PENAJA

Monday 27 August 2012

skema peperiksaan pertengahan tahun sejarah stpm setara Pasig Gudang 2012 (bahagian B) part 2


1.       Huraikan perubahan-perubahan dalam pelbagai aspek dalam kalangan masyarakat jahiliah di Tanah Arab selepas kelahiran Islam.

PENDAHULUAN (3 Markah)
1.       Zaman jahiliah merujuk kepada masyarakat di Semenanjung Tanah Arab.
2.       Dari segi bahasa Arab ‘jahala’ bererti ‘jahil’ atau  ‘jahlun’ atau ‘jahlatun’ bererti bodoh dan sesat.
3.       Ciri-ciri Zaman Arab Jahiliah.
4.       Apabila Rasulullah s.a.w. mula menerima wahyu pada 17 Ramadhan (6 Ogos 610M) dan seterusnya berdakwah menyebarkan Islam selama 23 tahun, bermulalah episod perubahan cara hidup jahiliah yang seterusnya telah menghancurkan era zaman jahiliah di Tanah Arab.

ISI – ISI (7 isi x 3M = 21 Markah)
1.     Perubahan dari aspek kepercayaan dan agama
Majoriti masyarakat Arab Jahiliah menganut agama menyembah berhala. Pada asalnya mereka ialah pengikut ajaran Hanif tetapi ajaran ini diselewengkan dengan menganggap berhala sebagai perantaraan antara manusia dengan Tuhan. Pada masa ini Makkah berperanan sebagai pusat penyembahan berhala. Agama lain yang dianuti ialah ajaran animisme, sabiah, majusi, nasrani dan yahudi. Masyarakat pada masa ini juga terikat dengan kepercayaan karut.

Masyarakat Islam pada zaman ini mempunyai keimanan yang kukuh. Orang Ansar secara rela telah memeluk ajaran Islam. Nabi telah melantik guru-guru agama untuk memperkukuhkan akidah dan amalan mereka. Di samping itu, nabi telah menjalankan dasar kebebasan beragama terutama ke atas masyarakat Yahudi dan mereka diberi kebebasan beribadat. Majoriti golongan Arab Madinah menerima agama Islam.

2.     Perubahan dari aspek hubungan masyarakat
Masyarakat Jahiliah hidup terpisah dalam kabilah dan bani masing-masing. Setiap individu mempunyai ketaatan kepada kabilah dan sangat prejudis kepada kabilah lain. Semangat ini juga menyebabkan mereka memihak kepada kabilah sendiri tanpa mengira sama ada mereka berada di pihak benar atau salah. Ini telah menimbulkan permusuhan antara kabilah.

Masyarakat Islam Madinah berjaya membentuk sebuah masyarakat ummah Islamiah tanpa mengira kaum dan suku. Kesetiaan kepada kaum tidak lagi wujud dan digantikan dengan ikatan persaudaraan Islam. Contohnya Nabi saw berjaya mempersaudarakan orang Ansar dengan Muhajirin.

3.     Perubahan dari aspek permusuhan dan peperangan
Permusuhan antara suku atau kabilah telah membawa peperangan di kalangan masyarakat Arab Jahiliah. Peperangan ini dikenali sebagai Ayyamul Arab. Perang balas dendam sering berlarutan. Contohnya Perang Al-Basus berlarutan selama 40 tahun.

Persaudaraan Islam telah berjaya menamatkan permusuhan di kalangan golongan Ansar iaitu suku Aus dan Khazraj. Sebelum memeluk Islam mereka terlibat dalam peperangan Al-Buath kerana merebut kepimpinan kota Madinah. Peperangan yang wujud di zaman Islam merupakan satu langkah mempertahankan agama, masyarakat dan negara Islam daripada ancaman musuh terutama serangan orang Quraisy Makkah dan pengkhianatan orang Yahudi.

4.     Perubahan dari aspek taraf masyarakat
Masyarakat Jahiliah mementingkan kelas masyarakat. Golongan bangsawan merupakan golongan tertinggi dan dipandang mulia. Dalam masyarakat Arab Jahiliah amalan perhambaan berlaku secara meluas. Mereka tidak mempunyai hak ke atas diri sendiri. Mereka dikehendaki berkhidmat kepada tuan mereka. Perdagangan hamba berlaku secara meluas. Kekejaman ke atas para hamba berlaku sekiranya para hamba tidak mengikut kehendak mereka.

