apa yang aku suka...
kelebihan paling utama City berbanding pesaing dalam segment B adalah kuasa. enjin ivtec 1.5 ni menghamburkan kuasa 120hp berbanding vios 98hp jika tak silap. ini menjadikan ianya sangat berkuasa membawa badan city ini. senang nak capai 110km/j. tak pernah cuba top speed tapi 160 tu masih stabil. vios dulu aku pernah cuba 180 tu pun belum habis tekan. sebab sayang nyawa. kuasa yang cukup ini memberikan kelancaran pemanduam dan keyakinan semasa nak memotong. tak perlu tukar2 gear atau bagi kereta mengaum untuk dapat kuasa tujahan. tiada unsur mendesak atau under power semasa memandu. pada kelajuan 110km/j RPM hanya menunjukkan 2100 sahaja.
transmisi dia pula CVT dengan 7 nisbah gear. ia menghasilkan perubahan gear yang sangat lancar dan hampir2 tak terasa perubahan gear berlaku. dari D dan anda letakan gear pada S, anda akan teruja dan rasa best betul. sebab kuasa meningkat tapi tak rasa melompat dan tidak mengaum2 bunyinya. CVT ini juga menghaislkan penjimatan minyak yang luar biasa. nanti aku cerita. CVT juga menjadikan perjalanan lebih lancar dan senyap kerana tidak berlaku sentak menyentak gear tu. disebabkan kuasa yang mencikupi penggunaan eco button juga tidak menjadi masalah sebab kuasa yang disalurkan masih mencukupi.
gabungan CVT dan 120HP menghasilkann ratio keseimbangan kereta yang sangat baik. penggunaan minyak super jimat. sebelum ini vios 1 tangki penuh 40 liter boleh sehingga 600km. city dengan kapasiti tangki yang sama boleh mencapai sehingga lebih 700km. secara purata jika balik ke kedah dari johor menggunakan hiway dengan kecepatan rata2 110km/j penggunaan minyak boleh mencapai 18-19km/liter. bagi jalan biasa kegunaan harian di kawasan luar bandar penggunaan adalah 16-17 km/liter. tidak pernah diuji di kawasan bandar dan jem. penjimatanya sangat lur biasa. ini kemudianya menyebabkan aku seram nak beli kereta cc besar atau MPV. sebab kata 1 liter boleh dpt 10km je.bapaklah haha
faktor seterusnya adalah rupa paras. ini subjektif tapi aku yakin semua setuju antara semua segmen B, city merupakan kereta paling helok. bentuk arrow jelas memeperlihatkan sifat jantan sejati dengan lambang H di depan. kebetulan masa beli warna ruby red baru keluar. aku rasa warnanya masuk dan agak menyerlah. city boleh dikatakan cantik dari segala sudut pandangan. sehinggakan city ini hampir2 tak perlu tambah apa2 body kit atau accessories sebab ianya hampir2 sempurna.
seterusnya adalah tidak pernah rosak, kereta ni agak baik ketahananya. selama 3 tahun ini hampir2 tiada apa masalah. dari sekecil2 sehingga besar. jadi aku sanggat suka kereta ini. tak membebankan kepala hotak aku. selalu balik ke kedah dari johor hampir2 tak matikan enjin kereta sampailah ke kedah. non stop kecuali tuang minyak. jarak ke kedah dalam 800km jadi memang kena tuang mintak sekali. setahun 4 kali paling kurang balik kedah. sehingga kini city masih berkhidmat dengan sangat baik.
faktor H. ini adalah faktor yang jadikan city berbeza dengan jenama lain. H agak dicemburui oleh jenama lain. ia ada aura yang tersendiri.
suspension dan pemanduan city juga agak baik. ia nyaman tetapi lincah di jalan raya. tidak terhentak2 atau terbuai2. sederhana dan meyakinkan semasa memandunya.
rekaan dalamanya agak moderan dan kemas. tidak terlalu mencuba dan tidak terlalu hambar. sedap mata memandang. stearing dia juga akan cantik dan kemas. berbza dengan city yg lama. kali ini anda boleh tersenyum dan puas dengan bentuknya. modern dan minimalis. sebab aku ambil spec S balutan kerusi dalam warna gelap dan penggunaan fabric yang selesa. span juga lembut.
part 4 aku cerita kelemahan/kekurangan city
No comments:
Post a Comment