PENAJA

Wednesday, 26 December 2012

kembara 4 hari 3 malam di Bangkok Thailand part 3


KEMBARA BERMULA
Selepas mendapatkan maklumat yang dirasa cukup dari information kuanter, kami pun bergerak untuk mencari bas ke lokasi yang dikehendaki. Rupanya maklumat yang diperolehi salah. Nasib ada seorang staff airport yang kebetulan juga tunggu bas bersama kami. Dia mengatakan lebih mudah naik van. So kami naik van ke Victory Monumen. Jarak agak jauh dalam 25 mint pejalanan. Tambanya 60Bath atau RM6 untuk 3 orang.amat berpatutan.

Sebelum sampai di lokasi di tuju. Pemandu van singgah sebentar di petrol station untuk buang air. Menariknya mereka memilih station Petronas. Rasa bangga menjadi rakyat Malaysia bila jumpa brand Malaysia di sini. Untuk makluman harga petrol di sini ikut harga semasa. Semasa kami di sana harga seliter petrol adalah 32.++ Bath. Atau RM3.2/liter. Mahalnya, tapi tambang van stil berpatutan.

inilah petronas tersebut

ini lokasi yang dinamakan Victory monumen.
kami tidak sempat melawat kerana kesuntukan masa


Selepas sampai di Victory monument kami bergegas mencari hotel sebab hari dah lewat. Kami sangkakan usaha ini mudah, rupanya amat mencabar kerana kami mencari hotel bajet yang harganya kurang 100Bath. Bukan harga menjadi masalah tetapi tiada hotel bajet di tengah bandaraya Bangkok. Selepas beberapa jam dan berhujan kami sedia dengan plan B. kami ke Bandar Si Lom. Kami menaiki Tuk Tuk ke Si Lom. Bayaran 150Bath untuk jarak 10 minit pejalanan. Agak mahal rasanya berbanding menaiki van. Ibarat naik beca di Melaka bayaran lebih mahal. Namun beca menggunakan tenaga manusia sedangkan Tuk-Tuk enjin motosikal!.

Sesampainya kami di Si Lom kami bergegas mencari hotel sebab dah 10 malam dan gak penat. Puas juga mencari hotel.tidak kunjung tiba. Akhirnya kami ketemu sebuah hotel yang juga pusat pelacur membawa pelangan mereka untuk menginap. Harga 800Bath dan still dalam bajet kami. nama hotel tersebut Eve House Guest Hotel.

pintu masuk hotel. kelakar bila ada wifi namun
 hanya boleh guna komputer yang terdapat di kuantr sahaja.



ini pemandangan dalam bilik

selepas letak2 barang kami keluar ambil angin. baru kami sedar rupa2nya disebelah hotel yang kami masuk ada sebuah hotel yang amat2 la elok dan stil bajet. hanya 1200Bath sahaja. amat2 la nyesal, macam mana tidak perasan tadi huhu. so kami plan untuk tukar hotel esok. nasib baru bayar semalam untuk hotel yang kami stay tadi. selepas itu kami keluar untuk mencari makan.pusing2 maka kami jumpa sebuah kedai halal konsep Lubnan.

nampak lazat bukan hehe. tapi rasanya seakan2 ayam yang 
simpan dalam aisbox sebulan pas 2 korang masak.macam 2 la rasanya.


sebelum masuk tido kami keluar bilik dan sempat berborak dengan seorang warga Sepanyol. Daneal namanya. so kne speking la haha. dia pn broken english so tak ada hal la hehe...

esok paginya kami bangun agak lemat sebab amat penat. tengah hari baru bangun dan berkemas untuk pindah hotel sebelah. dan kami bertiga amat2 berpuas hati dengan hotel ini walalupun mahal sedikit.

talai Suites. mungkin tak tulis hotel sebab 2 kami tak perasan




RM120 untuk hotel ini rasanya agak berbaloi


BERSAMBUNG....





1 comment:

  1. Tgh Bkk ade htl murah.... 100baht semalam pon ade kat khaosan road... bertabur hotel atau guesthouse kt sane... turun kt victory monument, pstu ambik bts ke stesen ratchathewi..m pstu ambik tuktuk atau teksi g khaosan road... harga teksi pon dlm 50baht jerr gune meter...

    ReplyDelete