Untuk KISAH SATU MALAM kali ni, aku nak berkongsi 1 cerita mengenai tahap keseraman ketika berada di Highland Tower pada waktu malam. Peristiwa aku menghadirkan diri ke Highland Tower ni berlaku ketika aku belajar di Kampong Pandan, Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
Aku mulakan dengan sedikit mukadimah mengenai Highland Tower sebelum aku bercerita dengan lebih melanjut mengenai tahap keseramannya.
Highland Tower ni sebenarnya terdapat 3 blok kondominium, setiap satunya setinggi 12 tingkat. Blok 1 telah runtuh dan yang tinggal sekarang ni hanya blok 2 dan 3 sahaja. Blok 1 runtuh pada 11 Disember 1993 dan seramai 48 orang terkorban. Ianya terletak di Taman Hillview, Ulu Klang, Selangor. Sesiapa yang berminat hendak merasai tahap keseramannya, bolehlah menghadirkan diri disini.
Serius aku katakan yang tempat ni betul-betul keras. First time jejakkan kaki kat sini pun aku dah dapat rasakan tahap kekerasannya. Kekerasan menjadi-jadi kalau korang datang kat sini pada waktu malam. Dan kekerasannya semakin mengeras jika korang pernah menonton sebuah dokumentari paranormal hasil ciptaan Uncle.
Aku pernah terdengar cakap-cakap yang mengatakan banyak kejadian seram berlaku kat sana, sungguh pun kejadian blok 1 Highland Tower runtuh sudah lama berlalu. Mungkin keseraman tu aku dapat rasai kalau aku sendiri yang pergi.
Dipendekkan cerita, aku buat satu plan dengan kawan-kawan aku untuk kesana. Dan kitorang semua setuju dengan plan yang dibentangkan lalu pergi ke Highland Tower pada sebelah malamnya. Sebenarnya takde plan pun, kitorang cuma main-main je, tiba-tiba jadi betul-betul.
Jam 1.40 pagi kitorang pun sampai di Highland Tower. Cuaca pada masa tu sememangnya sejuk, maklumlah waktu tu dah pagi kan. Lagi pun kat atas bukit, memanglah sejuk. Tetapi hati ini merasakan seolah-olah pergerakan sedang diperhatikan seseorang. Mungkin cuma perasaan sahaja, kitorang pun meneruskan segala apa yang dirancang seperti biasa.
Dan kaki ini pun melangkah masuk ke blok 2 Highland Tower. Seram memang seram, bohong aku cakap kalau tak seram. Tahap keseramannya pula boleh membuatkan setiap orang mencarut. Antara keseramannya ialah:
SERAM 1!
Aku termasuk kawan aku semua adalah dalam enam orang. Yang bawatorchlight hanya dua orang, maka dengan itu pergerakan agak terbatas. Terbatas disebabkan kawasan sekitar terlampau gelap. Takut kalau-kalau terpijak sepihan kaca atau objek-objek tajam yang ada kat atas lantai. Dan ini adalah salah satu faktor yang menyumbang terhadap keseraman.
SERAM 2!
Selain gelap, kawasan sekitar juga begitu menyeramkan dengan tumbuhan liar seperti semak samun, lalang dan sebagainya. Apabila kegelapan bergabung bersama kesemakan, maka terhasillah satu unsur baru iaitu nyamuk. Nyamuk kat Highland Tower sangat celaka, berani-berani saja dia hisap darah aku. Mentang-mentanglah aku pakai baju pagoda je time tu.
SERAM 3!
Ketiga ni paling seram, setan, syaiton, jin, iblis dah takde beza dengan manusia. Ianya adalah kerana mat gian, mat ganja dan segala jenis mak nenek mat semua ada kat dalam tu. Menjadikan kesemua syaitan yang digeruni bertempiaran lari meninggalkan Highland Tower. Mana taknya, gaya diorang mengalahkan setan pulak.
Selepas mendaki beberapa anak tangga, kitorang pun sampai di tingkat atas dengan suksesnya. Namun disebabkan keadaan diatas sangat gelap dan mata ini terasa amatlah sakit. Maka kitorang pun memutuskan untuk turun ke bawah.
Kitorang pon melangkah keluar dari Highland Tower dan blah dari situ. Nak duduk kat sana lama-lama ada apa? Balik rumah, tidur, lagi bagus.
http://joul-zero.blogspot.com/2011/05/4-kisah-satu-malam-highland-tower.html
No comments:
Post a Comment