PENAJA

Thursday 31 October 2013

kertas 3 sejarah SPM : hubungan serantau - contoh jawapan


KERTAS 3

Maksud Pertubuhan Serantau

Pertubuhan serantau merupakan pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada Negara yang berjiran antara satu sama lain.
Pembentukan pertubuhan serantau adalah untuk kepentingan politik, ekonomi dan sosial. Terdapat tiga pertubuhan serantau yang dibentuk iaitu Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) yang ditubuhkan pada tahun 1961.
MAPHILINDO telah ditubuhkan pada tahun 1963 dan akhirnya ASEAN ditubuhkan pada tahun 1967

Latar belakang dasar luar dan bentuk hubungan luar   Malaysia

Malaysia mempunyai dasar luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Kepentingan dasar luar Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia iaitu menjamin keselamatan rakyat dan negara.
Matlamat dasar luar Malaysia juga untuk memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negaraSelain itu menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsaMalaysia juga ingin menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
            Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan hubungan multilateral. Hubungan bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu. Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran antaranya termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.Selain itu, hubungan luar juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika latin, Afrika, Asia Barat serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
            Hubungan multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of South-East Asian Nations (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation of Islamic Conference (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Allingned Movement (NAM) dan sebagainya.    Pertubuhan serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik , ekonomi atau sosial.   Sejak Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963 dan ASEAN pada tahun 1967.

Matlamat dan kepentingan dasar luar Malaysia

·         Malaysia telah mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua Negara.
·         Antara kepentingannya ialah menjamin keselamatan rakyat dan Negara.
·         Seterusnya bagi memelihara kepentingan nasional.
·         Selain itu juga ianya bertujuan untuk mengekalkan kedaulatan Negara.
·         Dasar luar ini juga bermatlamat untuk menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi.
·         Selain itu dasar ini juga penting untuk mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa.
Dasar luar ini mampu melahirkan warga global yang mempunyai sifat bertanggungjawab dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia





Tahap perkembangan dasar luar Malaysia

            Tahap Pertama
·         Dasar luar Malaysia tahap pertama berlaku semasa pentadbiran
Tunku Abdul Rahman dari tahun 1957 hingga 1970.
·         Pada tahap ini, dasar luar Malaysia lebih kepada dasar pro-Barat yang
Anti-komunis.
·         Pada waktu ini, Malaysia telah menjalankan dasar berbaik-baik 
dengan negara jiran dan Komanwel
·         Faktor pertama yang membawa kepada pelaksanaan dasar luar tahap
pertama ialah ancaman komunis di negara-negara Asia Tenggara dan
di Malaysia oleh Parti Komunis Malaya.
·         Oleh itu, Malaysia memerlukan bantuan pertahanan dari negara-
negara Komanwel, terutamanya Britain, Australia dan New Zealand.
·         Pada tahun 1956, Malaysia telah menandatangani Perjanjian
Pertahanan Inggeris – Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence
Treaty (AMDA) untuk menyekat pengaruh komunis
·         Dalam perjanjian tersebut, Britain berjanji akan memberi bantuan
kepada Malaysia jika diserang oleh mana-mana negara
·         Faktor seterusnya ialah faktor sosial. Malaysia mengadakan dasar-
dasar berbaik dengan negara-negara jiran kerana timbul krisis dengan
negara-negara jiran selepasa Malaysia mencapai kemerdekaan
·         Contohnya konfrontasi dengan Indonesia dari tahun 1963 hingga
1965
·         Pada masa yang sama juga, telah terputus hubungan diplomatik
dengan Filipina dan Singapura telah keluar daripada Malaysia pada
tahun 1965
·         Justeru, Malaysia telah mengambil langkah memelihara hubungan
dengan negara jiran melalui beberapa perjanjian untuk menubuhkan
Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun 1961
bersama Thailand dan Filipina.
·         Selain itu, MAPHILINDO turut ditubuhkan pada tahun 1963 bersama
dengan Indonesia dan Filipina.
·         Pertubuhan ASEAN pula ditubuhkan pada 1967 bersama Thailand,
Indonesia, Filipina dan Singapura
·         Dari segi ekonomi pula, Malaysia masih bergantung kepada Britain
dalam menjaga kepentingan ekonominya.
·         Malaysia juga merupakan negara anggota blok sterling yang
            menjalankan perdagangan  dalam nilai matawang paun sterling.
·         Di samping itu, Malaysia masih lagi memberi tumpuan kepada dua hasil utamanya, iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan
sepenuhnya permintaan daripada negara Barat termasuk Britain.
·         Selain itu, pelabur Britain masih  menguasai peratus yang besar dalam
ekonomi Malaysia, terutamanya bidang perladangan dan
perindustrian
·         Bagi mengurangkan pergantungan kepada Britain dan mencari
pasaran baru, Malaysia mula membina rangkaian perdagangan
dengan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Jepun, Singapura
dan Jerman Barat

                Tahap kedua
·         Dasar luar Malaysia bermula semasa pentadbiran Tun Abdul Razak
(1972-1976) dan Tun Hussein Onn (1976-1981).
·         Pada tahap ini berlaku perubahan dasar luar Malaysia iaitu dasar
berbaik-baik dengan semua negara.
·         Perubahan ini berlaku kerana kurangnya perana yang dimainkan oleh
perjanjian Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu (AMDA) dan kurangnya
pengaruh Britain di Timur.
·         Selain itu, perubahan juga diakibatkan oleh pergolakan politik yang
berlaku di Vietnam melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika
Syarikat dan China
·         Untuk mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah
dilakukan oleh Malaysia seperti pengisytiharan Zon Aman Bebas dan
Berkecuali atau Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN)
bersama-sama anggota ASEAN.
·         Malaysia juga telah menjalin hubungan dengan negara-negara
berfahaman komunis seperti China, Jerman Timur, Korea Utara,
Vietnam dan Mongolia.
·         Seterusnya, pada tahun 1976, Malaysia mengadakan hubungan
diplomatik dengan Vietnam
·         Hasil daripada hubungan ini, Malaysia telah berjaya mengatasi masalah
pelarian Vietnam di Malaysia.
·          Hubungan diplomatik ini membuktikan kesungguhan Malaysia
menjalin hubungan dengan semua negara khusunya negara jiran.

