PENAJA

Friday 23 August 2013

sejarah terciptanya bendera Malaysia : antara kenyataan dan kontoversi

Sejarah penerimaan Bendera Persekutuan Tanah Melayu ialah melalui perjanjian dengan Majlis Raja-Raja di mana sebuah Jawatankuasa telah ditubuhkan dalam tahun 1949 untuk menimbang dan membuat perakuan berhubung dengan reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu. 

Satu pertandingan Peringkat Kebangsaan telah diadakan bagi memilih Bendera Persekutuan Tanah Melayu yang baru. Pertandingan ini diadakan oleh Majlis Perundangan Persekutuan dalam tahun 1949. Seramai 373 karyawan telah mengambil bahagian di mana tiga reka bentuk bendera dipilih ke peringkat akhir. 

Reka bentuk pertama ialah lambang keris bersilang di tengah-tengah dengan dikelilingi oleh 11 bintang pecah lima. Reka bentuk kedua hampir serupa dengan rekabentuk pertama kecuali 11 bintang pecah lima itu disusun dalam dua bulatan mengelilingi Keris Bersilang tersebut. Reka bentuk ketiga ialah 11 jalur biru-putih dengan Bulan Bintang berwarna kuning di bahagian tepi kiri. 

Majlis Perundangan Persekutuan menjemput orang ramai memberikan pendapat kepada ketiga-tiga reka bentuk tersebut. Pendapat umum itu telah dikelolakan oleh akhbar The Malay Mail. Keputusan akhir yang disiarkan pad 28 November 1949 menunjukkan majoriti orang ramai memilih reka bentuk ketiga. Reka bentuk tersebut adalah ciptaan seorang Arkitek Kerajaan di Johor iaitu Encik Mohamad bin Hamzah. 
Fakta: Bendera Malaysia dicipta berdasarkan Bendera Johor
Reka bentuk bendera tersebut dengan beberapa pindaan telah mendapat perkenan Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 22 dan 23 Februari 1950. Pada 19 April 1950 Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara. 

Reka bentuk bendera tersebut telah mendapat kelulusan King George VI pada 19 Mei 1950. Pertama kali Bendera Persekutuan Tanah Melayu dikibarkan ialah dalam majlis menaikkan bendera tersebut yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dengan dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu dan Pegawai-Pegawai King George VI. 

Bendera Malaysia adalah berasal dari Bendera Persekutuan Tanah Melayu. Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu dan Tuan-Tuan Yang Terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan Malaysia telah memperkenankan iaitu reka bentuk Bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk Bendera Persekutuan Tanah Melayu dengan pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang pecah 14 bagi menunjukkan 14 buah negeri baru bagi Persekutuan Malaysia. 
Keluaran Khas Kemerdekaan, 30 Ogos 2008

Percantuman Sabah, Sarawak dan Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu telah melahirkan sebuah negara baru iaitu Malaysia. Bendera Malaysia telah dikibarkan dengan rasminya di seluruh negara untuk melambangkan lahirnya Melaysia pada 16 September, 1963. 

Sungguhpun Singapura berpisah daripada Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur-jalur dan bintang pecah 14 terus dikekalkan hingga sekarang. Kini jalur-jalur dan bintang pecah 14 itu membawa maksud keanggotaan yang sama dalam Persekutuan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

Rujukan: penerangan.gov.my
https://mohdnajib27.blogspot.com/2012/08/sejarah-penciptaan-bendera-malaysia.html

3 comments:

  1. Saya mohon kepada pemilik blog ini untuk meletakkan kredit sumber kepada blog saya juga iaitu pautan di bawah ini.

    https://mohdnajib27.blogspot.com/2012/08/sejarah-penciptaan-bendera-malaysia.html

    Walaupun artikel tersebut bersumberkan daripada portal Jabatan Penerangan, namun 2 gambar berlatarkan warna hitam yg menjelaskan cadangan asal Bendera Malaysia adalah ciptaan asal saya yg disiarkan dalam blog. Juga gambar keratan akhbar tersebut, saya mendapatkannya sendiri setelah membuat beberapa carian secara manual dan juga atas talian.

    Kredit artikel adalah penghargaan kepada pemilik asal artikel dan juga apa-apa bahan yg dikongsikan sebagai kita menghormati penulisan orang lain. Junjunglah penulisan yg beretika dan jujur. Sekian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih tuan atas makluman. sy sudah sertakan link blog tuan. terima kasih atas sumbangan tuan. amat berguna dan bermanfaat. terima kasih sekali lagi. maaf lambat respon sebab sudah lama tak bukak blog.

      Delete