenakan
cukai yang rendah.
(d) Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM)
Malaysia juga telah mengadakan kerjasama ekonomi dengan negara anggota Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM).Malah,
Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan negara-negara
sedang membangun. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah yang ke-13 pada tahun
2013. Dalam siding kemuncak NAM ini Berjaya mencatatkan penyertaab tertinggi
iaitu 63 buah negara. Selain itu Berjaya mendaftarakan du negara anggota baru
iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina.
(e) Negara-Negara Selatan
Melalui kerjasama Malaysia dengan
Negara-Negara Selatan,dapatmengatasi
masalah harga ekspot bahan –bahan mentah serta meningkatkan
kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota tanpa
bergantung kepada negara-negara maju.Contohnya penubuhan Pusat Pertukaran Data Pelaburan Perdagangan dan
Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan Sistem Keistimewaan
Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme
kewangan pembiayaan perdagangan.
KBAT
5.Sejauh manakah dasar luar
yang telah diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara mencapai matlamat yang
diharapkan?
(a) Menjamin keselamatan dan
kedaulatan negara
Melalui
dasar berkecuali, Malaysia
berbaik-baik dengan semua negara samaada negara-negara kapitalis atau
negara-negara komunis.Hal ini membuktikan Malaysia tiada permusuhan dengan
mana-mana negara. Segala masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan
diplomasi.
Berbaik-baik
dengan negara Komanwel seperti
Britain, Australia, Kanada dapat bantuan menghadapi ancaman Komunis khasnya
dari Parti Komunis Malaya. Selain itu berjaya mengatasi Konfrantasi Indonesia
dan bantu menyelesaikan isu pembentukan Malaysia.
Melalui
pertubuhan ASEAN, konsep ZOPFAN
berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di rantau ini termasuk di negara
kita. Hal ini kerana negara-negara ASEAN berikrar tidak bersekongkol mana-mana
blok dunia atau kuasa besar.ASEAN juga telah mengisytiharkan kawasan Asia
Tenggara bebas senjata nuclear.
Kerjasama
dengan negara-negara serantau seperti dengan Indonesia dan Filipina dapat
membanteras ancaman keganasan merentasi
sempadan seperti ancaman Daeish di
Asia Tenggara. Selain itu Ancaman kumpulan militan Abu Sayaff dari Selatan
Filipina juga dapat dibendung di perariran Sabah. Hal ini kerana adanya
kerjasama dengan Filipina. Seterusnya Filipina telah membantu Malaysia dalam
menghadapi pencerobohan Sulu di Lahad Datu Sabah.
(b) Kemajuan ekonomi
Hubungan baik-baik dengan negara luar berjaya
menarik pelaburan asing. Contohnya ramai pelabur dari China dan Singapura
melabur dalam Projek Iskandar di Johor. Banyak syarikat-syarikat dari Amerika
Syarikat dan Jepun telah menanam modal yang besar di negara kita. Contohnya
Syarikat Intel dan Western Digital dari Amerika Syarikat. Hal ini dapat
mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta menambahkan pendapatan negara.Selain
itu dapat membangunkan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik dan
ais. Contohnya di kawasan Bayan Lepas di Pulau Pinang.
Melalui dasar negara yang liberal, kita dapat
membawa masuk tenaga kerja separa mahir dan tidak mahir dari luar. Ini dapat
mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara kita hari ini.Contohnya
tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan membangunkan sektor pembinaan dan
perladangan.
Selain itu kemasukan tenaga kerja mahir dan
professional dari negara luar dapat membantu kemajuan sektor perkhidmatan. Contohnya
pakar-pakar IT dari India dan jurutera dari Jepun dan Korea Selatan.
Seterusnya tenaga kerja mahir seperti
jururawat dari negara kita mendapat peluang pekerjaan di Timur Tengah dengan
gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja kita bekerja di Singapura. Hal ini
dapat membawa kepada pengaliran masuk wang asing ke negara kita.
(c) Warga global yang
bertanggungjawab
(i) Bantuan Kemanusiaan
Malaysia menghantar bantuan makanan, pakaian,
ubat-ubatan kepada negara yang menghadapi ancaman peperangan dan bencana alam.
Contohnya gempa bumi di Iran serta bencana tsunami di Acheh Indonesia.
Seterusnya melalui Pasukan MERCY Malaysia menghantar bantuan kepada rakyat
Palestin.
(ii) Misi Keamanan
Selain itu Malaysia
berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi
keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Contohnya Malaysia
telah menghantar tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra
Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan
penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan
di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh tanah air Palestin yang
menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini
Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan
Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur
KBAT
6.
Sebab dasar luar Malaysia berubah dari masa ke semasa
(i) Perubahan
kepimpinan
Perubahan ini kerana mengikut dasar seseorang
pemimpin ketika itu. Contohnya Tunku
Abdul Rahman pro Barat dan anti Komunis. Hal ini kerana Malaysia menghadapi
ancaman Parti Komunis Malaya yang memerlukan bantuan negara Komanwel seperti
Britain dan Australia.
Ketika
Tun Abdul Razak pula mengamalkan dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara. Malaysia mula mengadakan hubungan diplomatik
dengan negara-negara komunis seperti Vietnam dan China.
