PENAJA
Thursday, 21 November 2013
Monday, 4 November 2013
Tajuk ramalan spot bahasa melayu spm 2013
SPM candidates 2013 . Ambil perhatian !
BM SPM2013 . Untk diberi perhatian :KERTAS 1 : Penulisan
-1Murid 1Sukan
- pertukaran pelajar antara negara
- peranan ibubapa
-gejala sosial
-p'bentukkan sahsiah tinggi
KERTAS 2 :
-Cerpen T4
-Prosa Klasik T.5
-Puisi Tradisional T.5
-Ayt aktf n ayt pasif
-Ckp ajuk ckp pndh
-Peribahasa
NOVEL : Perbandingan
1.Wtk
-Utama
-Sampingan
2. Latar
-masa
-masyarakat
3. Nilai
4. Pengajaran
TOLONG FORWARD AT ORG lAIN JUGA EA . KALAu KITE PEMUDAHKAN ORG UTK MENUNTUT ILMU , INSYAALLAH ALLAH AKAN TURUT PERMUDAHKAN KITE . AMIN .
Belum pasti :) studi lah
Gd luck utk anak2 yg ambk spm 2013
Sumber whatsapp guru2
Thursday, 31 October 2013
kertas 3 sejarah SPM 2013 - hubungan serantau (contoh jawapan) set 5
1.
Pengenalan [5 markah]
Nyatakan latar belakang Malaysia dalam hubungan luar
Malaysia mempunyai dasar
luarnya yang tersendiri, iaitu berbaik-baik dengan semua negara.
Kepentingan dasar luar
Malaysia merujuk pada matlamat yang ingin dicapai oleh Malaysia iaitu menjamin
keselamatan rakyat dan negara
Selain itu ingin memelihara
kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara
Matlamat yang ingin dicapai
melalui hubungan ini ialah menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta
mengekalkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
Selain itu matlamat dasar
luar Malaysia adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka
terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
Malaysia melaksanakan dua
bentuk hubungan luar dengan negara-negara lain, iaitu hubungan bilateral dan
hubungan multilateral.
Hubungan
bilateral merujuk pada hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu.
Contohnya, Malaysia mengutamakan hubungan dengan negara-negara jiran antaranya
termasuklah Singapura, Indonesia, Thailand dan Vietnam.
Selain itu, hubungan luar
juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika latin, Afrika, Asia Barat
serta negara maju seperti Britain dan Amerika Syarikat.
Hubungan
multilateral pula merujuk pada hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan
seperti Pertubuhan Negara-negara Asia Tenggara atau Association of South-East
Asian Nations (ASEAN), Komanwel, Pertubuhan Persidangan Islam atau Organisation
of Islamic Conference (OIC), Pergerakan Negara-Negara Berkecuali atau Non-Allingned
Movement (NAM) dan sebagainya.
Pertubuhan
serantau merupakan satu pertubuhan yang keanggotaannya terdiri daripada
negara-negara yang berjiran antara satu sama lain. Pembentukan pertubuhan ini
adalah untuk kepentingan politik , ekonomi atau sosial.
Sejak
Malaysia mencapai kemerdekaan, terdapat tiga pertubuhan serantau yang telah
dibentuk dan disertainya, iaitu ASA pada tahun 1961, MAPHILINDO pada tahun 1963
dan ASEAN pada tahun 1967.
2.
Memahami [ 40 markah ]
Terangkan faktor-faktor Malaysia
mengadakan hubungan dengan negara
serantau
Malaysia mengadakan
hubungan dengan negara luar. Banyak faktor yang menentukan dasar luar negara.
Faktor-faktor tersebut ialah faktor sejarah, ekonomi, politik, geografi dan
demografi.
Faktor Sejarah
Dari segi sejarah, hubungan luar ini telah
bermula sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi seperti dengan China, Arab,
dan juga negeri-negeri di Kepulauan Melayu. Hubungan ini berbentuk hubungan
perdagangan.
Hubungan Melayu serumpun di
Kepulauan Melayu juga telah terjalin dengan negara-negara yang pada hari ini
dikenali sebagai Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia
Setelah mencapai
kemerdekaan Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel dan meneruskan hubungan
diplomatik dengan Britain dan negara Komanwel lain seperti Australia dan New
Zerland.
Ini disebabkan pada masa
itu Malaysia sedang diancam oleh fahaman komunis yang disebarkan oleh Parti
Komunis Malaya (PKM). Ancaman komunis yang menggugat keselamatan Malaysia telah
mendorong Malaysia mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis.
Pada masa yang sama
Malaysia masih bergantung kepada barat kerana Malaysia belum mempunyai
keupayaan pertahanan sendiri.
Faktor ekonomi
Malaysia juga menjalin
hubungan baik degan negara-negara lain untuk memajukan ekonominya yang
mengamalkan pasaran bebas.
Sejak zaman penjajahan lagi
Malaysia merupakan pengeluar utama bijih timah dan getah. Setelah mencapai
kemerdekaan Malaysia masih mengharapkan pasaran dan modal daripada negara
Britain dan Amerika Syarikat.
