PENAJA

Monday 27 August 2012

skema peperiksaan pertengahan tahun sejarah stpm setara Pasig Gudang 2012 (bahagian B) part 1


BAHAGIAN B
Bincangkan bentuk agama dan kepercayaan masyarakat Arab sebelum kedatangan Islam.
PENDAHULUAN (2/3 Markah)
1.     Zaman jahiliah bermula dari tempoh runtuhnya empangan Maarib hingga zaman sebelum kedatangan Islam. Masyarakat ini tiada nabi dan kitab suci sebagai panduan.
2.     Wujud pelbagai agama dan kepercayaan berpunca dari sikap mereka yang mengikut hawa nafsu, mengikut tradisi nenek-moyang, pengaruh asing dan keadaan persekitaran mereka.

ISI – ISI (7 isi x 3M = 20 Markah)
1.       Majoriti menganut agama menyembah berhala atau wathani. Berhala diperbuat daripad kayu, batu atau emas. Menyembah berhala kononnya dapat memberi manfaat dan mudarat. Terdapat 360 berhala di keliling Ka’abah seperti al-Uzza, al-Manat, al-Hubal dan al-Latta.

2.       Masyarakat jahiliah juga menyembah alam cakerawala seperti matahari, bulan dan bintang. Mereka menganggap cakerawala ini merupakan sumber segala tenaga dan kekuatan. Mereka percaya bulan merupakan tuhan perempuan, manakala matahari sebagai tuhan lelaki. Memuja matahari diamalkan oleh mayarakat Petra dan Palmyra. Pemujaan bulan terdapat di Ma’in.

3.       Mereka juga menyembah objek alam sekeliling seperti pokok, gua, gunung yang dapat menghubungkan diri dengan tuhan mereka. Mereka percaya air dan pokok merupakan sumber kehidupan, padang pasir yang kering kontang dianggap tempat kediaman tuhan yang jahat.

4.       Mereka juga mempercayai amalan Polydemonisme iaitu menyembah dewa-dewa, malaikat, roh nenek-moyang dan jin yang dipercayai ada kuasa ghaib yang boleh menolong mereka dan melindungi keselamatan mereka.

5.       Mereka juga menganut agama Majusi (Zoroester) yang berasal dari Parsi. Agama ini terbahagi kepada tiga mahzab iaitu Marthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah. Agama ini menghalalkan perkahwinan antara adik-beradik dan mempunyai penganut di kawasan seperti Iraq, Yaman, Oman dan Bahrin.

6.       Mereka juga menganut agama Yahudi, yang dibawa oleh nabi Musa melalui kitab Taurat. Namun Bani Israel telah mengubah kandungan kitab ini untuk kepentingan peribadi sehingga agama ini dianggap syirik kerana menduakan Allah s.w.t. Penganutnya terdapat di Palestin, Yathrib dan utara Tanah Arab iaitu kaum Bani Kinanah, Bani al-Harith dan Bani Kandah.

7.       Mereka juga menganut agama Nasrani. Agama Nasrani diselewengkan oleh golongan pendeta. Agama ini diturunkan kepada Nabi Isa melalui kitab Injil. Agama ini berkembang di Najran, Ghassan dan Hirah. Penganut agama Nasrani juga dikenali sebagai golongan ahli kitab.

8.       Mereka juga menganut agama Hanif. Agama Hanif diturunkan kepada Nabi Ibrahim dan penganutnya dikenali golongan Hunafa. Agama ini mentauhidkan Allah s.w.t. sebagai tuhan yang Esa. Antara tokoh yang menganut agama Hanif ialah Zaid bin Amru dan Nabi Muhammad s.a.w. sendiri. Agama ini melarang menyekutukan Allah s.w.t, minum arak dan tidak melakukan sebarang perbuatan keji.

9.       Mereka juga menganut kepercayaan karut dan tahyul (animisme). Masyarakat Arab gemar menilik nasib untuk melihat masa depan mereka sama ada baik atau buruk. Mereka juga percaya ramalan tuah dan sial dengan melihat arah burung terbang, kepercayaan karut yang ingin menguji kesetiaan isteri. Contohnya, seorang lelaki yang ingin mengembara jauh akan mengikat seutas tali pada sebatang pokok, sekiranya tali itu terurai itu menandakan isterinya telah berlaku curang.