            Tahap ketiga
·         Dasar luar Malaysia berlaku semasa Dato Seri Dr. Mahathir Mohammad 
menjadi Perdana Menteri Malaysia (1981-2003)
·         Pada tahap ini, dasar-dasar luar tahap kedua dikekalkan
·         Namun tumpuan pada tahap ini diberikan kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan dan pembangunan terutamanya dalam kalangan negara-negara membangun.
·       Justeru, Malaysia mengadakan hubungan yang lebih erat dengan negara-negara ASEAN.
·         Sebagai contoh, dalam menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea  dalam mencapai matlamat dasar tersebut
·         Dalam masa yang sama, Malaysia turut memperkenalkan Dasar
Pandang ke Timur pada tahun 1982.
·         Pada masa yang sama ini, Jepun dan Korea Selatan telah dijadikan
model bagi membangunkan  Malaysia.
·         Dasar ini bertujuan menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan
menerimapakai nilai-nilai baik seperti semangat mencintai negara,
kesungguhan dalam pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
·         Di samping itu, Malaysia telah mempertingkatkan hubungan dua hala
dengan negara-negara lain menerusi lawatan yang dilakukan oleh
Perdana Menteri , Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara Afrika,
Amerika Selatan, Carribean dan Pasifik Selatan
·         Setiap kali dalam siri lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan
turut serta dan menandatangani perjanjian perdagangan dua hala
yang menguntungkan kedua-dua pihak.
·         Dato Seri Dr Mahathir Mohamad percaya bahawa Malaysia bukan sahaja
harus menjalin hubungan diplomatik dan perdagangan dengan
negara maju tetapi juga dengan negara-negara dunia Ketiga

Faktor-faktor yang mempengaruhi asas penggubalan dasar luar Malaysia.
          
Malaysia mengadakan hubungan dengan negara luar. Banyak faktor yang menentukan dasar luar negara. Faktor-faktor tersebut ialah faktor sejarah, ekonomi, politik, geografi dan demografi.
                       
Faktor Sejarah

Dari segi sejarah, hubungan luar ini telah bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab, dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan perdagangan.
Hubungan Melayu serumpun di Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan negara-negara yang pada hari ini dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan MalaysiaSetelah mencapai kemerdekaan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New Zerland. Ini disebabkan pada masa itu Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis yang menggugat keselamatan Malaysia telah mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis. Pada masa yang sama Malaysia masih bergantung kepada barat kerana Malaysia belum mempunyai keupayaan pertahanan sendiri.


Faktor ekonomi

Malaysia juga menjalin hubungan baik degan negara-negara lain untuk memajukan ekonominya yang mengamalkan pasaran bebas.Sejak zaman penjajahan lagi Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Setelah mencapai kemerdekaan Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal daripada negara Britain dan Amerika Syarikat. Oleh itu, Malaysia telah mengambil langkah untuk menggalakkan pelaburan asing agar dapat meningkatkan ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan.Menjelang tahun 1980an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing dari negara di timur terutama Jepun dan Korea digalakkan di samping menjalin hubungan baik dengan negara membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara yang berkenaan.
           

Faktor Geografi

Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik, mempunyai sempadan daratan dengan kebanyakan negara serantau seperti Thailand, Indonesia dan Brunei.Malaysia juga mempunyai sempadan lautan dengan Filipina, Indonesia dan Singapura.Malaysia juga mempunyai perairan yang menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan dunia. Contohnya Selat Melaka.Keselamatan Malaysia mempengaruhi keselamatan serantau


Faktor Politik

Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.Dasar luar Malaysia amat menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.Malaysia juga berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia.Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.


Faktor Demografi

Malaysia mempunyai  rakyat yang majoriti beragama Islam. Oleh itu, Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam seperti Arab Saudi.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Negara Israel kerana menceroboh dan menindas rakyat Palestin.Malaysia sebuah Negara pelbagai kaum dan agama mengamalkan kebebasan budaya hidup dan agama. Oleh itu, Malaysia telah menentang keras Dasar Aparteid yang mengamalkan perbezaan warna kulit di Afrika Selatan.Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan


            Perkembangan hubungan Serantau Malaysia melalui :

(i)            ASA
(ii)           MAPHILINDO
(iii)           ASEAN                                    

Sejak merdeka Malaysia telah menyertai tiga buah pertubuhan serantau iaitu Persatuan Negara-negara Asia tenggara (ASA), Pertubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO) dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Pembentukan pertubuhan ini adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau sosial.


(i)            ASA 

         Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) telah ditubuhkan pada 31 Julai 1961, hasil daripada satu mesyuarat yang diadakan di Bangkok antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina. Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga negara-negara jiran serantau iaitu Thailand dan Filipina diancam hebat oleh pengaruh Komunis. Di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM)  menyebarkan pengaruh fahaman komunis  di kalangan rakyat.. PKM .telah menggunakan sempadan Malaysia-Thailand sebagai pengkalan gerakan gerila mereka.Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran agar dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Tunku Abdul Rahman telah mencadangkan penubuhan ASA untuk melindungi negara-negara anggota daripada ancaman tersebut dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.       Walaubagaimanapun, matlamat tersebut tidak banyak dicapai kerana ketiadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai pertubuhan anti Presiden Soerkarno di Indonesia.Akhirnya pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia  telah membawa kepada pembubaran ASA  pada tahun 1963.

(ii)            MAPHILINDO
         Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia timbul disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Presiden Soekarno menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan bentuk baru. Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak milik negara mereka.Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia dan akhirnya  membawa kepada penubuhan MAPHILINDO. Melalui MAPHILINDO, bantuan PBB dipohon bagi mendapatkan pandangan rakyar Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan Malaysia. Pada tahun 1963 Lawrence V. Michael More (wakil PBB) telah dihantar meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah.Walaupun hasil tinjauan mendapati  majoriti rakyat kedua-dua negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia, namun Indonesia dan Filipina kurang berpuas hati.Persengketaan berterusan dan menyebabkan MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.

(iii)          Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)

Walaupun ASA dan MAPHILINDO gagal, hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan bekerjasama dengan negara-negara  jiran tetap diteruskan. Akhirnya, Deklarasi Bangkok telah termeterai pada 8 Ogos 1967 yang membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai ASEAN. Keanggotaan ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina dan SingapuraJumlah anggota bertambah menjadi sepuluh kesemuanya apabila Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea menyertainya.Antara matlamat penubuhannya termasuklah mengekalkan kestabilan politik di Rantau Asia Tenggara dan membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan dan meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang pertanian, perdagangan dan perindustrian.
Selain itu, negara-negara anggota ASEAN juga saling berkerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.Kerjasama antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga hari ini. Bagi memastikan perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN telah dibentuk dengan diketuai oleh Menteri Luar ASEAN dan dibantu oleh Jawatankuasa Tetap Sosial dan Jawatankuasa Tetap Ekonomi.            Antara kerjasama yang terjalin termasuklah mengistiharkan ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali pada tahun 1971, pengistiharan Zon Bebas Senjata Nuklear pada tahun 1984 dan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pada tahun 1992.


Usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.