Oleh itu, Malaysia telah
mengambil langkah untuk menggalakkan pelaburan asing agar dapat meningkatkan
ekonomi negara di samping menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk
tempatan.
Menjelang tahun 1980an,
melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing dari negara di timur terutama
Jepun dan Korea digalakkan di samping menjalin hubungan baik dengan negara
membangun dan negara-negara Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran
Malaysia di samping mengadakan pelaburan di negara yang berkenaan.
FAKTOR GEOGRAFI
Malaysia mempunyai kedudukan yang strategik,
mempunyai sempadan daratan dengan kebanyakan negara serantau seperti Thailand,
Indonesia dan Brunei.
Malaysia juga mempunyai sempadan lautan dengan
Filipina, Indonesia dan Singapura.
Malaysia juga mempunyai perairan yang menjadi
laluan utama kapal-kapal perdagangan dunia. Contohnya Selat Melaka.
Keselamatan Malaysia mempengaruhi keselamatan
serantau
FAKTOR POLITIK
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem
pemerintahan demokrasi berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa
depannya sendiri berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat.
Dasar luar Malaysia amat menekankan pemeliharaan
kedaulatan negara-negara lain. Contohnya, dasar Malaysia yang menyokong
Palestin bagi mewujudkan keamanan di rantau Asia Barat.
Malaysia juga berpegang teguh pada
prinsip-prinsip dan piagam PBB bagi memelihara keamanan dunia.
Malaysia tegas dengan pendiriannya menyokong
semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi mencapai dan mengekalkan
keamanan dunia.
FAKTOR DEMOGRAFI
Malaysia mempunyai rakyat yang majoriti beragama Islam. Oleh
itu, Malaysia menjalin hubungan diplomatik dengan Negara-negara Islam seperti
Arab Saudi.
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan Negara Israel kerana menceroboh dan menindas rakyat Palestin.
Malaysia sebuah Negara pelbagai kaum dan agama
mengamalkan kebebasan budaya hidup dan agama. Oleh itu, Malaysia telah
menentang keras Dasar Aparteid yang mengamalkan perbezaan warna kulit di Afrika
Selatan.
Malaysia tidak mengadakan hubungan diplomatik
dengan Afrika Selatan sehinggalah dasar itu dihapuskan
3.
Menganalisis [15 markah]
Huraikan perkembangan hubungan
Serantau Malaysia melalui :
i)
ASA
ii)
MAPHILINDO
iii)
ASEAN
Sejak merdeka Malaysia
telah menyertai tiga buah pertubuhan serantau iaitu Persatuan Negara-negara
Asia tenggara (ASA), Pertubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
dan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Pembentukan pertubuhan ini
adalah untuk kepentingan politik, ekonomi atau social.
i)
ASA
Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASA) telah ditubuhkan
pada 31 Julai 1961, hasil daripada satu mesyuarat yang diadakan di Bangkok
antara Malaysia dengan Thailand dan Filipina.
Setelah mencapai kemerdekaan, negara kita dan juga
negara-negara jiran serantau iaitu Thailand dan Filipina diancam hebat oleh
pengaruh Komunis. Di Malaysia, Parti Komunis Malaya (PKM) menyebarkan pengaruh fahaman komunis di kalangan rakyat.. PKM .telah menggunakan
sempadan Malaysia-Thailand sebagai pengkalan gerakan gerila mereka.
Malaysia ingin mengadakan kerjasama dengan negara jiran agar
dapat membendung pengaruh dan gerakan PKM. Oleh itu Tunku Abdul Rahman telah
mencadangkan penubuhan ASA untuk melindungi negara-negara anggota daripada
ancaman tersebut dan menjalin kerjasama dalam bidang ekonomi dan sosial.
Walaubagaimanapun, matlamat tersebut
tidak banyak dicapai kerana ketiadaan kerjasama yang erat. ASA dianggap sebagai
pertubuhan anti Presiden Soerkarno di Indonesia. Akhirnya pertelingkahan antara
Malaysia dengan Filipina tentang penubuhan persekutuan Malaysia telah membawa kepada pembubaran ASA pada tahun 1963.
ii)
MAPHILINDO
Pertelingkahan antara Malaysia dengan Filipina dan Indonesia
timbul disebabkan oleh cadangan pembentukan Malaysia. Presiden Soerkarno
menganggap pembentukan Malaysia sebagai satu neokolonialisme atau penjajahan
bentuk baru. Filipina pula menuntut Sabah yang didakwanya masih menjadi hak
milik negara mereka.
Bagi menyelesaikan pertelingkahan ini, Malaysia telah
mengambil langkah mengadakan rundingan dengan Filipina dan Indonesia dan
akhirnya membawa kepada penubuhan
MAPHILINDO.
