PENERBANGAN
Seperti biasa , kami perlu melalui alat pengesan oleh pihak
imigresen. Beberapa barangan dilarang dibawa di dalam penerbangan. Terutamanya
dadah dan barang2 barang lain yang boleh mengundang risiko. Ini bukanlah kali
pertama saya menaiki pesawat jadi saya agak biasa dengan prosedur. Mungkin yang berbeza adalah sebab ini kali
pertam saya ke luar Negara. Semasa melaui mesin pengimbas saya telah ditegur
oleh seorang kakitangan yang bertugas. Beruniform biru. Masalahnya disini
adalah wanita ini agak biadap. Terpekik2
dan meninggikan suara kepada para penumpang termasuk saya. Bukankan dia boleh
bersikap lebih bersopan?. Ini amat memalukan kerana beliau mencerminkan rakyat
Malaysia. Malu dengan warga asing yang melihat gelagat beliau. Ini yang saya
sering cakap bila yang itdak berpelajaran mendapat kuasa. Sama juga dengan
pengawal keselamatan di universiti di Malaysia termasuk UPSI. Biadap dan
melampau. Harap pihak yang berkaitan dapat mengambil tindakkan. Ini
mencemarkan maruah negara. Tambahan pula itu adalah penerbangan antarabangsa
bukan domestik.
Sebelum kami ke pesawat tetiba hujan turun agak lebat. So kami tidak dibenarkan menaiki pesawat
lagi. Dalam 15 minit baru kami dibenarkan menaiki pesawat. Ikut jadual jam 2.20
ptg penerbangan, namum selepas jam tiga baru berlepas.
Ini gambaran dari dalam
pesawat sebelum berlepas
Seperti biasa
sebelum berlepas ada demonstrasi dari anak kapal. Cantik2 mereka ni hehe. Pesawat
selamat berlepas, dan kebetulan awan agak tebal. Maka gegaran agak kuat di
dalam pesawat seakan2 rollercoster. Saya yang gayat ni agat takut sebab tiada
tempat untuk berpaut. Seram.
Saya cadangkan
kepada yang jarang2 naik pesawat baik oder makan semasa beli tiket. Bukan
selalu boleh makan dalam flight kn. Kebetulan time 2 kami tidak oder so kami xbeli makanan sepanjang
hampir 2jam penerbangan tersebut. Tidak la lapar tapi duduk dalam 2
membosankan. Tiada apa yang menarik selain melihat awan2 dan garisan jalanraya
di bumi. Ini kerana jika anda oder makanan di dalam pesawat harganya amat
mahal.sebagai contoh harga nasi lemak adalah rm13.00. air miniral rm3.00. jika beli dalam talian anda akan mendapat diskaun sehingga 60%.
Perjalanan kami
berjalan lancar dan kami selamat mendarat di Don Muang Airport Bangkok. Untuk
makluman airport ni adalah airport kedua. Airport pertama adalah survannabumi. Namun
di airport ni banyak terdapat jet2 persendirian. Pegawai2 imigrasen di sini
agak sopan dan pakaian mereka juga segak. Bagi yang wanita mereka amat manis. Seakan2 tenggok orang jepun dan korea.
Saya rasa Don
Muang Airport lebih selesa dari LCCT walaupun ia juga airport kedua untuk
bangkok. Sering digunakan untuk penerbangan domestik. Sebelum keluar dari
bangunan sila ke kuater pertanyaan untuk mendapatkan peta dan bertanya beberapa
soalan tentang lokasi yang anda tuju.
TIPS:
-
oder makanan semasa membeli tiket. Jika tidak anda
pasti akan terpengaruh dengan mereka yang memebeli makanan di sekeliling anda.
Memang boleh beli terus namun harganya amat la mahal.
-
Jika menggunakan Air Asia pastikan anda tahu dimana
pesawat anda akan mendarat dan bertolak. Bayangkan anda terlewat dan salah
airport?.
-
Scan bagasi anda sebelum melintasi imigrasen seban
takut apa2 yang tidak di ingini berlaku terutamanya dadah
-
Pastikan
beg anda dalam kawalan anda sepenuhnya.
-
Jangan
membawa cecair yang melebihi 100ml, senjata, pisau, gunting, dan lain2 yang
boleh dijadikan senjata. Sila buang sebelum melalui pemeriksaan
-
Di
atas flight anda boleh menggunakan matawang malaysia atau matawang negara ayang
anda mahu pergi
-
Jjjangan
buka alat komunikasi semasa pesawat mahu berlepas dan mendarat.
-
Sebelum
berlepas boleh beli simkad prepaid di lapangan terbang untuk penggunaan
antarabangsa atau boleh belia simkad Negara lain di airport anda mendarat. Ini
memudahkan anda berhubung dengan mereka yang berada di Malaysia.
-
Sila
dapatkan peta lokasi yang anda mahu tuhu di kuanter pertanyaan dan inaya
percuma. Tanya juga di mana dan bagaimana untuk ke lokasi yang anda mahu tuju.
Ini lebih memudahkan anda dan tidak membuang masa. Minta cadangan kenderaan
yang paling sesuai digunakan untuk elak ditipu
BERSAMBUNG.......
No comments:
Post a Comment