PENAJA

Friday 4 January 2013

MYDIN : DISEBALIK TABIR


Tajuk : MYDIN : Disebalik Tabir
Penulis : Datin Dr. Hjh Siti Hawa Mohd
Penerbit : MPH publishing
Tahun : 2012
Page : 251
Harga : RM12.00
PREVIEW: 
bila saya membeli buku ini saya membayangkan bahawa buku ini adalah sebuah biografi pengasas syarikat peruncitan dan pemborong bumiputera terbesar di Malaysia, namun bila sudah membaca saya membuat keputusan bahawa buku ini hanya menceritakan tentang MYDIN sebagai sebuah jenama. saya membeli buku ini di dalam talian. jadi tidak dapat membelek-belek buku ini sebelum membelinya. buku ini mengandungi 5 bab.
buku setebal ini dengan kualiti kertas yang amat baik serta banyak gambar-gambar warna warni diselitkan dalam hampir 70% muka surat pada saya amat berbaloi dengan harga sebanyak RM12.00. buku ini ditulis oleh menantu kepada pengasas MYDIN Mohamed Holding iaitu Datin Dr Hjh Siti Hawa yang merupakan isteri kepada Pengarah Urusan syarikat iaitu Dato' Hj Ameer Ali. untuk makluman penulis buku ini adalah Pengarah Sumber Manusia Mydin.
agak sukar mahu mengambarkan perasaan bila membaca buku ini. keterujaan tetap ada sebab saya mahu mengetahui bagaimana MYDIN boleh menjadi sebuah gergasi dalam perniagaan peruncitan dan pemborong, walhal MYDIN hanya bermula daripada sebuah kedai runcit sahaja!. saya hanya mengambil masa kurang 24 jam untuk menghabiskan bacaan saya ini. amat menakjubkan sebab ini adalah buku paling singkat saya baca sehingga habis. ini mungkin kerana dalam buku setebal 251 mukasurat ini saya boleh anggarkan 35% adalah gambar, manakala tulisan memggunakan forn agak besar.
sukar sebenarnya untuk menjadi penulis yang objektif. tambahan pula anda sedang menulis tentang sebuah syarikat di mana anda bekerja di dalamnya, diusahakan oleh suami anda dan diasaskan oleh mertua anda. oleh itu buku ini bukanlah sebuah kajian, hanya maklumat tentang bermulanya empayer MYDIN dan sejarahnya sehingga kini beserta gambar dan maklumat-maklumat operasi serta budaya kerja MYDIN. rasanya tidak memerlukan seorang bertaraf PhD untuk menulisnya. bila membaca saya merasakan penulis seperti seorang kanak-kanak yang mendapat gula-gula. beliau amat teruja dan berpuas hati dengan keluarga dan kejayaan yang dicapai bersama MYDIN. itu pada hakikatnya perlu dibanggakan. namun ada sesetengah bahagian terutamanya apabila bercerita tentang suami dan mertua saya dapati penulis seolah-olah membodek. contohnya apabila bercerita perihal masakan ibu mertua yang amat sedapi (kari) dan suami yang sentiasa betul membuat keputusan. perkara ini diulang-ulang. selain itu, mungkin penulis terlalu positif apabila bercerita tentang budaya keluarga yang digambarkan sebagai "berjimat". saya sebagai pembaca tidak merasakan perbuatan membawa telor ke kedai mamak dan oder roti canai serta meminta penebar roti menggunakan telor yang dibawa supaya menjadi roti telor sebagai jimat. pada saya itu kedekut. sama juga peristiwa TUAN MYDIN oder air kosong dan perah limau yang diambil dari limau yang diletakkan bersama mi goreng adalah sebahagian konsep jimat. ini seperti dalam lawak majalah UJANG bukan?. namun itulah hakikatnya, tiada siapa akan kaya jika kita bermula dengan boros. jimat dan kedekut adalah kunci kekayaan.
 penulisan juga agak lemah dalam penulisnya kerana terdapat beberapa bahagia seperti tungang-langgang dan ada juga bahagian seperti terpadam semasa diedit yang menyebabkan ayat jadi tergantung. susunan agak lemah dalam naratif penceritaan. lompat-lompat. saya membanyangkan buku ini tidak diedit oleh sesiapa sebelum dicetak. dan hasilnya sedemikian
ada beberapa perkara yang saya rasa penulis tidak menceritakan dengan jelas atau sengaja disembunyikan. contohnya peristiwa adik Dato' Ameer membuka kedai dihadapan kedai MYDIN cawangan Terengganu dan beberapa bulan kemudia dia kembali bekerja dengan Ameer Ali. saya membayagkan ada konflik disitu. ada juga peristiwa-peristiwa lain yang perlu lebih jelas.
saya sudah lama memerhatikan buku ini di pasaran dan rasa teruja juga mahu membelinya. antara faktornya ia kerana saya penggemar biografi,  kedua harga yang luar biasa murah. kenapa bayar lebih?. pada saya buku ini dihasilkan sebagai manifestasi konsep MYDIN yang menjual barang pada harga borong. sasaran mungkin untuk berpendapatan rendah dan sederhana. perkara ini saya ucapkan tahniah dan terima kasih. sehinggakan buku ini mencapai cetakkan ke-5.
untuk akan datang saya cadangkan mungkin penulis boleh menghasilkan biografi Tuan Mydin atau Dato' Ameer Ali untuk dijadikan isnpirasi kepada bumiputera yang lain untuk sama maju dalam bidang perniagaan. ini kerana saya belum puas untuk mengetahui rahsia dan cabaran untuk mencapai kejayaan. terima kasih saya ucapkan atas buku yang berisnpirasi ini.
MESTI BELI :
jika anda bukan seorang yang "jimat" buku ini wajib beli. apalah ada pada RM12.00 jika dibandingkan dengan inspirasi dan pedoman yang kita boleh ambil. tambahan pula buku ini tidak membosankan untuk dibaca. so mesti beli.

STAR : 5/10

5 comments:

  1. pada hemat saya, buku ini cuba berkongsi budaya jimat cermat, disiplin dalam berniaga dan cara mengurus sumber manusia dengan baik.

    kebanyakkan peniaga hari ini, berhutang dulu untuk membuka peniagaan. dalam kisah mydin, mereka bertatih mengumpul wang untuk berniaga.
    mereka juga bermula secara kecil-kecilan. banyak peniaga hari ini, setelah dapat pinjaman bank, akan menyewa kedai dan mempunyai inventori sebanyak pinjaman bank.

    dalam buku ini juga dikongsi disiplin beniaga. mencatat nota, mengurus masa 'datang tepat pada masanya adalah dikira lewat' dan bagaimana budaya jimat cermat itu dibawa dari kehidupan seharian hingga ke alam pekerjaan. sudah jadi pengurus bank tapi masih guna perabot lama.

    selain itu, kisah bateri, di mana walau kedai tidak menjual bateri, peniaga akan beli dari kedai lain, dan menjualnya kepada pelanggan. hari ini jarang melihat peniaga Bumiputra dengan sikap begitu. apabila tidak menjual, geleng kepala sahaja.

    perbezaan jimat dan kedekut terletak pada persepsi.
    satu melihat ia sebagai perkara negatif, satu lagi positif. jika mereka tidak kedekut, mungkin tidak terhasil lah mydin seperti sekarang.

    pengurusan sumber manusia juga penting dalam perniagaan. wujud peniaga yang boleh menguruskan wang dengan baik, namun kurang kemahiran mengurus pekerja. merapatkan jurang perhubungan antara majikan dan pekerja juga faktor penting dalam perniagaan, apatah lagi apabila mydin berkembang besar, lebih banyak peluang untuk kesilapan, juga peluang untuk memperbaiki.

    saya senang hati apabila Mydin tidak melakukan sebarang penjualan ketika azan dilaungkan. ini merupakan budaya yang dianjurkan dalam al-Quran.

    saya merasakan, buku ini ditulis dalam Bahasa Inggeris dan diterjemah ke dalam Bahasa Melayu. sekaligus menyebabkan ayat tergantung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih atas perkongsian. membaca budaya kita. teruskan membaca untuk tamadun malaysia

      Delete
  2. terima kasih atas perkongsian. membaca budaya kita. teruskan membaca untuk tamadun malaysia

    ReplyDelete
  3. Saya ex pekerja mydin. Ingin saya utarakan disini, mydin bukan berjimat, tetapi kedekut. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian. ramai orang islam pergi MYDIN sebab milik Islam. tapi pekerja warga asing.sy suka ke tesco milik yahudi tapi bagi pekerjaan kepada orang ISlam

      Delete