PENAJA

Saturday, 15 December 2012

Kembara 4 hari 3 malam di Bangkok, Thailand part 1




PERSIAPAN

Hi rakan2  pembaca Shinichipedia. Harap semua rakan2 sihat. Seperti yang dijanjikan saya akan menceritakan tentang pengalaman saya bercuti di Bangkok. Kembara kami berlaku pada 26/11/2-12 – 29/11/2012. sebenarnya plan percutian ini telah dirancang agak awal. Namum lokasinya hanya la di dalam Malaysia iaitu Kl dan Genting sahaja. Namum apabila mendapati kewangan agak stabil maka kami membuat keputusan untuk ke luar Negara. Keputusan itu hanya dibuat dalam masa hanya sebulan sahaja. Untuk makluman kembara ini di sertai oleh 3 orang sahaja termasuk saya. Semua lelaki.


Inilah kami bertiga. Dari kiri, dafi, mawi dan daus (GHADAWI)

Seperti biasa kami perlu membeli tiket penerbangan terlebih dahulu. Kami memilih Air Asia sebagai pengangkutan kami ke bumi gajah putih itu. Kenapa Air Asia?. Faham2 je la hehe… tiker 2 hala dalam anggaran 425 seorang.a agak mahal namaun ok juga sebab kami beli agak lewat. Kami hanya ambil 1 sahaja bagasi sebanyak 15kg dan dikenakan bayaran Rm35.00. cukup la rasanya sebab yang pergi semua lelaki tiada apa yang mahu dibeli sangat. Kami berlepas dari LCCT kerana di Johor tiada penerbangan terus ke Bangkok, jika menggunakan Singapura sure tiket dan kos cukai lapangan terbang lebih mahal.


inilah sebahagian dari urusan booking tiket

Kami bertolak dari Jb pada 25/11/12 ke Putrajaya dan bermalam di sana. Terima kasih kepada Fahrin kerana membenarkan kami menumpang rumah beliau. Kos diperuntukkan dari JB ke KL sebanyak Rm200 dengan menaiki sebuah Proton Persona milik Ahamd Firdaus (salah seorang dari 3 orang yang ke Bangkok). Esoknya pada 26/11/2012 kami singah ke rumah rakan Firdaus pula untuk letak kereta dan rakan beliau menghantar kami ke LCCT. Thanks Abng Riz sebab tumpangkan kami.

Kami sampai d LCCT pada jam 12pm dan seperti biasa chek in. kami telah awal2 print borderpass sebelum ke sana. So kami terlepas dari dikenakan cas chekin.jika tidak silap Rm10 Seorang. Biasalah Air Asia, semua benda nak cas. Syarikat tambang murah hanya jika anda buat semua benda. Kalau mahu Air Asia buat untuk anda dia akan jadi syarikat tambang mahal tapi kualaiti hatap tambang murah. Pada saya LCCT tidak sesuai digunakan lagu sebab binaanya seakan2 gudang dan tidan cntik serta ceria. Ini memalukan. Memang diaku bahawa ia sesuai dengan status tambang murah namun ia sebenarnya melambangkan imej Negara. Tidak ramai pelancong sedar bahawa mereka bukaqn turun di lapangan terbang utama Negara. Siapa tahu bahawa di sebuah kawasan ada 2 lapangan terbang berbeza?. Jadi baiklah Air Asia berpindah ke KLIA2.

Ini gambar sebelum berlepas dari LCCT

TIPS SEBELUM BERLEPAS
-          sebelum bertolak ke luar Negara pastikan anda bawa passport dan duit. 1tu paling penting
-          datang 2 jam lebih awal ke airport untuk chekin, terutama bagi penumpang Air Asia. Sebab jika anda terlewat beli tiket lain.
-          Masuk ke bahagian perlepasan 20 minit sebelum berlepas. Nanti pintu di tutup.
-          Semasa beli tiket pastikan sama ada anda telah membayar cukai airport di luar Negara, jika tidak anda perlukan duit untuk bayar cukai tersebut di airport semasa mahu pulang ke Malaysia. Bayagkan jika anda sudah kehabisan duit tika itu.
-          Print sendiri bording pass jika naik Air Asia. Tapi jika terlupa boleh pergi ke kios yang disediakan atau ke kuanter. Semestinya cas diperlukan di situ.
-          Buat kajian tentang lokasi yang anda mahu pergi seperti keselamatan pertukaran wang, bahasa asas dan lokasi2 menarik untuk dikunjungi.
-          Tukar duit lebih awal. Jangan tukar di Airport kerana lebih mahal. Tukar di Negara anda lawati juga boleh. Namun banyak masa anda habis untuk cari money changer. So buang masa.
-          Bawa juga duit Negara kita sebagai backup. Nanti boleh tukar di sana.



Ini adalah matawang Thailand (Bath)
RM100 = 97 Bath
BERSAMBUNG………PART2

No comments:

Post a Comment