baiklah aku sambung lagi.
selepas pulang ke rumah, barulah sel2 otak ini kembali berfungsi dengan baik. sebab strees sudah hilang. macam tulah kehidupan ni. mulalah aku mencari maklumat tentang almera ni. google tentang masalah dia dan lain2. satu penemuan yang aku jumpa masa tu adalah, bearing dia selalu rosak. aku dan mula cuak la. aku whatapp SA tanya pasal masalah tu. betul ke masalah tu wujud dan adakah versi faceleft masih ada lagi masalah tu?. SA cakap nanti tukar saja dengan bearing jenama yang berkualiti. aku terus tak balas whatapp dia dah perlu buat keputusan tepat.
aku pernah alami peristiwa ini dulu masa nak beli Hyindai Matrix bapak aku. dah bayar Booking 200 pastu tetiba bapak aku kata nak kereta lain. aku tanyalah kenapa. nanti burn la 200 tu macam tulah. akhirnya aku yang menyesal kerana 200. bukan apa matrix tu payah nak jaga sebenarnya. manja sangat. mahal pulak part dia. tapi matrix tu guna sampai habis bayar dan bapak aku sekarang guna bezza. bezza ni guna nama adik aku.
jadi berdasarkan pengalaman tu aku nekad cari kereta lain. vios pada masa tu mahal sikit. jadi bulan2 akan lebih mahal. lagi pula tak kan 2 kali pakai vios. ke ok je mcm tu?. jadi aku usha honda city... eh ada rebat 6k la. wow tambah sikit je ni. duit jual vios nanti boleh la topup.
aku pun terus call SC Honda kulai. lepas tu esoknya aku datang nak usha City. City ni ada low spec S sampailah yang full spac 90k mcm tu. low spec dia dalam 74k. rasanya cantik dah tu. semua syarat2 awal yang aku tetapkan lepas tu. bulan2 799 je. senang pula nak kira bajet bulan2 sebab asingkan 800 siap2. lepas tolak NCB city ni aku tambah beberapa ratus sahaka untuk dp dia.
vios tu pula aku jual. dapat dalam 36k jika tak silap. loan ada dalam 30k. wah 6k dalam tangan. nampaknya semuanya berjalan lancar. takdir tuhan mengaturkan perjalanan hidup kita ni. macam tulah. hari yang ditunggu pun tiba. kunci diserh ke tangan. ya kunci sebenar2nya sebab low spec tak ada keyless hahaha. rim pn besi dia bagi. tapi lambang H kan, haha. jadilah aku bangsa H hari tu.
Honda City ini aku namakanya Medici sepmperna nama sebuah keluarga terkenal zaman Renaissance. ilmiah nama kereta haha. vios tu dulu Da vinci jangan lupa ya haha.
ok part 3 akan aku kisahkan pengalaman menggunakan Honda City selama 3 tahun. harap2 dapat memberi manfaat pada korang....
No comments:
Post a Comment