KESIMPULAN (1/2 Markah)
1.     Sikap masyarakat Arab jahiliah yang melanggar syariat Allah s.w.t. membawa kepada keadaan kucar-kacir dalam soal akidah dan akhlak. Maka tidak hairanlah pada zaman itu masyarakat Arab hidup dalam kegelapan.

10.   Jelaskan kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w sebagai ketua Negara Islam Madinmah.
Pengenalan : ( 3 markah )
1.     Nabi Muhammad s.a.w dilahirkan pada 12 Rabuilawal bersamaan 20 April Tahun Gajah. Baginda telah menerima wahyu pertama pada 17 Ramadhan bersamaan 16 Ogos 610M. Baginda secara rasmi menjadi Nabi ketika berusia 40 tahun 6 bulan. Baginda digelar al-amin bermaksud yang benar dan boleh dipercayai.
2.     Baginda amat gigih dalam menyebarkan Islam secara sulit dan terang-terangan selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah. Bainda bukan sahaja seorang Nabi dan Rasul bahkan seorang pemimpin masyarakat dan akhir sekali sebagai panglima perang dan pemimin negara yanag disegani.

Isi-isi penting : ( 20 markah )

1.    Seorang Nabi dan Rasul
a.        Baginda diakui sebagai Nabi dan Rasul melalui 3 cara iaitu pertama : menerusi kitab suci al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur. Kedua : melalui sifat-sifat kenabian seperti menerima wahyu dan mempunyai sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Ketiga : melalui bukti sejarah.
b.       Bukti kenabian Baginda telah terserlah sejak zaman kanak-kanak lagi. Contohnya, sewaktu Baginda dibedah oleh Malaikat Jibrail untuk dibersihkan. Seorang paderi di Syam, Buhaira' juga mengakui bukti kenabian Baginda.

c.        Penyebaran Islam bermula pada 610M secara sulit dan terangan selama 23 tahun di Makkah dan Madinah. Segala halangan dan dugaan diharungi dengan sabar. Ada yang menyokong dan ada yang menentang. Penentangan nyata daripada Arab Quraisy. Berbeza pula dengan Raja Najasyi dari Habsyah yang menerima Islam disebarkan di Habsyah. Begitu juga dengan Waraqah Bin Naufal, seorang penganut Nasrani di Makkah mengesahkan kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.

d.       Dalam penyebaran Islam, Baginda menunujukkan sifat sabar, lemah-lembut, toleransi tetapi tegas dan berpegang teguh kepada ajaran yang dibawanya walaupun nyawa baginda terancam. Kaum Quraisy pernah menawarkan pelbagai ganjaran seperti harta benda, wanita dan kuasa agar nabi menghentikan dakwahnya namun ditolak oleh Baginda.

e.       Sebagai pemimpin agama, Baginda telah menunujukkan beberapa bidang untuk kesejahteraan masyarakat dan sebagai panduan. Bidang ibadat seperti solat, zakat, puasa dan sebagainya. Bidang muamalat seperti urusan pentadbiran. Bidang munakahat seperti nikah kahwin. Bidang jenayah dan hubungan antarabangsa.

2.    Pemimpin Masyarakat :
a.     Nabi Muhammad s.a.w juga telah menyatukan masyarakat Madinah yang telah lama berpecah iaitu kaun Aus dan Khazraj menjadi Ansar. Bahkan baginda juga mempersaudarakan kaum Ansar dan Muhajirin. Selain itu untukmewujudkan kehidupan yang aman dan harmoni, hubungan orang Islam dan bukan Islam turut diperkukuhkan. Ini mewujudkan masyarakat Madinah yang lebih kuat aman dan stabil dari segi politik dan ekonomi. Baginda juga menyeru masyarakat Madinah bekerjasama, bantu membantu dan sama-sama mempertahankan keselamatan Madinah. Hak-hak kebebasan beragama juga diberikan peranan khusus untuk mengendalikan suku masing-masing.

b.    Ikatan ummah turut diperkenalkan. Ini dapat mengekang fahaman assabiyah yang diamalkan. Ini merupakan satu dasar demokratik yang adil lagi bijaksana. Ianya mewujudkan masyarakat yang saling menghormati status sosial mereka.

