Tajuk : Memoir Tragedi Memali
Penulis : Riduan Mohamad Nor dan C.N Afghani
Penerbit : Jundi Resources
Lokasi : Kuala Lumpur
Tahun : 2012
Halaman : 298
Harga : RM 20.00
ULASAN
Walaupun tajuknya memoir namun anda tidak perlu mengharapkan ia adalah sebuah memoir atau autobiografi. Untuk mengatakan ia sebuah biografi juga tidak tepat. Lazimnya memoir berkaitan dengan seseorang, namun buku ini berkaitan dengan peristiwa. Mungkin ia lebuh sesuai dianggap sebuah penulisan sejarah Memali.
Mungkin penulis memberi tajuk memoir kerana sebahagian buku ini adalah pengalaman 2 orang penting yang terlibat dengan tragedi ini iaitu isteri Ibrahim Libya dan Pak Teh. Bahagian awal buku ini merupakan penerangan serba sedikit tentang Ibrahim Libya dan apa ideologi beliau dan prinsip hidup beliau.
Buku ini adalah amat sensasi dan agak hairan buku ini lulus untuk diterbitkan. Ini kerana buku ini amat kuat mengecam kerajaan. Adakah ini bukti bahawa kerajaan semakin terbuka dan ada kebebasan media di Malaysia?
Sejcara jujur buku ini amat-amat tidak objektif. Buku ini bukan kajian ilmiah malah ianya ditulis dengan rasa kebencian yang amat sangat. Buku ini amat beremosi. Buku ini ditulis secara amatur, walaupun terdapat bibliografi namun karya yang dijadi rujukan tidak diguna secara berkesan dan buku rujukan yang dipilih hanya rujukan sepihak semata-mata.
Buku ini ditulis dengan gaya novel jadi penulisanya agak santai namun menggunakan bunga bahasa yang amat tinggi dan kadang kala sukar difahami. Disebabkan buku ini ditulis oleh dua orang, anda akan dapat meneka 2 gaya penulisan yang ketara berbeza. Ketinggian bunga bahasa amat menarik dan baik. Tahniah diucapkan. Namun anda akan menemui terlalu banyak kesalahan ejaan yang agak ketara dan merimaskan. Kadang kala anda akan memaafkan kesalahan ejaan tersebut atau anda akan bersikap positif dengan mengatakan ia adalah perkataan dari bahasa tinggi yang anda tidak fahami!.
Saya masih boleh menerima apabila sebuah penulisan itu amat condong menyokong mana-mana pihak, namun saya sedikit ralat kerana penulis tidak menceritakan apa faktor tragedi memali ini terjadi. Tetiba sahaja anda sedang berada sehari sebelum peperangan tersebut. Mustahil bukan tragedi berdarah ini berlaku tanpa sebab. Mustahil juga apabila penulis mendakwa terdapat 4000 tentera dan polis mengepung sebuah rumah hanya kerana ajaran sesat?. Saya tidak pasti penulis tidak tahu hujung pangkal peristiwa atau cuba menutup apa peristiwa yang berlaku lebih awal.
Disebabkan kekurangan ini saya terpaksa membaca sebuah lagi buku tragedi memali yang diulis oleh penulisnyang menyokong pihak yang satu lagi pula.
Namun buku ini amat menarik dibaca dan pendekatanya amat ringan tanpa nama-nama kronologi peristiwa yang berselirat. Hanya nama dan tarikh penting sahaja disebut dalam penulisan ini.
Untuk membaca buku ini anda perlu terbuka dan tidak terlalu taksub dan menrima atau menolak maklumat tanpa usul periksa.
MESTI BELI
sebagai rakyat Malaysia anda perlu tahu peristiwa bersejarah ini. Tambahan pula harga buku ini agak berpatutan
STAR
6/10
No comments:
Post a Comment