PENAJA

Wednesday, 8 October 2014

modul sejarah spm kertas 3 2014 - set 5

7.1.4 PILIHAN RAYA
Soalan Kertas 1249/3
TAJUK TINGKATAN 5 BAB 7 –  SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
                                                    NEGARA MALAYSIA
Tema / Tajuk :  Bab 7  (Tingkatan 5)
Soalan:
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Malaysia telah melaksanakan sistem pilihanraya untuk membentuk kerajaan yang berdaulat.
Bincangkan

Format
Kerangka Jawapan / Perincian

1.PENGENALAN
   ( 5 m )
1.  Pengenalan ( 5 m )
    Maksud pilihan raya                                                    Rujuk buku teks  ms 177

2.MEMAHAMI
   ( 15 m )
2  Memahami  ( 15 m )

   Sistem pilihan raya / proses pilihan raya di Malaysia                                             
Rujuk buku teks 178  

3.   ( 10 m )

3  Memahami ( 10 m )

a)    Syarat – syarat menjadi calon  dalam pilihan raya                                                      
( 5 markah )                                                                          Rujuk buku teks 179

 b)  Syarat – syarat menjadi pengundi  pilihan raya  seperti yang ditetapkan
       oleh suruhanjaya pilihan raya  ( 5 markah )            Rujuk buku teks 179 - 180

      

4.MENGANALISIS  
( 30 m )
4.  Menganalisis  ( 30 markah )
   a) Kepentingan pilihan raya di Malaysia  ( 15 markah )
   b) Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan
        keharmonian sejagat. Buktikan     ( 15 markah )   
  

5 APLIKASI
   ( 10 m )
5. Aplikasi  ( 10 markah )
Andaikan anda seorang pegawai SPR apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.
 

6. MENILAI
    ( 10 m)
6.  Menilai  ( 10 markah )

 Proses pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. Buktikan


 7. MENJANA IDEA
    ( 10 markah )
7.  Menjana idea  ( 10 markah )

 a)  Cabaran yang dihadapi dan langkah mengatasi perlaksanaan proses pilihan raya                                 

8. NILAI MURNI
    ( 5 markah )

8.  Nilai murni  ( 5 markah )
     Nilai-nilai murni dan iktibar daripada proses pilihan raya

9. KESIMPULAN
   ( 5 Markah)
9. Kesimpulan
a) Pengetahuan yang diperoleh
b) Iktibar kepada diri bangsa dan negara
c) Harapan kepada negara

Soalan Kertas 1249/3
TAJUK TINGKATAN 5 BAB 7 –  SISTEM PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN
                                                    NEGARA MALAYSIA

Tema / Tajuk :  Bab 7  (Tingkatan 5)
Sebagai sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan Demokrasi Berparlimen Malaysia telah melaksanakan sistem pilihan raya untuk membentuk kerajaan yang berdaulat.
Bincangkan


1.  Pengenalan ( 5 markah )

     Maksud pilihan raya      (  Rujuk buku teks  ms 177 )

            Pilihan raya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah sama ada pada peringkat negeri atau persekutuan.
Pemilihan ini dilakukan secara sulit dengan menggunakan prosedur yang telus dan teratur. Pengiraan undi dibuat secara terbuka dan keputusannya direkodkan.
Calon yang mendapat undi terbanyak dikira menang. Sistem ini dikenali dengan sistem majoriti mudah.Pilihan raya merupakan ciri penting sistem demokrasi berparlimen di Malaysia.



Memahami  ( 15 m )

 Sistem pilihan raya / proses pilihan raya di Malaysia   ( Rujuk buku teks 178)  

                       Proses pengendalian sistem  pilihan raya di Malaysia, terdiri daripada pilihan raya umum dan kecil.

 Kedua, Pilihan raya umum dijalankan untuk memilih ahli Dewan Rakyat dan Ahli Dewan Undangan Negeri serentak di seluruh negara.

           Ketiga, piilhan raya umum di Sabah dan Sarawak di adakan secara berasingan
Keempat, pilihan raya kecil diadakan apabila berlaku kekosongan kerusi di mana-mana kawasan parlimen atau dewan undangan negeri disebabkan kematian , perletakan jawatan dan perlucutan jawatan.

           Kelima, selepas kekosongan itu pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak.

           Keenam, calon daripada pelbagai parti yang bertanding dibenarkan berkempen. Tempoh berkempen adalah antara 7 hingga 15 hari sahaja.

           Ketujuh, pembubaran parlimen oleh Yang Di Pertuan Agong. Kelapan, penetapan tarikh penamaan calon oleh SPR.

Kesembilan, penamaan calon bagi calon-calon yang bertanding.   Kesepuluh, penyediaan manifesto oleh parti-parti yang bertanding dan pelancaran kempen pilihan raya

           Kesebelas, pengumuman tempat pengundi dan tempat pengiraan undi oleh SPR.
Keduabelas, pemberian kertas undi yang mengandungi lambang parti calon yang bakal dipilih kepada pengundi ditempat pengundian.

           Ketigabelas, pembuangan undi, pengundi akan memangkah calon pilihan raya pada kertas undi dan memasukkan kertas tersebut kedalam peti undi. Keempatbelas, proses pengiraan undi bagi calon yang bertanding.

