PENAJA

Saturday, 24 August 2013

Putrajaya Milik Siapa?



Tajuk : Putrajaya Milik Siapa?
Penulis : Liew Chin Tong
Penerbit : Genta Media
Lokasi : Kuala Lumpur
Tahun : 2013
Halaman : 62
Harga : RM 10.00









ULASAN
Ini adalah merupakan sebuah buku yang mungkin berkonsep teori konspirasi. Lazimnya buku bercorak sebegini hanya terdapat di Barat atau tentang Yahudi. Namun Malaysia kini telah maju dan lebih terbuka dalam bidang penulisan dan penerbitan.
Naskah yang berbentuk politik dan pandangan kritikal ini amat menarik dibaca. Namun bagi mereka yang berfahaman politik yang tegar buku ini nyata akan membuatkan sesetangan pembaca bersetuju tanpa berfikir panjang atau ada yang akan panas telingga dan akan membuag buku ini keluar dari pintu rumah. Bagi yang matang buku ini pasti akan memberikan kepuasan. Apakah yang terkandung dalam buku setebal 62 halaman ini?. Pesoalan itu akan terjawab apabila anda membaca buku ini. Dan saya yakin anda akan berpuas hati
Apa yang menarik?. Buku politik sebegini sudah pastinya menarik dan lunak dibaca. Pada saya buku ini menarik kerana harga yang berpatutan dan isu yang lain dari yang lain. Banyak maklumat-maklumat baru yang saya perolehi. Namun tidaklah saya percaya 100%. Saya pun banyak membaca oleh itu saya boleh membuat pertimbangan saya sendiri. Lazimnya maklumat-maklumat yang terdapat dalam buku ini hanya terdapat dalam laman maya, namun dengan maklumat ini dibukukan maka anda akan mendapat keyakinan dengan maklumat yang anda baca. Penerbitan buku ini adalah amat berfaedah pada saya.
Apa yang tidak menarik?. Tidak banyak, Cuma pada saya ianya amat tidak objektif dan penulis terlalu cuba membuktikan tesis beliau. Dan beliau hampir Berjaya. Pada saya penulis terlalu bersikap membangkang. Di Malaysia politik yang matang masih belum mantap dan menyeluruh. Ini kerana anda akan sentiasa membangkang hanya kerana anda adalah pembangkang. Selain itu, isu buku ini sedikit ketinggalan zaman. Kerana isu Putrajaya bukan sesuatu yang menjadi perhatian ini. Dan semua orang sudah boleh menerima dan berlumba-lumba menjadikan putrajaya milik mereka.
MESTI BELI?
Apa ada pada sekeping wang warna merah di Malaysia hari ini. Beli sahajalah
STAR: 7/10

No comments:

Post a Comment