Antara usaha  Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau iaitu dalam mesyuarat menteri-menteri ASEAN di Kuala Lumpur, mereka telah mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan berkecuali   (ZOPFAN).Malaysia juga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok barat atau blok timur bagi mengelakkan campur tangan kuasa besar.Malaysia dalam ASEAN berusaha membantu Kampuchea menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge dengan mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan demokratik campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk di Kuala Lumpur tahun 1982.Dalam mesyuarat tahun 1984, menteri-menteri luar ASEAN memutuskan bahawa ASEAN ialah zon bebas senjata nuklear.Dengan ini tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.Selain itu, Malaysia memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri dari Myanmar.Malaysia dan kerajaan Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan iaitu persempadanan seperti di Rantau Panjang, dan Bukit Kayu Hitam.
Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina dengan MNLF.Malaysia dalam ASEAN Regional Forum telah memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana tentera Vietnam  diberi tekanan agar segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib sendiri.Malaysia menjalin kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu pencerobohan di Lahad Datu oleh keturunan Kesultanan Sulu.Negara Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas dengan membenarkan Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia iaitu Nordin Mat Top yang disyaki menjadi dalang dalam beberapa siri keganasan.Malaysia juga memberi pengampunan kepada pendatang tanpa izin dari negara Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.Malaysia dapat menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan kerajaan Singapura dengan bijak.Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand selaras dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.
           

Peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau sejak menyertainya

Sumbangan tersebut  adalah  menjamin kestabilan politik serta menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial.Malaysia juga telah mewujudkan pusat  latihan dan penyelidikan dalam bidang sains dan teknologi contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk sains dan matematik(RECSAM) di pulau Pinang.Kita juga yelah menyelesaikan pertelingkahan tentang pembentukan Malaysia dengan Filipina dan Indonesia.
Negara kita juga telah memberikan sumbangan terhadap masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kemboja dan berjaya meningkatkan ekonomi serta taraf hidup penduduk.Malaysia juga bertukar-tukar pandangan melalui mesyauarat dan  persidangan yangdisertai.  Kita juga menghadiri serta menyertai mesyuarat CHOGM atau  ketua-ketuakerajaan Komanwel .Sumbangan Malaysia  juga dengan menjadi tuan rumah mesyuaratCHOGM di Kuala Lumpur Negara kita juga terlibat dalam pembentukan ZOPFAN melalui Deklarasi Kuala Lumpurpada bulan November 1971. Kita juga akur dengan ketetapanDeklarasi Langkawi. Sumbangan berikutnya adalah dengan menganjurkan sukan SEAdisamping menyertai sukan tersebut. Kita telah membantu membentuk kerajaan DemokratikCampuran Kampuchea dan dipersetujui oleh Vietnam.
       Malaysia telah membina projek perindustrian contohnya projek baja urea di Bintulu. Kita juga telah menyumbangkan idea terhadap penubuhan AFTA diSidang Kemuncak ASEAN di Singapura. Tambahan pula kita talah mengemukakan idea kerjasama ekonomi yang melibatkan China.idea ini dikemukakan oleh Dato Seri Dr.Mahathir Mohammad dan dinamakan EAEC.Negara kita  turut menyubangkaan idea dalam pendidikan iaitu dengan penubuhan Pertubuhan Menterri-menteri pelajaran ASEAN(SEAMEO). Penglibatan Malaysia dalam bidang kebudayaan dibuktikan dengan mengadakan festival kebudayaan dan kesenian  dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN..Malasia juga mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio


Bagaimana Malaysia memainkan peranan dalam memacu perjuangan pertubuhan ASEAN

Kita  dapat menjalin hubungan baik dengan semua negara anggota serta mengambil bahagian dalam sukan SEA.. Selain itu sentiasa mewujudkan kerjasama dalam bidang politik ekonomi dan sosial  Kita juga cuba menyekat pengaruh menyekat pengaruh komunis.Bersedia menerima bantuan dari segi politik.Bersedia menerima bantuan dari segi ekonomi .Bersedia menerima bantuan dari segi social.Menyertai mesyuarat CHOGM / ketua-ketua kerajaan Komanwel
Menjadi tuan rumah mesyuarat CHOGM .Akur dengan ketetapan deklarasi Langkawi
Memberi bantuan teknikal  dan pendidikan kepada negara-negara anggota.Membantu menjaga keamanan seperti mana dilakuakan di Kampuchea.Usaha-usaha yang dilakukan oleh Malaysia termasuklah menubuhkan dan mengaktifkan ZOPFAN.   


Keanggotaan Malaysia dalam pelbagai pertubuhan di Asia Tenggara telah  menjadi pemangkin kepada kejayaan negara Jelaskan kejayaan tersebut.

Keamanan negara terjamin
Kedaulatan negara terpelihara
Perkembangan ekonomi
Wujudnya pakatan ekonomi /EAEC/ ASEAN +3/ AFTA
Menjadi rantau bebas daripada ancaman senjata nuklear
Menjadi negara contoh dalam membanteras ancaman komunis
Menjalin hubungan bilateral / multilateral
Malaysia menjadi hab halal
Mewujudkan pasaran bebas
Berjaya membina Pusat Serantau Sains Matematik / RECSAM
Menubuhkan SITTDEC di Kuala Lumpur
Menganjurkan sukan SEA
Mana-mana munasabah


Kejayaan Malaysia dalam pertubuhan ASEAN

-       Penubuhan struktur pentabiran ASEAN
-       Mengadakan persidangan Menteri-menteri Luar ASEAN
-       Mengadakan mesyuarat Menteri-menteri Ekonomi ASEAN
-       Mengadakan sidang kemuncak ASEAN
-       Penubuhan Sekretariat Tetap ASEAN
-       Penubuhn Jawatankuasa Tetap Sosial dan Ekonomi
-       Mengisytiharkan negara-negara ASEAN zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
-       Menjadikan ASEAN zon bebas senjata nuklear
-       Mengadakan mesyuarat bagi membentuk kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea
-       Membentuk kerjasama projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu Sarawak dan di Acheh Indonesia
-       Mewujudkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA)
-       Kerjasama dalam bidang pendidikan melui penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
-       Kerjasama dalam bidan kebudayaan dan kesenian melalui penubuhanTabung Kebudayaan ASEAN
-       Pengganjuran Sukan SEA untuk merapatkan hubungan antara Negara anggota
-       Mengadakan kerjasama dalam bidang pelncongan dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN


Malaysia telah menyertai pertubuhan serantau secara aktif. Apakah peranan yang dimainkan oleh Malaysia sehingga kini?