Masyarakat Islam menitik beratkan konsep persamaan taraf. Semua manusia dianggap sama taraf di sisi Allah. Kemuliaan manusia berdasarkan kepada ketakwaannya kepada Allah. Manusia tidak dibezakan mengikut kekayaan atau pangkat mereka.

5.       Perubahan dari aspek kedudukan wanita
Masyarakat Arab Jahiliah memandang rendah kepada golongan wanita. Fungsi mereka hanyalah sebagai alat pemuas nafsu lelaki. Mereka dianggap sebagai barang dagangan dan ada di kalangan mereka yang kematian suami menjadi rebutan anak-anak lelaki mereka. Keadaan ini menyebabkan suku bani Tamim telah menanam bayi perempuan bagi mengelakkan mereka dipandang rendah.

Nabi mengajar masyarakat Islam Madinah agar memandang mulia golongan wanita. Mereka perlu dipeiihara maruah dan kebajikan mereka. Kaum wanita memainkan peranan yang sama pentingnya dengan goIongan lelaki.

6.       Perubahan dari aspek akhlak
Masyarakat Arab Jahiliah mengamalkan nilai akhlak keji seperti berzina, melacur, membunuh, minum arak dan berjudi. Nilai ini telah sebati dengan kehidupan mereka.

Islam menekankan akhlak mulia. Bermula dengan perjanjian Al-Aqabah I, masyarakat Madinah berjanji tidak akan menipu, berzina dan membunuh. Nabi berjaya mengikis segala amalan akhlak buruk di kalangan orang Islam Madinah.

7.       Perubahan dari aspek politik
Sistem politik dan pentadbiran adalah tidak seragam. Kerajaan yang wujud lebih bersifat monarki dan terletak di bawah kuasa asing seperti Parsi dan Rom. Masyarakat golongan Badwi mengamaIkan sistem politik kabilah masing-masing. Sementara itu masyarakat kota Makkah menjalankan sistem politik kabilah.

Kerajaan Islam Madinah wujud berasaskan perlembagaan Madinah. Undang­undang utama yang digunakan ialah Al-Quran. Segala keputusan negara dilakukan melalui konsep syura. Masjid menjadi institusi penting dalam kerajaan Madinah.

8.       Perubahan dari aspek nilai-nilai positif
Dalam masyarakat jahiliah terdapat nilai-nilai positif seperti menghormati tetamu, berpegang teguh kepada janji, memberi perlindungan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Dalam masyarakat Islam nilai-nilai ini diperkukuhkan selaras dengan nilai-nilai Islam.

9.       Perubahan dari aspek pendidikan dan ilmu pengetahuan
Sebelum Islam : masyarakat Arab Jahiliyah adalah buta huruf. Berdasarkan peristiwa Perang Badar hanya 17 orang sahaja masyarakat Arab yang boleh menulis dan membaca. Justeru itu tiada perkembangan tamadun manusia pada zaman ini.

Selepas Islam :  aspek pendidikan dan intelektual amat dititikberatkan oleh Islam. Rasulullah s.a.w. telah membina masjid-masjid selain menjadikan rumah al-Arqam sebagai institusi pendidikan. Kepentingan pendidikan dalam Islam ini jelas terlihat pada maksud ayat pertama (wahyu) yang baginda terima iaitu “Bacalah…”

10.    Perubahan dari aspek ekonomi
Sebelum Islam : masyarakat Arab menjalankan amalan ekonomi negatif seperti penindasan, penipuan dalam perniagaan, rompakan, penjualan berhala, monopoli dan sebagainya.

Setelah Islam : Islam melarang segala bentuk kegiatan ekonomi berunsur penindasan dan riba. Islam menggalakkan umatnya melaksanakan sistem ekonomi Islam berteraskan semangat bantu-mambantu seperti dalam perdagangan dan pertanian.

11.    Perubahan dari aspek identiti masyarakat
Keutamaan pada bangsa amat ditekankan pada zaman jahiliyah. Pada zaman Islam, ditekankan aspek persaudaraan Islam tanpa mangira latarbelakang keturunan dan warna kulit.

