PENAJA

Thursday, 15 August 2013

Cerita Kak Wan: Citra Persona Seorang Wanita







TAJUK : Cerita Kak Wan: Citra Persona Seorang Wanita
PENULIS : Zahiruddin Zabidi (pengolah)
PENERBIT : CreativEclectic
TAHUN : 2013
LOKASI : tiada maklumat
HALAMAN : 163
HARGA : RM30.00







ULASAN:
sebuah buku yang pasti di nantikan oleh pembaca terutamanya peminat politik tanah air. sebuah buku yang ditulis tentang seorang wanita cekal dan terkenal dalam jalur politik Malaysia. beliau yang di maksudkan adalah Datuk Seri Dr. Wan Aziziah Wan Ismail. beliau adalah isteri kepada bekas Timbalan Perdana Menteri (TPM) iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim. beliau juga merupakan pengasas dan presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR).

agak sukar sebenarnya untuk mengulas buku ini, saya teramat perlu berhati-hati supaya saya sentasa berada dalam keadaan objektif dalam memberikan ulasan. juga bimbang di cop pro pakatan atau probarisan. perkara ini saya akan cuba elakan dalam ulasan buku ini. namun saya sentiasa berada dalam landasan bahawa pembaca blog ini perlu mendapatkan maklumat yang tepat dan boleh dijadikan panduan untuk membeli buku ini.

untuk makluman buku ini adalah olahan penulis setelah diberi peluang untuk mewancara Kak Wan. hasil wawancara tersebut beliau telah menulis buku ini. buku ini pada pandangan saya adalah sebuah autobiografi walaupun sebahagian besar kandungan buku ini adalah hasil dari wawancara dengan Kak Wan.

buku ini agak menarik kerana skop yang dipilih dalam penulisanya adalah Kak wan sebagai tokoh wanita dan kualiti yang beliau miliki. lari daripada Kak Wan sebagai tokoh politik yang mungkin semua pembaca harapkan. namun rakan-rakan jangan terlalu kecewa kerana apalah ada pada cerita Kak Wan selain isu politik?. so isi politik masih dominan dalam kajian ini. cuma bezanya penulis selalu dan sentiasa cuba menulis tentang Kak Wan disebalik krisis yang berlaku dalam politik Malaysia era Revolusi.

saya secara peribadi amat teruja apabila mengetahui bahasa buku ini berada di pasaran. siapa sangka buku ini boleh diterbitkan dan dijual secara terbuka. disebabkan keterujaan tersebut saya membelinya walaupun harganya agak mahal untuk sebuah buku yang hanya setebal 164 halaman. lazimnya dengan harga RM30.00 anda boleh mendapat buku setebal 250 - 350 halaman. namun disebabkan saya memang menanti buku ini maka saya beli tanpa berfikir dua,tiga kali.

apa yang menarik?. pertama buku ini dari segi muka hadapan dan grafiknya amat menarik dan simple. tidak terlalu sarat dan kelihatan santai untuk sebuah buku politik. ini menarik pembaca untuk memblinya. saya secara peribadi lebih gemar sebuah buku yang menggunakan kertas kuning, dan buku ini memenuhi selera saya. ada nilai-nilai sentimental. selain itu sudah tentulah isinya. siapa tidak mahu membaca kisah Kak Wan yang bangkit dari diaibkan setelah suaminya dituduh atas kesalahan seksual. cara penulisan buku ini juga sedikit santai dan membuatkan anda selesa dan tenang membacanya. bagi yang kurang membaca sebelum ini, buku ini banyak memberi maklumat yang mengujakan anda. saya sendri turut teruja bila membacanya dan antara pendedahan yang mungkin sebelum ini saya tidak ketahui adalah isu Anwar diracun dipenjara.

apa yang tidak menarik?. hanya ada 1 kekurangan pada saya. Kak Wan dan keluarganya terlalu sempurna diceritakan oleh penulis. ianya terlalu mendatar. hingga anda akan tercari-cari sesuatu yang berbeza untuk dibaca. pada saya penulis mungkin kurang pakar dalam wawancara untuk bertanyakan soalan-soalan yang panas dan cuba provokasi Kak Wan, atau penulis sengaja tidak mahu memasukan maklumat-maklumat panas yang beliau perolehi. ini mungkin beliau menghormati Kak Wan atau cuba menjaga repotasi PKR. saya pun tidak pasti.

MESTI BELI
jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan buku ini. buku sebegini mungkin jarang ditemui dipasaran. dapatkan senaskah walaupun harganya sedikit mahal.

STAR:
5/10

2 comments:

  1. Al-Salamu`alaykum, terima kasih kepada tuan tanah kerana sudi mendapatkan buku tulisan saya ini. Projek yang makan masa agak alama akibat kekurangan dana.

    Apapun, terima kasih atas ulasan dan saya menerimanya dengan terbuka. Semoga naskhah ini bermanfaat untuk tuan tanah membacanya. :)

    ReplyDelete
  2. walaikumsalam...terima kasih kerana menerima ulasan saya dengan hati terbuka. saya harap akan ada susulan kepada buku ini dengan kajian yang lebih mendalam. semoga kita semua mendapat manfaat. usaha yang cemerlang. tahniah...

    ReplyDelete