Malaysia menjadi Pusat Serantau Sains dan Matematik (RECSAM) yang dibina di Pulau Pinang
Malaysia pernah menjadi tuan rumah  sukan SEA yang diadakan untuk merapatkan hubungan dalam kalangan negara anggota
Malaysia telah menganjurkan Mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di Kuala Lumpur pada November 1971
Satu deklarasi bersama telah ditandatangani oleh semua negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur
Malaysia bersama-sama dengan negara anggota telah mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai Zon Aman, Bebas dan Berkecuali atau dikenali sebagai ZOPFAN
Tujuan penubuhan ZOPFAN adalah  untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan politik di rantau Asia Tenggara dan tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat
Malaysia bersama negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan masalah pencerobohan Vietnam ke atas Kampuchea pada tahun 1978
Dalam persidangan pada tahun 1982 di Kuala Lumpur, Malaysia bersama anggota yang lain bersetuju dengan penubuhan Kerajaan Demokratik Campuran Kampuchea
Pada tahun 1984, Menteri-menteri Luar ASEAN telah bersama-sama memutuskan bahawa ASEAN ialah Zon Bebas Senjata Nuklear
Larangan penggunaan perairan dan pelabuhan rantau Asia Tenggara untuk kapal-kapal mengangkut bahan atau senjata nuklear
Malaysia bersama anggota ASEAN yang lain bekerjasama dalam projek-projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu Sarawak dan Acheh
Malaysia mewujudkan kerjasama ekonomi ASEAN melalui Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN  atau ASEAN free Trade Area (AFTA)
Malaysia mengemukakan idea memperluaskan skop kerjasama ekonomi bagi rantau sebelah sisi melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan yang dikenali sebagai EAEC
Mewujudkan kerjasama antara negara ASEAN dengan China,Jepun dan Korea serta Amerika Syarikat
Bekerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO)
Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
Malaysia bersama negara anggota yang lain membuat pertukaran rancangan televisyen dan radio
Kerjasama dijalankan dengan mengadakan Tahun Melawat Malaysia pada tahun 1992
Bekerjasama dalam kempen Tahun Melawat ASEAN tahun 1992
Kerjasama Belia ASEAN
Mewujudkan kerjasama dalam bidang teknikal
Mewujudkan kerjasama dengan negara anggota untuk mengatasi masalah ancaman komunis di Asia Tenggara
Menjalinkan kerjasama dalam bidang ekonomi, sains dan sosial
Malaysia turut bekerjasama memerangi masalah dadah di Asia Tenggara
Negara kita berjaya menamatkan konfrontasi Indonesia semasa pembentukan Malaysia
Malaysia mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia bagi menyelesaikan pertelingkahan mengenai pembentukan Malaysia
Malaysia dan Kerajaan Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan iaitu persempadanan seperti di Rantau Panjang dan Bukit Kayu Hitam.
Malaysia juga menjadi perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina dengan MNLF.
Malaysia menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu pencerobohan di Lahad Datu oleh Kesultanan Sulu.
Negara Malaysia juga bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas dengan membenarkan Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia, iaitu Nordin Mat Top yang disyaki menjadi dalang dalam beberapa siri keganasan.
Malaysia juga memberi pengampunan kepada pendatang tanpa izin  dari negara Indonesia, Vietnam dan Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.
Malaysia dapat menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan kerajaan Singapura dengan bijak.
Malaysia tidak campur tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand selaras dengan dasar berkecuali yang diamalkan oleh negara.
Malaysia bersama dengan negara anggota yang lain berusaha menyelesaikan masalah pelarian Vietnam
Berusaha bersama-sama dengan Negara anggota yang lain menyelesaikan isu politik di Acheh
Malaysia telah menghantar tentera pengaman di Timur Leste dan Kemboja
Mengadakan Forum Serantau ASEAN bagi menyelesaikan konflik antara negara anggota disebabkan perbezaan politik, persempadanan dan pembangunan ekonomi
Malaysia menyatakan pendirian kurang senang dengan kewujudan pangkalan tentera Amerika di Singapura
Malaysia berusaha menyelesaikan tuntutan bertindih Kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang melibatkan Republik China, Vietnam, Filipina, Brunei dan Malaysia


Bagaimanakah konsep Zon Aman Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) membawa kemajuan kepada negara kita?

Konsep ZOPFAN membawa kemajuan kepada Negara kita kerana beberapa perkara iaitu;
Malaysia tidak membenarkan pembukaan pangkalan tentera asing.
Kita juga tidak bersekongkol dengan mana-mana blok Barat mahupun blok Timur.
Dalam erti kata lain, untuk mengelakkan campur  tangan kuasa-kuasa besar contohnya Amerika Syarikat dan Russia.
Malaysia juga menyertai Pergerakan Negara-negara berkecuali (NAM). 
Malaysia menyokong Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) sebagai  Zon Bebas Senjata Nuklear  dalam satu mesyuarat pada tahun1984 apabila Menteri-menteri Luar  Negara-negara  ASEAN  memutuskan  ASEAN sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear .
Ini bermakna rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut  bahan atau senjata nuklear.
Sokongan Malaysia terhadap dasar mewujudkan Asia Tenggara sebagai Zon Bebas nuklear melalui ZOPFAN.
Malaysia juga menyuarakan bantahan tegas di forum-forum antarabangsa mengenai isu penggunaan senjata nuklear.
Negara kita juga komited menganjurkan forum-forum antarabangsa yang bertemakan keamanan sejagat.
Pusat latihan nenangani keganasan serantau juga ditubuhkan.
Ini bertujuan untuk menyelesaikan semua isu atau pertelingkahan melalui rundingan.
Sebagai contoh, isu Selatan Filipina dan Selatan Thailand. 
Selain itu, Malaysia mencadangkan agar negara-negara anggota ASEAN berbaik-baik dengan semua negara tanpa mengira ideology mahupun bangsa.





Pada pandangan anda, mengapakah Malaysia perlu terus mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran

F1        Mengekalkan keamanan negara
F2        Memastikan kemajuan ekonomi
F3        Meningkatkan pasaran barangan negara
F4        Mengekalkan hubungan diplomatik
F5        Mengawal perairan ASEAN daripada dicerobohi musuh
F6        Berlaku pertukaran teknologi /kepakaran
F7        Mewujudkan kerjasama dalam bidang sains dan teknologi
F8        Mengelakkan pergeseran/perselisihan dengan negara      lain
F9        Membuka peluang pekerjaan
F10       Membina semangat setia kawan
F11       Mewujudkan perdagangan dua hala
F12       Membantu meningkatkan prasarana
F13       Dapat bertindak sebagai satu suara
F14       Akan ditakuti/disegani oleh kuasa luar lain
F15       Menjalin kerjasama dalam bidang perubatan/kesihatan
F16       Mengawal kedatangan pendatang asing


Pertubuhan serantau telah memberikan banyak faedah kepada negaraa-negara anggotanya.
                                                                                               
