PENAJA

Tuesday, 16 July 2013

Bonus Aidilfitri belum dibincang

Putrajaya: Kerajaan belum membincangkan mengenai bonus kakitangan awam sempena Aidilfitri bulan depan, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa. 

Bagaimanapun, katanya, semua penjawat awam menikmati satu Kenaikan Gaji Tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Julai lalu, yang boleh disifatkan sebagai bonus. 
Berlandas pencapaian 


“Itu kita belum bincang. Ini terpulang kepada kerajaan kerana selalunya bonus diberi pada hujung tahun. Kita berlandaskan kepada pencapaian kita. 

“Ini baru setengah tahun. Jadi, terpulang kepada kerajaan,” katanya selepas melancarkan Dasar Negara Bagi Pembangunan dan Pelaksanaan Peraturan, di sini semalam. 

Permintaan CUEPACS 

Ali diminta mengulas permintaan CUEPACS supaya kerajaan memberi sekurang-kurangnya setengah bulan gaji sebelum Aidilfitri sebagai bonus kakitangan awam. CUEPACS sebelum ini turut meminta kerajaan mempertimbangkan bonus dua setengah bulan gaji tahun ini. 
Berkuat kuasa 1 Julai lalu, semua kakitangan awam menerima satu KGT membabitkan kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320 seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, awal tahun ini. 

Ali berkata, kerajaan perlu melihat sama ada isu bonus terlalu awal untuk dibincangkan kerana kerajaan sudah memperuntukkan RM2 bilion untuk KGT pada tahun ini. 

“Selain itu, bulan ini kita menyemak semula enam skim (perkhidmatan awam) dan 81 lagi pada November. Ini membabitkan perbelanjaan dan semuanya adalah demi kepentingan kakitangan awam,” katanya.

berita harian 16/7/2013

No comments:

Post a Comment