a.Perlembagaan
Perlembagaan
merupakan undang-undang tertinggi yang menjadi asas pembentukan negara
kita. Perlembagaan adalah dokumen
rasmi yang mengandungi segala peraturan
dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan untuk melaksanakan
kuasanya dan mentadbir negara.
Perlembagaan
merupakan jaminan kerajaan menunaikan tanggungjawab melalui peruntukan yang
terkandung di dalamnya.Perlembagaan Malaysia diperkenalkan pada 16 September
1963.
. Perlembagaan negara kita mengandungi 183
perkara. Dalam perlembagaan negara
kita mengandungi peruntukan Senarai Kerajaan Persekutuan,Kerajaan
Negeri,Senarai Bersama, institusi Yang DiPertuan Agong, Parlimen, Jemaah
Menteri dan Badan Kehakiman. Perlembagaan Malaysia membuat pembahagian kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri kerana Malaysia merupakan sebuah
negara persekutuan. Negeri-negeri yang bergabung dengan Persekutuan Malaysia
diberikan hak,kuasa dan tanggungjawab seperti yang diperuntukkan dalam
perlembagaan negeri.
b. Raja
Berperlembagaan /Kuasa Yang Dipertuan Agong
Raja berperlembagaan bermaksud sistem
pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam perlembagaan Malaysia. Yang Dipertuan Agong bertindak berdasarkan
Perlembagaan dan nasihat Perdana Menteri.
Baginda tidak boleh bertindak bersendirian kecuali dalam perkara
tertentu atas budi bicara Baginda.
Yang DiPertuan Agong
dipilih daripada kalangan sembilan Raja-Raja Melayu secara bergilir-gilir
dalam tempoh 5 tahun sekali. Pemilihan Yang Dipertuan Agong dibuat mengikut
peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.Baginda merupakan tonggak kerajaan
Malaysia ,ketua utama negara dan merupakan ketua tertinggi angkatan
bersenjata. Baginda juga berkuasa mengampunkan atau menangguhkan sesuatu
hukuman terhadap kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera.
Yang Dipertuan Agong
mengetuai tiga badan kerajaan iaitu Badan Perundangan, Badan Pemerintah dan
Badan Kehakiman.Baginda juga merupakan satu daripada tiga unsur
parlimen.Baginda mempunyai kuasa memanggil dan membubarkan parlimen.
Baginda
bertanggungjawab menjaga dan memelihara kedudukan dan hak istimewa orang
Melayu. Selain itu, baginda juga
merupakan Ketua Agama Islam bagi negeri baginda sendiri, Pulau Pinang,
Melaka, Wilayah Persekutuan, Sarawak dan Sabah.
Yang Dipertuan Agong
(YDPA) mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik Perdana Menteri. Baginda juga boleh mengisytiharkan
undang-undang darurat di bawah ‘ Undang-Undang X’ jika mendapati keselamatan
negara terancam. Di samping itu,
baginda berkuasa melantik Pengerusi dan 3 orang Ahli Suruhanjaya Pilihan raya,
Ahli Perkhidmatan Kehakiman, Pengerusi dan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya
c.
Badan-badan Pemerintah/Kuasa Pemerintahan
Malaysia merupakan salah sebuah
negara demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.Kuasa
pemerintahan dibahagikan kepada tiga cabang iaitu Badan Perundangan,Badan
Pelaksana dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiga badan harus dipegang oleh pihak
yang berasingan untuk mengelakkan pembolotan kuasa.
i)Badan
Perundangan
Perundangan merujuk kepada
undang-undang yang digubal oleh badan perundangan yang dipertanggungjawabkan
oleh perlembagaan. Manakala parlimen ialah badan perundangan yang
bertanggungjawab menggubal undang- undang di negara kita.
Parlimen juga merupakan ciri-ciri
sistem demokrasi berparlimen. Parlimen
adalah badan perundangan yang bertanggungjawab menggubal undang-undang di
negara kita. Ini merujuk kepada
undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan. Parlimen berperanan
menggubal undang-undang bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat. Parlimen merupakan badan perundangan yang terdiri daripada Yang
di-Pertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Fungsi badan perundangan adalah menggubal
undang-undang bagi menjamin keadilan
dan kesejahteraan rakyat. Dewan Negara
atau Senat merupakan dewan tertinggi dalam sistem pemerintahan negara kita.
Dewan Negara mengandungi 69 orang
ahli iaitu 26 orang ahli dipilih daripada 13 buah negeri, dua orang dipilih oleh Yang di-Pertuan Agong bagi
mewakili Wilayah Kuala Lumpur. Seorang dipilih untuk mewakili Wilayah
Persekutuan Labuan,manakala 40 lagi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong yang
terdiri daripada individu yang
cemerlang dan berjasa kepada negara. Ahli Dewan Negara yang digelar senator
ini mewakili setiap negeri dan mereka dilantik tanpa melalui pilihan
raya.Seseorang Senator memegang jawatan selama tiga tahun.Senator mestilah
berumur sekurang-kurangnya 30 tahun. Taraf
Senator sama dengan Ahli Parlimen dan mereka boleh dilantik menjadi
ahli Jemaah Menteri.
Dewan Rakyat merupakan dewan
terpenting yang mengandungi 219 ahli . Pada tahun 2013, berlaku pertambahan
ahli kepada 222 ahli ). Mereka mewakili setiap kawasan pilihan raya seluruh
Malaysia atau kawasan parlimen. Ahli
dilantik melalui pilihan raya dan memegang jawatan dalam tempoh lima
tahun. Tugas dewan ini adalah
menggubal dan meluluskan undang-undang.
Undang-undang yang digubal dinamakan Akta. Bagi undang-undang yang diluluskan Dewan
Undangan Negeri disebut Enakmen manakala di Sabah dan Sarawak dikenali
Ordinan.
ii) Badan
Pelaksana
Kabinet atau Jemaah
Menteri merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan. Kabinet merupakan
pembuat dasar tertinggi negara.Tugas Jemaah Menteri adalah menggubal
dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.Perdana Menteri merupakan Ketua
Jemaah Menteri.
Perdana Menteri atau Timbalan
Perdana Menteri mengetuai sesebuah atau beberapa kementerian. Setiap
kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan,merancang dan
menyelaraskan program pembangunan ekonomi dan sosial di negara kita. Pada
masa ini, terdapat 26 buah kementerian yang bertanggungjawab dalam semua
perkara. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri dan dibantu oleh
Timbalan Menteri ,Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Seseorang
menteri yang tidak diberikan tugas dalam kementerian tertentu dikenali sebagai
Menteri Tak Berportfolio. Menteri Tak Berportfolio akan diberikan tugas-tugas
tertentu oleh Perdana Menteri.
Perkhidmatan Awam Malaysia diketuai oleh
Ketua Setiausaha Negara yang bertanggungjawab mengawasi perjalanan
kementerian dan jabatan kerajaan. Pada peringkat kementerian, pentadbirannya
diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian. Ketua Setiausaha dibantu oleh
kakitangan kerajaan yang dikenali sebagai kumpulan pegawai perkhidmatan awam.
Semua kakitangan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas yang
ditetapkan oleh kerajaan.
Jabatan Kerajaan diketuai
oleh Ketua Jabatan yang dikenali sebagai Ketua Pengarah.Sesebuah kementerian
pada kebiasaannya mempunyai jabatan pada peringkat pusat,negeri dan daerah.
Badan Berkanun merupakan
badan separuh kerajaan yang mempunyai kuasa autonomi tertentu. Badan berkanun
mempunyai peruntukan kewangan sendiri. Badan ini ditadbir oleh sesebuah
Lembaga Pengarah yang bertanggungjawab kepada Menteri yang berkenaan.Contoh,
Badan Berkanun ialah Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Lembaga
Kemajuan Pertanian Muda (MADA), dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM).
Beberapa suruhanjaya ditubuhkan
untuk mengendalikan urusan pelantikan menguruskan kenaikan pangkat dan memantau
disiplin dalam kalangan kakitangan awam. Contoh-contoh Suruhanjaya ialah
Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan,
Suruhanjaya Perkhidmatan Undang-Undang dan Kehakiman, Suruhanjaya Pasukan
Polis dan Majlis Angkatan Tentera.
iii. Badan
Kehakiman
Badan kehakiman mempunyai kuasa mendengar dan
menentukan perkara sivil dan jenayah. Perkara sivil berkaitan dengan saman
(biasanya memerlukan afidavit) manakala perkara jenayah pula melibatkan kanun
keseksaan. Peranan badan kehakiman adalah menentukan kesahihan undang-undang yang dibuat oleh
badan perundangan dan pihak badan pelaksana, mentafsir Perlembagaan
Persekutuan dan Perlembagaan Negeri. Sistem mahkamah diwujudkan oleh
perlembagaan Malaysia untuk melaksanakan tugas kehakiman.
Tugas-tugas mahkamah adalah mentafsir
perlembagaan negara dan mentafsir undang-undang, mengisytiharkan
undang-undang bertulis Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri dan mengisytiharkan
sesuatu tindakan kerajaan yang tidak sah di sisi undang-undang. Mahkamah
tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara ini merupakan kuasa Badan
Perundangan atau Parlimen.
Sistem mahkamah di Malaysia disusun
mengikut hierarki piramid. Melalui sistem ini, individu atau kumpulan yang
tidak berpuas hati dengan keputusan perjalanan mahkamah boleh membuat rayuan
ke mahkamah yang lebih tinggi. Semua hakim dilantik oleh Yang Dipertuan Agong
dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan, kenaikan pangkat dan
pelucutan jawatan terletak di bawah
kuasa Yang Dipertuan Agong.
Seseorang hakim dilantik Yang di-Pertuan
Agong dengan nasihat Perdana Menteri. Urusan pelantikan , kenaikan pangkat
dan pelucutan jawatan terletak di bawah kuasa Yang di-Pertuan Agong.
Seseorang hakim tidak boleh dipecat sewenang-wenangnya tanpa sebarang sebab
yang munasabah. Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik.
Tujuannya supaya hakim dilindungi daripada pengaruh politik untuk menjamin keadilan
dan kesaksamaan undang-undang. Peguam negara merupakan penasihat
undang-undang kerajaan. Peguam negara juga akan menjadi Pendakwa Raya atau
Peguam Bela bagi kerajaan. Peguam Negara dibantu oleh Pegawai Perkhidmatan
Undang-Undang dan Kehakiman.
d. Pilihan raya
Pilihan raya dijalankan oleh
Suruhanjaya Pilihan Raya. Pilihan raya merupakan proses memilih wakil rakyat
untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.Pemilihan
dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan
teratur.Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Manakala calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang melalui sistem
majoriti mudah.
Pilihan raya merupakan ciri
penting sistem demokrasi berparlimen. Suruhanjaya pilihan raya adalah badan
bebas tanpa tekanan dari pihak pemerintah / pembangkang. Keanggotaan SPR
dilantik oleh Yang di Pertuan Agong. SPR bertindak menentukan sempadan
bahagian-bahagian pilihan raya, menjalankan pendaftaran dan mengendalikan
pilihan raya. Pilihan raya umum diadakan 5 tahun sekali. Di samping itu,
pilihan raya umum diadakan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan
Undangan negeri serentak di seluruh
negara.
Pilihan raya umum di Sabah dan
Sarawak diadakan secara berasingan. Pilihan raya kecil diadakan apabila
berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau Dewan Undangan Negeri
disebabkan kematian, peletakan jawatan dan pelucutan jawatan. Selepas
kekosongan itu, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung
Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak. Calon daripada pelbagai parti
yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga
15 hari sahaja. Pembubaran Parlimen akan dilakukan oleh Yang di Pertuan
Agong.
Proses pilihan raya bermula dengan penetapan
tarikh penamaan calon dan pengundian oleh Suruhanjaya Pilihan Raya. Selepas
itu penamaan calon-calon yang bertanding akan dilaksanakan. Kemudian
penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding. Selepas selesai
penyediaan manifesto, pelancaran kempen pilihan raya dilakukan. Kemudian
pengumuman tempat pengundian dan tempat pengiraan undi dilakukan oleh SPR.
Semasa hari mengundi pengundi akan
diberikan kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal
dipilih di tempat mengundi. Pengundi
akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan ke dalam
peti undi. SPR akan membuat pengiraan undi calon yang bertanding dan
pengumuman keputusan pilihan raya dibuat oleh Pegawai Pilihan Raya.
Calon pilihan raya mestilah
warganegara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna
akal, bukan orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam
dan tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan.
Pengundi hanya boleh mengundi jika
namanya didaftarkan dalam Senarai Daftar Pemilih. Mengikut perkara 119 perlembagaan
Malaysia, pengundi hendaklah warganegara yang berumur 21 tahun, bermastautin
atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan
Undangan negeri. Seorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan
raya sahaja.
Anggota SPR akan menubuhkan urus setia yang diketuai
oleh seorang setiausaha yang berperanan sebagai Ketua Eksekutif dan Ketua Pentadbir urus setia. Mereka dibantu oleh sekumpulan kakitangan
awam. Urus setia SPR wajib mengikuti garis panduan dan dasar SPR. Pemerhati
luar terdiri daripada negara –negara luar yang mengamalkan sistem demokarasi
seperti negara Pakistan dan negara India.
|