               Antara faedah yang diperoleh Malaysia melalui hubungan serantau ialah wujudnya kestabilan politik.      Hal ini demikian kerana melalui ASEAN hasil daripada Deklarasi Kuala Lumpur Malaysia telah mencadangkan supaya negara-negara ASEAN diisytiharkan sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali ( ZOPFAN ). Dengan adanya perisyitharan tersebut rakyat Malaysia dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni serta dapat menjamin kestabilan politik di negara ini. Secara tidak langsung   kedaulatan negara kita dapat dikekalkan. Rantau yang aman,selamat,dan berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan negara serantau.               Sehubungan dengan itu, negara kita tidak terlibat dalam kancah peperangan dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik negara lain. Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di negara kita.Di samping itu juga dalam memastikan negara kita bebas daripada ancaman senjata nuklear apabila ASEAN mengisytiharkan rantau ini sebagai Zon Bebas Senjata Nuklear yang tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan rantau ini untuk membawa senjata nuklear.           
Di samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan kita untuk mendapatkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin hubungan yang baik dengan mereka. Negara serantau akan memberi bantuan dengan segera  apabila negara kita memerlukan bantuan kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain.Selain itu,hubungan baik  dan erat dengan negara serantau juga dapat meningkat dan memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana penubuhan AFTA iaitu  zon bebas cukai antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan perkhidmatan.Penubuhan AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat . Dengan demikian rakyat Malaysia juga dapat membeli barangan yang berkualiti dari negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Di samping itu zon kawasan perdagangan bebas ASEAN juga memberi faedah dari segi perdagangan dan pasaran. Begitu juga dengan Perundingan Ekonomi Asia Timur  ( EAEC ) berdasarkan konsep dan idea ASEAN + 3 melibatkan negara Cina, Jepun dan Korea Selatan yang dikemukakan Malaysia telah meluaskan lagi kerjasama ekonomi bagi rantau Asia dan Asia Tenggara.
Faedah lain yang turut dinikmati Malaysia ialah dari segi kerjasama projek –projek perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan juga di Acheh.Sementara itu dalam bidang sosial juga hasil daripada hubungan serantau yang dijalinkan Malaysia maka wujudnya kerjasama kebudayaan dan kesenianPenubuhan tabung kesenian ASEAN dan pertukaran rancangan televisyen antara negara-negara ASEAN seperti rancangan Salam Muhibbah RTM-RTB, dan RTM-RRI.
Malaysia juga mendapat faedah dari segi pelancongan dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia buat kali pertama pada tahun 1992 dan akan diteruskan pada tahun hadapan untuk kali keempat dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita. Selain itu dengan adanya hubungan serantau juga negara kita telah berjaya mengambil bahagian dalam kejohanan SUKAN SEA dan pernah menjadi tuan rumah untuk kejohanan tersebut.Malah Malaysia juga akan turut mengambil bahagian dalam kejohanan sukan SEA yang akan diadakan di Myanmar pada tahun ini. Dengan adanya penglibatan tersebut negara kita lebih dikenali dan berjaya menaikkan imej negara dengan meraih kejayaan dalam sukan tersebut. Faedah seterusnya ialah dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita hasil daripada wujudnya kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN ( SEAMEO ). Hasil daripada kerjasama tersebut  pembinaan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik (RECSAM) telah diadakan di Pulau Pinang.


Sebagai warga global yang bertanggungjawab, bagaimanakah negara Malaysia boleh menumbang kepada kesejahteraan serantau?

Sebagai warga global rakyat Malaysia perlu mengamalkan kehidupan bersatu padu dan mencintai keamanan. Setiap kaum mesti saling memahami dan bertolak ansur dalam menyelesaikan masalah.
Generasi muda Malaysia harus menghindari penyalah gunaan dadah dan menghormati hak asasi manusia. Sebagai warga negara Malaysia yang hebat mesti mematuhi undang-undang negara serta menolak gejala negetif.
Selain itu warganegara Malaysia juga mesti secara suka rela melibatkan diri dalam misi kemanusiaan dan menghormati hak asasi manusia global. Nilai-nilai kasih sayang mesti dipupuk oleh pemimpin bagi melahirkan generasi muda yang cintakan keamanan.
Malaysia juga berusaha untuk menghindari pencerobohan kedaulatan negara-negara lain. Setiap wargenegara juga berpegang kepada prinsip keadilan, sentiasa rasional dan menentang kezaliman.
Kita juga perlu menghormati kedaulatan negara-negara lain serta mengutamakan rundingan jika menghadapi sebarang pemasalahan atau konflik dua negara. Seboleh-bolehnya negara Malaysia perlu mengelakkan peperangan dan sentiasa mengamalkan semangat setiakawan bersifat sejagat.


Cara negara kita Malaysia memanfaatkan keanggotaan dalam pertubuhan serantau untuk kemajuan negara
           
Politik

            1. Bertukar maklumat keselamatan
            2. Mewujudkan hubungan politik yang erat / diplomatik
            3. Tidak campur tangan dalam politik negara jiran
            4. Mengutamakan rundingan jika ada masalah
            5. Membantu negara jiran yang mengahadapi masalah
            6. Mengadakan forum antara negara
            7. Mewujudkan deklarasi bersama seperti Deklarasi Kuala             Lumpur
            8. Merealisasikan Zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN)
            9. Merealisasikan Zon Bebas Senjata Nuklear
            10. Mewujudkan perpaduan antara negara
            11. Berbaik-baik dengan negara jiran
            12. Meningkatkan imej negara
            13. Meningkatkan kepimpinan negara

            Ekonomi

            1. Mewujudkan pasaran yang luas
            2. Mewujudkan kerjasama ekonomi serantau
            3. Projek baja urea di Bintulu (Sarawak)
            4. Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN
            5. Meluaskan kerjasama ekonomi  melibatkan China, Jepun           dan Korea Selatan
            6. Meningkatkan kerjasama ekonomi ASEAN
            7. Menghapuskan sekatan dagangan
            8. Memajukan bidang industri
            9. Meningkatkan hasil keluaran negara-negara ASEAN
            10. Meningkatkan ekonomi negara-negara serantau
            11. Menghadiri perbincangan tentang kerjasama yang ingin             diwujudkan
            12. Meningkatkan eksport negara
            13. Memajukan sektor perkilangan
            14. Memajukan sektor pertanian
            15. Mempelbagaikan hasil keluaran negara
            16. Memajukan sektor perdagangan
            17. Memajukan sektor perkapalan
            18. Mewujudkan pelabuhan antarabangsa

            Sosial

            1. Kerjasama dalam bidang pendidikan
            2. Kerjasama dalam bidang kebudayaan
            3. Mengadakan festival kebudayaan dan kesenian
            4. Menubuhkan Tabung Kebudayaan ASEAN
            5. Mengadakan pertukaran rancangan televisyen dan radio
            6. Mengadakan Sukan SEA
            7. Mengadakan Tahun Melawat ASEAN
            8. Menyertai Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN           (SEAMEO)
            9. Menubuhkan Pusat Serantau untuk Sains dan Matematik            (RECSAM) di Pulau Pinang,
            Malaysia
            10. Meningkatkan kemudahan tempat pelancongan
            11. Mengadakan pertukaran belia
            12. Memajukan sistem perhubungan yang baik
            13. Memajukan sistem telekomunikasi