3.    Pemimpin Politik :
a.        Kepimpinan Baginda terserlah sejak di Makkah lagi iaitu apabila Baginda berjaya menyelesaikan masalah pemindahan Batu Hajar Aswad di Kaabah. Ketokohan Baginda diakui oleh penduduk Makkah yang bukan Islam.
b.       Kepimpinan yang matang turut terserlah semasa Perjanjian Aqabah 1 (621M) dan Aqabah 11 (622M).
c.        Sebagai pemimpin politik berkaliber, Baginda tidak menunjukkan permusuhan kepada kaum Yahudi. Sebaliknya mengadakan perundingan dengan mereka. Hanya setelah perundingan gagal barulah Baginda membuat tindakan menyingkirkan mereka dari Madinah dan dilakukan dengan penuh diplomasi. Semasa Piagam Madinah dibentuk juga kaum bukan Islam juga dijemput untuk memberikan pendapat dalam Piagam Madinah. Menunjukkan Baginda pemimpin yang adil.

d.       Di peringkat antarabangsa pula, Baginda menghantar perwakilan ke Habsyah, Mesir, Byzatine dan Parsi untuk memperkenalkan Islam. Kesannya dalam masa setengah abad, semua negara berkenaan tunduk kepada pemerintahan Islam.

e.       Baginda memperkenalkan sistem Syura. Sistem ini diamalkan khususnya dalam politik dan ekonomi. Contohnya pengadilan terhadap tawanan Yahudi Bani Quraizah dilakukan secara syura.

4.    Pemimpin Ekonomi :
a.        Baginda telah memperkenalkan dasar ekonomi Islam bagi menggantikan dasar ekonomi jahiliah. Baginda menggalakkan umat Islam bekerja keras dan aktif dalam perniagaan dan pertanian. Umat Islam boleh mendapatkan kesenangan dan kekayaan asalkan tidak melibatkan riba dan menunaikan zakat.
b.       Tanah-tanah terbiar diusahakan semula dan tanah-tanah tergadai ditebus semula dan diusahakan. Baginda juga berjaya menyekat kaum Quraisy memonopoli aktiviti perdagangan.

5.     Pemimpin Ketenteraan :
a.        Nabi Muhammad s.a.w menjadi ketua dalam ekspedisi ketenteraan. Asas kepimpinan ketenteraan Baginda adalah berdasarkan akidah, syariat dan akhlak yang mulia. Menerusi akidah, Baginda dan para sahabat mempunyai keyakinan ketika menghadapi musuh. Melalui peraturan perang yang disyariatkan oleh Allah, peperangan dijalankan tidak memerangi golongan yang lemah, musuh yang tidak bersenjata, tidak memusnahkan harta benda dan tanaman ketika berperang.

b.       Baginda juga menunjukkan contoh yang baik seperti dalam peperangan Hunain dan Taif. Baginda telah menunjukkan sikap kemanusiaan dengan memulangkan semula harta benda yang ditawan kepada musuh. Tindakan ini membuatkan sebilangan pihak musuh tertarik untuk memeluk Islam.

c.        Baginda juga bersikap adil kepada semua tentera yang sama-sama berperang dengan membahagikan sama rata hasil rampasan perang. Kepada pihak musuh yang tewas juga, Baginda juga tidak mengejar musuh yang lari. Sikap Baginda ini amat dihormati oleh pihak musuh dan juga tentera Islam.

d.       Baginda dianggap sebagai panglima tentera dan ahli strategi perang. Baginda dapat merancang taktik dan strategi seperti perang Badar dan Khandak. Dalam perang Badar, Baginda menggunakan taktik tunggu dan lihat serta menyusun tentera dalam bentuk barisan (saf). Dalam perang Khandak, Baginda menggunakan strategi bertahan dengan menggali parit sekeliling kota Madinah sebagai benteng pertahanan. Dalam perang Taif, Baginda menggunakan taktik mengepung benteng pertahanan musuh dan seterusnya malancarkan serangan bertubi-tubi.