Ketika
Dr.Mahathir Mohammad pula penekanan kepada kepentingan
ekonomi dalam bentuk dua hala. Beliau memberi penekanan kepada Dasar Pandang
Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan memainkan peranan dalam kemajuan ekonomi
negara dengan kemasukan modal dan kepakaran teknologi.
Perdana
Menteri Dato seri Najib Tun Razak meneruskan dasar-dasar
pemimpin terdahulu seperti mementingkan kerjasama ekonomi antara negara-negara
ASEAN dengan mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Negara ASEAN (ASEAN SUMMIT).
Beliau menjalinkan hubungan duahala dengan rakan-rakan dagangan seperti China,
Jepun dan Singapura.
(ii)
Kepentingan Ekonomi
Tunku
Abdul Rahman telah mengadakan hubungan erat dengan Britain
dan Amerika Syarikat untuk pemasaran getah dan bijih timah yang menjadi hasil
utama negara ketika itu. Selain itu kemasukan pelaburan dari Britain dan
Amerika Syarikat yang menguasai sektor perladangan di negara kita.
Tun
Abdul Razak
Menjalinkan hubungan ekonomi dengan semua
negara samaada komunis atau kapitalis. Mula menjalinkan hubungan ekonomi dengan
China.
Dato
Seri Dr.Mahathir bin Mohammad
Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Asia
Timur dan Negar-Negara dunia ke-3 seperti Amerika Selatan dan Afrika.
Negara-negaar ini mula menjadi pasaran baru kepada negara kita. Selain itu
kemasukan modal khasnya dari Jepun dan Korea Selatan ke negaar kita.
Perdana
Menteri Dato seri Najib Tun Razak
Mengutamakan hubungan dua hala dengan
negara-negara ASEAN. ASEAN dijadikan pasaran utama negara kita.Beliau juga
meneruskan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara Asia Timur iaitu
Jepun, Korea Selatan dan China.
KBAT
7.
Mengapakah dasar luar yang mementingkan kemajuan ekonomi lebih
penting pada hari ini
(i)
Pelaburan asing
Melalui hubungan baik dengan negara luar
pelabur-pelabur asing berminat untuk melabur di negara kita. Contohnya dari
negara Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Timur Tengah. Ini membantu dalam
pertumbuhan ekonomi negara. Ini membuka banyak peluang pekerjaan kepada rakyat
tempatan. Contohnya Kilang Western Digital dari Amerika Syarikat. Ini meningkatkan
pendapatn rakyat tempatan dan seterusnya meningkatan taraf hidup rakyat.
Keadaan ini turut mengurangkan kadar kemiskinan dan kadar pengangguran di
negara kita. Seterusnya pelaburan asing ini membantu meningkatkan sumber
pendapatan negara kita. Hal ini berlaku melalui pembayaran cukai dan levi.
Melalui pembukaan kilang-kilang ini dapat
menghasilkan barang-barang pengguna yang lebih murah, ini dapat mengurangkan
pergantungan barang import dari luar negara. Ini seterusnya menyebabkan kos
barang menjadi lebih murah dan rakyat mampu membeli barang-barang tersebut.
Contohnya industri automobil.
(ii)
Tenaga buruh
Melalui dasar negara yang liberal, kita dapat
membawa masuk tenaga kerja separa mahir dan tidak mahir dari luar. Ini dapat
mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara kita hari ini.Contohnya
tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan membangunkan sektor pembinaan dan
perladangan.
Selain itu kemasukan tenaga kerja mahir dan
professional dari negara luar dapat membantu kemajuan sektor perkhidmatan.
Contohnya pakar-pakar IT dari India dan jurutera dari Jepun dan Korea Selatan.
Seterusnya tenaga kerja mahir seperti
jururawat dari negara kita mendapat peluang pekerjaan di Timur Tengah dengan
gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja kita bekerja di Singapura. Hal ini
dapat membawa kepada pengaliran masuk wang asing ke negara kita.
KBAT
8.Peranan / sumbangan Malaysia dalam menjaga
keamanan dunia melalui
dasar luarnya
Menjamin kedaulatan negara. Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan semua negara. Hal ini menyebabkan tiada permusuhan dengan mana-mana
negara di dunia. Melalui dasar berkecuali Malaysia tidak berpihak
mana-mana kuasa besar dunia seperti samaada Amerika Syarikat ataupun China dan
Rusia yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa.
Selain itu melalui
konsep ZOPFAN dapat mengekalkan keamanan serantau.Hal ini kerana
sebarang konflik antara negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui
semangat ASEAN. Contohnya isu hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura
dapat diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa.Ini membuktikan
Malaysia mementingkan pendekatan rundingan.
Selain itu Malaysia
berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi
keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Contohnya Malaysia
telah menghantar tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra
Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan
penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
Seterusnya Malaysia
amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel
menceroh tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda
di negara tersebut. Denga ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur.
Selain itu Malaysia
juga bersuara lantang menentang keganasan dalam kalangan negara-negara
Islam. Contohnya setelah serangan
al-Qaeda ke atas ‘World Trade Centre’ di New York Amerika Syarikat, Malaysia
telah mengadakan Persidangan menentang pengganas dalam kalangan negara-negara
Islam pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian teguh menentang keganasan
yang dilakukan oleh ‘IS’ di kebanyakan negara dunia hari ini. Hal ini kerana
keganasan mereka ini boleh mengancam keamanan dunia.