           Kelimabelas, pengumuman keputusan pilihan raya oleh pegawai pilihan raya.
Keenambelas, calon yang menang akan menjadi ahli Dewan Undangan Negeri ataupun mewakili parlimen.




Memahami ( 10 m )

 a)  Syarat – syarat menjadi calon  dalam pilihanraya                                     ( 5 markah )
       Rujuk buku teks 179

            Seseorang yang ingin menjadi calon dalam pilihan raya mesti warga negara Malaysia, berumur 21 tahun, bermastautin di Malaysia, sempurna akal, bukan  orang yang muflis, tidak memegang jawatan dalam perkhidmatan awam dan tidak disabitkan dengan sesuatu kesalahan oleh mahkamah.

            Calon-calon dalam sesuatu pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau atas nama individu sebagai calon bebas. Mereka harus mengemukakan kertas penamaan calon, pada hari penamaan calon.



b)    Syarat – syarat menjadi pengundi  pilihanraya  seperti yang ditetapkan
       oleh suruhanjaya pilihanraya  ( 5 markah )               Rujuk buku teks 179 – 180


            Seseorang pengundi yang berkelayakan boleh mengundi, jika namanya didaftarkan dalam senarai daftar pemilih.
Menurut perkara 119 perlembagaan Malaysia, seseorang warga negara yang berumur 21 tahun, bermastautin atau tidak bermastautin, tinggal di mana-mana kawasan pilihan raya Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri boleh mengundi dalam pilihan raya tersebut.
Seseorang pengundi hanya boleh mengundi dalam sebuah kawasan pilihan raya sahaja. Perlembagaan membenarkan anggota pasukan keselamatan, pelajar di luar negara dan pegawai kerajaan yang bertugas di luar negara mengundi melalui pos dengan syarat nama mereka terdaftar sebagai pengundi.


4.  Menganalisis  ( 30 markah )

  a) Kepentingan pilihan raya di Malaysia  ( 15 markah )

         Pilihan raya penting kepada semua warga negara dalam sistem pemerintahan demokrasi. Setiap warga negara perlu bertanggungjawab mengambil tahu perkembangan politik semasa.Mereka harus melibatkan diri dalam proses memilih pemimpin negara serta menentukan bentuk kerajaan dan corak pemerintahan demokrasi melalui pilihan raya.
Kepentingan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan sistem demokrasi berparlimen sehingga kini. Rakyat bebas memilih dan menentukan sendiri pemimpin  mereka melalui pilihan raya.

Rakyat boleh mempelajari dan memahami makna sebenar demokrasi di peringkat akar umbi.

Menerusi  pilihan raya, rakyat dapat memahami proses memilih pemimpin dan seterusnya proses membentuk kerajaan.

Secara tidak langsung, rakyat dapat menghayati, menghormati dan menghargai konsep kebebasan bersuara.

Rakyat boleh menentukan sendiri hala tuju pambangunan di kawasan mereka, sesuai dengan cara hidup dan aktiviti ekonomi mereka.

Pilihanraya membantu kepada kelicinan pentadbiran samada diperingkat pusat atau peringkat kerajaan negeri.

Sistem pilihan raya yang dilaksanakan di Malaysia telah memberi keadilan kepada semua pihak samada pihak rakyat atau pun pemimpin

Pegawai dan kakitangan kerajaan tempatan akan mudah melaksanakan kerja dan dasar kerana tiada lagi campur tangan kerajaan negeri dan pusat.

Kerajaan pusat dan negeri dapat menumpukan terhadap dasar masing-masing di peringkat pusat dan negeri  tanpa ada gangguan atau rungutan di peringkat akar umbi. Ini pastinya akan menjadikan budaya kerja sektor awam semakin efisien.

Rakyat akan merasa lebih selamat dan terjamin kerana mempunyai kerajaan yang stabil.
Manfaat pilihan raya di Malaysia ialah menjadikan sistem  pentadbiran yang cekap dan mantap.Kedua, sistem pilihan raya juga menjamin kelicinan pentadbiran Kerajaan Pusat dan Negeri

Ketiga , melalui sistem ini memberi kelebihan kepada rakyat bebas bersuara mengikut saluran yang betul.

Keempat, seterusnya menjamin keadilan kepada rakyat untuk memilih wakil di peringkat Parlimen dan Negeri

Kelima, rakyat berhak menjadi calon dan berhak memilih calon Parlimen dan DUN
Keenam, sistem pilihan raya dapat menentukan hala tuju Negara

Ketujuh, pemimpin bermuafakat dalam menentukan dasar negara
Kelapan,secara tidak langsung pilihan raya membantu  membangunkan ekonomi Negara secara berterusan dna menentukan agihan ekonomi yang adil

Kesepuluh, menggalakkan permuafakatan dalam dasar politik, ekonomi dan sosial
disamping memberi keadilan kepada semua kaum

Kesebelas, manfaat seterusnya pilihan raya ini menampakkan kerjasama rakyat dalam membangunkan Negara yang tercinta. Secara tidak langsung dapat menjamin kelansungan hak asasi

Keduabelas, menjamin keamanan Negara dan menjaga keharmonian di kalangan rakyat berbilang kaum membawa kepada perpaduan kaum yang erat

Akhir sekali salah faham antara kaum dapat di kurangkan



   b) Sistem pilihan raya di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian sejagat 
       Buktikan       ( 15 markah )                                                         

            Keberkesanan sistem pilihan raya di Malaysia telah berjaya mengekalkan keharmonian negara. Pemimpin-pemimpin yang dipilih telah berjaya membawa kestabilan politik semenjak zaman pemerintahan Tungku Abd Rahman hingga kini.

            Kestabilan politik Malaysia membolehkan pemimpin-pemimpin negara menjalinkan hubungan di peringkat serantau dan di peringkat antarabangsa, yang paling membanggakan Malaysia pernah dipilih menjadi ahli Majlis Keselamatan PBB pada tahun 1965, 1989 dan 1999.Malaysia pernah dipilih menjadi tuan rumah dalam persidangan diperingkat antarabangsa seperti CHOGM, OIC dan NAM.

            Ini membuktikan rakyat telah membuat keputusan yang tepat memilih pemimpin yang layak melalui sistem pilihan raya.Keamanan dan keharmonian negara dapat dikekalkan hingga ke hari ini.

            Keamanan negara berjaya menarik ramai pelabur, membuka kilang di negara ini, contoh Hitachi, Sharp dan lain-lain. Ini menyumbang kepada pendapatan perkapita negara.
Rakyat juga dapat mempelajari kemahiran-kemahiran baru melalui pendedahan teknologi baru yang dibawa dari Jepun dan Korea. Peluang pekerjaan terbuka luas kepada warga negara Malaysia.

            Rakyat berbilang kaum dapat hidup dalam suasana harmoni di mana wujud konsep bangsa Malaysia yang memberi kesetiaan tidak berbelah bagi kepada pemimpin-pemimpin negara yang mereka pilih melalui pilihan raya.
           
            Pilihan raya telah menyedarkan warganegara Malaysia, betapa pentingnya pendidikan menjamin kesejahteraan negara.



5. Aplikasi  ( 10 markah )

Andaikan anda seorang pegawai SPR apakah yang patut anda lakukan bagi menjamin ketelusan sistem pilihan raya di negara ini.

            Sebagai seorang pegawai SPR saya akan menjamin pilihan raya yang adil dan bebas tanpa tekanan parti pemerintah atau pembangkang

            Kedua, bagi memastikan pilihan raya umum atau kecil berjalan lancar. Ketiga, saya akan menentukan sempadan bahagian-bahagian pilihan raya.

            Keempat, saya akan menjalankan pendaftaran pemilih dan meletakkan pegawai-pegawai SPR bagi memudahkan warga negara Malaysia yang layak untuk mendaftar sebagai pengundi, contoh di pejabat Pos. Senarai semak nama-nama pengundi boleh di akses dengan mudah oleh pihak yang berkepentingan

            Kelima, saya akan mengendalikan pilihan raya kecil dan pilihan raya umum supaya berjalan dengan lancar.

            Keenam, akan memastikan calon-calon bebas berkempen mengikut tempoh yang ditetapkan  sebelum pilihan raya.

            Ketujuh, saya akan memastikan proses pengiraan undi dilakukan secara terbuka dan telus dengan dibantu oleh pegawai-pegawai yang dilantik khas.

            Kelapan, bagi menjamin ketelusan saya membenarkan calon-calon pilihan raya daripada parti pembangkang kerajaan atau bebas boleh membuat petisyen sekitanya tidak berpuas hati.

            Kesembilan, untuk menjamin ketelusan sistem pilihan raya, mana- mana pihakyang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya boleh mencabar di mahkamah pilihan raya melalui petisyen pilihan raya. Ianya hendaklah di kemukakan dalam tempoh 21 hari dari tarikh keputusan pilihan raya di wartakan.

            Kesepuluh, saya akan membenarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemerhati negara ASEAN , untuk memantau pilihan raya umum bagi menjamin ketelusan


           
6.  Menilai  ( 10 markah )

Proses pilihan raya di Malaysia dijalankan secara adil dan telus. Buktikan

            SPR merupakan badan bebas yang bertanggungjawab ke atas perjalanan pilihan raya. Anggota SPR dilantik oleh YDPA dan tidak menyebelahi mana-mana pihak atau pun bebas.

            SPR turut mengundang pemerhati luar, penggunaan kotak lut sinar yang boleh dilihat oleh wakil-wakil yang bertanding. Penggunaan anggota keselamatan unutk menjaga dan mengiringi peti undi.

            Penggunaan dakwat kekal kepada pengundi untuk mengelakkan pengundian 2 kali. Mendaftar pengundi menggunakan daftar pemilih yang terkini. Bagi memastikan pengundi yang bersih SPR bekerja sama dengan jabatan Pendaftaran Negara.

            Wakil calon yang bertanding menjadi pemerhati semasa proses pengiraan undi. Sekiranya parti yang kalah tidak berpuas hati mereka boleh menghantar petisyen.

            Individu yang tidak berkaitan ,tidak dibenarkan berada di bilik pengiraan undi.Borang penjumlahan undi setiap calon ditandatangani oleh setiap wakil calon

            Pengendalian proses pilihan raya di Malaysia telah mendapat pengiktirafan daripada badan dunia sebagai yang terbaik.








7.  Menjana idea  ( 10 markah )

 a)  Cabaran yang dihadapi  dan langkah mengatasi perlaksanaan proses pilihan raya      

            Cabaran SPR sukar mendaftarkan pengundi-pengundi muda untuk mendaftar sebagai pemilih.