KESIMPULAN (2 Markah)
1.     Perubahan-perubahan yang berlaku dalam masyarakat Arab membolehkan Islam terus berkembang dan membolehkan juga berlakunya penciptaan tamadun walaupun Islam lahir di kawasan tandus.
2.     Kecemerlangan umat Islam zaman Rasulullah s.a.w. itu terus diwarisi oleh generasi seterusnya (Khulafa al-Rasyidin dan kerajaan-kerajaan Islam selepasnya).

2.       Jelaskan sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan Bani Umaiyah pada zaman Khalifah Muawiyyah bin Abu Sufyan.

Pendahuluan (3M)
1.       Latar  belakang dan perlantikan Muawiyyah sebagai Khalifah pertama kerajaan Bani Umaiyyah.
2.       Latar belakang kerajaan Bani Umaiyyah.

Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Zaman Khalifah Muawiyyah (7 isi x 3M = 21M )
1.       Khalifah Muawiyyah telah memindahkan pusat pentadbiran kerajaan Islam dari kota Madinah ke kota Damsyik. Beliau memilih kota Damsyik memandangkan ia merupakan kubu kuat penyokongnya yang telah lama berdiri di belakangnya sejak Muawiyyah dilantik sebagai gabenor oleh Khalifah Umar bagi seluruh wilayah Syam. Bukti lain betapa kuatnya pengaruh Muawiyyah di Damsyik ialah penduduk di sinilah yang membantunya sewaktu berlaku krisis dengan Khalifah Ali bin Abi Talib sehingga tercetusnya Perang Siffin dan Majlis Tahkim.

2.       Muawiyyah bin Abu Sufyan menjalankan dasar berbaik-baik dengan penduduk Iraq yang merupakan penyokong kuat golongan Syiah. Muawiyyah telah menawarkan wang yang banyak untuk mendapatkan sokongan golongan ini, contohnya al-Ahnah bin Qais dan Jariyah bin Qudamah telah diberikan 100,000 dirham setiap seorang untuk mendapatkan sokongan. Selain itu, Muawiyyah mengekalkan dasar tidak campur tangan sehinggalah pelantikan Ziyad bin Abih sebagai Gabenor Basrah; Ziyad telah memperkenalkan beberapa reformasi antaranya mengarahkan rakyat mencuci dan membersihkan jalan raya, memperbaiki kemudahan jual beli, mengenakan perintah berkurung, menyusun dan mengemaskinikan anggota polis.

3.       Selain itu untuk mengukuhkan kekuasaan Bani Umaiyyah, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah mengubah sistem pemilihan khalifah secara syura kepada sistem warisan. Muawiyyah telah bertindak mengisyitiharkan puteranya, Yazid sebagai Putera Mahkota pada tahun 56H. Tindakan ini telah menimbulkan tentangan hebat umat Islam khususnya penduduk Iraq, apatah lagi ia telah bertentangan denan persetujuannya dengan Sayidina Hassan dahulu agar jawatan ini diserahkan kepada persetujuan orang ramai khasnya umat Islam. Meskipun timbul pelbagai penentangan, namun ia telah dapat dipadamkan.

4.       Muawiyyah bin Abu Sufyan juga telah memperkenalkan atau meniru sistem pentadbiran Parsi dan Byzantine. Ramai pegawai kristian diambil berkhidmat sebagai guru dan pentadbir  khususnya dalam bidang ekonomi, sains, dan perubatan. Selain itu, beliau juga mewujudkan pengawal istana atau pengawal peribadi bagi melindunginya, khususnya daripada ancaman musuh.

5.       Pelbagai jabatan baru telah diwujudkan untuk memantapkan lagi sistem pentadbiran. Antaranya, Jabatan Pendaftaran yang berfungsi menyalin segala surat rasmi dan menyimpan salinan itu bagi tujuan keselamatan dan juga mengelakkan sebarang penipuan dan penyelewengan. Pejabat Pos juga dibentuk untuk urusan segala surat-menyurat berkaitan pentadbiran negara dari kerajaan pusat ke daerah-daerah ataupun sebaliknya. Semua surat di Semenanjung Tanah Arab menggunakan bahasa Arab sedangkan di luar Tanah Arab menggunaksan bahasa Yunani dan Parsi.

6.       Muawiyyah bin Sufyan telah meluaskan kuasa politik khalifah dan pemusatan kuasa kerajaan Bani Umaiyyah termasuk penguasaan ke atas harta yang diperoleh dalam peperangan. Sebelum itu, harta berkenaan dijadikan hak milik orang Islam; dimasukkan ke dalam Baitulmal, tetapi mulai zaman Muawiyyah, harta berkenaan dianggap harta kerajaan, tujuannya tidak lain untuk memastikan segala perancangan kerajaan dapat berjalan dengan lancar.

7.       Setiap gabenor yang dilantik di setiap daerah hanyalah mempunyai kuasa ketenteraan dan urusan yang berkaitan dengan politik sahaja. Urusan yang berkaitan dengan cukai diletakkan secara terus dibawah Sahibul Kharaj yang dilantik oleh Khalifah Muawiyyah sendiri. Kesannya, kuasa gabenor dapat dihadkan, malah terpaksa bergantung kepada Sahibul Kharaj dalam soal kewangan.

8.       Dalam bidang ketenteraan, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah membentuk pasukan tentera yang mantap dan besar meliputi tentera darat dan tentera laut. Tentera ini majoritinya dianggotai oleh penduduk Syam dan diberikan gaji yang tetap serta tinggi kadarnya. Kekuatan tentera ini digunakan untuk mengekang pemberontakan golongan Syiah dan Khawarij.

9.       Beliau turut menggerakkan tentera ke luar negara, antaranya menghantar Said bin Osman menyeberangi Sungai Oxus, menghantar tentera yang dipimpin oleh Yazid mengepung kota Constantinopole, menghantar Uqbah bin Nafi’ menawan Afrika Utara sehingga berjaya mendirikan pusat pentadbiran di Qairawan. Selain itu, tentera-tentera diperkuatkan di kawasan-kawasan sempadan sehingga pihak Byzantine tidak berani mengancam kerajaan Islam  ini.

10.    Bagi memastikan keadaan negara tidak diancam oleh sebarang gerakan subversif, Muawiyyah bin Abu Sufyan telah membentuk pasukan perisik yang berperanan sebagai mata dan telinga khalifah. Oleh itu, Muawiyyah dapat membendung ancaman musuh dengan cepat daripada merebak yang boleh menggugat pemerintahannya.

11.    Polisi serta pembaharuan yang dibawa oleh Muawiyyah bin Abu Sufyan telah menjadi asas kepada pembentukan kerajaan yang kuat serta dominan selepas era pemerintahan Khulafa al Rasyidin. Muawiyyah bin Abu Sufyan juga memerintah dengan tegas dan penuh disiplin. Keberaniannya memperkenalkan corak pemerintahan warisan telah menjadi ikutan pemimpin selepasnya.

Kesimpulan ( 1M )
1.       Mana-mana yang berkaitan.

3.       Bincangkan sumbangan kerajaan Khulafa’ Ar-Rasyidin dan kerajaan Bani Umayyah
dalam membentuk organisasi ketenteraan yang unggul.