Melalui MAPHILINDO, bantuan PBB dipohon bagi mendapatkan
pandangan rakyar Sarawak dan Sabah tentang cadangan penubuhan persekutuan
Malaysia. Pada tahgun 1963 Lawrence V. Michael More (wakil PBB) telah dihantar
meninjau pandangan rakyat Sarawak dan Sabah. Walaupun hasil tinjauan
mendapati majoriti rakyat kedua-dua
negeri berkenaan bersetuju dan menyokong pembentukan Malaysia, namun Indonesia
dan Filipina kurang berpuas hati. Persengketaan berterusan dan menyebabkan
MAPHILINDO telah tidak berperanan lagi.
iii)
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara (ASEAN)
Walaupun
ASA dan MAPHILINDO gagal, hasrat Malaysia untuk berbaik-baik dan bekerjasama
dengan negara-negara jiran tetap
diteruskan. Akhirnya, Deklarasi Bangkok telah termeterai pada 8 Ogos 1967 yang
membawa kepada penubuhan Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih
dikenali sebagai ASEAN.
Keanggotaan
ASEAN pada ketika itu terdiri daripada lima buah negara iaitu Malaysia,
Indonesia, Thailand, Filipina dan Singapura. Jumlah anggota bertambah menjadi
sepuluh kesemuanya apabila Vietnam, Myanmar, Brunei, Laos dan Kampuchea
menyertainya.
Antara
matlamat penubuhannya termasuklah mengekalkan kestabilan politik di Rantau Asia
Tenggara dan membantu antara satu sama lain dalam bidang ekonomi, sosial dan
kebudayaan dan meningkatkan taraf hidup penduduk melalui kerjasama dalam bidang
pertanian, perdagangan dan perindustrian. Selain itu, negara-negara anggota
ASEAN juga saling berkerjasama dalam bentuk latihan dan penyelidikan serta
mengadakan hubungan yang erat dengan pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Kerjasama
antara negara anggota ASEAN semakin teguh hingga hari ini. Bagi memastikan
perjalanannya yang lancar, struktur pentadbiran ASEAN telah dibentuk dengan
diketuai oleh Menteri Luar ASEAN dan dibantu oleh Jawatankuasa Tetap Sosial dan
Jawatankuasa Tetap Ekonomi.
Antara
kerjasama yang terjalin termasuklah mengistiharkan ASEAN sebagai zon aman,
bebas dan berkecuali pada tahun 1971, pengistiharan Zon Bebas Senjata Nuklear
pada tahun 1984 dan Zon Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN pada tahun 1992.
4.
Aplilkasi [15 markah]
Jelaskan usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan keamanan serantau.
Antara usaha-usaha Malaysia dalam mewujudkan
keamanan serantau iaitu dalam mesyuarat menteri-menteri ASEAN di Kuala Lumpur,
mereka telah mengisytiharkan negara-negara ASEAN sebagai zon aman, bebas dan
berkecuali (ZOPFAN).
Malaysia juga tidak
bersekongkol dengan mana-mana blok barat atau blok timur bagi mengelakkan
campur tangan kuasa besar.
Malaysia dalam ASEAN berusaha membantu Kampuchea
menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge dengan mengadakan satu mesyuarat begi
membentuk kerajaan demokratik campuran Kampuchea di bawah pimpinan Putera
Norodom Sihanouk di Kuala Lumpur tahun 1982.
Dalam mesyuarat tahun 1984, menteri-menteri luar
ASEAN memutuskan bahawa ASEAN ialah zon bebas senjata nuklear. Dengan ini tidak
membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya
untuk mengangkut bahan atau senjata nuklear.
Selain itu, Malaysia
memberi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri dari
Myanmar.
Malaysia dan kerajaan
Thailand bekerjasama dalam bidang pertahanan iaitu persempadanan seperti di
Rantau Panjang, dan Bukit Kayu Hitam.
Malaysia juga menjadi
perantara gencatan senjata antara kerajaan Filipina dengan MNLF.
Malaysia dalam ASEAN
Regional Forum telah memperjuangkan penyelesaian politik di Kemboja di mana
tentera Vietnam diberi tekanan agar
segera berundur dari Kemboja dan rakyatnya diberi peluang menentukan nasib
sendiri.
Malaysia menjalin kerjasama
dengan kerajaan Filipina menyelesaikan isu pencerobohan di Lahad Datu oleh
keturunan Kesultanan Sulu.
Negara Malaysia juga
bekerjasama dengan Indonesia dalam menangani isu pengganas dengan membenarkan
Indonesia mengekstradisi rakyat Malaysia iaitu Nordin Mat Top yang disyaki
menjadi dalang dalam beberapa siri keganasan.
Malaysia juga memberi
pengampunan kepada pendatang tanpa izin dari negara Indonesia, Vietnam dan
Myanmar yang memasuki Malaysia secara haram.
Malaysia dapat
menyelesaikan isu tuntutan terhadap Pulau Batu Putih dengan kerajaan Singapura
dengan bijak.
Malaysia tidak campur
tangan dalam isu yang berlaku di selatan Thailand selaras dengan dasar
berkecuali yang diamalkan oleh negara.
5.
Menilai [10 markah]
Nyatakan faedah yang
diperoleh Malaysia melalui hubungan serantau ?