KBAT
9.Manfaat
/ Faedah / Kepentingan yang diperoleh oleh Malaysia daripada dasar
luar yang berbaik-baik dengan negara luar.
(a) Faedah Politik
(i) Komanwel
Ketika Malaysia
menghadapi ancaman Parti Komunis Malaya, pertubuhan ini
memberi bantuan
ketenteraan kepada negara kita.Hal ini kerana Malaysia
mempunyai
perjanjian pertahanan dengan Britian. Seterusnya Komanwel turut
membantu menghadapi
konfrantasi Indonesia. Dengan ini dasar berbaik-baik
dengan Komanwel
dapat mengekalkan kedaulatan negara.Seterusnya keanggotaan Malaysia dalam
Komanwel memberi peluang kepada negara kita menjadi tuan rumah Mesyuarat
Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur 1989. Hal ini
meningkatkan imej Malaysia di persada dunia.
(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Perwakilan Malaysia
ke PBB semasa pembentukan Malaysia berjaya menyelesaikan isu pertikaian pembentukan
Malaysia. Seterusnya di PBB Malaysia berjaya menjadi anggota Majlis
Keselamatan sebanyak 3 kali. Wakil Malaysia ke PBB Tan Sri Razali Ismail
menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB serta wakil khas PBB untuk
menyelesaikan konflik politik Myanmar.
(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Tunku Abdul Rahman
diberikan penghormatan untuk menjadi Setiausaha Agung OIC yang pertama.
Selain itu Malaysia juga telah dipilih untuk menjadi tuan rumah
Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
(iv) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM)
Malaysia menjadi tuan
rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun 2003. Sidang
kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan kehadiran 63 buah
negara ahli, iaitu 31 Ketua Negara dan 32 Ketua Kerajaan. Selain sidang
kemuncak ini telah berjaya mendaftarkan dua negara anggota baru iaitu
Timur Leste dan Pulau Catalina. Ini telah mengharumkan lagi nama negara kita.
(iv) ASEAN
Melalui
pengiystiharaan ‘ZOPFAN’ dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971 keamanan dan
kestabilan politik negara kita terjamin. Malaysia juga telah menjadi Tuan Rumah Sidang Kemuncak
ASEAN 2015.
(a) Faedah Ekonomi
(i) Komanwel
Negara-negara
Komanwel seperti Britain, Singapura, India merupakan pasaran utama
barangan dari Malaysia serta dapat peluang pelaburan daripada negara
tersebut. Syarikat-syarikat tempatan juga mendapat peluang untuk melabur
di negara-negara tersebut. Contohnya projek lebuhraya di India telah ditawarkan
kepada syarikat Malaysia Hal ini dapat membantu majukan ekonomi negara.Khasnya
meningkatkan sumber pendapatan negara serta memberi peluang pekerjaan.
(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Bank Dunia telah
memberikan bantuan bagi menjayakan rancangan FELDA dan membangunkan
prasarana pendidikan dan penyelidikan.Hal ini telah membantu kemasukan pelabur-pelabur
asing dan ini dapat membasmi kemiskinan di luar Bandar dan menyediakan
peluang pekerjaan.
(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Bank Pembangunan Islam telah memberi pinjaman bagi melaksanakan
projek-projek pembangunan untuk kepentingan rakyat. Negara-negara Islam telah
menjadi kawasan pasaran baru untuk negara kita. Selain itu mereka juga
telah melabur di negara kita seperti membuka cawangan bank seperti Bank
Kuawait.Negara kita juga telah menjadi pilihan utama kepada pelancong-pelancong
dari negara-negara Islam.
(iii) ASEAN
ASEAN telah menjadi
rakan perdagangan utama dalam import dan eksport barangan Malaysia
seperti Singapura dan Thailand. Rakyat Malaysia juga mendapat peluang
pekerjaan di negara-negara ASEAN seperti Singapura. Ini dapat meningkatkan pendapatan
individu , negara dan kemasukan wang asing. Negara kita juga telah
menjadi tumpuan utama tenaga buruh dari negara-negara jiran seperti dari
Indonesia dalam sektor pembinaan. Hal ini dapat membantu meningkatkan pembangunan
negara. Kerjasama dengan negara jiran turut dapat memajukan sektor
perindustrian negara. Contohnya projek Baja Urea di Bintulu Sarawak. Ini dapat
membangunkan kawasan persekitaran Bintulu yang Berjaya meningkatkan taraf hidup
penduduk tempatan.
(iv) Dasar Pandang Timur
Hubungan baik
antara Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan membawa kepada perkongsian
kepakaran dan pemindahan teknologi yang menguntungkan negara kita.
Contohnya dalam bidang automobil kereta
nasional negara kita menggunakan enjin Mitsubishi Jepun. Selain itu pekerja
tempatan berpeluang mengikuti latihan
kemahiran dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan.