Pengenalan ( 3 markah)
1. Konsep organisasi ketenteraan dalam Islam
2. Sejarah penubuhan tentera dalam Islam
bermula pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, apabila turun wahyu membenarkan
umat Islam berperang, ketika hendak berhadapan dengan tentera Quraish Makkah
dalam perang Badar.
3. Latar belakang Kerajaan Khulafa ar-Rasyidin
Bermula selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Dipimpin empat orang sahabat,
iaitu Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
  1. Latar belakang Kerajaan Bani Umayyah
  2.  
Isi : Sumbangan Pembentukan Organisasi Ketenteraan Islam ( 7 isi X 3=21 markah)
1. Penambahan Komposisi tentera
Bilangan tentera yang meningkat
Pada zaman Bani Umayyah, jenis tentera tetap telah bertambah dengan
pembentukan pasukan infantri, kavalri dan tentera laut.
Pasukan tentera laut ini terlibat dalam peperangan dengan kerajaan Sepanyol dan
Eropah.
2. Kewujudan dua jenis tentera
Terbahagi kepada dua, iaitu tentera darat dan laut
Penubuhan angkatan tentera laut Islam berlaku setelah perluasan kuasa Islam telah
sampai ke Syam, Mesir dan Iskandariah.
Perkembangan terbaru kedudukan kekuasaan Islam memerlukan umat Islam
mempunyai angkatan laut bagi menghadapi serangan Rom di Laut Mediterranean
dan jihad Islam ke atas pulau – pulau di Laut Mediterranean.
Oleh itu, pemerintah Islam mula menubuhkan angkatan tentera laut.
Berikutan dengan penubuhan angkatan tentera laut maka muncul pelabuhan dan
limbungan kapal untuk tujuan angkatan tentera Islam dan tujuan perdagangan.
3. Peningkatan teknologi dan peralatan tentera
Menggunakan pedang, tombak, panah, perisai ,manjaniq, kuda, keldai dan kapal
perang.
Pada zaman Bani Umayyah telah wujud pasukan tentera laut.
Pada zaman Muawiyah terdapat 1700 buah kapal perang yang dibina daripada kayu
dan berpaku.
Perindustrian kapal terletak di pantai Syria dan Mesir.

4. Mempelbagaikan taktik dan strategi ketenteraan
Menyerang, mengepung, dan bertahan.
Membina kubu, mewujudkan bandar-bandar tentera, dan menubuhkan badan perisik.
Ketika zaman Khalifah Ali b. Abi Talib, telah membentuk kurdus atau batalion, dalam
pasukan tentera sebagai usaha memantapkan lagi tentera Islam.
Islam memperkenalkan penubuhan kem tentera dan bandar tentera.
Bandar seperti Basrah, Fustat dan lain – lain ditubuhkan adalah untuk memenuhi
keperluan tentera di samping pusat pentadbiran dan perdagangan.
Pada zaman Bani Umayyah kaedah peperangan diperluas lagi dengan pembentukan
pasukan kurdus (cohorts), jabatan perisikan, penggunaan peta dan serangan dari
laut.
5. Kewujudan tentera bergaji
Tentera dibayar gaji dan elaun
Pada zaman Umar al-Khattab, dua kategori tentera telah dibentuk iaitu tentera
bergaji dan sukarela.
Satu jabatan khas telah ditubuhkan untuk menguruskan pembayaran gaji dan elaun
tentera iaitu Diwan al-Jund.
Pada zaman Umar al-Khattab, tentera Muhajirin dan Ansar yang senior dibayar
sehingga 5000 dirham manakala tentera junior dibayar sehingga 2500 dirham.
Pada zaman Bani Umayyah, tentera dibayar gaji.
Contoh, pada zaman Muawiyah kadar gaji purata ialah sebanyak 1000 dirham
setahun termasuk elaun keluarga.
Pada masa ini sumber kerajaan mantap dan perlukan pasukan tetap untuk
menyaingi tentera Rom atau Barat .
6. Menetapkan Status tentera
Terdapat tentera tetap, tentera upahan dan tentera sukarela
7. Kepimpinan
Pada zaman Khulafa al- Rasyiddin dan kerajaan Bani Umaiyah, khalifah tetap
mengetuai peperangan.
Tujuannya untuk menguruskan perkhidmatan tentera yang cekap dan berkesan.
Pemerintah Islam memperkenalkan jabatan tentera atau Dewan Al-jund.
Dalam aspek kepimpinan pula, pengurusan tentera dilakukan oleh kepimpinan
tentera yang dilantik.

Kesimpulan (1 markah)
Kedua-dua kerajaan Islam ini telah berjaya mewujudkan organisasi ketenteraan Islam
yang unggul dan hebat.
Kejayaan ini terserlah dengan beberapa kejayaan tentera Islam meroboh dominasi
jajahan dari tentera Rom dan Parsi.