Antara faedah yang diperoleh Malaysia melalui
hubungan serantau ialah wujudnya kestabilan politik. Hal ini demikian kerana
melalui ASEAN hasil daripada Deklarasi Kuala Lumpur Malaysia telah mencadangkan
supaya negara-negara ASEAN diisytiharkan sebagai zon aman,bebas, dan berkecuali
( ZOPFAN ) . Dengan adanya perisyitharan tersebut rakyat Malaysia dapat hidup
dalam keadaan yang aman dan harmoni serta dapat menjamin kestabilan politik di
negara ini. Secara tidak langsung
kedaulatan negara kita dapat dikekalkan. Rantau yang aman,selamat,dan
berkecuali akan dijamin jika negara kita menjalin hubungan yang baik dengan
negara serantau. Sehubungan dengan itu, negara kita tidak terlibat dalam kancah
peperangan dengan negara lain atau melibatkan diri dalam konflik negara lain.
Hal ini secara tidak langsung telah mengekalkan keamanan dan keharmonian di
negara kita.
Di
samping itu juga dalam memastikan negara kita bebas daripada ancaman senjata
nuklear apabila ASEAN mengisytiharkan rantau ini sebagai Zon Bebas Senjata
Nuklear yang tidak membenarkan mana-mana kapal menggunakan perairan rantau ini
untuk membawa senjata nuklear.
Di
samping itu,hubungan baik yang dijalin dengan negara serantau telah memudahkan
kita untuk mendapatkan bantuan . Oleh hal yang demikian, negara- negara di
dunia hanya akan menghulurkan bantuan kepada negara-negara yang menjalin
hubungan yang baik dengan mereka. Negara serantau akan memberi bantuan dengan
segera apabila negara kita memerlukan
bantuan kerana hubungan yang erat telah dijalinkan antara satu sama lain.
Selain
itu,hubungan baik dan erat dengan negara
serantau juga dapat meningkat dan memakmurkan ekonomi negara. Hal ini kerana
penubuhan AFTA iaitu zon bebas cukai
antara negara ASEAN mewujudkan pasaran yang berpotensi besar kepada pengeksport
Malaysia asalkan mereka meningkatkan piawaian produk dan perkhidmatan.Penubuhan
AFTA membolehkan barangan dari negara serantau bersaing secara sihat . Dengan
demikian rakyat Malaysia juga dapat membeli barangan yang berkualiti dari
negara ASEAN dapat membeli barang yang berkualiti setelah AFTA ditubuhkan. Di
samping itu zon kawasan perdagangan bebas ASEAN juga memberi faedah dari segi
perdagangan dan pasaran. Begitu juga dengan Perundingan Ekonomi Asia Timur ( EAEC ) berdasarkan konsep dan idea ASEAN +
3 melibatkan negara Cina, Jepun dan Korea Selatan yang dikemukakan Malaysia
telah meluaskan lagi kerjasama ekonomi bagi rantau Asia dan Asia Tenggara.
Faedah
lain yang turut dinikmati Malaysia ialah dari segi kerjasama projek -projek
perindustrian seperti projek baja urea di Bintulu, Sarawak dan juga di Acheh.
Sementara
itu dalam bidang sosial juga hasil daripada hubungan serantau yang dijalinkan
Malaysia maka wujudnya kerjasama kebudayaan dan kesenian dengan penubuhan
tabung kesenian ASEAN dan pertukaran rancangan televisyen antara negara-negara
ASEAN seperti rancangan Salam Muhibbah RTM-RTB, dan RTM-RRI. Malaysia juga
mendapat faedah dari segi pelancongan dengan melancarkan Tahun Melawat Malaysia
buat kali pertama pada tahun 1992 dan akan diteruskan pada tahun hadapan untuk
kali keempat dalam usaha menarik lebih ramai pelancong datang ke negara kita.
Selain
itu dengan adanya hubungan serantau juga negara kita telah berjaya mengambil
bahagian dalam kejohanan SUKAN SEA dan pernah menjadi tuan rumah untuk
kejohanan tersebut. Malah Malaysia juga akan turut mengambil bahagian dalam
kejohanan sukan SEA yang akan diadakan di Myanmar pada tahun ini. Dengan adanya
penglibatan tersebut negara kita lebih dikenali dan berjaya menaikkan imej
negara dengan meraih kejayaan dalam sukan tersebut.
Faedah
seterusnya ialah dapat meningkatkan taraf pendidikan di negara kita hasil
daripada wujudnya kerjasama dalam bidang pendidikan melalui Pertubuhan
Menteri-menteri Pelajaran ASEAN ( SEAMEO ). Hasil daripada kerjasama
tersebut pembinaan Pusat Serantau untuk
Sains dan Matematik (RECSAM) telah diadakan di Pulau Pinang.
6.
Menjana Idea [10 markah]
Cabaran langkah (KBKK)
Cadangan soalan:
Jelaskan isu-isu di peringkat ASEAN dan penyelesaiannya ?
Terdapat banyak isu yang timbul diperingkat
ASEAN sejak akhir-akhir ini. Antaranya isu kebanjiran pendatang tanpa izin (
PATI ) ke negara kita dan juga negara -negara anggota ASEAN yang lain.
