Restoran McDonald's
pertama di Malaysia (1982)
Restoran makanan segera
yang terkenal di seluruh dunia, McDonald's, telah membuka cawangannya yang pertama di
Malaysia pada 1982. Restoran yang beralamat di lot 120-120A, Jalan
Bukit Bintang, Kuala Lumpur itu diuruskan oleh Golden Arches Restaurants Sdn
Bhd.
Sempena hari pembukaan
yang bersejarah itu, restoran McDonald's Bukit Bintang telah menghadiahkan
pelanggannya yang pertama sekali membeli burger Big Mac di Malaysia dengan
memberinya satu Big Mac percuma pada setiap minggu selama setahun!
Selain Big Mac, restoran
McDonald's Bukit Bintang yang dibuka setiap hari dari pukul 8 pagi hingga 12
malam itu turut menjual hidangan Fillet-O-Fish, French Fries, Apple Pie,
Milkshake dan lain-lain lagi.
Berdasarkan sambutan
yang menggalakkan terhadap restoran McDonald's yang pertama itu, menjelang
hujung tahun yang sama, restoran McDonald's yang kedua telah dibuka di Plaza Yow Chuan (lot LG 8 & 9), Jalan Pekeliling/Jalan
Ampang, Kuala Lumpur. Restoran kedua itu dibuka setiap hari dari pukul 10 pagi
hingga 10 malam.
Nota tambahan:
·
Menurut buku Rojak Fakta
Malaysia (ZI Publications, 2011) sebuah lagi restoran makanan segera terkenal, Burger King, juga telah membuka cawangannya yang pertama di Malaysia pada
1982, iaitu di Plaza OUG, Kuala Lumpur.
·
Restoran makanan segera
terkenal yang paling awal dibuka di Malaysia ialah A & W di Batu Road, Kuala Lumpur pada 1961 diikuti oleh Kentucky Fried Chicken di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur pada
1973.
No comments:
Post a Comment