PENAJA

Monday 6 May 2013

Hishammuddin Syukur Terselamat Dalam Insiden Helikopter Terbalik


KUALA LUMPUR, 5 Mei (Bernama) -- Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bersyukur kerana beliau dan anggota keluarganya terselamat dalam insiden helikopter terbalik Ahad.


Beliau berkata kejadian berlaku ketika helikopter yang dinaikinya bersama isteri Datin Seri Tengku Marsilla Tengku Abdullah, anak dan menantunya hendak mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia, Sungai Besi, di sini.

"Insiden berlaku bila kita nak mendarat, hujan lebat, angin kuat dan bila nak mendarat helikopter terbalik. Alhamdullillah insiden tak mencederkan mana-mana anggota keluarga," katanya kepada pemberita di Menara Dato Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Hishammuddin berkata mereka menaiki pesawat itu untuk datang ke Kuala Lumpur selepas pulang mengundi di Johor.

Beliau bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Sembrong, Johor, pada pilihan raya umum ke-13.

Helikopter terbalik, Hishammuddin terselamat
-- BERNAMA dan sinar harian

No comments:

Post a Comment