PENAJA

Monday, 6 May 2013

Memali : Kenangan Seorang Polis

Tajuk : Memali : Kenangan Seorang Polis
Penulis : Tunku Muszaffar Shah Bin Tunku Ibrahim
Penerbit : Marshall Cavedish editions
Tahun : 2012
Lokasi : Shah Alam
Halaman : 199
Harga : RM29.00

ULASAN :
Sebelum ini saya pernah membaca sebuah buku yang bertajuk Memoir Memali yang saya telah buat ulasan dalam blog ini. so hari ni saya baru sahaja selesai menghabiskan pembacaan buku ini. jika Memoir Memali dilihat lebih beremosi, buku ini amat lunak dibaca dan ia sedikit unsur akademik dan penulisan memoir yang sedikit berbeza.

buku ini walaupun tajuknya adalah kenangan seorang polis, namun kandunganya bukanlah hanya pengalaman penulis semata-mata. sebaliknya buku ini adalah gabungan pandangan beberapa individu yang dekat dengan peristiwa ini. teknik ini telah memberi view yang lebih luas kepada kepada pembaca dan boleh menilai sendiri apa yang berlaku dari pelbagai perspektif. antaranya, buku ini mengenang kemabli peristiwa Memali dari pandangan seorang ketua Polis Daerah Baling yang terlibat secara langsung dengan peristiwa ini. selain itu kenangan pihak yang diserang juga ditulis dalam buku ini. kenangan itu di tulis oleh Yusof Husin yang merupakan orang kanan Ibrahim Libya dan kini menjadi senator di bawah kerajaan PAS Kedah. selain itu, rakaman video yang telah diambil semasa peristiwa itu juga diulas. juga diselitkan adalah Kertas Putih yang telah dikeluarkan kerajaan Malaysia untuk memberi penerangan peristiwa tersebut. akhir sekali adalah penutup yang ditulis secara pedas dan terus terang oleh Tunku Abdul Aziz terhadap kesilapan semasa operasi Memali.

Kandungan buku ini nyata sesuatu yang segar dan amat  memikat dibaca. jarang untuk mendapat sebuah buku yang amat neutran dan objektif. buku ini dapat memenuhi kekosongan dalam penulisan buku selama ini. semasa membaca buku ini saya mengalami keterujaan dan apabila abis membacanya saya masih belum puas. mungkin kajian yang lebih mendalam perlu dibuat selepas ini terhadap peristiwa memali. mungkin akan ada seorang pengkaji yang mengisis kajian ilmiah dan objektif tentang peristiwa ini.

MESTI BELI?
walaupun buku ini agak mahal berbanding dengan halaman hanya 199, namun percayalah ianya amat berbaloi dimiliki!

STAR : 7/10

No comments:

Post a Comment