PENAJA

Wednesday, 22 May 2013

Rahsia bilik mandi


Pelik jika ada lelaki yang mengambil masa lama ketika mandi. Mengikut kebiasaan, lelaki lebih selamba dalam menyiapkan diri. Paling lama pun, 10 minit kerana bercukur atau membuang sisa sepatutnya.
Tapi ada juga lelaki yang mengambil masa panjang di dalam tandas. Apa yang mereka lakukan? Pastinya aktiviti di dalam tandas antara lelaki dan wanita jauh berbeza. Kalau wanita perlukan masa untuk memanjakan tubuh badan dengan sabun atau menyegarkan rambut dengan syampu, lelaki tidak perlukan semua itu. 
Daripada tinjauan dilakukan, wanita sering merungut jika lelaki sama ada suami atau adik beradik lelaki mereka mengambil masa lama sewaktu ke bilik air. Kenapa perkara ini berlaku? 

Bilik air dianggap sebagai ruang meditasi khas untuk diri sendiri. Cukup peribadi dan amat ‘istimewa’ buat kaum Adam seluruh dunia. Apabila sudah menghabiskan masa dengan pasangannya, bagi mereka di bilik air saja ‘masa’ untuk mereka bersendirian.

Tiada gangguan anak-anak, isteri mahupun panggilan telefon. Maka, mereka menikmati saat ini sebaiknya.

Begitu juga lelaki bujang, mereka akan menjadikan ruang tandas itu sebagai alternatif bagi bersendirian, jauh daripada teman serumah atau adik-beradik dan keluarga yang lain. 

Ada lelaki yang tidak boleh terburu-buru sewaktu membersihkan dirinya. Harus dilakukan secara turutan. Jika mandi terburu-buru, kesannya mereka terasa seperti tidak lengkap dengan penampilan diri untuk hari itu.

Mungkin menimbulkan perasaan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang ramai. Bukan semua lelaki begini, hanya sebahagian saja dan kebanyakan mereka adalah metroseksual yang begitu menjaga kebersihan dan ketrampilan diri. Ada juga yang boleh mandi hanya lima minit. Bergantung kepada individu.

Lelaki suka membaca apabila di dalam bilik air terutama ketika ‘melepaskan hajat’. Tidak kiralah berbentuk akhbar mahupun artikel. Selepas membaca, barulah mereka membersihkan diri.

Waktu ini dianggap masa untuk berfikir ataupun mengetahui perkara yang terlepas pandang. Maka, jangan hairan jika terserempak si suami ataupun ahli keluarga lelaki mengendong buku masuk ke bilik air. Cukup berlainan daripada wanita.

Jangan dimarahi pasangan anda jika berada lama. Percaya atau tidak, lelaki lebih lama berada di hadapan cermin. Membelek mukanya dulu sebelum bercukur. Lebih kronik, lelaki akan menjadikan peluang melihat wajah di depan cermin sebagai satu ruang untuk bermain dengan imaginasi.

Mereka akan berangan dan mengingat semula segala pujian atau komen sesiapa mengenai wajah mereka. Kemudian ada juga lelaki yang melihat sendiri wajah sambil memikirkan untuk mencari kekasih, mencuba gadis baru atau sebagainya. 

Segala fikiran nakal lelaki lebih banyak tertumpu ketika mereka berdiri di depan cermin sendirian pada waktu pagi. Merapikan janggut saja sudah memakan masa 10 minit. Itu belum lagi mencuci muka, memberus gigi dan sebagainya. 

Jika yang merokok, mereka akan menghabiskan sebatang rokok dulu terutamanya semasa membuang air besar sambil berfikir. Alasannya kerana di bilik air mereka bebas berkhayal apa saja topik tanpa sebarang gangguan.

Mitos lelaki melakukan onani di dalam tandas adalah tidak tepat untuk diadili kepada semua lelaki kerana kebanyakan mereka hanya mencuri masa lebih lama untuk membersihkan diri semata-mata.