Kesimpulan  ( 2 markah )
1.     Jelas menunjukkan Baginda merupakan seorang Nabi dan Rasul yang disegani malah merupakan seorang pemimpin masyarakat dan negarawan yang ulung.
2.     Ini menunjukkan Islam bukan sahaja mementingkan aspek aqidah semata-mata tetapi turut mementingkan hal ehwal kehidupan seharian.

11.   Huraikan etika peperangan dalam Islam melalui ekspedisi ketenteraan yang disertai oleh Nabi Muhammad s.a.w.
A.   Pengenalan ( 3 markah )
1.     Sesungguhnya Islam tidak menggalakkan peperangan, namun setelah turunnya wahyu yang membenarkan umat Islam mengangkat senjata, Nabi Muhammad s.a.w. telah membentuk angkatan tentera Islam yang dianggotai oleh golongan Muhajirin dan Ansar.
2.     Matlamat penubuhan angkatan tentera hanyalah untuk mempertahankan negara, maruah serta kesucian agama daripada dinodai oleh musuh khususnya golongan musyrikin Quraisy, Yahudi serta Rom dan Parsi.
3.     Pada zaman Rasulullah s.a.w., peperangan dalam Islam dapat dapat dibahagikan kepada dua iaitu sariyah merujuk kepada tindakan menyekat rombongan–rombongan pedagang ataupun musuh–musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar–besaran seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya.

B.   Etika peperangan dalam Islam ( 7/9 X 3M = 21 Markah )
1.     Dalam usaha memenuhi misi–misi peperangan, Islam telah menggariskan prinsip–prinsip dan kaedah umum (etika) dalam jihad yang wajar dipatuhi oleh tentera Islam sewaktu di medan perang. Antaranya ialah harus mengajak manusia kepada Islam sebelum memeranginya. Hal ini telah diberikan penekanan oleh Rasulullah s.a.w. ketika mengepung Kota Taif dalam Perang Taif. Baginda s.a.w. telah memberikan tiga pilihan kepada musuh Islam; iaitu menganut Islam, berdamai atau berperang.

2.     Islam hanya membenarkan umatnya mengangkat senjata atau memerangi musuh seandainya mereka memerangi Islam terlebih dahulu. Hal ini dapat dilihat terutamanya ketika Perang Badar, tentera Islam hanya menunggu serangan musuh yang menceroboh, barulah berlaku peperangan secara besar–besaran.

3.     Dalam ekspedisi peperangan, tentera Islam tidak boleh memerangi orang kafir yang tidak memiliki kekuatan dan daya upaya seperti kanak–kanak, kaum wanita, orang cacat, lumpuh, paderi atau pendeta. Berdasarkan etika inilah golongan–golongan ini tidak dikenakan jizyah pada zaman Rasulullah dan Khulafa al Rasyidin kerana dianggap tidak mengancam keselamatan Negara Islam.

4.     Tentera Islam juga dilarang merosakkan harta benda, memotong pokok atau membakar rumah kecuali dalam keadaan darurat untuk menyingkirkan halangan yang ada di hadapan gerakan dakwah. Ini membuktikan bahawa betapa Islam mementingkan keamanan serta kesejahteraan kepada masyarakat seluruhnya. Ini terbukti ketika Rasulullah s.a.w mengepung Kota Taif, harta–harta musuh Islam langsung tidak diusik.

5.     Sesuai dengan pilihan–pilihan yang diberikan kepada seteru–seteru Islam, maka Islam menetapkan etika tidak boleh memerangi orang yang sudah menyerah atau kafir dhimmi atau mereka yang sudah mengikat perjanjian damai serta mengaku taat setia kepada pemerintah Islam. Buktinya, Baginda s.a.w telah menerima Suhail bin Amru yang dihantar oleh Quraisy untuk berunding dengan Baginda s.a.w agar tidak menyerang Kota Makkah, sekaligus telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 6 Hijrah.

