PENAJA

Monday 7 January 2013

BIOGRAFI SYED MOKHTAR ALBUKHARY

Tajuk : Biografi Syed Mokhtar Albukhary
Penulis : Premilla Mohanlall
Penerbit : PVM communications
Tahun : 2012
Page : 209
harga : RM19.90


PREVIEW
sebuah biografi seorang lagenda perniagaan Melayu paling terkenal di Malaysia. Buku ini mengandungi 12 bab yang kandunganya adalah perjalanan kehidupan, perniagaan, cabaran, perkahwinan dan tambahan epilog Syed Mokhtar Albukhary.

Buku ini adalah antara buku paling menarik saya pernah baca. Seperti Doktor Umum, buku ini juga mengundang ketagihan. Buku ini saya selesai baca secara bersambung sambung selama 4 hari.

Banyak kisah kisah menarik dapat diperolehi dari buku ini. Jika anda membacanya saya percaya anda akan berpuas hati, walaupun kadang kala terdapat beberapa bahagian yang mengelirukan kerana tidak pasti siapa yang berkata. Adakah kata kata itu diucapkan oleh Syed Mokhtar atau rakan2 atau penulis buku ini sendiri. Oleh itu anda perlu benar benar faham bahawa ia adalah sebuah biografi bukan memoir. Menariknya bila anda membaca biografi, ia mengandungi kenyataan orang sekeliling tokoh yang akan menyokong atau menafikan kenyataan tokoh. Latar sejarah juga diselitkan.

Kisah Syed Mokhtar amatlah berinspirasi. Kadang kala saya cuba muhasabah diri dan lihat hidup saya selama ini. Ini kerana beliau tidak menghabiskan tingkatan 5 dan hanya dari keluarga biasa biasa. Menariknya beliau menjadi jutawan di usia 30 tahun, serta memiliki sebuah banglo di Bukit Tunku KL berharga RM 800 000, 30 tahun lalu. Di usia saya 28 tahun, saya ada 3 tahun lagi untuk menjadi jutawan!
Daripada pembacaan saya, dan diakui oleh penulis dan tokoh, kekayaan beliau adalah kesan DEB semasa zaman Mahathir. Tidak dapat di elak apabila beliau dikaitkan dengan kronisme. Inilah hasil daripada apa yang cuma diusahakan oleh Mahathir dan beliau berjaya. Syed Mokhtar amat rapat dengan Mahathir namun hubungam beliau agak tegang bersama Abdullah Badawi.

Terdapat beberapa pendedahan menarik dalam buku ini terutama bagaimana budaya kerja beliau, cara berhubung untuk mendapatkan projek, asal usul keturunan beliau dan kekeluargaan. Untuk makluman Syed Mokhtar hanya berkahwin pada usia 41 tahun dqn berangapan isteri akan menggangu fokus untuk berjaya. Oleh itu beliau hanya berkahwin selepas betul2 berjaya!.

Saya mengharapkan, akan datang akan ada sebuah memoir yang akan ditulis sendiri oleh Syed Mokhtar, mungkin lebih banyak rahsia dan maklumat yang akan didedahkan. Dengan buku setebal 209 mukasurat tidak dapat menerangkan perjalanan hidup beliau dari anak Kedah yang meningkat naik ke arena antrabangsa dan menjadi Melayu terkaya serta ke7 terkaya di Malaysia.

MESTI BELI : jika anda mencari isnpirasi buku ini harus dibeli segera!. Dengan harga amat berpatutan semua umat Melayu Perlu beli. Jadilah sebahagian pemberi dalam negara, bukan hanya menadah tangan!!!.

STAR : 9/10

2 comments: