Tajuk : Mohammed Morsi : Keperibadian Mohammed Morsi dan Sinar Kebangkitan Khalifah Islam
Penulis : Zainudin Hashim
Penerbit : Kemilau Publika
Lokasi : Selangor
Tahun : 2013
Halaman : 354
Harga : RM25.00
ULASAN
buku ini telah lama saya tahu berada dipasaran, namun tidak jumpa-jumpa bila dicari. so hari 2 saya ke Popular saya terjumpa buku ini. dengan keadaan negara Mesir yang sedang bergolak saya rasa buku ini releven dibaca untuk memahami keadaan sebanar apa yang berlaku.
apa yang menarik?. sudah pasti keadaan semasa di mesir menjadikan buku ini amat menarik. tambahan pula beliau naik setelah bekas Presiden mesir dijatuhkan dengan rampasan kuasa. Morsi dijadikan sosok yang diagungkan oleh rakyat Mesir malah seluruh dunia sebagai penyambung Khalifah Islam. bukan sahaja di media cetak dan elektronik, malah di media sosial juga morsi diangkat melangit. disebabkan itu saya sendiri tertanya-tanya apakah hebatnya Morsi. so sebab itulah saya beli buku ini. buku ini relatifnya amat murah. dengan harga RM25.00 anda dapat buku setebal ini.
Apa kekurangan buku ini?. hakikatnya buku ini lebih releven dibaca selepas Morsi diangkat menjadi Presiden bukan waktu ini. ini kerana buku ini terlalu mengagungkan Morsi. dan apabila beliau dijatuhkan anda akan kembali mempersoalkan kandungan buku ini. secara jujur saya tidak menghabiskan membaca buku ini. apa faktornya?, kandunganya amat membosankan. penulis terlalu membodek, terlalu memuji melangit. menariknya bukan sahaja morsi dipuji, anak, isteri, emak bapa, jiran, penduduk kampung malah kampung dan bandar morsi dibesarkan juga di puji secara berlebih-lebihan. sehingga anda akan bertanya perlu ke semua itu untuk menonjolkan Morsi?. selain itu buku ini secara keterlaluan mengulang-ngulang ayat yang sama, puji-pujian terhadap Morsi, keluarga, penduduk kampung dan tanah Mesir. sehingga anda lemas dan rimas untuk membacanya. sekirangya tidak diulang-ulang semua itu, buku ini hanya mungkin setebal kurang 150 halaman. saya juga kurang gemar dengan halaman buku yang grafiknya keterlaluan. contohnya buku ini. mana satu tajuk buku ini yang sebenar?. lazimnya buku-buku agama grafiknya memang sedemikian. berlebih-lebih. bukan bersederhana seperti dituntut agama Islam.
MESTI BELI
jika anda pengumpul buku seperti saya buku ini wajar dimiliki sebab relatif harganya murah dan agak sukar mendapat buku tentang tokoh antarabangsa dalam bahasa Melayu. jika anda baru berjinak-jinak membaca buku, serius buku ini perlu dijauhi!.
STAR
3/10
No comments:
Post a Comment