(a) Faedah Sosial
Hubungan baik
Malaysia dengan negara-negara luar telah memberi sumbangan kepada bidang
pendidikan. Pelajar-pelajar dari Malaysia diberi peluang untuk belajar di
negara-negara seperti Jepun, Britain, Australia.Hal ini dapat melahirkan tenaga
kerja yang berdaya saing peringkat antarabangsa. Selain itu pelajar-pelajar
luar negara seperti Nigeria dan Arab melanjutkan pelajaran di negara kita. Ini
turut meningkatkan ekonomi negara kita. Universiti terkenal di dunia seperti
Monash, Nottingham telah membuka cawangan di negara kita. Ini telah memberikan
banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kini Malaysia telah menjadi
hab pendidikan yang terkenal di dunia.Seterusnya keadaan ini mengurangkan
pelajar kita melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjimatkan pengaliran
keluar wang negara serta mengurangkan beban kewangan keluarga mereka.
Seterusnya Malaysia
juga berpeluang menganjurkan sukan pada peringkat antarabangsa.
Contohnya pada tahun 1998 Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel. Malaysia
telah menjadi tuan rumah untuk Hoki Piala Dunia. Malaysia juga menjadi tuan
rumah Piala Thomas dan Piala Uber bagi permainan badminton. Selain itu juga
menjadi tuan rumah Sukan Sea beberapa kali. Semua ini telah mengharumkan nama
negara peringkat antarabangsa.
KBAT
10. Selepas merdeka, dasar luar Malaysia
berjaya menaikkan nama negara di
persada dunia.Bincangkan
ATAU
Dasar luar negara berjaya mengetengahkan
isu-isu antarabangsa. Jelaskan
(a).Memperjuangkan Isu Palestin
Menyokong Palestin
untuk mendapatkan semula tanah air. Hal ini kerana Israel menceroboh dan
menduduki tanah milik rakyat Palestin.Ini telah menggugat kedaulatan Palestin.
Pendirian Malaysia adalah menyokong pemeliharaan kedaulatan sesebuah negara.
Dengan ini Malaysia menegaskan isu ini dalam PBB dan OIC. Serta telah
mengadakan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
(b).Membela hak asasi manusi
(i))Menentang dasar Aparteid di Afrika
Selatan
Kerana Malaysia
mempunyai pelbagai kaum, maka Malaysia bersuara lantang di PBB dan NAM untuk
menentang dasar ini. Hal ini kerana Afrika Selatan tidak menghormati hak asasi
manusia dengan membezakan taraf hidup manusia berdasarkan warna kulit.Ini
membuktikan Malaysia komited dalam menjaga hak asasi manusia.
(ii)Mengutuk penindasan kaum Serb terhadap
rakyat Bosnia.
Malaysia mengutuk
penindasan kaum Serb yang ingin membuat penghapusan etnik terhadap rakyat
Bosnia di PBB
(iii) Isu Rohinya
di Myanmar
Malaysia mengutuk
penindasan kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohinya yang menafikan hak mereka
sebagai rakyat Myanmar dan menjadikan mereka sebagai pelarian. Malaysia memberi
perlindungan politik kepada mereka
(iv) Malaysia
bersama-sama Ireland telah mengutuk China Komunis kerana mencabuli hak
asasi penduduk Tibet.
(v) Malaysia turut
menyelesaikan masalah pelarian Vietnam dengan memberikan perlindungan
politik di negara kita.
(c).Gejala Penyalahgunaan Dadah.
Malaysia berpendirian
teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah. Hasil
daripada usaha ini, satu persidangan antarabangsa di adakan di Vienna Austria
pada 1987. Ekoran ini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad
dilantik sebagai Yang DiPertua persidangan tersebut.
(d).Memperjuangkan isu Benua Antartika
Malaysia
menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah
hak milik semua negara.Ini membuktikan Malaysia membela nasib semua negara.
(e).Isu Alam Sekitar
Melalui Deklarasi
Langkawi dalam Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Kula Lumpur, Malaysia
telah mengetengahkan isu alam sekitar iaitu perlu mengawal pencemaran. Ini
membuktikan Malaysia peka kepada kesejahteraan dan keselesaan kehidupan
sejagat.
(f).Penyertaan Malaysia Dalam Pasukan
Pengaman PBB
Sejak tahun 1960
Malaysia dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah panji-panji PBB
untuk menamatkan perang saudara di Congo. Seterusnya pada tahun 1989 Malaysia
mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia untuk membantu negara itu mencapai
kemerdekaan. Selain itu pada tahun 1990-an, Malaysia menghantar pemerhati ke
sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman ke Bosnia.
(g).Peranan sebagai orang tengah
menyelesaikan konflik antarabangsa
(i) Konflik Pulau
Minadanao, Selatan Filipina.
Misi diplomasi
Malaysia di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara
bangsa moro dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014.
(h).Bantuan Kemanusiaan
Malaysia menghantar
bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan di bawah MERCY
Malaysia ke Palestin, Acheh, Iran, Pakistan dan sebagainya.
KBAT
11.
Cadangkan hala tuju dasar luar Malaysia pada masa depan
ATAU
Cara untuk memantapkan dasar luar negara
pada masa hadapan
(a) Politik
Memperkukuh
hubungan diplomatik
Malaysia perlu mengadakan hubungan yang lebih erat dengan semua negara tanpa mengira
ideologi.Selain itu, Malaysia juga tidak boleh selektif dalam mengadakan
hubungan bilateral dan multilateral.Ini akan membantu meningkatkan imej negara
di persada dunia.Negara kita perlu membuka kedutaan di semua negara tanpa
mengira ideologi.
Mengelakkan
konflik antarabangsa
Malaysia perlu mengekalkan dasar tidak campur tangan
dalam politik negara lain.Contohnya Malaysia tidak memberi sebarang bantuan
kepada militan Islam di bahagian selatan Thailand.Malaysia menggunakan
pendekatan rundingan dan
kerjasama.Selain itu, perlu merujuk PBB dalam mengatasi pertikaian yang
melibatkan Malaysia dengan negara luar..Seterusnya, Malaysia juga menghormati
keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa dalam isu pertindihan hak ke atas
Pulau Batu Putih dengan Singapura. Malaysia juga mengambil sikap tunggu dan
lihat keputusan PBB dalam isu tututan hak ke atas Kepulauan Spartly oleh beberapa
Asia Tenggara dan China.
Dasar
Berkecuali
Dasar berkecuali yang diamalkan oleh Malaysia selama ini
juga merupakan satu pendekatan dasar luar yang baik kerana mengadakan hubungan
diplomatik dengan semua negara tanpa
mengira ideologi.
Ini meningkatkan lagi persefahaman Malaysia dengan negara
luar. Pendekatan ini juga membantu negara kita menerima banyak bantuan ekonomi
dan kepakaran dari negara lain. Contohnya negara China telah banyak membantu dalam
bidang kemasukan pemodalan.
(b)Ekonomi
Perjanjian
Memorandum Persefahaman(MOU)
Dalam perhubungan ekonomi pula, Malaysia selalu
mengamalkan dasar MOU untuk menarik
pelaburan luar negara. Setiap kali apabila pemimipin negara kita membuat
lawatan kerja ke negara luar MOU menjadi satu agenda utama untuk merancakkan
pertumbuhan ekonomi negara kita. MOU juga membuka peluang kepada pelabur
Malaysia untuk mendapatkan peluang pelaburan di negara luar. Melalui cara ini
pendapatan negara kita dapat ditingkatkan. Seterusnya peluang pekerjaan kepada
penduduk negara kita juga diluaskan.
Kerjasama
perdagangan antarabangsa
Malaysia juga perlu meningkatkan kerjasama perdagangan
antarabangsa.Melalui kerjasama ini Malaysia perlu mengamalkan sikap bersaing di
peringkat global dengan memperkenalkan syarat-syarat perdagangan yang
berpatutan.Kesannya urusan import dan
eksport dapat dipermudahkan lagi
dan ini akan meningkatkan lagi perdagangan antarabangsa dan pendapatan negara
kita.
Dasar
Ekonomi Bebas
Malaysia perlu meneruskan
dasar ekonomi bebas dengan memberi taraf perintis kepada negara-negara
baru yang melabur dalam pelbagai bidang di negara kita. Disamping itu, negara
kita perlu mengamalkan pasaran bebas dengan mengurangkan cukai ke atas barang
import dan eksport dari negara luar.Kerajaan juga perlu mengurangkan cukai
perkhidmatan dan barangan dari negara
lain.Seterusnya Malaysia perlu membantu melaksanakan akta
AFTA untuk meningkatkan lagi pasaran ekonomi bebas di rantau ini.
(c)Sosial
Mengadakan lawatan
Pemimpin negara
kita perlu kerap mengadakan lawatan ke
negara lain untuk memantapakan lagi perhubungan dua hala.Pemimpin negara
juga boleh menghadiri acara atau
sambutan rasmi negara berkenaan. Contohnya sambutan hari kemerdekaan negara
lain
Menghantar
bantuan kemanusiaan
Bantuan misi kemanusiaan
kepada negara yang menghadapi bencana alam atau perang akan mendekatkan
lagi perhubungan antara Malaysia dengan
negara penerima. Ini akan meletakkan
Malaysia di kedudukan yang tinggi di
mata dunia.
KBAT
12. Ramalkan
dasar luar negara kita pada masa hadapan.
1.Mengutamakan
diplomasi dalam mengatasi konflik antarabangsa
Malaysia perlu menjalinkan hubungan diplomatik yang lebih
erat dengan semua negara.Selain itu, perlu mengelakkan perlumbaan yang boleh
mencetuskan peperangan. Contohnya, Malaysia perlu memperkasakan konsep
wasatiyah dan kesederhanaan global.
2.Bersahabat
dengan semua negara tanpa mengira blok
Malaysia perlu berpegang teguh kepada dasar berkecuali
dan berbaik-baik dengan semua negara.Seterusnya, menghormati kedaulatan negara
lain dan menyokong usaha keamanan supaya kesejahteraan dunia
berkekalan.Malaysia juga perlu berperanan dalam menghapuskan sistem blok dalam
ekonomi seperti Kesatuan Eropah (EU).
3.Menghulurkan
bantuan kepada negara yang memerlukan
Malaysia terus membantu negara-negara miskin seperti
Sudan, Somalia.Boleh mendesak negara kaya (G7) supaya membantu membangunkan
semula negara miskin. Contohnya, Malaysia boleh mencadangkan dana yang perlu
dikeluarkan oleh negara G7 kepada negara miskin melalui PBB.
4.Menghormati
kebebasan beragama
Kebebasan beragama merupakan amalan negara kita yang
terdiri daripada pelbagai kaum.Maka Malaysia perlu lantang bersuara terhadap
dasar penghapusan etnik dan agama seperti yang berlaku kepada masyarakat Rohingya di Myanmar.Malaysia perlu terus
menjadi ahli tetap dalam Majlis Keselamatan PBB
dan berpendirian tegas dalam melindungi hak asasi manusia tanpa mengira
bangsa, agama dan warna kulit.
5.
Mengeratkan hubungan dengan negara Islam
Bagi bertujuan mengekalkan perdamaian dalam segala
persengketaan antara negara Islam.Malaysia perlu meberi bantuan kepada negara
Islam yang menghadapi masalah seperti Bosnia dan Afghanistan. Oleh itu,
Malaysia akan mendapat penghormatan daripada negara Islam yang lain kerana
memperjuangkan hak dan kebajikan negara-negara Islam.
KBAT
13.Cabaran
/ Halangan / Ancaman dalam melaksanakan dasar luar Malaysia pada hari ini / era
globalisasi
Politik
(a)
Pencerobohan sempadan antarabangsa
Isu pencerobohan melahirkan rasa tidak puas hati rakyat
Malaysia. Contohnya, pencerobohan tentera udara Singapura di ruang udara Johor.
Ini telah mengancam keselamatan negara. Selain itu, isu persempadanan yang
menjadi rebutan antara negara juga menyebabkan hubungan menjadi renggang.
Contohnya, isu tuntutan bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan
Singapura. Akibatnya, Malaysia telah kehilangan wilayah yang sebelum ini
menjadi hakmiliknya. Hal ini telah mengancam hak dan kedaulatan negara kita.
Seterusnya, pencerobohan daratan juga berlaku contohnya pencerobohan Sulu dari
Filipina di Lahad Datu juga mencabar hubungan kita dengan Filipina.Tidak
ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh nelayan asing seperti dari Thailand
dan Vietnam di perairan laut kita menyebabkan hubungan baik kita dengan negara
jiran tergugat.
(b)
Ancaman ektremis Islam
Contohnya, Thailand sering menuduh Malaysia melindungi
kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu ‘POLO’. Penglibatan warga
Malaysia di Syria dan Filipina menyebabkan Malaysia sering dilabelkan sebagai
pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika Syarikat.Faktor ini turut menyumbang
ke arah hubungan yang kurang mesra antara Malaysia dengan negara-negara
berkenaan.
(c)Tuntutan
pemisah dengan negara jiran
Juga mendatangkan masalah kepada negara kita. Ini kerana
mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari perlindungan dari
tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di negara mereka.Selain itu, Malaysia
juga diminta menjadi orang tengah dalam menyelesaikan pertikaian ini.Contohnya
tuntutan pemisah Moro di Filipina dan pemisah di Selatan Thailand.
(d)
Kelonggaran undang-undang di negara jiran
Kelonggaran undang-undang di negara jiran juga menggugat
hubungan kita. Contohnya kelonggaran dari pemilikan senjata api dan pelacuran
di Thailand boleh menular ke negara kita.Kemasukan senjata api terutama dari
Tahailand akan mengancam keselamatan dan ketenteraman negara kita.
(e)Kehilangan
pesawat MH370
Isu terbesar yang menjadi cabaran kepada negara kita
ialah kehilangan pesawat MH370 telah mengeruhkan hubungan dengan beberapa buah
negara luar. Ketidakpuasan hati masyarakat antarabangsa atas tuduhan ketelusan
Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan pesawat tersebut telah mengurangkan
keakraban Malaysia dengan negara terbabit.Contohnya, China yang merupakan
penumpang paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan tindakan
Malaysia terhadap isu tersebut.
EKONOMI
(a)
Penyeludupan di sempadan negara
Contohnya, penyeludupan beras dan minyak bersubsidi di
sempadan Malaysia-Thailand dan Sarawak-Kalimantan. Hal ini membawa kerugian
kepada negara yang terlibat dan menjejaskan hubungan antara negara serantau.
(b)
Kejatuhan nilai mata wang
Malaysia terdedah dengan serangan mata wang oleh
penyangak mata wang. Hal ini menyebabkan
nilai mata wang Malaysia menjadi tidak stabil dan tidak dapat bersaing
di pasaran antarabangsa.Akibatnya, pelaburang asing terjejas dan keyakinan
pelabur terhadap ekonomi Malaysia akan tergugat.
(d)
Kebergantungan kepada negara maju
Malaysia terpaksa menjual getah dan kelapa sawit dengan
harga yang ditentukan oleh negara pembeli seperti Amerika Syarikat.Akibatnya,
Malaysia kurang menjalinkan hubungan dengan negara-negara sedang membangun.
SOSIAL
(a)
Jenayah merentasi sempadan
Contohnya, penyalahgunaan dan penyeludupan dadah.Pengedar
dadah menjadikan Malaysia sebagai negara transit dan ada dalam kalangan rakyat
Malaysia menjadi keldai dadah.
(b)
Kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI)
Kemasukan pendatang asing dari Indonesia, Bangladesh ,
Vietnam dan Nepal telah merengangkan hubungan antara negara-negara terbabit.Hal
ini kerana kemasukan buruh asing telah membawa kepada peningkatan masalah
sosial di negara kita seperti kes pembunuhan di Pasar Borong Selayang.Selain
itu, mewujudkan kebergantungan kepada pekerja asing dalam pelbagai sektor
ekonomi seperti pembinaan dan perladangan.
Terdapat juga pelarian politik dari negara jiran terutama
pelarian politik Rohingya dari Myanmar.
(c)
Isu pertindihan kebudayaan
Isu bertindih tuntutan bersama berkaitan kebudayaan
terutama dalam nyanyian dan tarian pendet. Isu nyanyian dan tarian ini telah
dibangkitkan oleh Indonesia yang mendakwa Malaysia merompak hasil seni mereka.
(d)
Masalah pembakaran terbuka dan jerebu
Pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera , Indonesia
mengakibatkan masalah pencemaran udara dan mengancam kualiti udara di negara
kita. Selain itu, menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia. Akibatnya, timbul isu
tuduh menuduh antara negara serantau
(e)
Krisis kemanusiaan
Dasar perlindungan Malaysia ke atas pelarian Rohingya di
Myanmar telah menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara itu menjadi tegang.
(e) Masalah pemerdagangan manusia, haiwan , senjata api
dan mercun
Kebanyakan barang terlarang yang masuk ke negara kita
ialah dari negara jiran terutama yang bersempadan dengan negara kita seperti
Thailand.
KBAT
14.USAHA
/ LANGKAH /CARA DALAM MENGATASI CABARAN
(a)
Penyelasaian melalui mahkamah antarabangsa
Kedua-dua negara yang menghadapi krisis boleh menjalankan
penyelesaian dengan merujuk kepada mahkamah antarabangsa.Sekiranya semua negara
mematuhi peraturan dan keputusan yang ditetapkan maka keamanan dunia berjaya
diwujudkan. Ini juga dapat memulihkan semula hubungan yang baik.
Selain itu, masalah pencerobohan sempadan antarabangsa
dapat diatasi dengan mengetatkan penggunaan ruang udara oleh Singapura.
(b)
Mengadakan perundingan peringkat menteri.Contohnya Mesyuarat
Menteri-Menteri Luar ASEAN.Dalam mesyuarat tersebut beberapa isu yang boleh
menggugat kerjasama dapat dibincang dan diselesaikan.
(c)
Masalah jenayah sempadan dapat diatasi dengan kerjasama pasukan
keselamatan negara ini dengan negara jiran. Contohnya menubuhkan APPM, UPP dan
ESCOM.Kerjasama ini dapat menghalang kemasukan barangan terlarang seperti
senjata api, haiwan dan lain-lain lagi.
(d).Selain itu, boleh menugaskan beberapa pasukan penguatkuasaan keselamatan
untuk menjaga perairan antarabangsa dan 262 pintu masuk sempadan negara seperti
pasukan Maritim Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Laut Diraja Malaysia.
Melaluinya, gejala penyeludupan, pemerdagangan manusia dapat dikawal.
(e) Pihak berkuasa Malaysia dan Filipina boleh menjalinkan perkongsian risikan.Dengan ini, dapat membanteras
ancaman pengganas di Lahad Datu dan boleh mengeratkan hubungan Malaysia dengfan
Filipina.
(f).Perlu mengelakkan kebergantungan dengan negara maju dengan mengadakan kerjasama
dengan negara Asia Tengggara. Dengan ini, kebergantungan dapat dikurangkan demi
menjaga kepentingan bersama.
(g). Masalah
kejatuhan nilai mata wang boleh diatasi jika menyelaraskan penggunaan mata
wang USD bagi memudahkan urusan perdagangan.Selain itu, Malaysia perlu mencari
medium perantara lain sebagai alat pertukaran untuk berurusan seperti dinar
emas. Ini dapat mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam.
(h).Kebanjiran
pendatang tanpa izin ( PATI) dapat diatasi dengan menghantar mereka balik
ke negara asal.Selain itu, boleh mengadakan dasar pemutihan PATI.Seterusnya,
pihak kerajaan dan majikan perlu mengutamakan rakyat tempatan untuk memenuhi
sektor pekerjaan.
(i).Mengadakan rundingan dalam mengatasi masalah jerebu
merentas sempadan. Jabatan Alam Sekitar kedua-dua buah negara perlu bekerjasama
untuk mengekang pembakaran terbuka. Ini akan menbantu menjaga hubungan yang
sihat dengan negara jiran.
15.
Iktibar daripada dasar luar Malaysia
Politik
Iktibar yang perlu diamalkan ialah kita harus mengukuhkan
semangat kerjasama dengan negara-negara jiran supaya dapat menjamin keselamatan
negara dan kestabilan politik negara.Hal ini seterusnya dapat mengekalkan
kedaulatan negara kita. Kerjasama yang erat dalam politik boleh membanteras
jenayah merentasi sempadan dan kegiatan
penyeludupan.Dengan ini hubungan diplomatik yang diamalkan selama ini membantu
meningkatkan pertahanan negara kita.
