PENAJA

Friday 12 July 2013

Honda Jazz kini hanya RM74,800 - CKD

Berita baik untuk mereka yang ingin membeli kereta baharu. Honda Malaysia telah pun melancarkan Honda Jazz yang dipasang di Melaka dengan harga RM74,800. Harga ini ini ialah OTR termasuk dengan insuran. Sebelum ini harga Honda Jazz CBU yang diimport dari Thailand ialah RM99,800.
Walaupun penurunan harga yang berlaku ialah sebanyak RM25,000, enjin yang digunakan adalah tetap sama dengan generasi Honda Jazz sebelum ini iaitu 1.5-liter 16-valve SOHC i-VTEC enjin yang menghasilkan 120 PS (pada 6,600 rpm) dan 146 Nm maksimum tork (pada 4,800 rpm). Ia turut dijana dengan 5 transmisi gear automatik.
jazz9 640x480 Honda Jazz CKD Dilancarkan Di Malaysia Dengan Harga RM74,800
Fungsi 3 pilihan Ultra Seat yang sinonim dengan Honda Jazz turut sama dimuatkan di dalam model terbaru ini. Daripada segi keselamatan, Honda Jazz CKD Petrol mempunyai 2 beg keselamatan di bahagian depan, rangka pelindung Honda G-con dan beberapa ciri lain. Honda Jazz CKD Petrol ini turut didatangkan dengan jaminan 3 tahun atau 100,000 kilometer.
Dengan hanya bayaran bulan sebanyak RM775 sekiranya mengambil loan sebanyak 90% untuk 9 tahun, sasaran pembeli Honda Jazz CKD Petrol ialah mereka yang baru mula bekerja. Perbezaan bayaran bulanan antara model ini dan Myvi 1.5 S.E hanyalah RM100 sahaja. Menarik bukan?

-arena kereta

No comments:

Post a Comment