Kejayaan negara Malaysia hasil daripada keanggotaan dalam pertubuhan serantau




Aspek politk

-
Mewujudkan kestabilan politik 

-
Meningkatkan imej negara

-
Mengukuhkan kewibawaan  pemimpin negara

-
Mengeratkan hubungan dengan negara jiran

-
Menyelesaikan masalah antara negara melalui perundingan

-
Mengukuhkan keamanan dalam negara

-
Mewujudkan keharmonian dalam negara

-
Menjadi model pentadbiran yang mantap

-
Mendamaikan negara yang bersengketa

-
Menyelesaikan masalah sempadan negara

-
Mengelak campur tangan negara asing




Aspek ekonomi

-
Meluaskan pasaran keluar negara

-
Mengadakan kerjasama ekonomi

-
Mengadakan perjanjian perdagangan

-
Meningkatkan eksport negara

-
Memajukan ekonomi negara

-
Memajukan bidang perdagangan antarabangsa

-
Memajukan bidang pertanian

-
Peningkatan penggunaan teknologi moden

-
Taraf hidup rakyat meningkat

-
Mengadakan projek usahasama antara negara

-
Memajukan sektor perkilangan




Aspek sosial

-
Memajukan bidang pendidikan negara

-
Menjadi pusat pendidikan antarabangsa

-
Menjadi tuan rumah  kejohanan sukan

-
Melahirkan ahli sukan berwibawa

-
Memajukan prasarana negara

-
Meningkat taraf hidup rakyat

-
Melahirkan golongan intelektual

-
Memajukan sektor pelancongan

-
Memajukan bidang telekomunikasi

-
Memajukan bidang ict

-
Melahirkan tenaga kerja mahir


Cadangan anda untuk memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan antarabangsa.

• Bagi memastikan negara kita terus bergiat aktif dalam pertubuhan serantau kita perlulah mempunyai pemimpin bersuara lantang diperingkat antarabangsa
• Selain itu, negara kita perlulah terlibat dengan misi bantuan kemanusiaan ke negara yang memerlukan.
• Seterusnya negara kita perlulah menjadi pemimpin yang mengetuai pertubuhan-pertubuhan antarabangsa agar idea yang dibawa mampu didengar oleh masyarakat dunia.
• Selain itu, Malaysia juga boleh menjadi tuan rumah bagi persidangan peringkat antarabangsa
• Tambahan pula, Malaysia juga perlu menjadi negara penganjur sukan di peringkat antarabangsa
• Negara kita juga hendaklah menyertai pameran bertaraf antarabangsa.
•  Malaysia juga boleh melibatkan diri dalam pertandingan -pertandingan antarabangsa berkaitan R&D
• Negara kita juga perlu sentiasa menghasilkan penyelidikan, buku dan novel bertaraf antarabangsa.
• Selain itu juga, Malaysia perlulah menjadi perantara atau orang tengah kepada negara-negara yang sedang bergolak
• Seterusnya Malaysia perlu menjadi pelopor hub halal dunia bagi memasuki pasaran antarabangsa.


Malaysia terkenal dengan pelbagai idea bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan serantau. Cadangan anda untuk mengekalkan keamanan serantau?

Menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar
Tidak menganggotai pakatan tentera
Berpegang pada piagam PBB
Bekerjasama dalam semua bidang/politik/ekonomi /sosial
Menghormati prinsip negara luar
Mewujudkan semangat patriotisme di Malaysia
Memupuk perpaduan antara kaum
Mengelakkan perdebatan isu-isu sensitif
Memilih pemimpin yang berwibawa
Memberi penekanan terhadap nilai keagamaan/moral
Mengamalkan prinsip Rukun Negara
Menganjurkan bulan keamanan
Mengamalkan konsep Satu Malaysia
Mengamalkan semangat kekitaan/ muhibbah
Menganjurkan program RIMUP






Cabaran/masalah yang dihadapi oleh pertubuhan serantau

-          Tekanan daripada negara maju seperti  penubuhan EAEC terutamanya AS
-          Perkongsian kepakaran yang terhad. Misalnya kepakaran dalam bidang pertanian di Thailand lebih tinggi berbanding negara kita.
-          Masih bergantung kepada negara maju untuk memasarkan barang siap.
-          Sukar memasuki pasaran negara maju.
-          Tidak semua negara ASEAN bersepakat dalam perlaksanan sesuatu isu seperti pelaksanaan AFTA, masih terdapat negara yang mementingan pengeluaran barangan negara mereka.
-          Tidak sensitif dengan negara-negara anggota seperti Singapura menjalin hubungan diplomatik dengan Israel
-          Kedudukan yang strategik untuk penyeludupan dadah/perdagangn manusia.
-          Keadaan politik negara anggota yang tidak stabil. Contoh selatan Thailand / Selatan Filipina/Mymar/ Kemboja
-          Ancaman lanun diperairan rantau Asia Tenggara.
-          Pencerobohan sempadan negara lain/ ruang udara.


      Langkah-langkah yang boleh diambil oleh pertubuhan serantau.

-          Mencari  jalan lain dengan menubuhkan ASEAN + 3
-          Bertukar-tukar kepakaran di kalangan negara anggota.
-          Meluaskan pasaran  ke negara  ASEAN dan negara Dunia Ketiga
-          Mengesakan negara maju mengenakan syarat perdagangan yang adil
-          Kerap mengadakan rundingan dan bertolak ansur dalam melaksanakan sesuatu dasar
-          Menghormati keputusan yang diambil oleh pertubuhan serantau
-          Memperkuatkan kawalan sempadan/ memperketatkan undang-undang kepada penceroboh
-          Kerjasama di kalangan pemimpin negara anggota untuk member ideal
-          Kerjasama negara anggota untuk mengawal perairan



Isu yang diperjuangkan oleh Malaysia melalui pertubuhan      serantau dan cara penyelesaiannyat

Terdapat banyak isu yang timbul diperingkat ASEAN sejak akhir-akhir ini. Antaranya isu kebanjiran pendatang tanpa izin ( PATI ) ke negara kita dan juga negara –negara anggota  ASEAN yang lain. Selain itu isu pencemaran alam seperti pembakaran secara terbuka yang berlaku hampir setiap tahun di Indonesia. Isu LYNAS iaitu pembinaan logi pembuangan sisa-sisa toksik di Malaysia baru-baru ini. Selain daripada itu isu pemberontakan. Contohnya, pemberontakan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dan pemberontakan puak Moro di Filipina. Di samping itu juga isu pelarian Rohinya yang masih belum ada jalan penyelesaian. Isu-isu yang lain seperti penyeludupan dadah,pemerdagangan manusia, isu tenaga kerja, isu penyeludupan senjata api , isu pencerobohan perairan Malaysia dan sebagainya.