Dasar luar yang diamalkan oleh negara kita selama ini
telah berjaya mengeratkan hubungan dengan
hampir semua negara dunia dan membantu kita pada masa getir..Buktinya
ialah ketika negara menghadapi masa yang sangat genting dalam isu kehilangan
MH370 hampir dua puluh negara menghulurkan bantuan dalam misi pencariani pesawat itu.
Kita juga harus mencontohi ketokohan para pemimpin negara
yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam pertubuhan antarabangsa.
Pemimpin Malaysia telah berani mempertahankan hak dan maruah bangsa dalam
persidangan antarabangsa. Seterusnya pemimpin juga sentiasa sedia menerima
perubahan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus globalisasi.
Dasar pemimpin yang mengamalkan pendekatan rundingan dalam menyelesaikan
pertelingkahan antara negara perlu dicontohi oleh generasi muda hari ini demi
menjaga imej negara kita.
Rakyat negara kita juga perlu mengambil iktibar dariapada
kekacauan dan peperangan yang berlaku di negara lain dengan mengukuhkan
perpaduan kaum demi menjamin keamanan negara kita.
Ekonomi
Iktibar seterusnya ialah negara kita perlu mengutamakan
kemakmuran ekonomi dalam dasar luarnya. Antaranya kita perlu meningkatkan
kerjasama ekonomi antara negara dunia..Seterusnya perlu mengamalkan dasar mesra
pelabur untuk menarik lebih ramai pelabur asing. Ini akan menguatkan lagi persaingan Malaysia di
persada antarabangsa. Seterusnya kerjasama ekonomi juga membantu pertukaran
teknologi dan teknikal dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat
membantu Malaysia menjadi negara industri yang maju menjelang tahun 2020. Kerjasama
ini juga dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita dan kemakmuran bersama.
Kita banyak bergantung kepada negara jiran untuk
mendapatkan sumber makanan dan bekalan barang keperluan harian.Kita juga amat
bergantung kepada negara-negara jiran untuk mendapatkan sumber tenaga
buruh.Oleh itu kita perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara.
Sosial
Penglibatan Malaysia dalam bidang sukan seperti sukan
Komanwel, Sukan Oilmpik, Sukan SEA menunjukkan kita mementingkan semangat
perpaduan dan kerjasama melalui sukan.Seterusnya membantu memantapkan lagi mutu
sukan negara. Penyertaan dalam sukan-sukan ini secara tak langsung berjaya
menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa. Pemenang dalam sukan ini
membuktikan slogan Malaysia Boleh menjadi suatu kenyataan.
Dalam bidang bidang pendidikan pula, berlaku pertukaran
pelajar antara negara. Hal ini dapat memahami budaya, dan cara hidup pelajar negara
lain. Ini dapat mewujudkan sikap liberal dalam kalangan masyarakat negara kita.
Ini seterusnya dapat mewujudkan persefahaman anata kaum.
Seterusnya hasil dasar luar yang berbaik dengan semua
negara, Malaysia juga menerima bantuan kemanusiaan seperti dari negara Taiwan
ketika musibah banjir di Pantai Timur pada tahun 2014. Ini membuktikan dasar
setia kawan Malaysia terpelihara.
Dasar Malaysia yang mementingkan keadilan sejagat perlu
dijadikan iktibar oleh negara lian. Perjuangan Malaysia menentang Dasar
Aparteid di Afrika Selatan dan Isu Palestin membuktikan Malaysia komited
terhadap isu-isu yang tidak adil yang berlaku di dunia. Ini menunjukkan
Malaysia peka dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
KBAT
16.RUMUSAN
/ KESIMPULAN
(a) Pengetahuan
Pengetahuan yang diperoleh ialah dasar luar Malaysia
dibentuk berasaskan kepentingan yang membawa kebaikan kepada negara.Tetapi
inanya berubah-ubah mengikut kepimpinan
Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua
negara bagi memperjuangkan keamanan dunia dan kedaulatan negara kita. Selain
itu kemajuan ekonomi negara juga bergantung kepada dasar yang yang mantap.
(b) Nilai
/ Unsur Patriotisme
Sentiasa bersikap toleransi agar sebarang perbalahan
dapat diselesaikan dengan baik.Keadaan ini boleh mewujudkan keamanan dunia.
Sikap kerjasama perlu ada antara pemimpin dunia bagi
memastikan kemajuan ekonomi dinikmati bersama
Kita mestilah menanamkan semangat cinta akan keamanan
bagi menjaga keharmonian hidup.
Pemimpin harus memiliki semangat jati diri yang mantap agar
tidak menimbulkan sebarang isu yang menimbulkan pertikaian dan perselisihan.
Kita perlu sedia berkorban dalam mempertahankan
kedaulatan dan maruah negara agar negara luar terus menghormati Malaysia.
(c) Harapan
Segala bentuk dasar luar yang telah bentuk dan akan
dilaksanakan akan merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi negara yang maju
dan makmur.
Rakyat di negara ini akan menghargai usaha-usaha yang
telah dilakukan oleh para pemimpin agar negara kita terus aman dan harmoni.
Semua negara di dunia perlu saling menghormati bagi
memastikan dunia kekal aman dan selamat untuk didiami.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu memainkan peranan
dengan lebih berkesan bagi mengatasi isu antarabangsa.
No comments:
Post a Comment