Fakta menarik
  • Raja Britain, George II mati akibat terjatuh di dalam tandas pada 25 Oktober 1760.
  • Pemegang di tandas awam mempunyai sehingga 40,000 kuman perinci persegi.
  • Walaupun dia tidak mencipta tandas, Thomas Crapper menyempurnakan sistem siram yang kita gunakan di tandas pada hari ini.
  • Secara purata, seseorang manusia menghabiskan masa selama tiga tahun hidupnya berada di dalam tandas.



  • mymetro
  • Tuesday, 21 May 2013

    Marissa Humaira Versi Video


    Gaji Menteri, Adun Sarawak Naik Tiga Kali Ganda



    KUCHING: Gaji bulanan ketua menteri, timbalan ketua menteri, menteri, pembantu menteri dan anggota dewan undangan negeri Sarawak akan naik sebanyak kira-kira tiga kali ganda di bawah rang undang-undang yang diluluskanoleh Dewan Undangan Negeri (DUN).
    Rang Undang-undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen dan Gratuiti) 2013 juga memperuntukkan kenaikan gaji untuk Speaker DUN, timbalan speaker dan setiausaha-setiausaha politik.
    Gaji untuk Ketua Menteri akan naik daripada RM13,000 kepada RM39,000; Timbalan Ketua Menteri, RM11,500 kepada RM35,000; menteri kanan dan speaker DUN RM9,000 kepada RM30,000; menteri, RM9,000 kepada RM27,000; pembantu menteri dan timbalan speaker, RM7,000 kepada RM21,000; anggota dewan undangan negeri, RM4,500 kepada RM15,000 dan setiausaha politik, RM3,000 kepada RM9,000.
    Rang undang-undang itu juga menetapkan kenaikan gaji itu berkuat kuasa dari 1 Jan tahun lepas. Kali terakhir pindaan gaji dibuat ialah pada 1992.
    Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Wong Soon Koh berkata semakan gaji itu dibuat berikutan peningkatan jangkaan daripada rakyat. "Sarawak adalah sebesar Semenanjung dan banyak Anggota Dewan Undangan Negeri perlu menjaga kawasan yang luas terutama mereka yang berkhidmat di kawasan luar bandar," katanya.
    Wong berkata rang undang-undang baharu itu akan berkuat kuasa minggu depan dan kenaikan gaji itu dijangka membabitkan RM17 juta daripada dana negeri, termasuk bayaran tunggakan dari tahun lepas. -BERNAMA

    Proton Preve Hatchback pandangan belakang yang luar biasa

    selepas diambil alih oleh Sime Darby, nyata proton telah melangkah ke fasa baru menjadi pengeluar kenderaan yang semakin berdaya saing. rekaan belakang Proton Prave ini amat redikal dan lari dari steriotipe Proton yang membosankan dan skema. TAHNIAH PROTON!!

    Friday, 17 May 2013

    Saiful Bukhari Nikah Wartawan TV3



    PETALING JAYA: Mohd Saiful  Azlan akhirnya akan menamatkan zaman bujangnya dengan wartawan penyiaran TV3, Nik Suryani Megat Deraman.
    Mengesahkan berita berkenaan, Nik Suryani berkata majlis pernikahan beliau dan Mohd Saiful akan diadakan pada 25 Mei ini di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.
    Mohd Saiful Bukhari, 28, dan Nik Suryani, 33, telahpun bertunang pada 20 Oktober tahun lalu.
    "Kami sudahpun bertunang pada Oktober 2012, majlis hanya diadakan secara kecil-kecilan yang dihadiri keluarga terdekat," katanya kepada mStar Online di sini, Khamis.
    Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.
    Beliau adalah bekas pembantu peribadi Anwar.
    Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan tersebut tahun lalu.
    Namun begitu kes tersebut tidak terhenti setakat itu sahaja kerana Pejabat Peguam Negara telah membuat rayuan berhubung keputusan kes itu.
    Oleh yang demikian, Mahkamah Rayuan menetapkan dua hari mulai 22 Julai bagi mendengar rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan pembebasan Anwar itu. - MSTAR

    Monday, 6 May 2013

    Memali : Kenangan Seorang Polis

    Tajuk : Memali : Kenangan Seorang Polis
    Penulis : Tunku Muszaffar Shah Bin Tunku Ibrahim
    Penerbit : Marshall Cavedish editions
    Tahun : 2012
    Lokasi : Shah Alam
    Halaman : 199
    Harga : RM29.00

