Ada sesuatu yang menarik di pasaran Thailand bermula penghujung Julai yang lalu, iaitu kehadiran model baharu dengan ciri pengendalian hebat, rekaan sporty dan moden dalam bentuk sub-kompak, dua pilihan reka bentuk lima pintu hatchback dan empat pintu sedan, serta enjin berkuasa 1.4 liter yang menawarkan kuasa dan ekonomi – Chevrolet Sonic.
Menurut General Motors (GM), kenderaan buatan Thailand itu disasarkan kepada generasi ‘Y’ yang bukan saja di pasaran Thailand, malah juga untuk pasaran di Asia Tenggara. Berita baiknya, GM Thailand telah mengeluarkan kenyataan untuk membawa masuk model Sonic ke pasaran Indonesia, Malaysia dan Filipina. Untuk pasaran Thailand, tiga pilihan trim ditawarkan – trim permulaan LS, diikuti LT dan trim tertinggi LTZ.
Di samping reka bentuk luaran yang bergaya dan ‘trendy’, bahagian interior turut mengejutkan dengan rekaan papan pemuka dan panel instrumen yang moden, begitu sesuai dan bercitarasa orang muda walaupun kelihatan sedikit ringkas. Selain itu, Sonic memberikan pakej pengendalian dan pemanduan hebat, menjadikan falsafah ‘keseronokan pemanduan’ sebagai antara ciri utamanya.
Chevrolet Sonic dikuasakan enjin generasi baharu GM bersesaran 1.4L DOHC yang mengeluarkan kuasa 100hp@6,000rpm dan tork 130Nm@4,000rpm, dengan ciri Double CVC (Continuously-Variable Cam-timing) untuk penghasilan kuasa dan kecekapan yang lebih baik. Sistem suntikan yang ditambah baik, digunakan bersama-sama sensor oksigen berteknologi tinggi, dan nisbah suntikan bahan api yang dioptimumkan untuk meminimakan emisi.
Pelanggan boleh memilih di antara transmisi manual lima kelajuan atau automatik enam kelajuan untuk Sonic. Transmisi automatik enam kelajuan untuk kenderaan sub-kompak seperti Sonic merupakan sesuatu yang baru bagi GM, menjadikan Sonic model pertama di pasaran yang menawarkan pilihan tersebut. Varian sedan LT dilengkapi rim aloi 15 inci bersama tayar dari siri 195/65, sementara sedan LTZ hadir bersama saiz rim lebih besar 16 inci dan tayar 205/55. Semua varian hatchback dilengkapi rim 16 inci dan tayar 205/55.
Chevrolet Sonic boleh didapati dalam pilihan lima warna termasuk ‘Black Sapphire’, ‘Royal Gray’, ‘Oceanic Blue’, ‘Switchblade Silver’ dan ‘Summit White’. Keseluruhannya, Sonic mempunyai lapan varian, termasuk dua reka bentuk hatchback dan kompak, due jenis sistem transmisi manual dan automatik, dan tiga trim yang boleh dipilih. Senarai harga Sonic di pasaran Thailand seperti berikut;
Chevrolet Sonic Model Variant
NB 1.4 MT LS – 548,000 THB
NB 1.4 AT LS – 578,000 THB
NB 1.4 MT LT – 588,000 THB
NB 1.4 AT LT – 615,000 THB
NB 1.4 AT LTZ – 679,000 THB
HB 1.4 MT LT – 601,000 THB
HB 1.4 AT LT – 632,000 THB
HB 1.4 AT LTZ – 687,000 THB
*NB = 4-door Sedan
*HB = 5-door Hatchback
*MT = 5-speed Manual Transmission
*AT = 6-speed Auto Transmission
NB 1.4 AT LS – 578,000 THB
NB 1.4 MT LT – 588,000 THB
NB 1.4 AT LT – 615,000 THB
NB 1.4 AT LTZ – 679,000 THB
HB 1.4 MT LT – 601,000 THB
HB 1.4 AT LT – 632,000 THB
HB 1.4 AT LTZ – 687,000 THB
*NB = 4-door Sedan
*HB = 5-door Hatchback
*MT = 5-speed Manual Transmission
*AT = 6-speed Auto Transmission
No comments:
Post a Comment