Selain itu isu pencemaran alam seperti
pembakaran secara terbuka yang berlaku hampir setiap tahun di Indonesia. Isu
LYNAS iaitu pembinaan logi pembuangan sisa-sisa toksik di Malaysia baru-baru
ini.
Selain daripada itu isu pemberontakan.
Contohnya, pemberontakan yang berlaku di Lahad Datu, Sabah dan pemberontakan
puak Moro di Filipina. Di samping itu juga isu pelarian Rohinya yang masih
belum ada jalan penyelesaian. Isu-isu yang lain seperti penyeludupan
dadah,pemerdagangan manusia, isu tenaga kerja, isu penyeludupan senjata api ,
isu pencerobohan perairan Malaysia dan sebagainya.
Langkah-langkah penyelesaiannya.
Isu-isu yang berlaku di peringkat ASEAN perlu
ditangani segera demi kebaikan bersama. Antara langkah-langkah penyelesaiannya
ialah kekerapan mengadakan persidangan atau mesyuarat menteri-menteri antara
negara-negara anggota ASEAN.
Masalah negara ASEAN hari ini juga boleh
diselesaikan jika setiap negara anggota mengamalkan konsep kesederhanaan atau
wassatiyah. Jika semua negara anggota menggunakan kesederhanaan dalam tindak -
tanduk dan dasar mereka, keamanan akan dapat digapai serta setiap negara akan
mempunyai masyarakat yang lebih adil dan saksama.
ASEAN hendaklah juga menghormati hak asasi
setiap negara.Menghormati hak asasi setiap negara dapat mengelakkan konfrantasi
dan konflik dalam kalangan negara-negara anggota.
Langkah-langkah penyelesaian lain yang boleh
dilakukan seperti penguatkuasaan undang-undang, menguasai ilmu pengetahuan,
mengeratkan hubungan dagangan, menggalakkan daya saing yang sihat, melahirkan
tenaga kerja yang berkemahiran dan membentuk mutu pendidikan bertaraf dunia.
7. Nilai-nilai murni / iktibar /
patriotisme [10 markah]
(a). Nyatakan nilai-nilai yang perlu ada pada seorang pemimpin
bagi menjamin
kesejahteraan Malaysia pada masa depan
Sebagai seorang pemimpin kita perlu bijak
mengambil peluang untuk kemajuan negara.
Selain itu pemimpin mestilah adil, saksama dan
bertanggungjawab.
Di samping itu, pemimpin juga mesti sanggup
berkorban dan berfikiran terbuka untuk menerima pendapat.
Pemimpin juga harus mempunyai semangat patriotic
dan berwawasan
Pemimpin juga mesti sanggup berkorban dan
berfikiran terbuka untuk menerima pendapat.
Pemimpin juga harus mempunyai semangat patriotic
dan berwawasan
(b). Nyatakan nilai-nilai murni yang boleh diperolehi daripada
penglibatan
Malaysia dalam
hubungan serantau
Di antara nilai-nilai murni yang diperoleh ialah
menjaga keamanan negara dan menghormati kedaulatan negara jiran .
Kita hendaklah bersatupadu dan berkerjasama dalam
semua aspek ekonomi, politik dan sosial.
Di samping itu, kita juga haruslah bersifat
toleransi dan mempunyai semangat kekitaan
(c). Nyatakan sifat yang perlu diamalkan untuk keamanan serantau.
Di antara sifat yang perlu
diamalkan ialah berani mempertahankan negara dan menghormati kedaulatan negara
serantau.
Di samping itu, kita juga
harus menjalin hubungan komunikasi yang baik.
Selain itu, kita mestilah
bersikap terbuka dan berpandangan jauh dalam menjalinkan hubungan serantau.
- Rumusan [5 markah]
Melalui tajuk ini,saya
memperolehi pengetahuan tentang peranan dan
sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau seperti ASA,MAPHILINDO dan ASEAN.
Contohnya, dalam menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-Filipina dan
Malaysia-Indonesia.Saya juga dapat mengetahui faedah yang diperolehi oleh
Malaysia melalui hubungan serantau..
Sejarah membuktikan pentingnya sesebuah negara menjalin hubungan dengan negara-negara
jiran.Kita juga dapati perlunya hubungan persahabatan antara negara demi
kepentingan rakyat dan negara.
Selain itu Asean juga
memberikan sumbangan besar kepada negara-negara rantau Asia Tenggara
Di samping itu, iktibar kepada saya kita hendaklah saling membantu demi mencapai kejayaan yang lebih
gemilang.Contohnya dalam bidang ekonomi, sokongan negara-negara serantau amat
diperlukan.
Selain itu, rakyat Malaysia
hendaklah mengamalkan sikap toleransi antara kaum demi mengekalkan keamanan
negara seperti tidak membicarakan isu-isu
sensitif yang boleh menyebabkan perbalahan kaum.
Sehubungan dengan itu, negara Malaysia hendaklah menjaga dan mengekalkan hubungan baik dengan negara
serantau. Misalnya isu lagu Negaraku yang menjadi perbalahan dengan Indonesia
telah berjaya diselesaikan melalui rundingan.
Harapan untuk masa depan Malaysia agar terus memantapkan lagi hubungan
serantau dan juga antarabangsa sama ada melalui pertukaran teknologi, budaya
dan sukan. Sekiranya semangat ini berkekalan, maka harapan Malaysia untuk
merealisasikan hasrat kerajaan mencapai Wawasan 2020 akan termakbul.
Cadangan rumusan 2
Banyak pengetahuan yang diperolehi daripada daripada
penyertaan Malaysia dalam pertubuhan serantau. Antaranya Malaysia telah
mengambil langkah yang dinamis untuk bersaing dengan negara lain.
Negara juga mengamalkan dasar berbaik-baik dengan negara
jiran dan antarabangsa dalam menghadapi pelbagai ancaman luar. Selain itu
Malaysia juga mewujudkan hubungan diplomatik bagi menjamin keharmonian sejagat
dan meningkatkan ekonomi negara.
Iktibar pada diri ialah kita harus hidup bersatu padu dan
memupuk kerjasama serta bantu-membantu untuk kebaikan bersama. Kita juga harus
mempunyai sifat jati diri dan menyemai
semangat cinta negara.
Iktibar pada bangsa pula ialah dapat melahirkan bangsa
Malaysia yang berdisiplin dan berdaya saing di peringkat global serta mengamal
dan menghayati nilai-nilai murni dalam semua aspek kehidupan.
Iktibar kepada negara pula ialah negara harus menjalin
hubungan baik dengan semua negara terutama negara berjiran dan sentiasa
menyokong usaha untuk memelihara keamanan.
Selain itu segala pertikaian harus diselesaikan secara diplomasi
dan mengamalkan sikap toleransi.
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang
setelah menyertai dan bergiat aktif dalam pertubuhan serantau ialah menjadikan negara
maju setanding dengan negara lain. Negara juga diharap dapat mengekalkan
keamanan dan kesejahteraan sejagat. Selain itu, melalui hubungan dan penyertaan
Malaysia secara aktif dalam pertubuhan serantau memantapkan lagi hasrat untuk
mencapai Wawasan 2020.
kertas 3 sejarah SPM 2013 - hubungan serantau (contoh jawapan) set 4
1.
Jelaskan latar belakang dasar luar Malaysia
dan bentuk hubungan luar Malaysia.
-
Malaysia mempunyai dasar luar yang tersendiri
iaitu dasar berbaik-baik dengan semua negara
-
Dasar luar Malaysia bertujuan menjamin
keselamatan rakyat dan negara
-
Memelihara kepentingan nasional
-
Mengekalkan kedaulatan Negara
-
Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi
-
Mengekalkan keamanan sejagat melalui
kerjasama antarabangsa
-
Menjadi warga global yang bertanggungjawab
dan peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
-
Malaysia melaksanakan dua bentuk hubungan
luar dengan negara-negara lain
-
Hubungan bilateral – hubungan secara terus
dengan negara-negara tertentu
-
Hubungan multilateral – hubungan dalam bentuk
kumpulan dan pertubuhan
2.
Faktor penggubalan dan perkembangan dasar
luar Malaysia.
(i)
Terangkan faktor-faktor penggubalan dasar
luar Malaysia
(25m)
Sama
dengan set 1
(ii)
Huraikan perkembangan dasar luar Malaysia
mengikut tahap berikut:
(a)
Tahap Pertama; (5m)
dasar pro barat yang anti komunis
berbaik-baik dengan Negara jiran
dan Komanwel
dilaksanakan oleh Tunku Abdul
Rahman
ancaman komunis di negara-negara
Asia Tenggara dan di dalam negara
Malaysia memerlukan bantuan
pertahanan daripada negara-negara Komanwel
menandatangani Perjanjian
Pertahanan Inggeris- Tanah Melayu( AMDA
)
Dasar luar-baik dengan Negara
jiran bagi menangani krisis dengan negara luar
membuat beberapa perjanjian
dengan Negara luar
bergantung kepada Britain untuk menjaga
kepentingan ekonomi negara
mengurangkan pergantungan kepada
Britain dengan mengamalkan pasaran bebas
dan membina rangkaian perdagangan dengan negara
luar
(b)
Tahap Kedua; (5m)
-
Dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan
semua negara
-
Disebabkan kurangnya peranan dimainkan oleh
AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di timur
-
Disebabkan pergolakan yang berlaku di Vietnam
-
Mengisytiharkan konsep zon Aman Bebas dan
Berkecuali(ZOPFAN) bersama anggota ASEAN
-
Hubungan diplomatik dengan negara berfahman
komunis dan mengadakan hubungan diplomatik dengan Vietnam
(c)
Tahap Ketiga. (5m)
-
Mengekalkan dasar-dasar tahap kedua
-
Memberi penekanan kepada kepentingan ekonomi
-
Menjalin hubungan yang erat dengan
negara-negara ASEAN
-
Memperkenalkan dasar pandang ke timur dengan
menggunakan negara Korea dan Jepun sebagai model
-
Mempertingkatkan hubungan dua hala dengan
negara lain
3.
Terangkan peranan dan sumbangan Malaysia
dalam pertubuhan serantau.