4.       Zakat bukan sahaja Rukun Islam tetapi merupakan sumber ekonomi utama dalam Islam. Galurkan fungsi dan pelaksanaannya.
Pendahuluan (3 markah)
1.     Perkataan zakat telah disebut sebanyak 58 kali dalam al-Quran, 32 kali disebut secara berasingan dan 26 kali disebut beriringan dengan kalimah solat. Kadangkala zakat disebut dengan lafaz sadaqah, nafaqah, haq dan al-‘afw.
2.     Zakat merupakan Rukun Islam yang ketiga. Dari segi bahasa, zakat berasal daripada kata dasar perkataan Arab – zaka – yang bererti penambahan atau penyucian. Pengertian pertama bermaksud memberi serta menambah kemakmuran dan pahala umat Islam.
3.     Pengertian kedua pula bererti pembayaran bagi menyucikan jiwa umat Islam daripada perasaan tamak, bakhil dan sifat-sifat keji seperti mana yang dijelaskan dalam surah al-Syams ayat 9.
4.     Dari segi syarak, zakat membawa maksud sebahagian harta yang dikeluarkan untuk diagihkan kepada yang berhak menerimanya.
5.     Kefarduan zakat disyariatkan  pada tahun 623 M (2 H) setelah Nabi Muhammad saw berhijrah dan menetap di Madinah.
6.     Zakat terbahagi kepada dua jenis, pertama zakat fitrah iaitu zakat yang wajib dikeluarkan bagi setiap umat Islam dan kedua zakat harta benda iaitu apabila cukup nisabnya. Kedua-dua zakat ini wajib dikeluarkan setahun sekali.

Fungsi Zakat (4 isi x 3M = 12 markah)
1.     Zakat berfungsi sebagai satu ujian untuk menguji sejauh manakah keimanan dan ketaqwaan seseorang terhadap Allah swt kerana tabiat manusia sememangnya merasa tamak dan sukar untuk mengeluarkan sebahagian kecil daripada hartanya sebagai zakat. Hanya manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa mengeluarkan zakat dengan ikhlas. Sifat inilah yang dimaksudkan oleh Allah swt sebagai pembersihan rohani dan jasmani.

2.     Dari segi kerohanian, ia dapat menghapuskan sifat-sifat keji yang dimiliki manusia. Contohnya sifat tamak, bakhil, bongkak, riak dan sebagainya. Dari segi jasmaninya, zakat ditafsirkan sebagai satu cara untuk menyucikan harta benda. Hal ini bermula dari kenyataan bahawa di dalam sebarang kegiatan untuk mencari rezeki yang halal mungkin berlaku di luar kemahuan atau pengetahuan seseorang bahawa sesuatu yang tidak halal telah berlaku. Contohnya, mungkin berlaku timbangan, sukatan atau ukuran yang tidak tepat semasa menjalankan urus niaga. Untuk menyucikan unsur-unsur yang tidak halal itu, maka zakat diwajibkan.

3.     Fungsi zakat dalam aspek kemasyarakatan, akhlak dan kebajikan, zakat adalah penyertaan seseorang yang berharta untuk membentuk masyarakat yang adil dan membantu golongan yang kurang bernasib baik. Zakat yang dikeluarkan itu mestilah diagihkan kepada golongan yang berhak menerimanya. Jika terlalu banyak lebihan, dipertanggungjawabkan kepada Baitulmal mengumpulnya dan membelanjakannya untuk kebajikan masyarakat seperti menyediakan kemudahan asas dan sebagainya. Zakat juga boleh dilaburkan dalam industri yang banyak memberi faedah kepada masyarakat seperti industri makanan, pakaian dan perumahan.

4.     Zakat dapat merapatkan ikatan silaturahim dan perpaduan antara golongan kaya dan miskin. Golongan yang kurang bernasib baik ketika menerima zakat, tentu akan merasa gembira. Perasaan inilah yang bertanggungjawab melahirkan kasih sayang dan bersedia membantu dengan tulang empat kerat menyelesaikan pekerjaan golongan kaya. Dalam masa yang sama, melalui zakat golongan kaya sentiasa ingatkan golongan yang kurang bernasib baik. Ini akan menghapuskan perasaan riak, sombong dan sebagainya pada diri golongan kaya dan perasaan dengki dan lain-lain pada diri golongan miskin.