    ULASAN :
    Sebelum ini saya pernah membaca sebuah buku yang bertajuk Memoir Memali yang saya telah buat ulasan dalam blog ini. so hari ni saya baru sahaja selesai menghabiskan pembacaan buku ini. jika Memoir Memali dilihat lebih beremosi, buku ini amat lunak dibaca dan ia sedikit unsur akademik dan penulisan memoir yang sedikit berbeza.

    buku ini walaupun tajuknya adalah kenangan seorang polis, namun kandunganya bukanlah hanya pengalaman penulis semata-mata. sebaliknya buku ini adalah gabungan pandangan beberapa individu yang dekat dengan peristiwa ini. teknik ini telah memberi view yang lebih luas kepada kepada pembaca dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku dari pelbagai perspektif. antaranya, buku ini mengenang kemabli peristiwa Memali dari pandangan seorang ketua Polis Daerah Baling yang terlibat secara langsung dengan peristiwa ini. selain itu kenangan pihak yang diserang juga ditulis dalam buku ini. kenangan itu di tulis oleh Yusof Husin yang merupakan orang kanan Ibrahim Libya dan kini menjadi senator di bawah kerajaan PAS Kedah. selain itu, rakaman video yang telah diambil semasa peristiwa itu juga diulas. juga diselitkan adalah Kertas Putih yang telah dikeluarkan kerajaan Malaysia untuk memberi penerangan peristiwa tersebut. akhir sekali adalah penutup yang ditulis secara pedas dan terus terang oleh Tunku Abdul Aziz terhadap kesilapan semasa operasi Memali.

    Kandungan buku ini nyata sesuatu yang segar dan amat  memikat dibaca. jarang untuk mendapat sebuah buku yang amat neutran dan objektif. buku ini dapat memenuhi kekosongan dalam penulisan buku selama ini. semasa membaca buku ini saya mengalami keterujaan dan apabila abis membacanya saya masih belum puas. mungkin kajian yang lebih mendalam perlu dibuat selepas ini terhadap peristiwa memali. mungkin akan ada seorang pengkaji yang mengisis kajian ilmiah dan objektif tentang peristiwa ini.

    MESTI BELI?
    walaupun buku ini agak mahal berbanding dengan halaman hanya 199, namun percayalah ianya amat berbaloi dimiliki!

    STAR : 7/10

    Hishammuddin Syukur Terselamat Dalam Insiden Helikopter Terbalik


    KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersyukur kerana beliau dan anggota keluarganya terselamat dalam insiden helikopter terbalik Ahad.


    Beliau berkata kejadian berlaku ketika helikopter yang dinaikinya bersama isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya hendak mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi, di sini.

    "Insiden berlaku bila kita nak mendarat, hujan lebat, angin kuat dan bila nak mendarat helikopter terbalik. Alhamdullillah insiden tak mencederkan mana-mana anggota keluarga," katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

    Hishammuddin berkata mereka menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur selepas pulang mengundi di Johor.

    Beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.

    Helikopter terbalik, Hishammuddin terselamat
    -- BERNAMA dan sinar harian

    Friday, 3 May 2013

    Proton Suprima penganti Proton Perdana

    kepada yang sedang ternanti-nanti kereta segmen D keluaran Proton, mungkin penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. melalui sumber dari Arena Kereta, Proton telah mendaftar sebuah nama untuk produk baru keluaran mereka di Harta Intelek. ini bermaksud proton telah menjadikan nama proton Suprima sebagai hak milik Proton. dijangkakan nama itu akan digunakan untuk kereta gantian Perdana. disebabkan Proton telah menandatangani perjanjian dengan Honda, kemungkinan besar Proton Suprima itu akan menggunakan reka bentuk Honda Accord. so kita nantikan sahaja kesahihan berita ini. ini adalah gambaran pakar grafik tentang Proton Suprima. apa pendapat anda?. saya rasa nama PROTON SUPRIME lebih menarik daripada SUPRIMA...