(i)
MAPHILINDO (5m)
-
Tujuan untuk meningkatkan hubungan
persahabatan .
-
Menyelesaikan pertelingkahan antara Malaysia-
Filipina dan Malaysia-Indonesia.
-
Malaysia telah mengambil langkah mengadakan
rundingan dengan Filipina dan Indonesia.
-
Rundingan ini akhirnya membawa kepada
penubuhan MAPHILINDO.
-
Memohon bantuan PBB untuk mendapat pandangan
rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Persekutuan Malaysia.
-
PBB telah menghantar perwakilannya pada tahun
1963 yang diketuai oleh Lawrence V.Michael More untuk meninjau pandangan rakyat
Sarawak dan Sabah.
(ii)
ASEAN
(10m)
-
Dalam mesyuarat Menteri-menteri Luar ASEAN di
Kuala Lumpur pada bulan Nov 1971 satu deklarasi bersama telah ditandatangi oleh
semua Negara anggota yang dikenali sebagai Deklarasi Kuala Lumpur.
-
Mengistiharkan Negara-negara ASEAN sebagai
zon aman, bebas dan berkecuali (ZOPFAN).
-
Konsep ZOPFAN teruji apabila Vietnam
menceroboh Kampuchea pada tahun 1978 dan menjatuhkan kerajaan Khmer Rouge.
-
ASEAN berusaha mengatasi masalah ini dengan
mengadakan satu mesyuarat bagi membentuk kerajaan demokratik campuran Kampuchea
di bawah pimpinan Putera Norodom Sihanouk.
-
Vietnam bersetuju dengan cadangan berkenaan
dan mesyuarat ini diadakan di Kuala Lumpur pada tahun 1982.
-
Dalam mesyuarat 1984, Menteri- Luar ASEAN
memutuskan ASEAN ialah zon bebas senjata nuclear.
-
Rantau ini tidak akan membenarkan mana-mana
kapal menggunakan perairan dan kemudahan pelabuhannya untuk mengangkut bahan
atau senjata nuclear.
-
Negara-negara ASEAN telah membentuk kerjasama
dalam projek-projek perindustrian contohnya baja urea di Bintulu serta di
Acheh.
-
Kawasan perdagangan bebas ASEAN atau ASEAN
Free Trade Area (AFTA) telah diumumkan dalam Sidang Kemuncak ASEAN di Singapura
pada tahun 1992.
-
Malaysia mengemukakan idea melalui ASEAN
untuk memperluas skop kerjasama ekonomi bagai rantau sebelah ini yang
melibatkan China, Jepun dan Korea Selatan.
-
Idea ini dikemukan oleh Dato’ Sri Dr.
Mahathir Mohamad dinamakan Perundingan Ekonomi Asia Timur (EAEC).
-
Idea ini ditentang oleh Negara-negara maju
terutama Amerika Syarikat tetapi tetap diteruskan melalui konsep ASEAN + 3.
-
Konsep ini merujuk kepada kerjasama yang
ingin diwujudkan antara Negara ASEAN dengan Negara-negara timur iaitu China ,
Jepun dan Korea.
-
Kerjasama dalam bidang pendidikan wujud
dengan tertubuhnya Pertubuhan Menteri-menteri Pelajaran ASEAN (SEAMEO).
-
Contohnya pembinaan Pusat Serantau untuk
Sains dan Matematik (RECSAM) di Pulau Pinang, Malaysia.
-
Kerjasama ASEAN dalam bidang kebudayaan dan
sosial seperti mengadakan festival kebudayaan dan kesenian dengan menubuhkan
Tabung Kebudayaan ASEAN.
-
Pertukaran rancangan televisyen dan radio
dijalankan.
-
Sukan SEA juga diadakan untuk merapatkan
hubungan antara Negara melalui semangat kesukanan.
-
Dalam bidang pelancongan kerjasama dijalinkan
dengan mengadakan Tahun Melawat ASEAN pada tahun 1992.
4.
Mengaplikasi
Pertukaran Kepentingan Malaysia
menjadi anggota pertubuhan dunia seperti
ASA, MAPHILINDO dan ASEAN.
Berdasarkan pemerhatian anda, huraikan kepentinganyang diperoleh negara
kita setelah menjalinkan . hubungan
diplomatik dengan negara-negara serantau. (10m)
Antara kepentingannya ialah
·
Pemindahan teknologi ,
·
Peningkatan pelaburan dan modal asing
·
Pasaran yang lebih luas
·
Pertukaran tenaga kerja
·
Pertukaran kemahiran
·
Memperkayakan hasil kebudayaan dan kesusasteraan
·
Menamalkan konsep persaudaraan dan
permauafakatan.
·
Memajukan kecemerlangan sukan
·
Aliran bebas modal antarabangsa
·
Meningkatkan kualiti pengeluaran
·
Menambahkan penyelidikan dan pembangunan
(R&D)
·
Meningkatkan daya kreativiti
·
Memberi kesan positif dari aspek keselamatan
·
Mengukuhkan hubungan sosial diantara negara
·
Mengukuhkan nama negara di peringkat
antarabangsa
·
Memberi impak positif dalam aspek pelancongan
·
(Mana-mana jawapan munasabah)
5. Menilai
Kejayaan yang dicapai oleh negara.
Berdasarkan pemerhatian anda, apakah
usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi mewujudkan keamanan dankeselamatan
dunia.
(10m)
Antara usaha yang boleh dilakukan ialah
·
Memperkukuhkan sistem pertahanan negara
·
Tidak membocorkan rahsia negara
·
Memupuk perpaduan melalui interaksi pelbagai
kaum
·
Memperkayakan diri dengan ilmu pengetahuan
·
Penguatkuasaan undang-undang yang tegas dan
ketat ke atas pesalah
·
Memupuk semangat patriotism
·
Mengawal perairan / sempadan negara
·
Mendidik masyarakat mencintai keamanan
·
Mengharamkan penggunaan senjata nuklear
dengan mewujudkan Zon Aman Bebas dan Berkecuali
·
Menganggotai pertubuhan-pertubuhan di
peringkat antarabangsa
·
Bekerjasama dalam agensi PBB
·
Menyelesaikan masalah dengan cara perundingan
·
Menjaga hak asasi manusia
·
Menghormati
kedaulatan negara lain
·
Menentang amalan keganasan
·
Melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti peringkat antarabangsa
·
Mengadakan projek
usaha sama dalam kalangan anggota
(Mana-mana jawapan munasabah)
6. Menjana
Idea
Menghadapi cabaran dalam hubungan serantau.
(i) Nyatakan cabaran
utama yang dihadapi dalam hubungan serantau. (5m)
Cabaran utama yang
perlu dihadapi ialah
·
Ledakan
globalisasi
·
Melahirkan modal
insan yang mempunyai sifat keyakinan, ketabahan dan amanah
·
Tidak mempunyai
keyakinan dalam mempertahankan jati diri
·
Golongan muda
tidak menguasai ilmu pengetahuan sains dan teknologi serta pelbagai kemahiran
lain.
·
Implikasi
globalisasi yang semakin rancak dan tidak terkawal
·
Jenayah melepasi
sempadan negara
·
Kebergantungan kepada negara maju
·
Pengukuhkan sistem
pertahanan negara
·
Kos taraf hidup
meningkat
·
Kekurangan tenaga
mahir
·
Kerendahan
nilai-nilai murni
·
Masalah
pengangguran
·
(Mana-mana jawapan
munasabah)
(ii) Apakah
langkah-langkah menghadapi cabaran tersebut? (5m)
Antara langkah mengatasi cabaran
tersebut ialah
·
Menguasai ICT
·
Tidak campur
tangan dalam hal ehwal negara lain
·
Menghormati
kedaulatan negara lain
·
Memajukan sistem
pendidikan
·
Melibatkan diri
dalam pelbagai aktiviti peringkat antarabangsa
·
Mengadakan projek
usaha sama dalam kalangan anggota
·
Memajukan sistem
maklumat
·
Mempelbagaikan
sektor ekonomi
·
Memupuk
nilai-nilai murni
·
Mengeratkan
hubungan diplomatik dengan negara lain
·
Memupuk budaya
penyayang
(Mana-mana jawapan
munasabah)
7.
Penerapan nilai-nilai murni iktibar / patriotism
Nyatakan nilai-nilai murni/ iktibar penubuhan Malaysia yang boleh
diterapkan demi mengekalkan
kedaulatan serta memacu pembangunan negara yang mampan. (5m)
Antara iktibar yang diperoleh ialah
·
Kita mesti belajar
bersungguh-sungguh
·
Menguasai
teknologi
·
Mematuhi ajaran
agama
·
Patuh kepada
undang-undang
·
Menghormati
pemerintah
·
Mengamalkan budaya
menyayang
·
Tidak melanggar
undang-undang
·
Mengamalkan
kesopanan dan kesusilaan
·
Menyangjung
/berbangga kepada Negara
·
Bekerjasama
memajukan negara
·
Mengamalkan
kehidupan masyarakat yang hormat-menghormati, bekerjasama
(Mana-mana jawapan
munasabah)
8.
Rumusan
Pengetahuan yang diperoleh
Iktibar kepada diri, bangsa dan negara
Harapan untuk masa depan Malaysia yang lebih cemerlang (5m)
Antara pengetahuan yang diperoleh ialah
·
Kepentingan
menjalinkan hubungan dengan negara luar untuk kestabilan politik dan ekonomi
·
Negara sentiasa
berusaha mengekalkan keamanan dan kemakmuran negara
·
Masyarakat perlu
mengamalkan nilai-nilai murni bagi menjamin keharmonian dan kesejahteraan
Negara berterusan
·
Kita haruslah
menjadi warga global yang peka terhadap usaha memupuk kesejahteraan dunia
·
Saya berharap
negara Malaysia akan terus maju kehadapan setandingan dengan negara-negara maju
yang lain
·
Seterusnya, dapat
merealisasikan wawasan 2020
(Mana-mana jawapan munasabah)
Subscribe to:
Posts (Atom)