Langkah-langkah penyelesaiannya.
Isu-isu yang berlaku di peringkat ASEAN perlu ditangani segera demi kebaikan bersama. Antara langkah-langkah penyelesaiannya ialah kekerapan mengadakan persidangan atau mesyuarat menteri-menteri antara negara-negara anggota ASEAN.Masalah negara ASEAN hari ini juga boleh diselesaikan jika setiap negara anggota mengamalkan konsep kesederhanaan atau wassatiyah. Jika semua negara anggota menggunakan kesederhanaan dalam tindak – tanduk dan dasar mereka, keamanan akan dapat digapai serta setiap negara akan mempunyai masyarakat yang lebih adil dan saksama.ASEAN hendaklah juga menghormati hak asasi setiap negara. Menghormati hak asasi setiap negara dapat mengelakkan konfrantasi dan konflik dalam kalangan negara-negara anggota.Langkah-langkah penyelesaian lain yang boleh dilakukan seperti penguatkuasaan undang-undang, menguasai ilmu pengetahuan, mengeratkan hubungan dagangan, menggalakkan daya saing yang sihat, melahirkan tenaga kerja yang berkemahiran dan membentuk mutu pendidikan bertaraf dunia.

            Langkah-langkah mengeratkan hubungan antara negara          serantau

            - Berunding untuk menyelesaikan sebarang masalah
            - Mengadakan kerjasama dalam bidang pendidikan
- Pertukaran pelajar
- Universiti berkembar
            - Mengadakan latihan ketenteraan secara bersama
            - Bersama-sama menyertai aktiviti sukan
            - Mengadakan Tahun Melawat Asean
            - Pertukaran budaya
            - Kunjungan hormat antara pemimpin negara
            - Bantuan kecemasan/ pasukan penyelamat
            - Menjadi orang tengah/ perunding dalam penyelesaian sebarang            masalah
            - Mengadakan kerjasama membenteras jenayah


7.    NILAI-NILAI MURNI / IKTIBAR

Contoh 1

Nyatakan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin bagi menjamin kesejahteraan Malaysia pada masa depan

Sebagai seorang pemimpin kita perlu bijak mengambil peluang untuk kemajuan negara.Selain itu pemimpin mestilah adil, saksama dan bertanggungjawab.Di samping itu, pemimpin juga mesti sanggup berkorban dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat. Pemimpin juga harus mempunyai semangat patriotic dan berwawasanPemimpin juga mesti sanggup berkorban dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat. Pemimpin juga harus mempunyai semangat patriotic dan berwawasan





            Contoh 2

Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripada       penglibatan Malaysia dalam hubungan serantau

Di antara nilai-nilai murni yang diperoleh ialah menjaga keamanan negara dan menghormati kedaulatan negara jiran .Kita hendaklah bersatupadu dan berkerjasama dalam semua aspek ekonomi, politik dan sosial. Di samping itu, kita juga haruslah bersifat toleransi dan mempunyai semangat kekitaan


Contoh 3

Sifat yang perlu diamalkan untuk keamanan serantau.

Di antara sifat yang perlu diamalkan ialah berani mempertahankan negara dan menghormati kedaulatan negara serantau. Di samping itu, kita juga harus menjalin hubungan komunikasi yang baik. Selain itu, kita mestilah bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan serantau.


      Contoh 4

            Nilai / unsur patriotisme.
·      Berfikir secara rasional dalam menangani sesuatu isu.
·      Toleransi antara masyarakat
·      Bertanggungjawab untuk menjaga hubungan baik antara negara
·      Bekerjasama menjayakan program / dasar-dasar kerajaan
·      Bersatupadu antara masyarakat / pentingnya menjaga perpaduan
·      Bersikap terbuka menerima kepelbagaian etnik lain
·      Berbaik-baik dengan negara lain
·      Prihatin terhadap perkembangan dunia
·      Bantu membantu antara masyarakat dan negara yang ditimpa musibah
·      Jujur/ amanah dalam menjalankan tanggungjawab negara

 Iktibar
·         Kita seharusnya menghormati dan memahami budaya negara lain
·         Tidak mencampuri urusan negara lain kerana menghormati kedaulatan negara masing-masing
·         Menyelesaikan sebarang masalah secara mesyuwarah/rundingan
·         Berkongsi kepakaran  dan teknologi antara negara
·         Kita perlu memperkukuhkan hubungan / pertubuhan serantau sedia ada
·         Menjadi tanggungjawab bersama dan bersungguh-sungguh mengekalkan keamanan serantau
·         Kita sewajarnya mengekalkan keselamatan dan kestabilan politik negara dan serantau
·         Berani menyatakan pendapat terhadap isu-isu negara dan serantau demi kebaikan bersama
·         Kita perlu sentiasa membuat rundingan dan bertolak ansur dalam menjayakan sesuatu dasar.
·         Kerjasama pemimpin serantau dan negara kita dalam menstabilkan politik mampu menjadikan negara aman

Contoh 5

Sebagai warganegara ASEAN yang bertanggungjawab bagaimanakahanda boleh menyumbang kepada keamanan serantau? (10 Markah)
F1        Hidup bersatu-padu
F2        Menghargai keamanan
F3        Saling memahami
F4        Bertolak ansur
F5        Menghormati hak asasi manusia
F6        Mematuhi undang-undang
F7        Memulihara sungai/laut/alam sekitar
F8        Mengelakkan pembakaran terbuka
F9        Menanam pokok/bunga/
F10       Menolak gejala negatif
F11       Melibatkan diri dalam misi kemanusiaan
F12       Menolak pendekatan perkauman
F13       Menghindari penyalahgunaan dadah
F14       Menamatkan perlumbaan senjata
F15       Mengharamkan senjata nuclear
F16       Mengelakkan peperangan
F17       Mengamalkan semangat setia kawan
F18       Menjalinkan hubungan baik dengan Negara lain
F19       Menentang kezaliman
F20       Menghormati kedaulatan negara lain


8.   RUMUSAN

Contoh 1

Melalui tajuk ini,saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA,MAPHILINDO dan ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau..          Di samping itu, iktibar kepada kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang.Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau amat diperlukan.Selain itu, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak membicarakan isu-isu  sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum. Sehubungan dengan itu, negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya dan sukan.Sekiranya semangat ini berkekalan, maka harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan termakbul.


Contoh 2

Memperkaya ilmu berkaitan dasar luar
Memiliki semangat patriotisme/ cinta akan negara
Menanamkan jati diri
Memperoleh idea baru untuk meningkatkan kemajuan negara
Mempertahan kedaulatan negara
Kerjasama penting untuk mencapai kejayaan
Semangat meneroka dalam pelbagai bidang
Mengekalkan hubungan baik dengan negara-negara lain
Keamanan dunia bertambah baik
Berkongsi kepakaran dalam semua bidang
Malaysia menjadi negara maju / makmur
Taraf kehidupan rakyat meningkat
Pentadbiran negara mendapat pengiktirafan dunia
Mengukuhkan identiti negara dan bangsa Malaysia


