ok sambung hari ke 3 kami di phuket. so plan hari ini adalah ke james bond island. so agak bersemangatlah hari ni. ni mungkin acara terbaik sepanjang di sini. so pagi tu kami cari sarapan dlu sebab sepanjang jalan nanti mungkin kami kelaparan sebab pakej kami hanya disertakan dengan sekali makan sahaja pada tengah hari.
so dengan menaiki motor kami ke kedai semalam. bungkus sahaja nasi ayam dan nasi briyani. makan dalam bilik. lepas makan kami pulang motor. kan time sewa motor kami kne tinggal 1 pasport. so masa ambil pasport tgok visa kawan kitaorg 2 xd. giler suspen. mana nak cri huhu. cari2 xjmpa.awek y sewa motor 2 pulak muka baik.2 jadi kesian juga pada dia. naif je aku tgok.xsangka di tengah2 kemaksiatan ni masih ada lagi y naif dan suci huhu. rupanya visa 2 ada simpan dalam bilik. hampeh tol wt suspen je la haha.
lepas pulang motor kami tunggu di lobi sebab van akan dtg ambil kami.dalam pkol10 van sampai dan van agak penuh. bila kami masuk van 2 memg muat2 untuk kami semua. so bermulalah perjalanan kami ke james bond island. dalam van ni kami je y melayu dan org asia kecuali driver dan pemandu pelancong. nama pemandu pelancong ni nancy. ok setiap van akan diberi pelekat di baju sebagai identiti. kami team oren!.nancy ni sgat bagus dan kami syg dia.hahaha
ok perjalanan agak jauh dan memualkan. sebab phuket banyak bukit dengan lampu isyarat yang banyak membuatkan jalan jadi membosankan dan tenson. sampai ada mamat org putih ni mabok.sadis haha. sampai kesudah dia mabok dan tak join aktiviti. ok kt phuket ni korang xkan jumpa flyover. semua jalan biasa. y ni malaysia menang hehe...perjalanan ambil masa sejam lebih. tertidur gaklah aku ni.jauh kot. jika semalam kami jalan di selatan. y ni kami jalan ke utara lak. siap masuk tanah besar lagi. maksdunya lengkap la pejalanan kami seluruh pulau phuket dan tanah besar.
destinasi pertama kami adalah kuil yg terletak di dalam gua. gua monyet namanya. sebab banyak monyet.so sebagai muslim tmpat ni xd makna untuk korg. cuma menarik sebab mereka jadikan gua sebagai rumah ibadat. korang xkan jumpa masjid yg dibina dalam gua. walaupun gua adalah lokasi kegemaran nabi untuk beribadat.dalam setengah jam kami blah ke jeti. jaraknya dalam beberapa kM sahaja tp sebab terlalu banyak van dan bus maka perjalanan jadi lambt. sebab semua nak ke james bond island.
kami naik bot tradisional tetapi laju. bot ni bergantung pada pakej korang. kalau lg mahal bot lagi mantap.klo ko nak murah korang berenanglah sendiri haha...ok perjalanan ambil masa xlama dalam 30 minit. dalam pemadangan view agak cntik tgok pulau2 y unik disepanjang perjalanan.airnya hijau.tp xd batu karang.sebab kawasan hutan bakau.
destinasi pertama adalah perkampungan muslim untuk makan tgah hari.kampung ni ada kira2 3000 penduduk dan semua muslim. menurut nancy di sini tiada arak, babi dan anjing. sampai2 je kt jeti pulau ni korang akan nampak sebuah masjid yg dibina di atas air.agak kagum dicelah2 pulau dan bakau ada kampung muslim dan sebuah masjid yang besar. kami sampai dan makanan dihidangkan. makanan agak biasa2 je udang tepung, nasi, ayam goreng, sayur dan buah serta air. yg bes buah nenas dia sangat ranggup.mungkin sebab 2lah nama buah nenas dalam inggeris pineapple.ranggup mcm apple hehe.manis lak 2. rasa makanan kt sini biasa2 je la.dah xd pilihan huhu.makanan pun ciput.
