hari terakhir di sarawak...
so hari ni ada beberapa matlamat yang belum tercapai. antaranya nak makan mee kolok dan nak g pasar satok (medan niaga satok).
so pemburuan pun bermula. masih lagi menggunakan tulang empat kerat yang ada. jalan kaki la jawabnya. melalui kedai2 cenderahati depan waterfront. perut pun dah lapar. terjumpa senuah kedai yang ada jual mee kolok. so singah je lah.
nak g Kopi O coner xmampulah jauh sangat nak jalan. so kedai mana2 pun boleh je. inilah yang kami oder mee kolok biasa ayam dan mee kolok goreng daging. erm boleh tahan la mee kolok ni. antara yang terbest time g sarawak. puas hati walaupun harganya RM9 untuk dua makanan ni.
tapi ada masalah makanan di sarawak. banyak kedai2 bertaraf warong ni dimiliki peniaga cina tetapi ada kios yang di usahakan peniaga melayu. so bila nampak ada org bertudung dan songkok aji kami pun yakin je la makan kt kedai 2...
lepas makan mee kolok, kami teruskan pejalanan. tetiba teringat nak makan ABC. so alang2 nak ke pasar satok kami pun memburu kedai yang dah baca dalam blog. ais kacang swee kang. payah juga lokasi ini sebab terletak di kawasan sedikit tersembunyi. bukan tepi jalan utama.kami jalan berpandukan waze. bila sampai kedai ni dari jauh ramai yg tgok kami yang berjalan bawak beg besar. haha begpakers sgt.
kami oder segala yang special di kedai ni. seperti gambar di bawah. kedai ni pun milik peniaga cina. ermm bedal je la. tp kedai ni halal. dalam kedai ni pun banyak kios2 jual makanan lain. tuan kedai hanya jual air2 sahaja.
inilah kami oder. white lady, ABC, ABC milo, cendol, rojak dan sotong kangkong. erm banyak x hehe. tp jujurnya sedap. terutama kacang merah yang digunakan. so fresh rasa tekak sebab jalan 2KM ke kedai ni haha.bajet dalam Rm20 xingat....di sarawak ais kosong diaorg panggil air sejuk...
misi seterusnya ke pasar satok. tgok dalam waze jarah dalam 2.5KM. erm berjalan lagilah jawabnye. jalan agak mencabar sebab lalu jalan potong. lalu kg dan bandar. terbakar juga kulit sebab time 2 jam pkol 12 huhu.
akhirnya sampai juga kami ke sini. dah sampai sini surelah cari ikan terubuk kan.untuk makluman kawasan ni ada 2 bangunan utama. medan niaga satok dan kubah ria. kalau nak cari ikan terubuk carilah di medan niaga satok. kubah ria ni pulak maca arkib mara. tetapi mcm xberapa nak idop huhu. kubah ria warna hijau manakala medan niga warna meroon.
inilah hasil tangkapan. ada 2 lorong je yang kami jumpa jual ikan terubuk. dan bila lalu sure korang akan rimas bila penjual duduk depan kedai panggil2 korg. rimas!!. so 1st kami buat tinjauan sambil lalu dan kemudian baru buat belian. kami memilih sebuah kedai ni. nama kedai tgok kt kotak dibawah. ok servis kedai ni. sopan dan boleh runding. ikan seko rm10 dia bg 2 rm10.3 eko rm10 dia bg empat eko. so berbaloi la. aku beli rm30 je.xmampu nak sumbat dalam beg.dah full.
rasanya konsep kedai di sini harga boleh tawar2 walaupun dia dh letak harga. so pandai2 la korg. belian di sini dia siap bungkus. kemas tol dia bungkus. padalal beli benda 2 dh murah siap bungkus mcm ni sekali. tertanya juga berapa harga diaorg beli ikan2 ni. penjual maklumkan yang ikan diperoleh daripada mukah. lepas sampai rumah jangan lupa cuci ikan dulu baru simpan. nanti ikan 2 rasa lemak2 dan xmasin sangat.
lepas habis membeli belah, kami terus cari teksi.di pasar satok untuk ke airport. time 2 dalam jam 2. tak ada apa2 sangat di sini. pasar biasa je.xtau la nape menjadi sebutan sangat. ok bagi yang terlepas ke kopi o coner 2, untuk makluman di pasar niaga satok ada cawangan kedai ni. so leh la try. tp kami xtry pun. dah xlarat.
kami naik teksi ke airport. teksi mintak rm33, tapi kami mintak rm30 sebab dari airport ke pusat bandar rm26. so teksi pun setuju. dalam jam 3 kami sampai ke airport. penerbangan jam 6.50. nampak x bosan dok sini.xtau tempat mana nak jalan. makcik2 suka kot tempat ni hehe....satu benda yang xdapat kami makan di sarawak, sayur midi huhu. hope ada peluang nak rasa
berakhirlah pejalanan saya di sarawak.saya rasa di sarawak banyak pelancong asing. mybe mereka nak tgok pedalaman sarawak bukan bandar sarawak. dari aspek pelacungan sarawak masih lemah dalam promosi dan frasarana. tetapi jika dimajukan sure lg ramai pelancong akan datang.
ok jumpa lagi di lokasi akan datang....