6.     Etika seterusnya ialah Islam melarang sebarang perbuatan yang boleh mengaibkan musuh, antaranya ialah tentera tidak boleh mencincang mayat atau musuh yang terbunuh, sebagaimana tindakan yang dilakukan oleh Hindun binti Utbah terhadap jasad Saidina Hamzah, bapa saudara Rasulullah s.a.w. di medan Perang Uhud.



7.     Sebarang perjanjian damai yang dimeterai wajib ditaati. Oleh sebab itulah ketika Perjanjian Hudaibiyah dimeterai pada tahun 6 Hijrah, meskipun fasal–fasal dalam perjanjian itu seolah–olah memberikan kelebihan kepada musuh Islam, namun Rasulullah s.a.w. mempunyai misi yang tersendiri. Sikap musuh Islam yang melanggar gencatan senjata yang dipersetujui membolehkan Rasulullah s.a.w. mengetuai tentera Islam membuka Kota Makkah pada tahun 8 Hijrah.

8.     Etika terakhir yang dianjurkan oleh Islam ialah tawanan perang akan dilayan dengan baik. Ia merupakan salah satu kaedah berdakwah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Meskipun ada cadangan daripada para sahabat agar musuh–musuh Islam yang ditawan dalam Perang Badar dibunuh, Rasulullah tidak menerima sebaliknya Baginda menggunakan kaedah diplomasi, tawanan perang harus menebus diri dengan ilmu pengetahuan dan sejumlah wang tertentu. Ternyata kaedah inilah yang berjaya menarik ramai musuh Islam akhirnya menerima Islam sebagai ad-din.

9.     Satu lagi etika peperangan yang dianjurkan oleh Islam, cara pengagihan harta rampasan perang atau ghanimah. Harta–harta yang diperoleh bukan dibolot oleh Rasulullah s.a.w. sebaliknya, ia diagihkan secara sama rata dalam kalangan para pejuang yang terlibat dalam sesuatu medan peperangan. Namun, selepas kewujudan Baitulmal, harta–harta berkenaan diurus dengan lebih bijak; digunakan untuk pembangunan negara, khususnya pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khatab.

C.   Kesimpulan ( 2 markah )
1.     Ternyata etika–etika yang dianjur oleh Islam sebenarnya bukan sahaja memberikan kesan yang positif kepada tentera–tentera Islam sendiri, bahkan ia menjadi saluran atau wadah dakwah.
2.     Hal ini terbukti khasnya melalui Perang Badar, etika–etika yang diamalkan telah menarik perhatian ramai musuh Islam yang mana akhirnya mereka menerima agama ini.

12.   elaskan sumber dan peranan Baitulmal pada zaman Khulafa ar-Rasyidin.

Pendahuluan (3 Markah)
1.     Baitulmal merupakan sebuah institusi kewangan yang berfungsi untuk mengurus harta-harta umum atau menjadi tempat menyimpan barang-barang berharga seperti emas, perak, batu permata dan seumpamanya.
2.     Baitulmal telah bermula pada zaman Rasulullah s.a.w dan berterusan ke zaman Khulafa al-Rasyidin dan selepasnya dan diperkemaskan perlaksanaannya sepanjang zaman Khulafa al-Rasyidin.
3.     Sumber Umum Baitulmal diperoleh daripada 3 sumber utama :
a.     Harta Masyarakat - Sumber yang diperoleh daripada golongan kaya dan diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya.
b.    Harta Negara-Sumber yang diperoleh daripada harta rampasan perang, cukai kharaj, jizyah dan harta tanpa waris.
c.     Harta Umum-Terdiri daripada hasil perniagaan, pertanian dan sebagainya.
4.     Tujuan penubuhan Baitulmal ialah untuk meningkatkan perkembangan ekonomi negara, menyediakan keperluan asas dan membasmi kemiskinan.
5.     Pembahagian harta Baitulmal ditentukan mengikut keperluan secara adil dan saksama berdasarkan prinsip ekonomi Islam.

