PENAJA

Saturday, 15 December 2012

spyshot Proton Prave hatchback

Spyshot Proton Preve hatchback 1 Eksklusif : spyshot pertama Proton P3 22A, sedang diuji di jalan raya!

Spyshot Proton Preve hatchback 2 Eksklusif : spyshot pertama Proton P3 22A, sedang diuji di jalan raya!

arena kereta

Kembara 4 hari 3 malam di Bangkok, Thailand part 1




PERSIAPAN

Hi rakan2  pembaca Shinichipedia. Harap semua rakan2 sihat. Seperti yang dijanjikan saya akan menceritakan tentang pengalaman saya bercuti di Bangkok. Kembara kami berlaku pada 26/11/2-12 – 29/11/2012. sebenarnya plan percutian ini telah dirancang agak awal. Namum lokasinya hanya la di dalam Malaysia iaitu Kl dan Genting sahaja. Namum apabila mendapati kewangan agak stabil maka kami membuat keputusan untuk ke luar Negara. Keputusan itu hanya dibuat dalam masa hanya sebulan sahaja. Untuk makluman kembara ini di sertai oleh 3 orang sahaja termasuk saya. Semua lelaki.


Inilah kami bertiga. Dari kiri, dafi, mawi dan daus (GHADAWI)

Seperti biasa kami perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu. Kami memilih Air Asia sebagai pengangkutan kami ke bumi gajah putih itu. Kenapa Air Asia?. Faham2 je la hehe… tiker 2 hala dalam anggaran 425 seorang.a agak mahal namaun ok juga sebab kami beli agak lewat. Kami hanya ambil 1 sahaja bagasi sebanyak 15kg dan dikenakan bayaran Rm35.00. cukup la rasanya sebab yang pergi semua lelaki tiada apa yang mahu dibeli sangat. Kami berlepas dari LCCT kerana di Johor tiada penerbangan terus ke Bangkok, jika menggunakan Singapura sure tiket dan kos cukai lapangan terbang lebih mahal.


inilah sebahagian dari urusan booking tiket

Kami bertolak dari Jb pada 25/11/12 ke Putrajaya dan bermalam di sana. Terima kasih kepada Fahrin kerana membenarkan kami menumpang rumah beliau. Kos diperuntukkan dari JB ke KL sebanyak Rm200 dengan menaiki sebuah Proton Persona milik Ahamd Firdaus (salah seorang dari 3 orang yang ke Bangkok). Esoknya pada 26/11/2012 kami singah ke rumah rakan Firdaus pula untuk letak kereta dan rakan beliau menghantar kami ke LCCT. Thanks Abng Riz sebab tumpangkan kami.

Kami sampai d LCCT pada jam 12pm dan seperti biasa chek in. kami telah awal2 print borderpass sebelum ke sana. So kami terlepas dari dikenakan cas chekin.jika tidak silap Rm10 Seorang. Biasalah Air Asia, semua benda nak cas. Syarikat tambang murah hanya jika anda buat semua benda. Kalau mahu Air Asia buat untuk anda dia akan jadi syarikat tambang mahal tapi kualaiti hatap tambang murah. Pada saya LCCT tidak sesuai digunakan lagu sebab binaanya seakan2 gudang dan tidan cntik serta ceria. Ini memalukan. Memang diaku bahawa ia sesuai dengan status tambang murah namun ia sebenarnya melambangkan imej Negara. Tidak ramai pelancong sedar bahawa mereka bukaqn turun di lapangan terbang utama Negara. Siapa tahu bahawa di sebuah kawasan ada 2 lapangan terbang berbeza?. Jadi baiklah Air Asia berpindah ke KLIA2.

Ini gambar sebelum berlepas dari LCCT

TIPS SEBELUM BERLEPAS
-          sebelum bertolak ke luar Negara pastikan anda bawa passport dan duit. 1tu paling penting
-          datang 2 jam lebih awal ke airport untuk chekin, terutama bagi penumpang Air Asia. Sebab jika anda terlewat beli tiket lain.
-          Masuk ke bahagian perlepasan 20 minit sebelum berlepas. Nanti pintu di tutup.
-          Semasa beli tiket pastikan sama ada anda telah membayar cukai airport di luar Negara, jika tidak anda perlukan duit untuk bayar cukai tersebut di airport semasa mahu pulang ke Malaysia. Bayagkan jika anda sudah kehabisan duit tika itu.
-          Print sendiri bording pass jika naik Air Asia. Tapi jika terlupa boleh pergi ke kios yang disediakan atau ke kuanter. Semestinya cas diperlukan di situ.
-          Buat kajian tentang lokasi yang anda mahu pergi seperti keselamatan pertukaran wang, bahasa asas dan lokasi2 menarik untuk dikunjungi.
-          Tukar duit lebih awal. Jangan tukar di Airport kerana lebih mahal. Tukar di Negara anda lawati juga boleh. Namun banyak masa anda habis untuk cari money changer. So buang masa.
-          Bawa juga duit Negara kita sebagai backup. Nanti boleh tukar di sana.



Ini adalah matawang Thailand (Bath)
RM100 = 97 Bath
BERSAMBUNG………PART2

Monday, 3 December 2012

terima kasih dari shinichipedia

Salam,

Sudah lama rasanya saya tidak update blog ni.saya minta maaf kerana agak sibuk sehingga awl tahun depan.tambahan pula laptop saya ada masalah.apa2 pun tunggu saya update blog ini nanti.saya mahu cerita pengalaman saya bercuti ke Bangkok selama 4 hari 3 malam.   Kenapa saya update blog ni hari ni adalah sebab 1 peristiwa. Hari ni dlm jam 9.30 malam, saya ke sebuah kedai buger,tidak pasti nama kedai 2 sebenar, jika tidak silap yahoo burger. Oder buger daging istimewa bersama keju. 20mint gk tunggu. Namun berbaloi sebab agak sedap.sepanjang 20 minit pemerhatian, saya amat berbangga melihat anak muda kampung saya terjun ke bidang keusahawanan. Inilah anak muda masa depan.ada ciri2 usahawan berjaya. Melalui pemerhatian saya , mereka menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah. Mcm PHD & MCD lak.bagus la.untuk berjaya perlu kreatif dan berusaha.hope perniagaan meraka akan bertambah maju.

 Bukan itu saja yang nk cerita, tetapi pasal pengaruh blog ini dengan massa. Tanpa sedar ada juga yang mengenali  blog ini. Saya fikir hanya pengikut fb saya sahaja yang tahu akan kewujudan blog ini, rupanya yang bukan rakan fb saya saja mengikuti blogini. terima kasih saya ucapkan atas sokongan anda semua. Jika tanpa sokongan pembaca, blog ni tidak akan capai 19000 klik. Terima kasih sekali lagi. Sehingga akhir tahun ini saya harap blog ini akan mencapai 20k klik. Jika ianya tercapai, pada saya itu amat hebat sebab blog ini hanya dibangunkan kurang 5 bulan dan mampu mencapai jumalah bacaan sebanyak 20 000 kali.

  Sepanjang mengendalikan blog ini saya agak terkejut, ini kerana saya mula sedar bahawa pembaca bukan sahaja mahu membaca gosip dan isi politik semata2, namun hal2 pendidikan dan akademik juga menjadu tumpuan pembaca. Buktinya pembacaan tertinggi untuk blig ini adalah bahan untuk peperiksaan stpm. Ini amat diluar jangkaan saya. Pada saya internet juga membawa faedah kepada umat manusia!. Untuk tahun hadapan saya akan pastikan setiap update akan memeberikan anda maklumat yang berkualiti dan berguna untuk anda.doakan blog ini akan terus maju jaya

Sekian,  
Shinichipedia