lepas makan ada masa untuk jalan2. kt sini ada kedai yg jual mcm2. dan kat sini sebelum beli tipsnya korang bagi salam.tunjukan korang muslim.dan di sini korang perlu tawar menawar.sebab mereka buka harga sangat tinggi. bayagkan megnet perhiasan 2 dia buka 1 100bath hilang akal ape.akhirnya dia bg 50bath.tp aku xbeli.aku beli yg sepeket ada 7 harga dia 100bath.2 pn dia bukak harga 200bath. aku xpaham kenapa orang islam mesti berniaga mcm ni.sedih aku bayagkan.sebab kami diberitau sebelum sampai ini adalah kampung muslim.jadi dengan harga mcm 2 xke imej islam 2 dipandang serong.aku baygakan kt kampung islam dan y jual islam harga agak islamik ikot syariat.tah la...kt sini gk ada makanan tempatan contoh belacan. harganya agak murh dalam 100bath untuk 1 bekas yg agak berbaloi.kt malaysia xdapat agaknya harga ni.aku xbeli tp kawan aku yg beli.
ok lepas 2 kami trus je ke sebuah kawasan dimana terdapat sebuah feri besar dimana mereka menjalankan aktiviti kayak.aktiviti ni amat menarik sebab setiap kayak naik 2 orang dan seorang pemandu.so dia akan bawa kita di celah2 batu.paling menarik kami dapat masuk di dalam kawasan pulau yang berlubang di tengah.nak masuk jalan 2 amat mencabar.kebetulan air surut dapt lah kami masuk.jika air pasang xleh masuk kawasan ni. aktiviti ni ambil masa dalam 45minit gk.so bes gile.tp lepas kami mendarat kt feri rupanya kne bg tips paksa kepada pemandu kayak 100bath.redha je la bg.boleh pulak mcm 2 ye ingt semua termasuk pakej. so korang nanti jgan terkejut sudahlah. lepas berkayak korang boleh lah minum air sirap sejuk yg disediakan.sgt sedp dan segar.itu free!!...dan boleh beli gambar. harganya pun amat berpatutuan.gambar siap frame harga 150bath.berbaloi sgt kot.
lepas 2 kami terus ke james bond island yang terkenal 2. kita akan mendarat di sebuah pulau dan dari situ kita akan dapt lihat dan ambil gambar james bond island tersebut.xjauh pun dalam 15 meter je.dan itujelah yang korang jauh2 dtg demi james bond island ni. berbaloi ke idok?hahaha.jujurnya ianya adalah aktiviti sampah!!.paling menarik adalah kayak tadi.ok aktiviti kami hari ni langsung xd mandi laut.logik ke?ni pulau kot.aku bygkan lehla snokling.upanya harammm...lepas 2 kami trus balik ke jeti dan trus balik ke hotel.pkol7lebih bru sampai.penat tol.so nasihat aku jgn buang duit g james bond island. baik korg pilih pakej phi phi island lg berbaloi!!!!.
lps sampai 2 kawan aku y 2 org ni gigih nak g tgok fantasea.so g tanya agensi pelancongan mereka cdgkan g sendri sahaja naik taxi tp lebih baik naik motor lg cepat. so mereka sewa motor dan g fantasea.gigih!!! hehe...aku lak doh dalam bilik rehat makan pun xlagi.kawn aku sorg g kua g jadi kupu2 malam haha....ok fantasea nape aku xg? sebab harga dia 1800bath.hampir rm200 weh.xcukup bajet aku yg ciput ni.lg pun aku xminat dengan hasil2 seni dan budaya ni hehe. tp kawan aku y g 2 kata sangat2 berbaloi.gempak habis. IB dengan singapo pun kalah diaorg kata.aku berhuhuhu je la...
so malam 2 lepas diaorg ke fantasea kitaorg jalan2 la sekitr patong dan buat 1st time dlm idop aku ni aku masuk dalam pub/bar.seram pn ada.budak naif katakan.masuk percuma dan oder air je.lepas tgoh show aku pn bla dan trus balik hotel dan tido....
ok sambung lg nanti...
No comments:
Post a Comment