Contoh 3

            Pengetahuan
-       Pentingnya menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.
-       Perlunya hubungan persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat dan negara.
-       Asean memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara
-       Asean berjaya mengekalkan kedudukan Asia Tenggara sebagai zon aman, bebas dan berkecuali.
-       Penubuhan ZOPFAN mengekalkan keamanan dan kestabilan politik dirantau Asia Tenggara.
-       Wujud kerjasama antara negara serantau dalam bidang ekonomi.
-       Mewujudkan AFTA ( kawasan perdagangan bebas ASEAN) bagi menghapuskan sekatan dagangan.
-       Wujud kerjasama dalam bidang pendidikan
-       Kerjasama dalam bidangkebudayaan dan sosial
-       Sukan SEA  dapat merapatkan hubungan antara negara serantau melalui semangat kesukanan.
-       Mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara lain
-       Kerjasama dalam bidang pelancongan Tahun Melawat ASEAN 1992
             Iktibar

-       Pentingya keamanan serantau
-       Pentingnya semangat kerjasama antara negara
-       Pentingnya perpaduan dan toleransi dalam kerjasama serantau
-       Pentingnya berfikiran kreatif untuk manfaat bersama
-       Menghormati undang-undang negara
-       Bijak memanfaat  peluang untuk kemajuan dan kemanan
-       Memajukan ekonomi serantau
-       Memerlukan  pemimpin berwibawa
-       jamin keamanan dan kemakmuran
-       Bersepakat dalam membuat keputusn
-       Menghormati negara lain
            Harapan
-       Bersama-sama memelihara maruah negara
-       Politik  negara menjadi semakin stabil
-       Taraf hidup rakyat semakin meningkat
-       Ekonomi negara semakin maju
-       Bidang pendidikan bertaraf dunia
-       Memelihara kemajuan yang telah dicapai dengan sebaiknya
-       Lahir pemimpin bertaraf dunia
-       Bersama-sama mengekalkan kedaulatan negara
-       Keamanan serantau dapat dikekalkan

Contoh 4

Pengetahuan yang diperoleh

-       Semua negara hendaklah mempunyai hubungan baik dengan negara luar.
-       Dasar luar negara hendaklah berasaskan kepentingan bersama bagi mengelakkan perselisihan faham antara negara anggota.
-       Nilai jujur, telus, dan tolak ansur menjadi asas kepada hubungan antara negara.
-       Hubungan baik antara negara akan memberi faedah bersama dan bermanfaat
            kepada pihak lain
-       Contohnya akan berlaku perkongsian ilmu, teknologi, kemahiran dan idea.
                       

Iktibar kepada diri       

-       Kita hendaklah mempunyai hubungan baik dengan orang lain dan
hubungan tersebut hendaklah berasaskan nilai kejujuran
-       Selain itu kita perlu menjadi lebih kompetitif, mempunyai sifat inovasi dan daya saing yang bersifat global
-       Justeru kita perlu menjaga hubungan dengan baik sesama manusia supaya akan mewujudkan suasana yang aman dan harmoni.

          Iktibar kepada bangsa           

-       Kita hendaklah sentiasa peka dengan perkembangan semasa.
-       Kita juga perlu menghormati bangsa lain walaupun berbeza agama, budaya, bahasa bagi mengelak isu sensitif.
-       Selain itu kita juga hendaklan memupuk semangat kerjasama bagi membentuk perpaduan antara kaum.
-       Selain itu, kita juga perlu melibatkan semua kaum dalam semua aktiviti yang dijalankan bagi mengelakkan sikap prejudis dan diskriminasi.


            Iktibar kepada negara            

-       Negara Malaysia akan maju apabila menjalin hubungan baik dengan semua negara.
-       Hal ini kerana kestabilan negara bergantung kepada hubungan baik dengan negara lain .
-       Perkembangan pembangunan negara akan berlaku melalui kerjasama, pertukaran dan perkongsian ilmu, kemahiran dan teknologi
-       Seorang pemimpin yang berwawasan akan  menjamin kemakmuran dan kemajuan negara.
-       Justeru hubungan erat pemimpin antara negara menjadi asas keamanan serantau

Harapan untuk masa depan pertubuhan serantau lebih cemerlang

-       Semua negara hendaklah menghormati persetujuan yang telah dicapai berkaitan sesuatu isu.
-       Selain itu, setiap pertubuhan perlulah merangka program yang melibatkan kerjasama yang lebih dinamik
-       Hal ini penting bagi memastikan kelangsungan hubungan serantau yang baik.
-       Diharapkan melalui pertubuhan yang cemerlang akan mendapat pengiktirafan dan penghormatan daripada pertubuhan antarabangsa   
-       Semua negara juga perlulah sentiasa mengadakan pertemuan dan perbincangan secara berkala antara ketua negara bagi memastikan negara akan terus bersaing dalam pelbagai bidang.

Contoh 5

Melalui tajuk ini,saya memperolehi pengetahuan tentang peranan dan sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA,MAPHILINDO dan ASEAN. Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang diperolehi oleh Malaysia melalui hubungan serantau..                     
Sejarah membuktikan  pentingnya sesebuah  negara menjalin hubungan dengan negara-negara jiran.Kita juga dapati perlunya hubungan persahabatan antara negara demi kepentingan rakyat dan negara.
Selain itu Asean juga memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara
Di samping itu, iktibar kepada saya kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang lebih gemilang.Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau amat diperlukan.
Selain itu, rakyat Malaysia hendaklah mengamalkan sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan negara seperti tidak membicarakan isu-isu  sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum.
 Sehubungan dengan itu, negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan hubungan baik dengan negara serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan Indonesia telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.
Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya dan sukan. Sekiranya semangat ini berkekalan, maka harapan Malaysia untuk merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan termakbul.



Contoh 6

Banyak pengetahuan yang diperolehi daripada daripada penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau. Antaranya Malaysia telah mengambil langkah yang dinamis untuk bersaing dengan negara lain.
            Negara juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan antarabangsa dalam menghadapi pelbagai ancaman luar. Selain itu Malaysia juga mewujudkan hubungan diplomatik bagi menjamin keharmonian sejagat dan meningkatkan ekonomi negara.
            Iktibar pada diri ialah kita harus hidup bersatu padu dan memupuk kerjasama serta bantu-membantu untuk kebaikan bersama. Kita juga harus mempunyai  sifat jati diri dan menyemai semangat cinta negara.
            Iktibar pada bangsa pula ialah dapat melahirkan bangsa Malaysia yang berdisiplin dan berdaya saing di peringkat global serta mengamal dan menghayati nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan.
            Iktibar kepada negara pula ialah negara harus menjalin hubungan baik dengan semua negara terutama negara berjiran dan sentiasa menyokong usaha untuk memelihara keamanan.
Selain itu segala pertikaian harus diselesaikan secara diplomasi dan mengamalkan sikap toleransi.
              Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang setelah menyertai dan bergiat aktif dalam pertubuhan serantau ialah menjadikan negara maju setanding dengan negara lain. Negara juga diharap dapat mengekalkan keamanan dan kesejahteraan sejagat. Selain itu, melalui hubungan dan penyertaan Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau memantapkan lagi hasrat untuk mencapai Wawasan 2020.


10 comments: