PENAJA

Sunday, 29 September 2013

Yamaha Z250

Kawasaki Z250 punya banyak tarikan
Bagi setiap penunggang, semakin masa berlalu, pastinya perasaan ingin menaik taraf motosikal sedia ada akan terlintas di fikiran. Model terbaru daripada Kawasaki, Z250 mungkin adalah jawapan untuk mereka yang sekarang menunggang kapcai atau moped.
Dengan kapasiti enjin 250cc, mereka yang sudah sedia menunggang tidak perlu menaik taraf lesen kepada B penuh untuk menunggang secara halal di atas jalan raya. Itu adalah antara tarikan yang ada pada model Z250.
Dari segi penampilan, jelas dapat dilihat Z250 berkongsi banyak persamaan dengan ‘abangnya’ iaitu Z800. Rupa agresif tanpa penghadang angin (fairing) dan garisan-garisan tajam menjadikan ia kelihatan seperti ingin ‘menyerang’ walaupun tidak bergerak. Satu lagi kelebihan dengan rekaan ini adalah lampunya akan mengikut pusingan pemegang tangan.
Sementara itu, daripada segi platform dan enjin, ia menggunakan bahagian yang sama dengan model sports permulaan Kawasaki, Ninja 250. Panjang keseluruhan dan jarak roda masing-masing 2010mm dan 1400mm adalah sama manakala lebar, tinggi dan kelegaan antara jalan Z250 mempunyai jumlah yang lebih, masing-masing 35mm, 85mm dan 5mm.
Walaupun dikatakan kedudukannya tegak untuk penunggang, penulis merasakan ia masih lagi sedikit condong ke hadapan. Tetapi, sudutnya adalah kurang berbanding dengan Ninja 250 yang bercirikan sport dan memerlukan penunggang lebih menunduk untuk mencapai pemegang. Selepas menunggang selama 15 minit di atas jalan raya biasa dari USJ, Subang ke Shah Alam, Bukit Jelutong dan kembali ke USJ, ia masih lagi selesa dan tidak memenatkan.
Untuk menarik klac Z250, penunggang tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak kerana ia adalah lembut, seterusnya memudahkan penggunaan di dalam bandar. Melompat daripada sebuah motosikal 1,000cc (yang sedang digunakan untuk tunggang uji) kepada motosikal 250cc ini, perbezaan kuasanya memang amat jelas. Tetapi, penulis masih lagi dapat berseronok dengan Z250 semasa sesi tunggang uji yang dilakukan di Litar Speedway Plus, USJ.
Hubungan di antara pendikit yang dipulas dan kuasa yang dikeluarkan oleh enjin adalah responsif, menjadikan kawalan penunggang lebih tepat. Gear pula dapat dimasukkan dengan mudah tanpa sebarang masalah.
Dalam keadaan pegun, enjin Z250 mengeluarkan bunyi yang lembut dan tidak banyak bergegar, dan sehingga kelajuan tinggi pun, gegarannya masih lagi tidak begitu kuat. Semasa menunggangnya di atas lebuh raya dengan diiringi ‘marshall’, penulis mencecah sehingga 120km/j dan motosikal masih lagi stabil dan selesa. Cuma, rintangan angin semakin terasa pada kelajuan tersebut.
Semasa bergerak pelahan pula, badan ‘naked’ dan pemegang yang lebar serta ringan membantu penulis mengawal motosikal dengan mudah.
Berbalik kepada ujian di dalam litar, penulis mengerah Z250 sehingga maksimum di jalan lurus dan apabila selekoh semakin hampir, kedua-dua pengawal brek digunakan dan  mendapati ia mencukupi walaupun hanya menggunakan set tunggal pada roda hadapan dan belakang.
Dengan semua ciri ini, Z250 menepati ciri-ciri yang mesra pengguna. Z250 didatangkan dalam pilihan tiga warna iaitu hitam, merah dan putih dan jaminan selama satu tahun atau 10,000km, sama seperti motosikal CKD lain yang ditawarkan oleh Kawasaki Motors Malaysia. -Durrani Sharom

