PENAJA

Saturday 17 August 2013

Tun Dr. Ismail : Kejora Timur yang Mengerdip




Tajuk : Tun Dr. Ismail : Kejora Timur yang Mengerdip
Penulis : Thajunnisa Mohamed Ibrahim
Penerbit : Utusan Publication
Lokasi : Kuala Lumpur
Tahun : 2004
HAlaman : 99
Harga : RM25.00






ULASAN
nama Tun Dr. Ismail mungkin asing dalam kalangan ganerasi muda hari ini, namun tahukan anda bahawa beliau merupakan bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia?. kenapa beliau tidak menjadi perdana menteri?. persoalan ini mungkin akan menarik minat anda membaca buku ini. buku ini adalah karya yang menceritakan perjalanan hidup dan kerjaya politik Tun Dr Ismail. bila saya sebut menceritakan bermaksud kurang ualasan-ulasan yang mendalam.

apa yang menarik?. yang menariknya buku ini adalah proses bagimana buku ini diterbitkan. buku ini merupakan sebuah kajian ilmiah milik Thajunnisa namun telah diusahakan untuk diterbitkan oleh suami beliau. untuk pengetahuan rakan-rakan penulis buku ini telah meninggal dunia dan beliau mungkin tidak mengetahui buku ini wujud di pasaran. buku ini agak membantu para pelajar yang mahu membuat kajian ilmiah. sebab cara penulisanya adalah sama dengan kajian ilmiah yang anda perlu buat. cuma bezanya buku ini menggunakan nota hujung bukan nota kaki. juga menarik dalam buku ini adalah apabila penulis dapat mencapai maklumat dari sumber yang baik. antaranya beliau telah berjaya mewawancara anak Tun Dr. Ismail dan juga berjaya mendapatkan maklumat dari arkib RTM. buku ini juga memuatkan beberapa ucapan tokoh. ini adalah antara kajian terawal tentang tokoh ini yang pernah di buat di Malaysia. cuma lewat diterbitkan sahaja.


apa kurang menarik? disebabkan ianya kajian ilmiah maka pengisianya juga amatlah amatur dan mendatar. namun sebagai sebuah kajian ilmiah ia layak untuk mendapat A. tidak terlalu banyak maklumat yang dapat diperolehi. biasa-biasa sahaja. disebabkan saya pernah membaca buku tentang Dr. ismail sebelum ini maka buku ini tidak banyak memberi kesan kepasa saya.

MESTI BELI
saya beli di kedai Buku 1 Malaysia dengan harga RM5.00. jika anda ke KB1M buku ini perlu dicari. 

STAR
4/10

No comments:

Post a Comment