Isi-isi
A.    Sumber – sumber Baitulmal (5 isi x 2M = 10M)
1.       Zakat
Sebahagian harta yang dikeluarkan oleh umat Islam yang layak untuk diagihkan kepada mereka yang berhak menerimanya. Terdapat beberapa jenis zakat iaitu zakat fitrah, zakat harta, zakat ternakan dan pertanian, zakat emas dan perak.

2.       Kharaj
Kharaj ialah cukai tanah yang perlu dibayar oleh semua pemilik tanah di wilayah taklukan kerajaan Islam dengan kadar 10 peratus.

3.       Jizyah
Jizyah merupakan cukai perlindungan yang dikenakan ke atas orang bukan Islam yang berada di bawah naungan negara Islam atau mempunyai perjanjian damai dengan negara Islam iaitu orang kafir Zimmi. Jizyah dikenakan dengan beberapa syarat tertentu iaitu lelaki yang merdeka, baligh, masih hidup dan berupaya.  Kadar cukai yang dikenakan ialah sebanyak 12 hingga 48 dirham.

4.       Ghanimah dan al-Fay
Ghanimah merupakan harta rampasan perang. al-Fay ialah harta rampasan tanpa perang, harta peninggalan orang mati yang tidak ada pewaris dan harta karun. Satu perlima daripada harta ghanimah dan al-fay diperuntukkan kepada perbelanjaan pusat di Madinah. Harta yang selebihnya dibahagikan kepada tentera yang terlibat dalam peperangan.

5.       Usyur
Usyur merupakan cukai perniagaan yang dikenakan kepada peniaga Islam dan bukan Islam. Bagi kafir Harbi, iaitu kafir yang tidak ada perjanjian damai dengan negara Islam dikenakan usyur sebanyak 10%. Bagi kafir Zimmi yang bernaung dibawah pemerintahan kerajaan Islam hanya dikenakan sebanyak 5 %. Cukai usyur yang dikenakan apabila cukup nisabnya iaitu sebanyak 200 dirham.




B.    Peranan Baitulmal (5 isi X 2 markah)
1.       Membantu perkembangan ekonomi Islam. Membantu golongan miskin dan kurang bernasib baik. Dapat mengurangkan jurang perbezaan antara golongan kaya dengan golongan miskin. Bentuk bantuan seperti makanan, tempat tinggal dan sebagainya.

2.       Sumber utama memperkukuhkan angkatan tentera. Penting bagi menjamin negara Islam daripada ancaman musuh yang memiliki kekuatan tentera. Pada zaman pemerintahan khalifah Uthman, sumber Baitulmal digunakan untuk memperkukuhkan angkatan tentera Islam yang menghadapi ancaman daripada tentera Byzantine.

3.       Menyalurkan sumber kewangan bagi perbelanjaan kerajaan pusat. Melibatkan kos pentadbiran dan memberi elaun kepada angkatan tentera. Pada zaman pemerintahan Saidina Umar, Baitulmal telah mengeluarkan elaun kepada angkatan tentera sebagai ganti kepada larangan memiliki tanah di negeri yang baru ditakluki. Ini dapat membantu memakmurkan negara daripada berlakunya perselisihan untuk memiliki tanah.

4.       Menyelaraskan kutipan dan agihan harta berasaskan syariat Islam. Harta Baitulmal tidak boleh digunakan sesuka hati. Pengagihannya mestilah adil dan saksama. Semasa pemerintahan Saidina Ali, beliau tidak pernah menggunakan harta Baitulmal ketika menghadapi tentangan daripada Muawiyah walaupun mendapat desakan daripada para sahabat.

5.       Menyimpan harta Negara. Sebagai khazanah perbendaharaan Negara.

Kesimpulan (2 markah)
1.     Pelaksanaan dan fungsi Baitulmal pada zaman Khulafa al-Rasyidin adalah berlandaskan syariat Islam dan tidak berlaku penyelewengan.
2.     Apa-apa yang berkaitan.

No comments:

Post a Comment