            Kedua, cabaran seterusnya ialah peratusan keluar mengundi masih rendah dan tidak mencapai sasaran.

            Ketiga, banyak isu-isu sensitif yang ditimbulkan menjelang pilihan raya yang boleh menjejaskan hubungan antara kaum.

            Keempat ialah bagi menjamin ketelusan dan keselamatan peti undi pada hari pilihan raya supaya tidak berlaku penyelewengan.

            Kelima, ada individu yang tidak bertanggungjawab mengambil kesempatan mengundi di beberapa tempat.

            Langkah-langkah mengatasi supaya pilihan raya berjalan lancar ialah SPR akan menggunakan saluran media seperti surat khabar, televisyen , radio untuk  menghebahkan kepada orang ramai untuk mendaftar sebagai pengundi apabila berumur 21 tahun.

            Kedua, mengadakan kempen kesedaran secara bergerak untuk mendekati generasi muda terutama penuntut-penuntut di institusi pengajian tinggi supaya mereka tahu tanggunjawab mereka.

            Ketiga, pihak SPR akan mengenakan syarat yang ketat serta tindakan undnag-undang kepada pihak yang terlibat supaya tidak menimbulkan isu-isu yang sensitif yang boleh menggugat keamanan negara.

            Keempat, bagi mengatasi keselamatan peti undi dan kertas undi tidak diselewengkan, pihak polis harus mengawal dengan ketat.

            Akhir sekali, bagi mengelakkan pertindihan pembuangan undi, pengundi disyaratkan mencelup jari kedalam dakwat khas yang disediakanoleh SPR


8.  Nilai murni  ( 5 markah )

     Nilai-nilai murni dan iktibar daripada proses pilihan raya

            Pertama, warganegara Malaysia perlu mempunyai semangat patriotik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

            Kedua, pegawai-pegawai yang terlibat dengan pilihan raya perlu melaksanakan tugas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

            Ketiga, calon pilihan raya haruslah mempunyai ciri-ciri pemimpin yang bijaksana dan berwibawa.

            Keempat, pihak SPR yang menjalankan tugas mestilah

            Akhir sekali, masyarakat Malaysia haruslah bersatu hati dan bekerjasama untuk memastikan negara kita sentiasa aman.    

9. Kesimpulan

  Saya dapat mengetahui bahawa sistem pilihan raya di negara kita telah dilaksanakan dengan adil dan penuh ketelusan bagi menjamin kestabilan politik

               Iktibar kepada diri saya ialah pilihan raya penting bagi sesebuah negara yang mengamalkan demokrasi berparlimen.

Sebagai bangsa Malaysia , saya menyedari bahawa pentingnya kita bijak memilih pemimpin yang berwibawa dan berpengetahuan.

              Saya berharap, pemimpin-pemimpin yang telah dipilih melalui pilihan raya dapat menunaikan tanggungjawab menjaga keharmonian negara bagi menjadikan negara ini terus gemilang dan terbilang.

            Seterusnya, semoga negara kita akan terus kekal berdaulat dan mengamalkan demokrasi berparlimen
                  


modul sejarah spm kertas 3 2014 - set 4 demokrasi berparlimen


7.1.3 KUASA PEMERINTAHAN

Aspek

Perincian
Markah

Pengenalan
1.    Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia         
5 markah

Isi dan Huraian

2.    Kuasa Pemerintah dibahagikan kepada tiga cabang kuasa pemerintahan iaitu

                      i.        Badan perundangan                                                            
                    ii.        Badan Pelaksana                                                                 
                   iii.        Badan Kehakiman                           




[10 markah]

[10 markah]

[10 markah]
Menganalisis
3.    Perbezaan Bidang kuasa badan-badan pemerintahan di Malaysia
Atau
Pengagihan kuasa pentadbiran di Malaysia


[15 markah]
Menganalisis
4.    Kepentingan mengamalkan konsep pengasingan kuasa dalam sistem pemerintahan negara.

[10 markah]
Mengaplikasi
5.    Sistem pentadbiran yang adil dan tulus dapat memelihara kesejahteraan hidup rakyat Malaysia


[10 markah]
Menilai
6.    Konsep pengasingan kuasa pemerintahan berjaya menwujudkan pentadbiran yang cekap dalam amalan demokrasi berpalimen. Buktikan penyataan beikut.


[10 markah]
Mencipta/menjana idea
7.    Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan berkesan kepada rakyat dan usaha-usaha  untuk mengatasi cabaran tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.

[10 markah]
Menghayati nilai-nilai murni/iktibar/patriotism
8.    Nilai-nilai murni dan nilai patriotism yang perlu ada dalam diri seseorang pemimpin/ketua bagi mewujudkan sebuat pentadbiran yang cekap.



[5 markah]

Kesimpulan
9.    Kesimpulan keseluruhan isi                                                                           
a) Pengetahuan yang diperolehi
b) Iktibar kepada diri, bangsa dan Negara
c) Harapan menjadikan bangsa dan negara Malaysia cemerlang dan terbilang


[5 markah]
Skema Jawapan

1.    Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia  [5 markah]

Ciri-ciri sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Malaysia ialah
F1        Perlembagaan yang merupakan undang-undang tertinggi.
F2        Selain itu, institusi Raja Berpelembagaan mengikut peruntukan dalam perlembagaan.
F3        Parlimen merupakan badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undang-undang.
F4        Pilihanraya ialah proses memilih wakil rakyat untuk memerintah peringkat negeri/persekutuan
F5        Kuasa Pemerintah mempunyai 3 cabang iaitu badan Perundangan, badan Pelaksana dan Badan Kehakiman.
F6        Parti-parti Politik yang dirujuk sekumpulan orang yang mempunyai ideologi politik untuk mencapai matlamat bersama.
F7        Kebebasan Asas melibatkan kebebasan hak asasi dan kebebasan berpersatuan, beragama dan memiliki harta.

2.    Cabang-cabang kuasa pemerintahan ialah                                                     [10 markah]

i.      Badan perundangan                                                                                    
F1        Perundangan merujuk undang-undang yang digubal oleh badan Perundangan.
F2        Fungsi badan perundangan ialah menggubal undang-undang  bagi menjamin keadilan dan kesejahteraan rakyat.
F3        Parlimen ialah badan perundangan yang bertanggungjawab mengubal undang-undang.
F4        Parlimen terdiri daripada yang Dipertuan agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
           
Dewan Negara
 F5       Dewan Negara/Senat merupakan dewan tertinggi.
F6        Dewan Negara mengandungi 69 orang ahli.
F7        Ahli Dewan Negara digelar Senator yang mewakili setiap negeri.
F8        Senator dilantik tanpa melalui pertandingan dalam pilihanraya.
F9        Senator akan memegang jawatan bagi tempoh tiga tahun.
F10      Senator mestilah berumur 30 tahun ke atas.
F11      Senator setaraf dengan Ahli Parlimen.
F12      Senator boleh dilantik menjadi Jemaah Menteri
F13      Keahlian Dewan Negara dilantik oleh Yang dipertuan Agong
F14      Ahli Dewan Negara merupakan individu yang telah member sumbangan cemerlang dalam perkhidmatan Awam, badan profesioanal/bidang tertentu spt perniagaan/perusahaan/pertanian/kesenian/ kebajikan/mewakili kumpulan minority/orang asli.
            Dewan Rakyat
F15      Dewan Rakyat merupakan dewan terpenting yg dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum.
F16      Dewan rakyat mengandungi 219 orang ahli yang mewakili kawasan pilihanraya.
F17      Tempoh jawatan anggota ahli Dewan Rakyat ialah 5 tahun.
F18      Tugas utama Dewan rakyat ialah menggubal dan meluluskan undang-undang diperingkat Dewan rakyat.
F19      Undang-undang yang diluluskan di Parlimen dinamakan Akta.
F20      Undang-undang yang diluluskan di dewan undangan Negeri dinamakan Enakmen.
F21      Di Sarawak dinamai Ordinan.


ii. Badan Pelaksana                                                                                 [10 markah]

F22      Jemaah Menteri/Kabinet merupakan badan pelaksana dasar-dasar kerajaan
F23      Kabinet merupakan pembuat dasar tertinggi Negara.
F24      Tugas Jemaah menteri/Kabinet adalah menggubal dasar-dasar kerajaan.
F25      Perdana Menteri merupakan Ketua Jemaah Menteri.
F26      Perdana Menteri/Tim. Perdana Menteri mengetuai sesebuah kementerian.
F27      Kementerian bertanggungjawab mengubal dasar-dasar kerajaan, merancang/menyelaras program pembangunan ekonomi/sosial.
F28      Kementerian diketuai oleh seorang menteri dan dibantu oleh timbalan menteri / SU Parlimen / SU politik.
F29      Menteri yg tidak mempunyai kementerian dikenali sebagai menteri tak berpotfolio.
F30      Menteri tak berpotfolio membantu tugas-tugas perdana menteri..
F31      KSN mengetuai perkhidmatan awam.
F32      KSN btjwb mengawasi perjalanan kementerian / jabatan kerajaan.
F33      Kementerian diketuai oleh Ketua setiausaha kementerian yg dibantu oleh kakitangan kerajaan.
F34      Semua kakitangan perkhidmatan awam bertanggungjawab melaksanakan dasar dan tugas kerajaan.
F35      Jabatan kerajaan diketua oleh ketua jabatan /  ketua pengarah.
F36      Badan berkanun merupakan badan separuh kerajaan yg mempunyai kuasa autonomi.
F37      Badan berkanun mempunyai peruntukan kewangan sendiri.
F38      Badan berkanun ditadbir oleh lembaga pengarah.
F39      Badan berkanun bertanggungjawab mempercepatkan pentadbiran dan program pembangunan
F40      Terdapat beberapa suruhanjaya yg ditubuhkan utk mengendalikan urusan perlantikan kenaikan pangkat / pemantauan disiplin seperti suruhanjaya perkhidmatan awam, suruhanjaya perkhidmatan pendidikan , suruhanjaya perkhidmatan undang-undang , kehakiman , polis dan tentera.

iii.Badan kehakiman                                                                                      [10 markah]

F41      Badan kehakiman berkuasa mendengar serta menentukan perkara sivil dan jenayah .
F42      Perkara sivil berkaitan dengan saman memerlukan afidavid dan perkara jenayah pula melibatkan kanun kesesaan.
F43      Badan kehakiman boleh menentukan kesahihan undang-undang yang digubal oleh badan perundangan / badan pelaksana.
F44      Badan kehakiman berkuasa mentafsir perlembagaan persekutuan / perlembagaan negeri.
F45      Perlembagaan Malaysia telah menwujudkan system mahkamah utk melaksanakan tugas kehakiman.
F46      Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan Negara / undang-undang / mengistihar undang-undang bertulis kjaan persekutuan / kjaan negeri.
F47      Mahkamah mempunyai kuasa mengistihar sesuatu tindakan kjaan tidak sah disisi undang-undang.
F48      Mahkamah tidak boleh meminda undang-undang kerana perkara itu merupakan kuasa badan perundangan / parlimen.
F49      Dalam sistem mahkamah individu / kumpulan yang tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah boleh membuat rayuan ke mahkamah yang lebih tinggi.
F50      Semua hakim dilantik oleh yang Dipertuan Agong atas nasihat perdana menteri.
F51      Yang Dipertuan Agong berkuasa dalam urusan perlantikan / kenaikan pangkat / pelucutan jawatan seseorang hakim.
F52      Hakim tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam politik kerana hakim dilindungi dari pengaruh politik untuk menjamin keadilan.
F53      Peguam Negara adalah penasihat undangt-undang kerajaan dan menjadi  pendakwaraya / peguam bela.

3.    Perbezaan Bidang Kuasa badan-badan kuasa pemerintahan di Malaysia
[15  markah]
a)     Definisi
F1        Badan Perundangan merupakan  badan yang menggubal undang-undang.
F2        manakala Badan Pelaksana merupakan pembuat dasar tertinggi kerajaan.
F3        Badan Kehakiman pula mempunyai kuasa mendengar dan menentukan perkara sivil dan jenayah.
b)     Komponen.
F4      Parlimen merupakan Badan Perundangan yang terdiri daripada Yang Dipertuan Agong, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
F5      Badan Pelaksana pula terdiri daripada jemaah menteri atau Kabinet. Badan pelaksana juga mempunyai beberapa kementerian , jabatan-jabatan kerajaan dan badan berkanun serta beberapa suruhanjaya.
F6      Badan Kehakiman  mempunyai system hierarki yang terdiri daripada mahkamah Atasan dan mahkamah Rendah. Mahkamah Rendah terdiri daripada Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen.
F7      Mahkamah Atasan terdiri daripada  Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan , Mahkamah Tinggi  Malaya, Mahkamah Tinggi Sabah Dan Sarawak.
c)    Tanggungjawab
F8        Badan Perundangan atau  Parlimen bertanggungjawab menggubal undang-undang.
F9        Badan Pelaksana bertanggungjawab menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara.
F10      Badan Kehakiman bertanggungjawab menentukan kesahihan undang-undang serta mentafsir perlembagaan persekutuan dan negeri.

d)    Proses Perlantikan.
F11      Ahli Dewan Negara atau Senator  dilantik oleh Yang Dipertuan Agong untuk tempoh tiga tahun.
F12      Ahli Dewan Rakyat  dipilih melalui pilihan raya umum dalam jangka masa lima tahun.
F13      Perlantikan Jemaah Menteri /Kabinet perlu menddapat pekenan Yang Dipertuan Agong.
F14      Perlantikan hakim-hakim dilakukan oleh yang Dipertuan Agong.
e)    Keahlian
F15      Keahlian Dewan Negara ialah 69 orang ahli, Dewan Rakyat 219 orang ahli.
F16      Keahlian Jemaah Menteri bergantung kepada kehendak Perdana Menteri
f) Hiraiki
F17      Dewan Negara dan Dewan Rakyat di ketuai oleh Yang Diperuan Agong,
F18      Jemaah meteri diketuai Perdana Menteri, Kementerian diketuai oleh Menteri dan dibantu oleh timbalan menteri.Perkhidmatan Awam diketuai oleh Ketua Setiausaha Negara,Jabatan kerajaan diketuai Ketua Pengarah, Badan berkanun diketuai oleh Lembaga Pengarah.
F19      Mahkamah diketuai oleh Ketua Hakim Negara.
                                   

4.   Kepentingan Pengasingan Kuasa dalam pemerintahan di Malaysia.          [10 markah]
           
F1        Kepentingan pengasingan kuasa dalam pentadbiran negara Malaysia ialah bagi memastikan tidak berlakunya pertindihan kuasa antara tiga cabang kuasa pemerintahan.
F2        Seterusnya pengasingan kuasa juga dapat menjelaskan bidang kuasa setiap badan pentadbiran.
F3        Di samping itu dapat menjamin kelicinan pentadbiran di Malaysia.
F4        Juga dapat menggelakkkan pembolotan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
F5        Pengasingan kuasa juga dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi  dan sosial  negara.
F6        Juga dapat menggelakkan pemusatan kuasa terhadap institusi atau individu tertentu.
F7        Selain itu dapat menggelakkan penyalahgunaan kuasa oleh badan pentadbiran negara.
F8        Pengasingan kuasa juga dapat menyelaras dan menyeragamkan  pentadbiran antara tiga cabang kuasa pemerintahan.
F9        Pengasingan kuasa juga membolehkan kerajaan pusat dan kerajaan negeri menjalankan kuasa mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.
F10      Kepentingan seterusnya ialah dapat menjamin keadilan dari segi pengagihantugas antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Seperti senarai persekutuan, senarai negeri dan senarai bersama.
F11      Akhirnya pengagihan kuasa membolehkan sistem pentadbiran Malaysia dikagumi dan diiktiraf oleh negara luar.
F12      Pengagihan kuasa dapat melindungi hak rakyat dan kebebasan rakyat.
M         Mana-mana jawapan yang munasabah.

5. Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat memelihara kesejahteraan hidup rakyat.
[10 markah]
F1        Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat memelihara kesejahteraan hidup rakyat kerana dapat memastikan kestabilan politik iaitu tidak berlakunya huru hara.
F2        Selain itu pentadbiran yang adil dan telus membolehkan rakyat mendapat hak yang sama alam semua bidang.
F3        Pentadbiran yang adil dan telus juga membolehkan rakyat dapat menikmati pembangunan negara yang sama rata tanpa mengira kaum mahupun tempat tinggal.
F4        Seterusnya, sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat menggelakkan berlakunya diskriminasi terhadap rakyat dalam pemilikan harta.
F5        Juga membolehkan  rakyat dapat hidup dengan aman dan harmoni sesuai dengan konsep Satu Malaysia.
F6        Sistem pentadbiran yang adil dan telus membolehkan Malaysia yang lebih maju, selamat, aman dan makmur serta mampu bersaing dengan masyarakat lain di dunia.
F7        Sistem pentadbiran yang adil dan telus menyebabkan rakyat dapat menikmati kemudahan prasarana yang lengkap dan moden seperti pembinaan leburaya Timur Barat.
F8        Sistem pentadbiran yang adil dan telus membolehkan rakyat mendapat peluang pekerjaan yang banyak dalam bidang pertanian dan perindustrrian.
F9        Kerajaan juga dapat menarik pelabur asing melabur modal di Malaysia .Dengan  dapat memajukan ekonomi negara.  
F10      Sistem pentadbiran yang adil dan telus dapat menyediakan pemerintahan yang cekap di mana rakyat dapat berurusan dengan mudah dan cepat.
F11      Juga dapat mengurangkan berlakunya rasuah dan penyalahgunaan kuasa. 
M         Mana-mana jawapan yang munasabah.




6.         Konsep pengasingan kuasa pemerintahan berjaya menwujudkan pentadbiran yang cekap dalam amalan demokrasi berpalimen. Buktikan.                                                  [10 markah]

F1      Konsep pengagihan kuasa pemerintah telah berjaya menwujudkan pentadbiran yang cekap dalam amalan demokrasi berparlimen apabila badan pelaksana dapat mengubal dasar dasar pembangunan ekonoomi Negara dengan lancer. Badan Pelaksana dapat melaksanakan dasar-dasar yang telah digubal oleh badan perundangan.
F2        Selain itu, pengagihan kuasa pemerintah telah melahirkan para pemimpin yang dihormati dan berwibawa di peringkat kerajaan negeri dan kerajaan pusat contohnya, lahirnya tokoh-tokoh politik yang disegani seperti Tun Abdul Razak, Tun Mahathir, Nik Aziz Nik Mat, Najib Tun Razak dan lain-lain.
F3        Konsep pengagihan kuasa juga dapat mensejahterakan kehidupan rakyat apabila banyak program-program kerajaan telah berjaya membenteras kadar kemiskinan rakyat seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB) , Dasar Pembangunan Nasional.
F4        Selain itu,  melalui badan Pelaksana pengagihan kuasa juga turut membantu meningkatkan kebajikan rakyat agar terpelihara. Misalnya, kerajaan telah meningkatkan kebajikan rakyat melalui pelbagai bantuan BRIM, Klinik 1 Malaysia, Perumahan Rakyat mampu milik dan lain-lain
F5        Melalui kementerian pendidikan, perpaduan kaun dapat diwujudkan antara kaun seperti Dasar 1 Murid 1 Sukan, mewujudkan Sekolah Wawasan, Sekolah Intergrasi, serta Dasar Kebudayaan.
F6        Pengagihan kuasa dalam pemerintahan juga telah berjaya menwujudkan kehidupan rakyat yang aman apabila kerajaan dapat menyusun pelbagai aktiviti seperti rakyat bebas berpersatuan, bebas menyuarakan pendapat, bebas berhimpun secara aman.
F7        Selain itu, pengagihan kuasa juga dapat meningkatkan taraf hidup rakyat apabila agensi-agensi kerajaan seperti MARA, FAMA, Mardi Risda dapat membantu meningkatkan pendapat para petani/rakyat.
F8        Di samping itu, pengagihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri dapat merapatkan hubungan baik antara wilayah malah pembangunan wilayah dapat dimajukan.
F9        Dalam pengagihan kuasa pemerintahan, hak-hak asasi rakyat dapat dilindungi melalui undang-undang dan akta-akta   yang telah digubal oleh badan perundangan serta badan pelaksanaan.
F11      Pengagihan kuasa pemerintah dapat menjadikan pentadbiran negara lebih bersistematik  dengan lahirnya sistem e-filing, my eg, e-maklum, Hrmis.
F12      Pengagihan kuasa juga dapat menwujudkan keberkesanan pentadbiran apabila berjaya mengelakkan salah guna kuasa dengan adanya badan-badan penguatkuasaan seperti SPRM.
F13      Pengagihan kuasa juga turut berjaya melahirkan pentadbiran yang berkesan melalui pematuhan undang-undang yang telah digubal dengan wujudnya mahkamah-mahkamah yang berfungsi mentafsir perlembagaan.
F14      Dalam pengagihan kuasa kerajaan pusat dan kerajaan negeri,konsep Persekutuan  menjadi kaedah menyatupadukan wilayah-wilayah yang berasingan.
F15      Pengagihan kuasa  dapat memelihara hubungan baik antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan negeri.
7.    Cabaran yang dihadapi oleh kerajaan bagi memastikan pentadbiran yang cekap dan berkesan kepada rakyat dan usaha-usaha  untuk mengatasi cabaran tersebut bagi memastikan perkhidmatan yang terbaik untuk rakyat.                               [10 markah]
Cabaran
F1        Segelintir kakitangan kerajaan yang terlibat dalam gejala Rasuah.
F2        Terdapat segelintir  kakitangan perkhidmatan Awam yang kurang berintergriti dalam menjalankan tugas dan dasar kerarajaan
F3        Berlaku ketirisan dalam pengagihan peruntukan kewangan dalam kementerian dan jabatan kerajaan untuk program pembangunan negara
F4        Kurang kerjasama antara kerajaan Pusat dan kerajaann negeri yang berlainan ideology politik
F5        Berlaku pertindihan bidang kuasa sesetengah kementerian menyebabkan belaku ketidakcekapan dan pembaziran pengurusan.
Langkah
F1        menguatkuasakan undang-undang rasuah dan memperkasakan bidang kuasa SPRM.
F2        Kerajaan perlu memantapkan Integriti Pegawai Perkhidmatan Awam melalui program agama, seminar, bengkel.
F3        Meningkatkan kecekapan pemantauan terhadap intergriti kakitangan Awam dengan mengadakan Audit berkala.
F4        Mewujudkan kesefahaman antara kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dengan mengutamakan kepentingan rakyat tanpa mengira ideology politik
F5        Kerajaan perlu menyusun bidang tugas kementerian dan jabatan kerajaan agar pertindihan bidang kuasa tidak berlaku.







8.    Nilai-nilai murni, nilai Patriotisme dan iktibar daripada  sistem pemerintahan di Malaysia.

F1        Nilai-nilai patriotism yang terdapat dalam tajuk ini ialah nilai taat setia kepada negara iaitu perlantikan senator mencermin kecemerlangan sumbangan mereka dalam perkhidmatan awam dan lain-lain.
F2        Selain itu, nilai tanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan oleh pemerintah negara dapat dilihat atas perlantikan Ketua Setiausaha Negara, Ketua Jabatan serta Perlantikan Lembaga Pengarah.
F3        Iktibar yang diperolehi daripada sistem pemerintahan di Malaysia ialah pengasingan  kuasa dapat menggelakkan daripada perebutan kuasa antara badan Perundangan, Pelaksanaan dan kehakiman.
F4        Seterusnya, Iktibar yan diperoleh ialah  rakyat dapat hidup dengan aman, sejahtera dan harmoni walaupun hidup  berbilang kaum.
F5        Di samping itu, rakyat Malaysia perlunya bertoleransi dan kerjasama antara pemimpin demi kedaulatan negara.
F6        Iktibar seterusnya pemimpin mestilah rakyat didahulukan , pencapian diutamakan dalam semua aspek pentadbiran.
F7        Selain itu,pemimpin juga hendaklah bermaufakat dalam melaksanakan semua dasar kerajaan bagi menjamin pembangunan sosioekonomi yang mapan.
F8        Sementara itu, rakyat Malaysia perlulah patuh kepada undang-undang dan menjunjung Perlembagaan negara sebagai peraturan tertinggi.
F9        Kita juga perlu menghormati keputusan bidang kehakiman yang telah diputuskan, sebarang ketidak puashatian bolehlah dibuat rajuan di mahkamah yang lebih tinggi.
F10      Seharusnya, semua Pegawai Kakitangan Awam mempunyai Intergriti yang tinggi ketika menjalankan tugas yang diamanahkan.
M         Mana-mana jawapan yang munasabah..











9.    Rumusan
F1        Pengetahuan yang saya peroleh daripada tajuk yang dikaji adalah bahawa Malaysia merupakan salah  sebuah negara  sistem demokrasi berparlimen yang mengamalkan konsep pengasingan kuasa.
F2        Selain itu, pengetahuan yang saya peroleh ialah saya dapat mengetahui fungsi dan peranan serta tanggungjawab setiap cabang kuasa pemerintahan iaitu badan Pelaksanaan, Badan pelaksana dan badan kehakiman.
F3        Iktibar yang saya peroleh daripada tajuk yang dikaji ialah say a perlu mematuhi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dipatuhi.
F3        Di samping itu, kita seharusnya mematuhi sistem pentadbiran negara agar bangsa Malaysia bersama-sama berkerjasama memakmurkan negara.
F4        Selain itu,  kita juga sepatutnya mendokong aspriasi yang dizahirkan oleh para pemerintah agar negara kita terus cemerlang di persada dunia.
F5        Harapan saya untuk masa depan Malaysia yang gemilang adalah saya berharap generasi muda dapat meneruskan legasi kepimpinan para pemimpin terdahulu dan sekarang.
F6        Saya juga turut berharap agar saya dan seluruh rakyat Malaysia bersama-sama mengembleng tenaga dan idea untuk memajukan negara dan seterusnya mengangkat martabat bangsa.