PENAJA

Wednesday 17 April 2013

kerjaya politik Datuk Ghani Othman cuba dikubur



adakah tindakkan meletakkan Ghani di Parlemn Gelang Patah adalah sesuatu yang tepat. saya rasa jika kawasan itu mejoriti Melayu saya yakin keputusan itu tepat dan pasti akan kuburkan kerjaya politik Lim kit siang. namun kawasan itu mempunyai pendudukan 54% china dan hanya 33% Melayu. bukankah ini seolah-oleh meletakkan pisau di leher Ghani?. selepas membuat beberapa cari, makan saya menemui keratan akhbar ini. mungkin cakap-cakap yang mengatakan kerjaya politik Ghani cuba dikuburkan mungkin benar jika kita membaca artikel dari akhbar Utusan ini.


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Tan Sri Muhyiddin Yassin memilih Menteri Besar Johor sekarang, Datuk Abdul Ghani Othman sebagai sahabatnya ketika beliau masih muda.
Muhyiddin dan Abdul Ghani waktu remaja adalah rakan sekelas. Semasa belajar di Sekolah Tinggi Muar pada tahun 60-an, mereka duduk bersebelahan.
Kedua-dua sahabat ini ditakdirkan menjadi pemimpin politik Johor, tetapi hari ini kemesraan yang dipupuk tiga dekad lalu nampaknya retak sedikit kerana pemilihan UMNO Mei ini.
Muhyiddin baru-baru ini melemparkan tuduhan kononnya ada arahan daripada pihak atasan UMNO Johor supaya bahagian-bahagian UMNO di negeri ini tidak mencalonkan nama beliau bagi merebut jawatan Naib Presiden pada pemilihan Mei depan.
Walaupun Muhyiddin tidak terang-terangan menuduh arahan itu datang daripada Abdul Ghani, pemerhati politik berpendapat siapakah ketua dan pemimpin UMNO Johor jika bukan Abdul Ghani?
Kenyataan lantang Muhyiddin itu boleh dianggap mengundang kesusahan kepada dirinya. Sebahagian besar ketua UMNO bahagian di negeri ini bersepakat menafikan tuduhan tersebut.
Adalah terlalu awal untuk mengucapkan 'selamat tinggal' kepada Muhyiddin, Ketua UMNO Bahagian Pagoh yang sehingga kini masih belum memperoleh sebarang pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO di negeri Johor.
Ada yang menganggap beliau kini 'kesuntukan masa' untuk mendapatkan pencalonan daripada bahagian-bahagian UMNO di Johor bagi merebut jawatan Naib Presiden.
Apa yang ketara sekarang ialah bahagian-bahagian UMNO Johor nampaknya enggan mengambil risiko untuk tidak mencalonkan Abdul Ghani iaitu Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi merebut jawatan yang sama.
Bahagian-bahagian UMNO itu mendakwa tidak pernah menerima sebarang arahan untuk menyekat pencalonan Muhyiddin.
Namun, satu kemungkinan yang tidak boleh ditolak oleh UMNO Johor ialah Muhyiddin tidak boleh diketepikan daripada bertanding jawatan Naib Presiden dengan begitu sahaja.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna itu masih boleh menggunakan masa dan pengaruhnya bagi menambat hati bahagian-bahagian UMNO di negeri lain.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=0319&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=ot_02.htm#ixzz2Qiadmmpk
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment