Tajuk : Najib : Perdana Menteri terakhir...
Penulis : Shabudin Husin
Penerbit : Special One Publication
Lokadi : Selangor
Tahun : 2011
Halaman : 330
harga : RM20.00
ULASAN:
saya amat jarang membeli buku berbentuk politik. hal ini kerana buku politik, lazimnya akan mengalami unsur ketinggalan zaman dan tidak releven hanya dalam beberapa tahun. buktinya buku ini walaupun baru ditulis pada 2011, namun banyak maklumat dalam tempoh 2 tahun ini tidak dapat dimuatkan atau ditambah. bayangkan hanya dalam tempoh 2 tahun buku ini sudah jauh ketinggalan dengan isu semasa. sebab 2 saya jarang membeli buku politik. lazimnya saya hanya meminjam di perpustakaan sahaja. tambahan pula buku politik lazimnya mengandungi ulasan dan ramalan, dan nyata banyak ramalan yang tersasar dan isu yang sudah tidak releven. buku politik lebih sesuai dibaca selepas ia diterbitkan. dan penulisan sesebuah buku politik seharusnya tidak mengambil masa yang lama. ini kerana penulisan itu amat mudah untuk menjadi tidak sesuai dengan perubahan senario politik yang pantas bergerak.
buku ini pada saya adalah sebuah buku yang menarik dibaca. senang dibaca dan mudah difamai. penulis tidaklah menggunakan gaya bahasa yang keterlaluan dan metafora yang berlebihan. buku ini amat sederhana mengutarakan idea dan pandangan tentang kerajaan dan PM Malaysia hari ini. sebagai seorang penulis yang agak banyak menulis buku politik, saya rasa pengamatan beliau amat baik dan luas berkaitan politik Malaysia yang kompleks. tambahan pula beliau pernah terlibat dengan perjuangan UMNO sehingga tahun 2000. ini memberi beliau perspektif yang luas dan bonus apabila beliau menulis sebuah buku politik. sehingga habis buku ini saya masih tidak mengetahui apakah pendirian politik beliau. namun dari cara beliau menulis dan menghentam kerajaan mungkin beliau bukan lagi ahli UMNo dan bukan juga penyokong kerajaan. saya hampir tidak berminat untuk mengetahui pendirian politik beliau. saya tidak mahu pemikiran saya terlalu dipengaruhi oleh mind set yang tidak objektif. saya biarkan sahaja membaca buku ini sebagai seorang neutral.
melalui pembacaan saya, saya boleh menjangkakan beliau adalah penyokong Pakatan Rakyat, mungkin lebih tepat PKR. namun sebagai bekas ahli UMNO saya lihat beliau masih sayangkan UMNO. parti politik yang beliau pernah perjuangkan satu masa dahulu. gaya penulisan beliau yang bersederhana memperlihatkan kasih dan sayang beliau terhadap UMNO. banyak nasihat dan teguran yang beliau buat terhadap pemerintahan Najib. jika beliau tidak sayang akan nasib UMNO mungkin beliau hanya menghentam UMNO secara berlebihan dan tidak memberi sebarang cadangan untuk penambah baikan. namun beliau menulis secara berbeza. beliau menegur dengan agak berhemah dan sederhana disamping memberi cadangan untuk memperbaiki kepimpinan Najib hari ini. walaupun beliau dilihat sentiasa mencari kesilapan Najib walau sekecil hama, namun teguran beliau ikhlas. buku ini mungkin tidak layak disamakan dengan buku The Prince @ Penguasa, namun sedikit ke arah itu.
melalui pembacaan saya, penulis amat kerab mengkritik peribadi Najib dan Mahathir, namun beliau tidak mengusik Abdullah. malah beliau seakan-akan membela Abdullah. kelemahan Abdullah amat jarang beliau utarakan. namun kelemahan Mahathir dan dasar-dasar beliau dikritik dengan pedas. selain itu peribadi Khairi Jamaludin yang agak tercemar selama ini dibela sebagai anak muda yang yang agresif dan ada sifat-sifat generasi muda yang patut diangkat sebagai menteri dan harus di gilap bakatnya. tanpa mengetahui latar belakang penulis, saya menjangkakan beliau amat menyokong kepimpinan Abdullah dan pengikut KJ. jika saya silap saya minta maaf dan bertangungjawab dengan pandangan ini.
keseluruhanya buku ini menarik dibaca dikala PRU13 sedang hangat. tarikh 5 Mei akan menjadi penentu ramalan dan pandangan penulis terhadap politik Malaysia 5tahun akan datang. saya amat tertarik dengan pandangan beliau jika kita sayang UMNO kita tukar kerajaan dan UMNO akan berubah (lebih baik).
MESTI BELI?
belilah sekarang sebelum 5 mei. jika terlewat kandunganya mungkin akan basi.
STAR : 6
No comments:
Post a Comment