SPESIFIKASI
Kawasaki Z250
Enjin: 249cc, dua silinder selari, empat lejang, sejukan cecair, DOHC, lapan injap, suntikan bahan api
Transmisi: enam kelajuan
Kuasa maksimum: 32hp @ 11,000rpm
Tork maksimum: 21Nm @ 10,000rpm
Brek: Cakera berkelopak tunggal 290mm dan angkup dwi omboh di hadapan, cakera berkelopak tunggal 220mm dan angkup dwi omboh di belakang
Suspensi: rahang teleskopik 37mm di hadapan dan ‘Bottom Link Uni-Trak’ dengan penyerap gas dan pra beban boleh laras lima kedudukan.
Kapasiti tangki: 17 liter
Berat: 168kg
Harga: RM21,589 (tanpa insurans)
-BHauto

Thursday, 12 September 2013

Tanda Putera : ulasan


dah lama plan nak tengok movie ni. so petang tadi dapat la peluang tgok movie ni. tgok di Todays Mall tiram. sebab kt sana je time sesuai dengan masa yg free 2. tambahan pulak semasa 2 cukup 2 minggu skim wajib tayang. dan ada panggung yang hanya tayang 1 sesi je movie ni. sadisnya nasib filem ni kan. yang lebih sedih saya seorang je duduk dalam panggung tadi. amat selesa tonton sorang-sorang. pelik juga kalau filem ni filem UMNO kenapa panggung tak penuh. kan ahli UMNO ada 3 juta?.

ok gambar di atas adalah buku dalam simpanan/koleksi saya tentang 13 mei. saya rasa dengan membaca bahan ni dapat memberi sedikit ulasan yang boleh dipercayai tentang filem Tanda Putera. namun selepas saya menonton filem tersebut saya rasa buku yang perlu dibaca adalah buku biografi Tun Abdul Razak.


so inilah filem yang sedang kita bincangkan sekarang ni. TANDA PUTERA. filem yang agak kontroversi dan panas disebabkan dijadikan bahan propaganda kerajaan dan modal politik pembangkang. disebabkan kehangatan filem ini terlalu tinggi maka filem ini banyak kali ditunda tayanganya. pada pandangan saya filem ini menjadi panas disebabkan oleh 2 perkara. pertama kerana filem ini mengandungi peristiwa 13 Mei yang dianggap taboo dalam masyarakat Malaysia. kedua disebabkan filem ini sepatutnya ditayangkan sebelum PRU13 yang mungkin boleh menjadi kampen awal kerajaan menjelang PRU13.


berdasarkan tajuk filem ini saya jangkakan ia adalah sebuah filem tentang pemerintahan era Tunku dan mungkin sehingga zaman Tun Hussein, namun selepas menonton baru saya sedar bahawa tajuk filem ini hampi-hampir tiada kaitan dengan Tunku (PUTERA). sebaliknya ia adalah filem tentang Tun Razak. senang cakap filem ini adalah biografi Tun Razak versi filem.

filem ini bermula dengan peristiwa 13 Mei dan dalam peristiwa inilah Tun Razak menjadi PM dan Tunku letak jawatan. gambaran 13 Mei mengambil masa kira-kira setengah jam. so dapat lah lihat gambaran kejadian. dan agak seram. namun gambaran peristiwa tersebut masih tidak melepasi gambaran saya. sebab saya jangkakan gambaranya lebih besar. cuma sedutan kejadian sebenar memberi kesan kepasa saya, namun ia hanya beberapa saat sahaja.

selama 30 minit itu saya agak ralat dengan beberapa perkara, antaranya kesah CGI yang agak lemah, seakan-akan filem murah hollywood. selain itu lakonan pelakon tambahan juga agak memcacatkan filem berbajet lebih 4juta ini. watak Datuk Harun pada saya watak paling gagal dan tidak berkesan.

namun terdapat banyak juga gambaran yang menarik seperti tunjuk punggung dan kencing di tiang bendera rumah MB selangor. selain itu watak Anwar Ibrahim juga muncul semasa di Universiti malaya. dan anda boleh bayangkan Anwar akan digambarkan dengan gambaran kurang baik!.

selepas 13Mei, filem ini diteruskan dengan peristiwa banjir besar di KL yang cuba digambarkan peristiwa yang kembalikan perpaduan kaum dan mencuci kotoran perkaum dalam kalangan bangsa Malaysia. dan seterusnya sumbangan Tun Razak sehingga kematian beliau. watak Najib dan mahathir juga wujud dalam filem ini. walaupun watak Mahathir digambarkan agak kacak.

APA YANG MENARIK
pada saya yang minat sejarah sudah pasti filem ini sangat menarik. sebab anda tidak perlu lagi baca buku sejarah arus perdana untuk tahun sejarah negara. selain itu banyak juga peristiwa-peristiwa kecil yang menarik dan mungkin tidak terdapat dalam buku sejarah digambarkan dalam filem ini. antaranya asal-usul nama MAS, makam pahlawan, tugu negara diletupkan, kata-kata kesat dikeluarkan pemimpin negara apabila berhadapan dengan wartawan dan yang paling menarik adalah video sebenar kejadian sejarah seperti semasa kematian Tun Ismail dan Tun Razak. agak sebak semasa saya menonton. bayangkan rakyat perpusu-pusu dan berarak iring jenazah dan rakyak tunggu ketibaan jenazah Razak di airport. amat mengahrukan. filem ini juga disuntuk dengan sedikit elimen lucu terutama semasa di penghujung cerita. dan itu sahaja elimen lucu yang anda akan jumpa dalam filem ini. lakonan pelakon utama agak baik dan amat hampir. terutamanya Tun Ismail. amat berkesan dan seakan sebenar.

APA KURANG MENARIK
seperti saya nyatakan diatas, kelemahan kesan khas. ini kerana mutunya amat rendah dan boleh dikatakan amatur. selain itu ada beberapa ralat yang saya jumpai antaranya semasa babak di rumah felda. ini kerana agak jelas disebalik pokok-pokoh terdapat rumah batu dibelakang rumah felda berwarna meroon tersebut. selain itu semasa Tun Razak di Ottawa terlihat jelas disebalik cermina terdapat bangunan yang agak tinggi. adakah bangunan itu telah wuhud? selain itu semasa ketua polis ditembak kelihatan no pendaftaran kenderaan beliau seakan-akan no pendaftaran masa kini. namun ralat seperti yang tersebar di media sosial tiada langsung dalam filem ini.

semasa peristiwa 13 Mei, pengarah mengambarkan DAP sebagai parti jahat, sedangkan dalam kejadian sebanar parti Gerakan (kini komponen BN) yang menjadi dalang utama peristiwa tersebut. dan ini amat memalukan dan menipu. selain itu watak tokoh pembangkang digambarkan dengan sedikit buruk dan watak tokoh BN digambarkan agak baik dan pelakonya bergaya. contohnya watau anak tun Ismail iaitu tawfik digambarkan agak serabai, sedangkan najib dan mahathir agak tampan.

1 lagi perihal watak adalah tentang isteri PM. adakah mereka sememangnya muda masa itu?. dengan suami  berusia 50 tahun keatas, isteri mereka kelihatan berusia dibawah 35 tahun. dan kadangkala watak anak mereka seakan lebih tua. watak rakan-rakan watak Zaman saya tidak pasti ianya benar wujud atau sekadar mahu gambarkan rakyat Malaysia aneka akum yang bersatu.

KESIMPULAN
untuk menghasilkan filem sejarah nyata sukar kerana latar tahun yang berbeza. pada saya gambaran filem ini agak hampir. shuhaimi baba nyata masih gagal menghasilkan sebuah filem sejarah yang seronok ditonton oleh mereka yang tidak minat sejarah. namun usaha ini amat baik dan boleh dibanggakan. pada saya sejarah adalah perkara yang kurang diminati rakyat Malaysia walau dengan apa cara sekalipun. buktinya sejarah dengan bentuk video pun rakyat tidak mahu tonton, inikan pula membacanya!!!....

STAR 7/10