5.     Dari aspek ekonomi, zakat merupakan satu cara terbaik untuk menjadikan negara dan umat Islam muncul sebagai masyarakat yang kaya dan makmur. Jika seseorang yang benar-benar beriman dan bertaqwa, ia akan berusaha lebih gigih kerana setiap zakat yang dikeluarkan itu akan memperolehi ganjaran pahala. Kesan daripada perkembangan pengeluaran zakat ini ialah lahirnya umat Islam yang kuat dari segi ekonomi dan melahirkan negara yang kaya dan makmur, kerana Baitulmal yang mengumpulkan zakat mempunyai dana yang banyak yang dapat digunakan untuk pembangunan negara dan kepentingan dakwah Islamiajh serta kebajikan rakyat.

6.     Dalam hal ini zakat berfungsi menghampirkan diri seseorang kepada Allah swt. Kerana harta yang terkumpul itu seharusnya dibelanjakan mengikut cara yang diredhai Allah swt. Tugas pertama yang mesti dilakukan ke atas harta ialah mengeluarkan zakat. Tindakan ini amatlah besar ertinya dalam konteks ibadat kerana ia merupakan satu bukti kepatuhan dan penyerahan diri seseorang kepada Allah swt. 

7.     Fungsi zakat berikutnya memberikan kekuatan rohani dan jasmani fakir miskin. Dari segi rohani dapat menebalkan iman mereka kepada Allah swt kerana pertolongan yang diberikan oleh golongan kaya itu merupakan tanda-tanda kekuasaan Allah swt. Dari segi segi kebendaan pula, dengan zakat dapat menaikkan taraf hidup golongan fakir miskin. Contohnya dengan zakat mereka berupaya membeli makanan, pakaian dan sebagainya. Zakat juga menandakan kesyukuran orang kaya dan merupakan satu bentuk pengagungan terhadap kekuasaan Allah swt. Tanda kesyukuran itu ialah tindakan kerelaan mengeluarkan sebahagian kecil hartanya untuk mencari keredhaan Allah swt dengan nikmat yang lebih besar lagi (syurga).

Pelaksanaan Zakat (8 markah)
1.     Sejarah pelaksanaan zakat meliputi tiga peringkat. Peringkat pertama ialah sebelum kedatangan Islam. Allah swt telah menyebut bahawa beberapa orang nabi telah melaksanakanzakat seperti nabi Ishak, Nabi Yaakub, Nabi Ismail dan Nabi Isa.

2.     Peringkat kedua ialah zaman sebelum Nabi Muhammad saw berhijrah ke Madinah (zaman di Makkah). Allah swt telah mewajibkan zakat sejak permulaan Islam lagi. Perkara ini berlandaskan atas dasar tolong menolong antara golongan kaya dengan golongan miskin sebagai satu amal kebajikan. Kewajipan zakat pada peringkat ini hanya bertaraf pilihan tanpa ditentukan kadar nisabnya dan jenis harta benda yang hendak dikeluarkan zakat.

3.     Peringkat ketiga ialah selepas Nabi Muahammad saw berhijrah dan menetap di Madinah. Pada tahun 2H (623M), zakat mula difardukan secara kuat kuasa iaitu antara bulan  Syaaban dan Syawal. Bermula tahun tersebut, keengganan membayar zakat boleh membawa kepada hukuman bunuh atau dipaksa membayarnya oleh pihak pemerintah Islam. Golongan yang berhak menerima zakat ialah fakir miskin, amil yang menguruskan pungutan zakat (dilantik oleh pemerintah), mualaf yang dijinakkan hatinya untuk menganut Islam, hamba yang hendak dimerdekakan, orang yang berhutang, orang yang berjihad dan orang yang musafir.


Kesimpulan (2 markah)
1.     Zakat adalah Rukun Islam Keempat yang wajib ditunaikan oleh setiap umat Islam yang berkelayakan. Selain itu, zakat adalah salah satu sumber ekonomi negara yang berfungsi memacu kemakmuran dan pembangunan sesebuah negara di samping mewujudkan keadilan dan keamanan sosial.
2.     Pelaksanaan sistem zakat dari zaman awal Islam hingga zaman Abbasiyah mengalami banyak perubahan. Setelah munculnya mazhab-mazhab, maka timbul tafsiran berbeza-beza tentang jenis-jenis dan kadar zakat. Ini disebabkan wujudnya perubahan daripada segi jenis dan penilaian barangan dan mata wang.

2 comments: